26 November 2010

Mahkamah Kanada periksa undang-undang untuk membenarkan poligami
VANCOUVER, British Columbia: Seorang peguam mewakili masyarakat poligami di barat Kanada berhujah bahawa amalan itu patut dibenarkan kerana menghalang perkahwinan lebih daripada satu menyalahi hak kebebasan beragama.

Robert Wickett, dalam hujah perbukaannya di Mahkamah Agung British Columbia, berkata undang-undang itu, bukannya poligami, yang menjadikan pengamalnya mangsa.
Mahkamah itu mula mendengar permohonan minggu ini bagi pemeriksaan sama ada mengharamkan poligami menyalahi undang-undang hak individu Kanada dalam satu kes masyarakat poligami di Bountiful, British Columbia.
“Anggota FLDS (the Fundamentalist Church of Jesus Christ of Latter Day Saints) akan memberi keterangan bahawa mereka tidak mahu hidup sebagai pariah dan terpisah daripada masyarakat," katanya.

Penduduk di Bountiful mengamalkan apa yang Wickett sifatkan sebagai satu daripada "asas Mormonisme,", termasuk poligami.

Walaupun gereja Mormon arus perdana menolak poligami lebih seabad lalu, anggota FLDS masih percaya perkahwinan lebih daripada satu adalah rukun kepercayaan mereka.

Wickett berkata, undang-undang Kanada yang menentang poligami adalah disasarkan terhadap pengikut Mormon sehingga 1950-an. - Agensi

0 Comments:

Post a Comment