06 November 2010

Dosa dan pahala dalam pilihan raya


Kemenangan BN di Galas diragui 
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meragui kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas kerana mendakwa ia sudah dirancang rapi terlebih dahulu.

Beliau mendakwa perancangan sudah dibuat pihak tertentu kerana pada malam sebelum hari pengundian, salah seorang Menteri Kabinet mengeluarkan kenyataan BN akan menang besar di Galas.

“Saya rasa ragu, kerananya keesokan nak mengundi tu, malam tu saya tengok di televisyen seorang Menteri cakap dah BN akan menang banyak. Dia tahu mari mana BN akan menang banyak, sedangkan esok baru nak mengundi. Makna ada benda dia buat.

“Bagaimana beliau boleh berkata demikian jika perancangan tidak dibuat. Itu yang meragukan,” katanya kepada pemberita selepas Kuliah Jumaat, di sini, semalam.

Menteri Besar Kelantan itu juga menyifatkan BN akan menanggung dosa jika kemenangan yang diraih itu hasil tindakan mereka mengugut rakyat dengan pelbagai sogokan yang ditaburkan.

Katanya, beliau boleh menerima kekalahan itu jika kemenangan calon BN mengalahkan Pas kerana ia kehendak rakyat Galas, tetapi jika BN menang disebabkan tindakan tidak betul, BN kena tanggung akibatnya di akhirat kelak.

“Kalau rakyat terima sungguh BN sebagaimana kehendak dia, tolak Pas, itu tidak mengapa tetapi jika tolak Pas ambil BN kerana sebab atau tindakan tertentu, seperti ugutan, sogokan dan sebagainya, dosa BN tanggung sampai akhirat kerana dia tak beri peluang kepada rakyat memilih,” katanya.

0 Comments:

Post a Comment