25 Oktober 2017

Amali sembelih ayam

lihat lagi

21 Oktober 2017

1-Membaca dengan membunyikan suara
Teknik ini membantu menguatkan ingatan terhadap apa yang kita baca, ianya seolah-olah kita sedang menghafaz apa yang sedang kita bacakan.

2-Membaca Yasin pada setiap hari peperiksaan
Dalam Yasin ada “Salamun Qaulan min Rabbi Rahim” dan ada “Kun Fayakun”, ulangkan kedua-dua ayat itu dalam bilangan yang ganjil dan mintalah kepada Allah agar hajat kita ditunaikan.

3-Ulangkaji pantas sebelum peperiksaan bermula
Datang awal ke pusat peperiksaan,asingkan diri daripada rakan-rakan dan lakukan bacaan pantas terhadap tajuk-tajuk yang kita jangka ianya akan keluar dalam soalan sekejap lagi.

4-Ambil sarapan pagi dengan kadar dan menu yang sepatutnya kerana “ Al-aqlu salim fi jismi salim"

13 Oktober 2017


Anugrah sempena Hari Guru 2017 anugrah Guru Lelaki Terbaik "King Guru"
Anugrah Hari Quality 2017 anugrah "Tokoh Guru Komited dan Dedikasi"

11 Oktober 2017

Tidur telah menjadi keperluan bagi setiap manusia. Dengan tidur maka daya tahan tubuh manusia itu akan kembali segar. Sehingga, ia akan kembali bersedia untuk melakukan aktiviti seperti biasa. Selain itu, ternyata tidur juga memiliki mukjizat tersendiri. Yang mungkin kita tidak menyedari akan hal itu.

Dalam penyelidikan baru-baru ini (yang diterbitkan dalam jurnal Nature Neuroscience) para ilmuwan menemukan bahawa tidur pada malam hari tidak cukup untuk manusia, tetapi harus tidur siang hari untuk waktu singkat (satu setengah jam, misalnya). Para ilmuwan telah menemukan bahawa otak sebetulnya merasa lelah di siang hari akibat akumulasi informasi yang sampai kepadanya sehingga kinerjanya menjadi kurang efisyen dan dengan demikian memerlukan rehat sejenak. Rehat ini bagi otak merupakan penyusunan kembali informasi dan pengorganisasian gelombang-gelombang sel dan memantapkan informasi yang diperoleh di siang hari.

Oleh kerana itu, para ilmuwan menegaskan pentingnya tidur malam hari atau tidur sebentar siang hari dan bahawa pemberian rehat kepada otak ini memperkuat memori. Mereka menemukan bahawa orang yang biasa tidur sebentar di siang hari, kinerja ilmiahnya mereka lebih baik, dan kemampuan mengingat sesuatunya akan lebih cepat.

Para ilmuwan mengatakan: Fenomena tidur adalah satu mukjizat yang sepatutnya direnungkan dan dikaji lebih dalam kerana ia merupakan fenomena kompleks. Maha Suci Allah yang telah mengisyaratkan dalam kitab suci-Nya al-Quran tentang pentingnya tidur di malam dan siang dan menegaskan bahawa tidur adalah salah satu tanda kebesaran Allah dan mukjizat yang harus kita renungkan. Allah berfirman:

(وَمِنْ آَيَاتِهِ مَنَامُكُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ) [الروم: 23].

“dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan,” (Surah Al-Rum 23). 

07 Oktober 2017

Oleh: Badrul Tamam

Al-Hamdulillah, segala puji milik Allah, Rabb semesta alam. Shalawat dan salam atas Rasulillah –Shallallahu 'Alaihi Wasallam-, keluarga dan para sahabatnya.

Islam memerintahkan kepada umatnya agar menjadi orang bersyukur kepada orang yang telah berbuat baik kepada dirinya. Yaitu berterima kasih dan balas budi kepadanya. Sifat syukur ini menjadi tanda syukurnya seorang hamba kepada Al-Syakir, Allah yang Maha Syukur.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,

لا يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لا يَشْكُرُ النَّاسَ

 “Tidaklah bersyukur kepada Allah orang yang tidak mampu ber’syukur’ kepada manusia.” (HR. Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Hibban, dan Al-Bukhari dalam Al-Adab al-Mufrad. Hadits ini dishahihkan Syaikh Al-Albani dalam Al-Shahihah)

Dalam redaksi milik Imam Al-Tirmidzi,....

04 September 2017

EM Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wasallam adalah sosok yang sangat dicintai oleh umatnya, sehingga bagi orang yang mencintainya tentu akan ingin sekali bertemu dengan orang yang di cintai itu, meskipun kita tahu bahawa untuk saat ini tidak mungkin boleh kita bertemu Rasulullah, kerana kita hidup jauh sesudah beliau meninggal.

Namun tidak dipungkiri bahawa kita boleh bertemu dengan Rasulullah walaupun hanya sekedar melalui mimpi. Kerana hal ini telah beliau sabdakan dalam Hadisnya : Abu Hurairah Radhiyallahu anhu meriwayatkan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda: “ Barangsiapa melihatku dalam mimpi, maka sungguh ia telah melihatku secara benar. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupai bentukku. Barang siapa yang berdusta atasku secara sengaja maka ia telah mengambil tempat duduk dalam neraka”. [HR Bukhâri dan Muslim]

Dalam Hadis diatas dijelaskan bahawa benar adanya kita boleh bertemu dengan Rasulullah melalui mimpi dan dipastikan pula orang yang mimpi bertemu dengan Rasulullah itu adalah benar, kerana jika syaitan datang dalam mimpi kita, ia tidak mungkin boleh menyerupai wajah Rasulullah.

Namun dalam hal mengakui kita telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah adalah suatu hal kedustaan yang menyebabkan seseorang berdosa dan ancaman neraka seperti akhir hadis diatas ‘ Barang siapa yang berdusta atasku secara sengaja maka ia telah mengambil tempat duduk dalam neraka.

Lantas bagaimana kita mengetahui bahawa kita benar-benar mimpi bertemu Rasulullah, Al-Habib Mundzir al-Musawa seorang ulama besar menjelaskan tentang pertemuannya dengan Baginda Rasulullah Saw., maka beliau menjelaskan ciri-ciri Rasulullah itu adalah sebagai berikut :

  • Jambang dan janggut beliau sangat hitam gelap kebiru-biruan dari gelapnya.
  • Wajah beliau bagaikan mutiara yang bercahaya.
  • Senyumnya tak pernah sirna dari bibir indahnya.
  • Hati serasa linu dan seakan akan mencair kerana keindahan wajah Sang Nabi Saw.
  • keindahan luar biasa dalam memandang wajah beliau Saw.
  • Jari-jemari beliau lentik dan lembut dan sangat indah.
  • Tingginya sekitar 200 cm.
  • Imamahnya putih dan besar.
  • Kedua matanya sangat indah dan memancarkan kesejukan dan penuh kasih sayang.Membuat orang yang memandang matanya ingin luluh dan bersimpuh berlutut di kakinya dan menangis bagaikan bayi manja yang memeluk ibunya kerana tak melihat yang lebih mengasihinya selain ibunya.
  • Ucapannya dan suara beliau Saw. berwibawa, namun lembut dan perlahan hampir berbisik, namun jelas dan sangat merdu.

