16 Januari 2011

Kami penduduk Taman Bidara Indah Londang 78300 Londang Masjid Tanah Melaka sedang bergotong royong membersihkan kawasan taman perumahan kami dengan kerja sama beberapa orang Anggota Bomba dari balao Bomba Masjid Tanah dan beberapa orang petugas dari Majlis Perbandaran Alor Gajah Melaka.serta beberapa orang pekerja SCWM. Kami bersama-sama memungut sampah, menebang pokok dan mencuci longkang. Walaupun badan kami basah dengan peluh dan badan gatal-gatal digigit kerengga, tetapi hati kami merasa puas kerana kami dapat bersama-sama menzahirkan sifat Muslim Mukmin yang sebenar iaitu : KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.


0 Comments:

Post a Comment