14 November 2010


Trengganu wajib murid baca Al-Quran 10 minit
Setiap pelajar muslim di Terengganu akan dikehendaki memulakan sesi pesekolahan harian mereka dengan membaca Al-Quran selama 10 minit mulai tahun depan.

Pengarah Jabatan Pelajaran Terengganu Razali Daud berkata ia adalah sebahagian daripada usaha pihaknya memberi penekanan serius kepada pembangunan sahsiah seiring dengan kecemerlangan akademik yang dicapai pelajar.

Beliau berkata pihaknya akan berusaha memastikan warga sekolah memiliki sahsiah dan akhlak yang mantap, selaras dengan usaha membasmi masalah disiplin kalangan pelajar sekolah di Terengganu.

"Bagi pelajar Islam yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil pula tenaga ustaz akan digunakan bagi menguruskan mereka secara berkumpulan," katanya kepada pemberita, di Besut.

Selain itu katanya semua program-program pembangunan sahsiah pelajar seperti perkhemahan akan dilaksanakan di dalam kawasan masjid dan tidak lagi di resort atau di hotel-hotel sebagaimana yang diamalkan sebelum ini.

Sementara itu Razali berkata semua sekolah di Terengganu akan dikehendaki mengadakan Solat Hajat sebelum cuti persekolahan bermula minggu depan, di samping satu lagi solat Hajat serentak di seluruh negeri yang dirancang sebelum sesi persekolahan bermula tahun depan.

--Bernama
Ulasan saya ( kembalilah kepada al-quran dengan sebenar-benarnya,iaitu untuk mencari keredhaan Allah SWT.. Janganlah kembali kepada al-quran hanya kerana negeri Trengganu sebelum ini selalu diganggu oleh hantu syaitan) 
Telaga 'puaka' kini dipagar ditutup kayu, zink


BESUT - Bimbang keselamatan 10 kanak-kanak dan remaja perempuan dari tiga buah keluarga yang bagai dirasuk, berlari untuk terjun ke dalam telaga, penduduk bertindak menutup telaga itu dengan zink dan memagarinya.

Menurut bapa mangsa, Zulkifli Ibrahim, 42, telaga yang tidak digunakan sejak dua tahun lalu itu didakwa dihuni seorang 'puteri' yang menyeru mangsa untuk terjun ke dalamnya seperti yang disiarkan Sinar Harian 4 November lalu.

Kini hanya anaknya, Siti Nor Atiqah, 14 sahaja yang meracau dan berlari ke telaga itu pada jam 6 hingga 6.30 petang manakala mangsa yang lain sebelum ini mengalami sakit badan dan meracau termasuk anak sulungnya Nor Fatihah, 18.

"Sebelum ini, Siti Nor Atiqah pernah terlepas daripada jagaan dan cuba mencabut paku pada penutup telaga ini untuk terjun," katanya.

0 Comments:

Post a Comment