Sungguh benar ucapan Anas bin Malik Ra.: “Tidak pernah kami melihat pemandangan lebih menakjubkan dari wajah Rasulullah Saw.” (Shahih Bukhari).

Demikianlah Ciri-ciri Mimpi bertemu Rasulullah, namun perlu diingat bahawa tidak semua orang boleh mimpi bertemu Rasulullah, hanya orang-orang pilihan yang boleh mimpi bertemu dengan Rasulullah tersebut.(kl/mmb)

23 Ogos 2017

Berkat adalah sesuatu yang tumbuh dan makin bertambah kebaikannya, sedangkan tabarruk adalah do’a seorang manusia atau selainnya untuk memohon keberkatan.
Allah SWT menjadikan berkat ini hanya di berikan kepada  hamba-hamba- Nya yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh.
Firman Allah SWT dalam surat Al-A’raaf ayat  96 :

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُون.َ
Ertinya: "Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya".

Ada Beberapa faktor dicabutnya keberkatan manusia dalam menjalani kehidupan diantaranya adalah :
1. Tidak Adanya Iman dan Taqwa Serta Tidak Ada Perasaan Takut Kepada Allah SWT.
Jika anda tidak bertaqwa dan tidak takut kepada Allah SWT, maka tidak ada kebaikan dan berkah di dalam kehidupan anda, Anda tidaklah dinamakan sebagai orang yang benar-benar beriman.

2. Tidak Ikhlas Dalam Beramal Ibadah.
Allah SWT tidak memberikan berkah-Nya kepada kita apabila kita tidak menyiramkan air keikhlasan terhadap amal perbuatan kita.
....

15 Julai 2017

Kelebihan belajar di waktu pagi

PAGI adalah waktu paling utama sebelum memulai hari. Kerananya, pagi adalah waktu yang sangat produktif untuk belajar dan mencari ilmu, terutama bagi para pelajar. Selain memang kondisinya yang lebih segar, waktu pagi juga memberikan semangat tersendiri ketika belajar.

Bahkan belajar di waktu pagi ini telah dilakukan oleh para salafush shalih. Yazid Ar-Raqasyi meriwayatkan dari Anas, ia berkata, “Para salaf dahulu setelah Shubuh membuat halaqah-halaqah. Mereka membaca Al-Qur’an. Mereka saling mengajarkan perkara wajib dan sunnah. Juga mereka berzikir pada Allah,” (Jami’ Al-‘Ulum wa Al-Hikam, 2: 301).

‘Athiyah meriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Tidaklah suatu kaum melaksanakan shalat Shubuh, lalu ia duduk di tempat shalatnya. Mereka saling mempelajari Kitabullah. Keadaan mereka kala itu, menjadikan Allah mengutus malaikat-Nya untuk memintakan ampun untuk mereka sampai mereka berpaling pada pembicaraan yang lain.” Hadis ini menunjukkan akan dianjurkannya bermajelis setelah shalat Shubuh untuk saling mempelajari Al-Qur’an. Namun ‘Athiyah adalah perawi dha’if (lemah). (Jami’ Al-‘Ulum wa Al-Hikam, 2: 301).....

08 Julai 2017

Kenapa Seorang Mayit Memilih “BERSEDEKAH” Jika Boleh Kembali Hidup ke Dunia?

Sebagaimana firman Allah:

رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ

“Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda [kematian]ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah…” {QS. Al Munafiqun: 10}

Kenapa dia tidak mengatakan,
“Maka aku dapat melaksanakan umroh” atau
“Maka aku dapat melakukan sholat atau puasa” dll?

Berkata para ulama,
Tidaklah seorang mayit menyebutkan “sedekah” kecuali kerana dia melihat besarnya pahala dan imbas baiknya setelah dia meninggal…

Maka, perbanyaklah bersedekah, kerana seorang mukmin akan berada dibawah naungan sedekahnnya…

Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda,

“Setiap orang akan berada di bawah naungan sedekahnya, hingga diputuskan perkara-perkara di antara manusia.” (HR. Ahmad)....

13 Mei 2017

IMAM Masjidil Haram, Syeikh Ahmad Sudais memberikan beberapa tips agar rumah yang menjadi tempat Kita bernaung sihat dan terhindar dari Syaitan.
Pertama tiga hari sekali buka pintu dan jendela lalu bacakan surah Al-Baqarah dan surah-surah Ruqyah, insya Allah Anda akan merasakan perbezaan secara pribadi atau keluarga di rumah  dari godaan syatan.
Kedua nyalakan dupa dari jintan hitam (habah sauda’) di dalam rumah dengan tetap membuka pintu dan jendela (untuk mengusir syaitan dan kuman-kuman) sebagaimana wasiat Nabi Muhammad saw.
Ketiga Jangan menyalakan dupa dari jintan hitam (habah sauda’) sedangkan keadaan pintu rumah dan jendela dalam keadaan tertutup.
Keempat jangan menyimpan barang-barang di bawah katil / di atas almari tapi simpanlah di dalam laci yang tertutup.
Kelima jangan perbanyak cermin dalam rumah tapi jika ada, sebaik-baik tempat menyimpan cermin adalah di pintu masuk.
Keenam tarik nafas panjang-panjang saat bangun tidur dan ucapkan Basmalah saat bangkit dari tidur.
Ketujuh miliki jadual tetap untuk tidur malam.
Kelapan senantiasa rutin membaca surat Al-Mulk sebelum tidur dapat menyelamatkan dari siksa kubur. [Sumber]

03 Mei 2017

Oleh: Badrul Tamam
Al-Hamdulillah, segala puji milik Allah, Rabb semesta alam. Shalawat dan salam atas Rasulillah –Shallallahu 'Alaihi Wasallam-, keluarga dan anak-anaknya.
Dalam menjalankan pendidikan kepada anak agar menjadi hamba Allah yang shalih dan sesuai harapan orang tua, sering orang tua terpaku pada kepada sebab-sebab kebendaan yang zahir semata. Dipilihkan sekolahan Islam terpadu, dikontrol jam belajar malam, dipenuhi jenis buku, disuruh shalat tepat waktu, dan semisalnya. Tidak sedikit orang tua lupa sebab non-material yang kasat mata -boleh jadi memiliki pengaruh lebih besar kepada keshalihan dan kesuksesan anak-; seperti doa, menjaga ibadah, dermawan, usaha halal, amanat, birrul walidain, dan jenis keshalihan lainnya.
Al-Qur'an telah menyebutkan faktor penting untuk anak dan sebab sukses anak; yaitu keshalihan orang tua. Keberkahan amal shalih orang tua akan menurunkan kebaikan kepada anak-anaknya. Kedekatan orang tua kepada Allah memiliki pengaruh kuat untuk kebaikan anak.
Allah Subahanahu wa Ta'ala berfirman,.....

04 Mac 2017

5 Hukum berkaitan memancing

Soalan: Apakah hukum memancing ikan.

