26 November 2010


Prudential BSN Lancar PruBSN Ummah
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) melancarkan pelan takaful keluarga terkininya, PruBSN Ummah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Azim Mithani berkata antara faedah yang boleh dinikmati pelanggan bagi pelan itu ialah simpanan untuk menunaikan haji atau umrah, Badal Haji, ganjaran kepada pelanggan setia, kecacatan kekal dan perlindungan penyakit kritikal dan penulisan wasiat.

"PruBSN Ummah merupakan yang pertama seumpamanya bagi pelan takaful keluarga yang secara khusus untuk membantu saudara sesama Islam atau ummah merealisasikan tanggungjawab agama mereka dan pada masa yang sama menyediakan perlindungan yang diharapkan dan simpanan," kata beliau pada majlis pelancaran produk itu di sini.

PruBSN Ummah adalah untuk mereka yang berumur antara 19 dan 60 tahun dengan sumbangan minimum bulanan sebanyak RM50.

Semasa pelancaran itu, PruBSN juga menandatangani memorandum persefahaman dengan Amanah Raya Bhd bagi menyediakan perkhidmatan penulisan wasiat kepada peserta pelan berkenaan yang akan terus mengukuhkan nilai produk bagi pasaran sasaran.

Ketua Pegawai Pemasaran Amanah Raya Ahmad Saruji Abdul Aziz berkata dengan perkongsian terkini dengan PruBSN, syarikat berharap dpaat mendaftar 500,000 wasiat menjelang akhir tahun daripada 460,412 wasiat yang didaftar sehingga Oktober tahun ini.

-- BERNAMA

0 Comments:

Post a Comment