21 Oktober 2009

Tolong-tolong…ana tengah confuse ni








Sudah bertahun- tahun ana menjadi imam Solat Fardu dan sunat Taraweh ,Semasa mengimami solat fardu jahriah dan solat sunat taraweh ana menbaca al-quran dengan cara melihat al-quran besar yang diletakkan di hadapan.
Rakan-rakan ustaz tolong pandukan ana untuk mencari hukum yang tepat terhadap perbuatan ana itu.masalahnya timbul apabila ada pendapat yang mengatakan hukumnya MAKRUH dan ada juga pendapat yang mengatakan hukumnya HARUS.
1)Pendapat yang mengatakan hukumnya Makruh:
i-Ustaz Rasyidi ,katanya makruh dan tidak mendapat pahala jika imam membaca al-quran secara melihat mushaf di hadapan ketika solat fardu,dan dibolehkan semasa solat sunat sahaja(Rujuk Fatwa semasa Wahbah Al-Zuhaili)
ii-Dato Ismail Kamus

2)Pendapat yang mengatakan hukumnya Harus
i-Ustaz Mohd.Fathi Bin Said ( Al-Hafiz):Pada peringkat awalnya beliau juga mengatakan hukumnya makruf,tetapi setelah beliau membaca kitab At-Tibyan Fi Ulumi Al-Quran,ada huraian dalam kitab itu yang mengatakan hukumnya harus.
ii-Ustaz Muhamad Hafiz Bin Che Hasan @ Che La (Al-Hafiz) mengatakan hukumnya harus berdasarkan pendapat mufti Kelantan yang dahulu.
iii-Sheikh Mohammad Nuruddin Merbo Al.Banjari(sila rujuk: http://www.almuttaqin.tv/view_video.php?id=988 )

Nota:Jawapan dari Ustaz Zaharuddin


Hukumnya harus, hanya mazhab Hanafi tak benarkan kerana bimbang akan hilang orang hafaz al-quran, tapi itu isu berasingan sebenarnya.(tq ustaz zaharuddin)

0 Comments:

Post a Comment