Jawapan (EM): Pada dasarnya berburu(memancing) dibolehkan berdasarkan Al Qur’an, Sunnah dan ijma.

Firman Allah swt didalam Al Qur’an :

أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ مَتَاعًا لَّكُمْ وَلِلسَّيَّارَةِ وَحُرِّمَ عَلَيْكُمْ صَيْدُ الْبَرِّ مَا دُمْتُمْ حُرُمًا وَاتَّقُواْ اللّهَ الَّذِيَ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ

Artinya : “Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lazat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan; dan diharamkan atasmu (menangkap) binatang buruan darat, selama kamu dalam ihram. dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.” (QS. Al Maidah : 96)

Sementara itu banyak hadis-hadis Rasulullah saw yang berbicara tentang hal ini, diantaranya hadis Adiy bin Hatim dan Abu Tsa’labah al Khasyaniy dari Nabi saw didalam adab-adab berburu yang keduanya cukup panjang dan masyhur.

Adapun ijma’ ulama sebagaimana dinukil oleh Ibnu Qudamah didalam al Mughni yang juga dinukil oleh yang lainnya.

Terdapat lima hukum tentang berburu(memancing) ini :

1. Pada dasarnya berburu itu adalah mubah (boleh).
2. Berburu boleha menjadi sunnah apabila bertujuan memenuhi keperluan keluarga yang bukan wajib atau agar tidak meminta-minta atau untuk disedekahkan.
3. Berburu boleh menjadi wajib apabila ditujukan untuk menutupi keperluan keluarga yang wajib atau sejenisnya.
4. Berburu boleh menjadi makruh apabila hanya sebatas untuk bersenang-senang dan bermain-main saja.
5. Berburu boleh menjadi haram apabila dilakukan dalam keadaan berihram atau di tanah haram atau melalaikannya dari kewajiban. (Markaz al Fatwa no. 20694)

Begitu pula dengan hukum berburu binatang laut atau memancing ikan maka boleh dimasukkan kedalam lima hukum diatas. Akan tetapi perihal larangan berburu pada saat ihram maka hanya pada binatang darat sebagaimana firman Allah di surat al Maidah diatas dan tidak dengan binatang laut.

Wallahu A’lam

23 Februari 2017

Sebahagian umat Muslim sering salah sangka terhadap mazhab fiqh. Mereka menyebut mazhab sebagai penyebab perpecahan, sebagaimana pecahnya umat lain dalam sekte-sekte. Sehingga ada dari sebagian umat Islam yang menjauhkan diri dari bermazhab, bahkan ada yang sampai anti-mazhab.

Penggambaran yang salah dan tidak masuk akal tentang mazhab ini terjadi kerana keawaman dan kurangnya informasi yang benar tentang hakikat mahzab fiqh. Kenyataannya sebenarnya tidak demikian. Mazhab-mazhab fiqh itu bukan hasil dari perpecahan atau pereseteruan, apalagi peperangan di dalam tubuh umat Islam.

Secara bahasa erti mazhab adalah tempat untuk pergi. Berasal dari kata zahaba – yazhabu – zihaaban . Mahzab adalah isim makan dan isim zaman dari akar kata tersebut.....

22 Februari 2017

KITA tahu  bahawa Firaun dan Iblis adalah makhluk-makhluk yang durhaka pada Allah SWt. Tidak terbayangkan, bagaimana mengerikannya jika seorang manusia dianggap lebih buruk dibanding keduanya.

Pasalnya baik Firaun maupun Iblis saja sudah demikian jahatnya, bagaimana jika lebih buruk dari mereka. Pasti hal-hal yang dilakukan oleh manusia yang lebih buruk ini akan lebih buruk pula dibanding keduanya.

Ternyata tidak demikian adanya, kerana cirinya sangat sering sekali terlihat dan dialami oleh manusia. Bahkan diantara kita juga sering melakukannya. Ciri manusia yang dianggap lebih buruk dari firaun dan iblis adalah tidak mau memaafkan kesalahan orang lain....

28 Januari 2017

Badrul Tamam
Al-Hamdulillah, segala puji milik Allah, Rabb semesta alam. Shalawat dan salam atas Rasulillah –Shallallahu 'Alaihi Wasallam-, keluarga dan para sahabatnya.
Diriwayatkan dari ‘Aisyah Radhiyallahu 'Anha,
أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَبَّلَ بَعْضَ نِسَائِهِ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى اَلصَّلَاةِ وَلَمْ يَتَوَضَّأْ
“Bahwasanya Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam pernah mencium sebagian isterinya lalu beliau pergi shalat dan tidak wudhu’ lagi.” (HR. Ahmad)

Dalam riwayat lain di Musnad Ishaq dari Ur'wah, dari 'Aisyah bahwa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam  pernah menciumnya dan berkata, "Sesungguhnya ciuman itu tidak batalkan wudhu'."
Terjadi khilaf tentang keshahihan hadits ini di kalangan para ulama. Ada yang mendhaifkan, ada yang menguatkan dan menshahihkannya...

19 Januari 2017

SIAPAKAH lelaki paling tampan? Jika ada pertanyaan demikian, pasti kita akan menjawab bahawa Nabi Yusuf Alaihis Salamlah lelaki paling tampan di muka bumi ini. Ya, sebab telah dikatakan dalam suatu riwayat bahawa beliau-lah yang paling tampan. Tapi, apakah hal itu benar?

Dalam konsultasisyariah.com dijelaskan bahawa ulama berbeza pendapat tentang siapakah lelaki yang paling tampan.

Pendapat pertama, yang paling tampan adalah Nabi Yusuf. Di antara dalilnya adalah ayat, “Tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka kagum dengan keelokan wajahnya, dan mereka melukai (jari) tangannya dan berkata, ‘Maha sempurna Allah, ini bukanlah manusia. Sesungguhnya ini tidak lain hanyalah malaikat yang mulia’,” (QS. Yusuf: 31).

Dan hadis dari Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu, dimana Nabi ﷺ bersabda, “Yusuf diberi setengah ketampanan,” (HR. Ahmad 14050 dan dishahihkan Syuaib al-Arnauth).

Disebutkan pula dalam hadis riwayat muslim, Nabi ﷺ menceritakan peristiwa Isra Mi’raj yang beliau alami. Ketika beliau di langit ketiga, beliau bertemu dengan Yusuf. Komentar Nabi ﷺ ketika ketemu beliau, “Di sana saya bertemu Yusuf Alaihis Shalatu was Salam, ternyata beliau diberi setengah ketampanan,” (HR. Muslim 429).

Ibnul Qoyim menjelaskan makna hadis, “Kesimpulan yang boleh dipahami dari hadis bahwa Yusuf ‘Alaihis Salam secara khusus memiliki setengah ketampanan semua manusia. Sementara setengah setampanan sisanya terbagi pada semua manusia lainnya,” (Badai al-Fawaid, 3/723).

Kedua, orang yang paling tampan adalah Nabi Adam ‘Alaihis Salam. Di antara dalil yang ...

01 Januari 2017

Sebelum ini banyak berita beredar di masyarakat tentang bahaya makan daging kambing. Benarkah demikian?

