10 November 2010

Maksud Ulul Albab - Orang yang mempunyai banyak PINTU kebaikan/kepintaran pada dirinya

YB Dato' Seri Idris Jusoh (Pengerusi MARA) menyampaikan amanat kepada pelajar-pelajar MRSM Gemencheh bersempena Majlis Pelancaran Program Ulul Albab di MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan pada 18 Januari 2010. 
  
MRSM ULUL ALBAB DIPERLUASKAN
YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA merasmikan Majlis Pelancaran Program Ulul Albab di MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan pada 18 Januari 2010. Program Ulul Albab merupakan satu dimensi baru dalam sistem pembelajaran yang menggabungkan aktiviti agama dan akademik secara bersepadu, saintifik dan bersistematik.
MRSM Gemencheh merupakan lokasi kedua pelaksanaan program Ulul Albab ini selepas kejayaan pertama program ini di MRSM Kota Putra pada tahun lepas. MARA akan terus berusaha untuk meluaskan program ini di MRSM kerana ia merupakan salah satu mekanisme untuk mendidik dan melahirkan bakal ulama, cerdik pandai dan cendekiawan yang bakal menguasai ilmu duniawi dan ilmu wahyu dalam satu masa.

Telaga 'puaka' kini dipagar ditutup kayu, zink


BESUT - Bimbang keselamatan 10 kanak-kanak dan remaja perempuan dari tiga buah keluarga yang bagai dirasuk, berlari untuk terjun ke dalam telaga, penduduk bertindak menutup telaga itu dengan zink dan memagarinya.

Menurut bapa mangsa, Zulkifli Ibrahim, 42, telaga yang tidak digunakan sejak dua tahun lalu itu didakwa dihuni seorang 'puteri' yang menyeru mangsa untuk terjun ke dalamnya seperti yang disiarkan Sinar Harian 4 November lalu.

Kini hanya anaknya, Siti Nor Atiqah, 14 sahaja yang meracau dan berlari ke telaga itu pada jam 6 hingga 6.30 petang manakala mangsa yang lain sebelum ini mengalami sakit badan dan meracau termasuk anak sulungnya Nor Fatihah, 18.

"Sebelum ini, Siti Nor Atiqah pernah terlepas daripada jagaan dan cuba mencabut paku pada penutup telaga ini untuk terjun," katanya.

Syarat-syarat untuk menjadi Ulul Albab
Surah Az-Zumar
Ayat (9). "(Engkaukah Yang lebih baik) atau orang Yang taat mengerjakan Ibadat pada waktu malam Dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang Yang mengetahui Dengan orang-orang Yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang Yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah ulul albab

Ayat (18). Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan Yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan Yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang Yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah ulul albab.

Ayat (21). Tidakkah Engkau memerhatikan, Bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi matair-matair di bumi; kemudian ia menumbuhkan Dengan air itu tanaman-tanaman Yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa Yang tertentu), selepas itu Engkau melihatnya berupa kuning; kemudian ia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya Segala Yang tersebut itu mengandungi peringatan Yang menyedarkan ulul albab
 

0 Comments:

Post a Comment