Seperti diketahui, daging kambing merupakan daging merah yang paling banyak dimakan di dunia. Daging kambing yang awalnya dinilai merupakan makanan utama di Timur Tengah, Afrika Utara, dan budaya Karibia kini telah merambah ke Amerika serta Eropah.  Meski lazat, ramai orang justru menghindarinya karena beredarnya mitos makan daging kambing berbahaya.

Rasulullah Suka Daging Kambing.....

29 Mac 2016


NAMANYA Atha’ ibn Abi Rabah. Hitam kulitnya & pendek tubuhnya. Jika berkendaraan, baghalnya tanpa pelana. Pernah dia menempuh perjalanan dari Makkah ke Syam untuk menjumpai Khalifah Hisyam ibn ‘Abdil Malik; menyampaikan hajat kaum muslimin dari Ahli Bait Rasulillah, penduduk Haramain, tentera di perbatasan, hingga Ahlu Dzimmah lalu pulang setelah semua dipenuhi tanpa meminum seteguk airpun di Istana Khalifah.

Pada masanya, beliaulah Imam Masjidil Haram yang bahkan Ibnu ‘Abbas & Ibnu ‘Umar jika diminta fatwa di Makkah akan berkata, “Bagaimana kalian bertanya padaku padahal di antara kalian ada Atha’ ibn Abi Rabah?”

Tapi Imam Atha’ punya satu pendapat fiqih yang ditanggapi miring. Adalah beliau menyatakan bahawa melempar jumrah pada Hari Nahr waktunya afdhal sejak pagi hari. Ini melanggar pendapat jumhur ‘ulama yang menyatakan bahawa ia hanya afdhal selepas matahari tergelingcir, bergeser setelah tengah hari.

Pendapat beliau dikecam. Dikatakan bahawa Rasulullah ﷺ dan semua Khulafaur Rasyidin saja ketika memimpin haji melempar jumrah hanya setelah zawalusy syams. Dari mana Atha’ mengambil pendapat yang “bid’ah” dan ganjil itu?

Beliau menyatakan bahawa pada saat haji wada’ Rasulullah menanti para sahabat berkumpul, baru mencontohkan manasik yang benar. Mereka semua baru tiba di sisi beliau ketika matahari tergelingcir. Andai para sahabat telah berhimpun sejak pagi, tentu beliau telah melempar sejak pagi pula. “Tapi pengandaian ini tidak dapat dijadikan sandaran,” sanggah para pengkritiknya.

Inilah qaul beliau yang selama 13 abad jadi pembicaraan para fuqaha’ dan tidak diambil para ahli hadis.

Tapi pendapat Imam Atha’ akhirnya menemukan tempat dan waktu yang tepat. Bilakah itu? Pada tahun 1990-an. Ketika jumlah jama’ah haji berlipat & jamarat kian padat; bahaya yang timbul dari berkumpulnya jutaan manusia mencari waktu afdhal setelah zohor memaksa para ‘ulama membahas ulang hal ini. “Alhamdulillah”, simpul Lajnah Daimah lil Buhuts wal Ifta’, lembaga fatwa Kerajaan Saudi Arabia, “Ada pendapat Imam Atha’ ibn Abi Rabah.” Dengannya, jadual dapat disusun sejak pagi agar desak-desakan dapat diminimalisasi. Syari’at dan Fiqih menjaga jiwa manusia.

Yang ganjil selama berabad-abad, menjadi jalan keluar di suatu masa.

14 Mac 2016

Rahsia Solat Di Awal Waktu

11 Mac 2016

Soalan: Saya seorang perokok. Apakah merokok membatalkan wudhuk ataukah cukup berkumur saja jika hendak bersolat?

JAWAB: Menurut Fatawa Lajnah Daimah, 13/57 di islamqa.ca., pelaku rokok dianggap fasik. Namun tidak diharuskan mengulangi wudhu jika dia merokok. Akan tetapi disyariatkan baginya menghilangkan bau tak sedap dari mulutnya dengan sesuatu yang dapat menghilangkannya. Di sisi lain, wajib segera bertaubat kepada Allah dari perbuatan merokok..sumber IP

09 Mac 2016

Hari ini kita sedang dihebohkan dengan fenomena yang amat menakjubkan. Kejadian ini merupakan salah satu bentuk kekuasaan Allah SWT. Di mana bulan terletak antara bumi dan matahari. Sehingga, bulan yang berukuran lebih kecil itu ternyata bayangannya mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya. Nah, orang Islam yang melihat kejadian ini dianjurkan untuk melaksanakan solat kusuf (solat gerhana). Lalu, apa hukum mengerjakannya?
Solat gerhana adalah sunnah muakkadah bagi lelaki dan wanita. Itu bererti perintah ini sangat dianjurkan untuk dilaksanakan. Sebab, Rasulullah ﷺ bersabda,

28 Februari 2016

ORANG yang kelebihan berat badan memiliki ingatan lebih lemah dibandingkan teman-teman mereka yang lebih kurus, ungkap satu kajian.

Tes yang dilakukan terhadap 50 orang menunjukkan bahawa kelebihan berat badan terkait dengan buruknya “memori episodik” atau kemampuan untuk mengingat pengalaman masa lalu.

Kajian yang dimuat Quarterly Journal of Experimental Psychology itu menyebutkan, ingatan yang samar tentang makan yang terakhir diambil, boleh membuat orang makan berlebihan.

Akan tetapi, aspek lain dari memori –seperti pengetahuan umum– tidak terpengaruh....

26 Februari 2016

Sunnah di Hari Jum'at


Sumber SINI

17 Februari 2016

DALAM solat berjamaah, penting sekali bagi kita untuk memiliki seorang imam sebagai pemimpin dalam solat. Imam ialah orang yang memiliki tanggung jawab besar mengarahkan makmum agar meraih solat yang sempurna, sesuai dengan apa yang diridhai oleh Allah SWT. Untuk itu, orang yang kita pilih menjadi seorang imam tak boleh sembarangan.
Ketika kita menemukan orang yang ingin sekali menjadi imam, sekali pun ia telah termasuk dalam kategori seorang imam yang sesuai dengan syariat, tapi banyak dari para jamaah yang tidak suka padanya, maka jangan jadikan ia sebagai imam. Mengapa?
Seorang dimakruhkan mengimami manusia sedang mereka tidak menyukainya. Hal ini berlaku jika ketidaksukaan mereka itu berdasarkan alasan agama.
Rasulullah SAW bersabda, “Tiga orang yang solatnya tidak diangkat dari atas kepala mereka sejengkal pun, orang yang mengimami manusia sedang mereka tidak menyukainya, wanita yang dimurkai suaminya semalam suntuk dan dua saudara yang saling bermusuhan,” 
(Diriwayatkan Ibnu Majah dengan sanad yang baik).

Sumber

13 Februari 2016

Dalam kehidupan yang majemuk ini, kita tidak dilarang untuk berhubungan dengan orang-orang kafir. Bahkan dalam hubungan tersebut, Islam mengajarkan kita untuk menunjukkan akhlak terpuji di hadapan mereka, sehingga dengan seperti itu rasa simpati kepada ajaran Islam akan muncul dalam diri orang-orang kafir tersebut.

Selain itu, dalam menjaga hubungan tersebut, kita juga harus menjaga batas-batas syar’i yang telah ditetapkan dalam Islam. Dimana ada hal-hal yang boleh kita lakukan dan ada pula hal-hal yang tidak boleh kita langgar.

Batas-batas syar’i itu lah yang kemudian harus kita pahami bersama. Dalam berdakwah misalnya, sebagian orang ada yang beriinisiatif untuk menghadiahkan mushaf al-Qur’an kepada setiap orang kafir yang dia kenal, harapannya mereka boleh bebas membuka dan mempelajarinya. Sebuah niat yang cukup baik memang, namun sebelum melakukan hal tersebut, ada pertanyaan yang mestinya harus kita jawab terlebih dahulu, iaitu bolehkan orang-orang kafir menyentuh mushaf Al-Qur’an?

Menjawab pertanyaan ini, para fuqaha berbeda pendapat menjadi dua:

Pertama, orang kafir diharamkan menyentuh mushaf. Ini adalah pendapat Abu Yusuf—seorang faqih mazhab Hanafi, fuqaha mazhab Maliki, fuqaha mazhab Syafi’i, dan fuqaha Hambali—yang berpendapat, tidak boleh membacakan Al-Qur’an untuk mereka. Dalil yang mereka pakai adalah firman Allah ta’ala:....lagi

11 Februari 2016

Menjadi Hafiz Al-Quran merupakan cita-cita luhur kaum Muslimin. Kerana dengan hafalan Al-Quranlah darjat kita di syurga boleh naik.

Namun, terkadang menghafal boleh menjadi menjenuhkan kerana kesulitan menghafal Al-Quran.

Berikut adalah motivasi dari Ustadz Deden M. Makhyaruddin, M.A. agar menghafal Al-Quran tetap menyenangkan walau tak kunjung menghafal seluruh ayat Al-Quran:

1-Satu huruf Al-Qur’an satu kebaikan, dan satu kebaikan 10 pahala. Bagi yang kesulitan melafazkan, satu hurufnya dua kebaikan. Berarti setiap hurufnya 20 pahala. Semakin sulit semakin banyak. Kalikan dengan jumlah pengulangan Anda..LAGI

29 Januari 2016

Pertanyaan:
Assalamu’alaikum, ustaz Ana ingin bertanya apakah suara wanita termasuk aurat? Dan apa hukumnya wanita membacakan tilawah atau sari tilawah dalam suatu acara-acara tertentu?
Jazakallahu khairan ustaz.

Jawapan:
Wa’alaikumsalam wa Rahmatullah wa Barakatuh.
Bismillah wal Hamdulillah wash Shalatu was Salamu ’ala Rasulillah wa ‘ala Aalihi wa Shahbihi wa man waalah wa ba’d:
Pertanyaan ini ada dua:
Pertama: Auratkah suara wanita?
Dalam hal ini para ulama terjadi perselisihan pendapat. Ada yang menyatakan aurat seperti golongan Hanafiyah dan yang mengikuti mereka. Ada yang menyatakan bukan aurat, dan ini adalah pendapat majoriti ulama. Walau mereka semua sepakat, bahawa bagi laki-laki ajnabi (asing) jika suara wanita memancing fitnah yang melahirkan syahwat, atau sengaja berlazat-lazat mendengarkannya maka itu aurat dan diharamkan.
Pihak yang Mengatakan Aurat dan Alasannya....LAGI

28 Januari 2016

Razeki memang sudah ditetapkan oleh Allah Ta’ala, dan semuanya sudah tercatat rapi di Lauhul Mahfuzh. Namun, apakah itu bererti harus berdiam diri tanpa menjemput razeki, ataukah harus berusaha untuk mendapatkannya? Inilah yang kadang disalahfahami oleh sebahagian manusia.

Ada kisah menarik terkait hal ini; yaitu kisah antara Ibrahim bin Adham dan Syaqiq Al-Balkhi yang disebutkan oleh Ibnu Asakir dalam Târîkh Madînati Dimasyq (23/135). Berikut ini adalah kisahnya:

25 Januari 2016

KIBLAT.NET – Sebutan kafir bukan sesuatu yang asing lagi di telinga umat Islam. Bahkan, baik sedar maupun tidak, hampir setiap hari kaum Muslimin pernah melafalkan kata-kata tersebut ketika membaca Al-Qur’an. Pasalnya, istilah kafir sendiri oleh Allah Ta’ala disebut berulang kali di dalam Al-Qur’an. Semua itu untuk menunjukkan orang-orang yang tidak mau menerima Islam atau mereka yang bukan dari golongan Muslim.

Namun, belakangan ini sebutan kafir oleh sebagian orang dianggap mengandung konotasi negatif, kerana sebutan tersebut terdengar merendahkan atau menyinggung perasaan golongan lain di luar agama Islam. Bahkan dalam acara-acara tertentu, tidak jarang penyebutan kafir terhadap golongan selain Islam sering mendapat kritikan langsung dari pihak-pihak tertentu. Bagi mereka, istilah tersebut lebih baik diganti dengan kata-kata non-Muslim.

Lalu, apakah demikian seharusnya umat Islam menyebut orang-orang di luar agama Islam? Apakah sebutan kafir itu memang untuk merendahkan golongan lain? ...

24 Januari 2016

Tips ini telah diberikan oleh Ustaz Abdul Rauf Al-Hafiz Masjid Tanah Melaka.

i- Jaga Solat
ii-Amalkan selawat 300 x setiap hari
iii-Malam..Amalkan surah Al-Waqi'ah 1 x
iv-Pagi.Amalkan surah Yasin 1 x

23 Januari 2016

Al-Hamdulillah, segala puji milik Allah, Rabb semesta alam. Shalawat dan salam atas Rasulillah –Shallallahu 'Alaihi Wasallam-, keluarga dan para sahabatnya.
Pada dasarnya, bersalaman dengan wanita anjanibayah (asing/bukan mahram) adalah haram, baik langsung atau memakai kain penghalang. Berdasarkan riwayat di Shahihain, dari ‘Aisyah Radhiyallahu 'Anha yang berkata:
ما مست يد رسول الله صلى الله عليه وسلم يد امرأة قط إلا امرأة يملكها
“Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak pernah menyentuh tangan seorang wanita pun kecuali wanita yang dimilikinya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslilm)
Adapun salaman kepada wanita tua yang sudah uzur, tidak ada hasrat nikah (jima’) lagi, tidak lagi mengundang fitnah atau terfitnah, maka para ulama berbeda pendapat:
Pertama, pendapat Hanafiah, Hanabilah, dan pendapat Imam Ahmad membolehkan bersalaman dengan wanita seperti ini. Dasarnya, hadits bahwa Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam menjabat tangan wanita-wanita tua dan tidak bersalaman dengan yang masih muda.
Dalil lainnya, Abu Bakar Al-Shiddiq menyalami wanita-wanita sepuh. Diriwayatkan dari Zubair, dirinya memperkerjakan wanita tua untuk merawat dirinya.
Haramnya bersalaman kepada wanita adalah karena takut terjadi fitnah. Jika wanita yang tak lagi mengundang syahwat, kekhawatiran kepada fitnah telah lenyap.....

22 Januari 2016


مِنْ اقْتِرَابِ السَّاعَةِ أَنْ تُرْفَعَ الأَشْرَارُ وَ تُوْضَعَ الأَخْيَارُ وَ يُفْتَحَ الْقَوْلُ وَ يُخْزَنَ الْعَمَلُ وَ يُقْرَأُ بِالْقَوْمِ الْمَثْنَاةُ لَيْسَ فِيْهِمْ أَحَدٌ يُنْكِرُهَا قِيْلَ : وَ مَا الْمَثْنَاةُ ؟ قَالَ : مَا اكْتُتِبَتْ سِوَى كِتَابِ اللهِ عَزَّ وَ جَلَّ

“Di antara (tanda) dekatnya hari kiamat adalah dimuliakannya orang-orang yang buruk, dihinakannya orang-orang yang terpilih (soleh), dibuka perkataan dan dikunci amal, dan dibacakan Al-Matsnah di suatu kaum. Tidak ada pada mereka yang berani mengingkari (kesalahannya)”. Dikatakan: “Apakah Al-Matsnah itu ? beliau menjawab: “Semua yang dijadikan panduan selain kitabullah ‘Azza wa Jalla.” [HR. Al-Hakim] Hidcom

20 Januari 2016

Sungguh beruntung dan berbahagialah orang tua yang telah mendidik anak-anak mereka sehingga menjadi anak yang soleh, yang selalu membantu orang tuanya, mendoakan orang tuanya, membahagiakan mereka dan menjaga nama baik kedua orang tua. Kerana anak yang soleh akan senantiasa menjadi investasi pahala, sehingga orang tua akan mendapat aliran pahala dari anak soleh yang dimilikinya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ﺇِﺫَﺍ ﻣَﺎﺕَ ﺍﻟْﺈِﻧْﺴَﺎﻥُ ﺍﻧْﻘَﻄَﻊَ ﻋَﻨْﻪُ ﻋَﻤَﻠُﻪُ ﺇِﻟَّﺎ ﻣِﻦْ ﺛَﻠَﺎﺛَﺔٍ ﺇِﻟَّﺎ ﻣِﻦْ ﺻَﺪَﻗَﺔٍ ﺟَﺎﺭِﻳَﺔٍ ﺃَﻭْ ﻋِﻠْﻢٍ ﻳُﻨْﺘَﻔَﻊُ ﺑِﻪِ ﺃَﻭْ ﻭَﻟَﺪٍ ﺻَﺎﻟِﺢٍ ﻳَﺪْﻋُﻮ ﻟَﻪُ

“Apabila seorang telah meninggal dunia, maka seluruh amalnya terputus kecuali tiga, Iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.” (HR. Muslim: 1631).

Demikian pula, kelak di hari kiamat, seorang hamba akan terhairan-hairan, mengapa boleh dia meraih darajat yang tinggi padahal dirinya merasa amalan yang dia lakukan dahulu di dunia tidaklah seberapa, namun hal itu pun akhirnya diketahui bahawa darajat tinggi yang diperolehnya tidak lain dikeranakan doa ampunan yang dipanjatkan oleh sang anak untuk dirinya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻋَﺰَّ ﻭَﺟَﻞَّ ﻟَﻴَﺮْﻓَﻊُ ﺍﻟﺪَّﺭَﺟَﺔَ ﻟِﻠْﻌَﺒْﺪِ ﺍﻟﺼَّﺎﻟِﺢِ ﻓِﻲ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔِ ﻓَﻴَﻘُﻮﻝُ ﻳَﺎ ﺭَﺏِّ ﺃَﻧَّﻰ ﻟِﻲ ﻫَﺬِﻩِ ﻓَﻴَﻘُﻮﻝُ ﺑِﺎﺳْﺘِﻐْﻔَﺎﺭِ ﻭَﻟَﺪِﻙَ ﻟَﻚَ

“Sesunguhnya Allah ta’ala akan mengangkat derajat seorang hamba yang soleh di syurga. Kemudian dia akan berkata, “Wahai Rabb-ku, bagaimana hal ini boleh terjadi padaku? Maka Allah menjawab, “Hal itu dikeranakan doa yang dipanjatkan anakmu agar kesalahanmu diampuni.” (HR. Ahmad: 10618. Hasan)....LAGI

10 Januari 2016

Jangan Biadab dengan Ulama

Ilham Kadir
ILMU  dalam Islam memiliki kedudukan yang istimewa, kerana kehidupan manusia tidak akan tegak lurus tanpa ilmu. Dan ilmu merupakan sifat yang melekat pada para nabi.
Antara rahmat Allah yang diberikan kepada manusia adalah tidak mencabut ilmu dengan meninggalnya para nabi, kerana para nabi mewariskan ilmu kepada sekelompok manusia untuk menggantikan kedudukan mereka dalam memikul amanah Allah dalam mengajarkan manusia dan memikul tugas para nabi ketika masih hidup, hanya saja kelompok tersebut tidak didukung oleh wahyu secara langsung dan tidak pula maksum. Kelompok yang dimaksud adalah para ulama.
Dari Abu Darda’ Radhiallahu ‘Anhu, bahwasanya RasulullahShallallahu ‘alaihi Wassallam bersabda, Barangsiapa melalui satu jalan yang di dalamnya terdapat ilmu, maka Allah akan memberinya jalan menuju syurga. Dan sungguh para malaikat meletakkan sayapnya bagi penuntut ilmu sebagai bentuk keridhaannya atas apa yang diperbuat, dan seluruh penduduk langit dan bumi meminta ampun bagi orang yang berilmu, bahkan ikan-ikan di air juga melakukan hal yang sama...

28 Disember 2015

12 Disember 2015



Oleh: Badrul Tamam
Al-Hamdulillah, segala puji milik Allah, Rabb semesta alam. Shalawat dan salam atas Rasulillah –Shallallahu 'Alaihi Wasallam-, keluarga dan para sahabatnya.Iklan membesarkan zakar atau penis sering kita saksikan. Karena besarnya zakar dianggap sebagai tanda 'keperkasaan' dan membantu kepuasan pasangan dalam urusan ranjang. Sehingga sebagian orang terobsesi memililki zakar dengan ukuran besar. Salah satu jalannya, dengan melakukan operasi. Apakah ini dibolehkan?......

02 Disember 2015

Bahaya lama tak jimak ??

Muhammad bin Zakariya menambahkan,  “Barangsiapa yang tidak bersetubuh dalam waktu lama, kekuatan organ tubuhnya akan melemah, sarafnya akan menegang dan pembuluh darahnya akan tersumbat. Saya juga melihat orang yang sengaja tidak melakukan jima’ dengan niat membujang, tubuhnya menjadi dingin dan wajahnya muram.”....baca semuanya

23 November 2015

Hebatnya Solat Subuh

20 November 2015

16 November 2015

Teori Konspirasi?

islampos.com

SAYA ingat, dulu pernah membaca sebuah kisah di Cina. Ada seorang isteri raja yang sangat ambisius. Demi menyingkirkan isteri-isteri lainnya dan meraih posisi sebagai satu-satunya isteri raja, dia rela melakukan apa saja. Termasuk mengorbankan bayi yang baru dilahirkannya.

Saya lupa detail ceritanya semisal nama isteri raja itu. Namun, kejadian penembakan di Paris membuat saya kembali teringat cerita itu.

Teori konspirasi?

Kalau berbicara ini soal konspirasi, akan ada yang langsung mencap kita ini terlalu paranoid. Muslim akan dituduh umat super paranoid.

Namun, secara sederhana saya hanya buat hipotesa sementara dulu. Perang di Suriah. Meski syiah dan musuh-musuh Islam seringkali mendakwa meraih kemenangan, namun mereka hampir seperti tong kosong nyaring bunyinya.

Atau seperti kemenangan Amerika di film Rambo, sementara pada kenyataannya mereka kalah perang di mana-mana.....lagi

07 November 2015

Belum lama ini tersebar di tengah kaum muslimin pernyataan kontroversi dari seorang da’i terkait fenomena jihad Syria, di antara poin pernyataannya yang pertama, Bashar Assad adalah pemimpin zalim yang masih layak untuk ditaati berdasarkan kaidah “pemimpin zalim lebih baik daripada merebaknya fitnah”. Kedua, Jihad Syria adalah fitnah (tidak jelas mana kawan mana lawan).

Setidaknya dua poin inilah yang boleh mewakili pernyataan beliau, maka tidak hairan jika dengan pernyataan yang beliau sampaikan menimbulkan kegelisahan pada hati kaum Muslimin. Sebab, sejak ...lagi KIBLAT.NET

06 November 2015

GEMAR menolong akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh seseorang. Demikian menurut kajian yang dilakukan di University of California Los Angles (UCLA) dan University of North Carolina.

Merujuk para peneliti, orang yang suka menolong memiliki tingkat kesejahteraan eudaimonik yang tinggi. Hal ini terlihat dari profil ekspresi gen yang positif dalam sel-sel imun mereka, di antaranya ekspresi gen peradangan yang rendah serta gen antibodi dan antiviral yang kuat.

Sebaliknya, individu yang tingkat kesejahteraan hedonisnya tinggi, atau kebahagiaan yang berasal dari konsumsi barang-barang tertentu dan kepuasan diri sendiri (self-gratification), menunjukkan kondisi sebaliknya. Ekspresi gen peradangannya tinggi, gen antibodi dan antiviralnya juga lemah.

Bukan berarti orang-orang yang mengalami kesejahteraan hedonis itu kesihatannya lebih buruk daripada orang yang memiliki kesejahteraan eudaimonik yang tinggi. Keduanya terlihat memiliki emosi positif yang sama tingginya. Kendati begitu, genome mereka memberikan respons yang begitu berbeda walaupun kondisi emosionalnya sama-sama positif,’’ kata profesor kedokteran dari UCLA, Steven Cole, seperti dilansir laman Daily Mail baru-baru ini.....

Saat Di dunia;

1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
2. Allah SWT mencabut Nur orang-orang mukmin (soleh) dari pada (wajah)nya.
3. Maka akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Di saat sakaratul maut;

1. Ruh dicabut ketika berada di dalam keadaan yang sangat haus.
2. Akan merasakan azab yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
3. Maka akan meninggal dunia dengan cara yang buruk (su’ul khatimah).
4. Akan dirisaukan dan akan hilang imannya.

Pada saat di alam barzakh;

1. Akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta meneriman hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menakutkan.
2. Kuburnya akan menjadi sangat gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).
4. Siksaan oleh binatang-binatang berbisa seperti ular, kalajengking dan lipan.

Malaikat Jibril AS, telah menemui Nabi Muhammad SAW, dan berkata, “Ya Muhammad… Tidaklah diterima bagi orang yang meninggalkan solat yaitu: Puasanya, shadaqahnya, zakatnya, hajinya dan amal baiknya.”

Dan orang yang meninggalkan solat akan diturunkan kepadanya tiap-tiap hari dan malam seribu laknat dan seribu murka. Begitu juga para malaikat di langit ke-7 akan melaknatnya.

Sumber: 1001 Siksa Alam Kubur islampos

03 November 2015

(Gambar hissan sahaja)
Sebagai perempuan, sudah menjadi fitrahnya ingin terlihat cantik dan sehat. Bahkan tidak sedikit kaum Hawa yang rela mengeluarkan banyak dana untuk tampil seideal mungkin.

Harapan agar terlihat cantik ternyata tidak hanya dimiliki oleh kaum perempuan saat ini. Pun bagi isteri Nabi, keinginan untuk terlihat cantik di depan suaminya menjadi sesuatu yang diusahakan.

Sebuah hadis riwayat Ibnu Majah mengatakan, sebelum bertemu Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassalam, Aisyah radhiyallahu anha disarankan memakan mentimun untuk menjaga kecantikannya. Ibunya menyarankan agar Aisyah makan mentimun dicampur dengan kurma basah untuk mendapatkan tubuh yang ideal....

01 November 2015



Dengan memegang batu Intifadah, seroang pemuda Palestin, Maher Farukh berlari mengejar seorang serdadu Zionis yang bersenjata lengkap.

Rupanya Farukh tak dapat terima melihat tentera penjajah Israel menembaki teman-temannya di gerbang Utara Kota Birah menggunakan peluru tajam...LAGI

22 Oktober 2015

Ketua Departemen Ilmu Agama Turki yang berada di bawah Kementrian Agama Turki, Benjamin Barak , menyatakan bahawa jumlah huffadz atau penghafal Al Qur`an di Turki mencapai 120.080 orang. Hal ini disampaikan Barak saat acara pemberian piagam penghargaan kepada para penghafal Al Qur`an di sebuah kampus di daerah Malatya, sumber (Turk Press )

Barak sendiri menekankan akan pentingnya menghafal Al Qur`an dan memahami ilmu-ilmu agama sekaligus menegaskan bahawa departemen yang dipimpinnya bersedia membantu dan dan mendukung lembaga-lembaga tahfizd Al Qur`an diseluruh wilayah Turki....

18 Oktober 2015

Imam As Syafi’i kala itu duduk bersama Khalifah Al Ma’mun. Namun tiba-tiba Al Ma’mun bertanya kepada Imam As Syafi’i,”Wahai Muhammad, untuk Allah menciptakan lalat?”

“Untuk menghinakan para raja wahai Amirul Mu’minin.” Jawaban yang tiba-tiba terlintas di fikaran Imam As Syafi’i itu disampaikan.

Al Ma’mun pun tertawa. “Engkau menyaksikan ada seekor lalat hinggap di pipiku?” Tanya Al Ma’mun.

“Benar Amirul Mu’minin. Anda bertanya kepada saya namun saya tidak memiliki jawaban. Dan hal itu membuatku tersentak. Dan ketika aku menyaksikan ada seekor lalat hinggap di tempat yang tidak mampu disuntuh oleh siapa saja meski ia didukung oleh ratusan ribu pedang dan anak panah, maka dari itu aku pun memperoleh jawabannya.”

Khalifah Al Makmun pun menyampaikan rasa takjubnya dengan kecerdasan Imam As Syafi’i. (Manaqib As Syafi’i li Al Baihaqi, 1/156) Hidayatullah.com

17 Oktober 2015

15 Oktober 2015

Ibrah islampos

MANUSIA lebih sering berprasangka, kerana mereka hanya dapat melihat apa yang terlihat oleh mata. Mereka tak dapat melihat apa yang diungkap oleh hati dan itulah keterbatasan manusia. Namun keterbatasan itulah yang justru membuatnya banyak berprasangka kepada manusia yang lainnya.

Lebih sering kita berprasangka bahawa orang yang berkata kasar adalah orang jahat. Padahal, boleh jadi ia adalah orang yang sangat lembut hatinya.

Lebih sering kita berprasangka bahawa orang yang tak memakai jilbab adalah orang yang paling ingkar. Padahal, boleh jadi hatinya berteriak ingin menutup aurat, hanya kesempatan dan keberanian yang belum ia dapatkan....

13 Oktober 2015

Oleh: Ahmad Hifdzil Haq

MARAKNYA perkawinan beda agama di Asia Selatan menjadi tentangan kalangan Kristian Katolik. Belum lama ini, para pemimpin gereja membahas meningkatnya perkawinan beda agama antara pemeluk Katolik dan non Katolik di Asia.

Diskusi yang diadakan sebagai menyambut Sidang Umum Biasa Ke-14 dari Sinode Para Uskup akan berlangsung pada 04-25 Oktober di Vatikan ini ini sempat dimuat di media Kristian, UCAnews, Jumat (02/10/2015). [Baca: Gereja Menilai Perkawinan Katolik dengan Non Katolik tak Sah]

Kenaikan tren menikah beda agama ini rupanya menjadi tentangan utama Gereja Katolik. Sebab di kalangan gereja sendiri menganggap perkawinan Katolik dengan non-Katolik tidak sah di mata Gereja.

Menikah adalah sesuatu fitrah setiap manusia, kerana memang manusia memiliki kecenderungan terhadap setiap lawan jenisnya. Ia merupakan jalan mencapai kebahagian hidup yang dengannya dua insan dapat saling merajut cinta serta berbagi kasih, setiap agamapun melegitimasi penganutnya untuk melakukan pernikahan.

Sama Visi...lagi

10 Oktober 2015

Politik Firaun

Dakwatuna.com – Sepak terjang Firaun banyak dikisahkan dalam Alquran. Ia adalah raja Mesir yang mendakwa dirinya sebagai tuhan yang harus disembah. Pada masa kekuasaannya, Allah swt mengutus nabi Musa dan nabi Harun untuk berdakwah kepada kaumnya, termasuk kepada Firaun.
Allah swt berfirman:
اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى
“Pergilah engkau berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas. Berkatalah kepadanya dengan perkataan yang lembut, agar supaya ia mau menerima peringatan atau takut (kepada Allah)” (Qs. Thaha/ 20: 43-44).
Lalu, seperti apa cara Firaun menguasai rakyatnya? Bagaimana pula sikapnya terhadap nabi Musa dan dakwah yang disampaikannya?

1- Sewenang-wenang
Allah swt berfirman:
إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلَا فِي الْأَرْضِ
“Sesungguhnya Firaun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi” (Qs. Al-qashash/ 28: 4).

Dengan kekuasaan yang ada di tangannya, Firaun merasa boleh berbuat apa saja. Hal inilah yang membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Ia tidak membiarkan ada pendapat yang berseberangan dengannya. Ia paksa semua orang untuk tunduk tanpa reserve kepadanya, apapun yang menjadi keputusannya. Apa saja yang ia katakan dan ia informasikan harus diyakini sebagai kebenaran, dan selainnya adalah salah dan dusta.

2- Memecah Belah
Allah swt berfirman:
وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعًا
“dan menjadikan penduduknya berpecah belah” (Qs. Al-qashash/ 28: 4).
....baca lagi

09 Oktober 2015

TIDAK dinafikan, ketika hidup di dunia ini akan ada banyak hal yang boleh kita lakukan. Namun terkadang, kerana banyaknya hal yang kita lakukan itulah banyak waktu yang kita lakukan hanya untuk duniawi semata.

Jika kita sedari, dari waktu 24 jam yang telah Allah berikan, berapa jam kah kita berikan waktu terbaik kita untuk Allah? Jika kita evaluasi diri kita, betapa banyak kita memberikan waktu untuk Allah hanyalah waktu yang tersisa.

Solat yang kita lakukan bukanlah di waktu terbaik kita, melainkan di akhir aktiviti kita yang justru dengan waktu yang sisa dan tenaga yang tersisa...Iagi

06 Oktober 2015

Sebda Rushallallah SWA

عَقِدَ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ ثَلاَثَ عُقَدٍ ، يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ فَارْقُدْ ، فَإِنِ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ ، فَإِنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ ، فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ ، وَإِلاَّ أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلاَنَ

“Syaitan membuat tiga ikatan di tengkuk (leher bahagian belakang) kalian ketika tidur. Di setiap ikatan setan akan mengatakan, “Malam masih panjang, tidurlah!”. Jika dia bangun lalu berzikir pada Allah, lepaslah satu ikatan. Kemudian jika dia berwudhu, lepas lagi satu ikatan. Kemudian jika dia mengerjakan solat, lepaslah ikatan terakhir. Di pagi hari dia akan bersemangat dan bergembira. Jika tidak melakukan seperti ini, dia tidak ceria dan menjadi malas.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Senada dengan hadis itu, sebahagian tabi’in mengatakan bahawa dengan mengerjakan solat malam, wajah akan berseri-seri. Bahkan dalam sebuah riwayat disebutkan kaitan langsung antara solat tahajud dengan wajah yang berser-seri.

مَنْ كَثُرَتْ صَلاَتُهُ بِاللَّيْلِ حَسُنَ وَجْهُهُ بِالنَّهَارِ

“Barangsiapa banyak mengerjakan solat di malam hari, wajahnya akan berseri di pagi hari” (HR. Ibnu Majah)

05 Oktober 2015

04 Oktober 2015

Seseorang yang menghabiskan banyak waktu mendengarkan muzik lebih berisiko mengalami depresi daripada orang yang memiliki kegemaran membaca. Demikian diungkap sejumlah peneliti dari University of Pittsburgh School of Medicine, Amerika Syarikat.

Peneliti melibatkan 106 peserta untuk mencari keterkaitan media dengan kesihatan emosional. Selama dua bulan, peneliti meminta peserta uji coba selama puluhan kali untuk melaporkan jenis media yang mereka terima, termasuk televisyen, musik, video game, internet, majalah, dan buku.

Para pakar menemukan seseorang yang menghabiskan sebahagian besar waktu mereka mendengarkan musik 8,3 kali lebih berisiko menjadi depresi. Di sisi lain, mereka yang lebih suka membaca buku hanya sepersepuluh dari penggemar muzik yang berisiko depresi....

;;