22 Oktober 2009


Menangis kerana Allah adalah satu kepuasan yang tiada tolak bandingnya.Setitis air mata seseorang yang menangis kerana Allah SWT dapat memadam api neraka yang akan membakarnya di akhirat kelak.Sekali kita dapat menangis di hadapan Allah SWT dengan ikhlas,berhari-hari kita akan merasa ketenangannya.Cubalah tuan-tuan untuk menangis kerana Allah.Carilah sebab-sebab yang membolehkan anda menangis . berusahalah untuk menangis walaupun sekali dalam seumur hidupmu. Ada pelbagai cara untuk kita menangis ,antaranya kita boleh menangis melalui solat Tahajud ,Doa Taubat,Zikir Munajat dan muhasabah diri,tetapi bagi diri ana memadai dengan membaca kisah ini di hadapan keluarga, ana dapat menangis terisak-isak.cubalah tuan-tuan baca kisah ini dengan penuh penghayatan, insyaallah air matamu akan bercucuran.Inilah kisahnya ana turunkan.

KISAH PERJALANAN KE MAUTA

             Dari kebanyakan surat-surat yang dikirim oleh baginda Muhammad saw kepada beberapa orang raja dengan tujuan mempelawa mereka memeluk islam,salah satu daripadanya  telah dihantar kepada Raja Busra melalui Haris Bin Umar Azdi r.a.Apabila Haris tiba di Mauta beliau telah dibunuh oleh Sharabil Ghassani,salah seorang Gabenor Qaisar.Pembunuhan ke atas utusan itu bertentangan dengan semua undang-undang kesusilaan di antara suku-suku itu.Lantaran itu,baginda Rasulullah saw merasa amat sedih setelah mendengar perkhabaran itu.Baginda telah mengumpul segolongan tentera yang mengandungi kira-kira seramai 3000 orang yang gagah berani untuk menentang musuh-musuh durjana itu.Semasa melantik Zaid Bin Harithah ra,untuk mengepalai tentera-tentera islam itu,baginda Muhammad saw bersabda,

   "Sekiranya Zaid terbunuh maka Jaafar Bin Abi Talib akan menjadi Amir dan jika beliau juga syahid,kemudian Abdullah bin Rawahah akan mengambil alih pucuk pimpinan itu.Sekiranya beliau juga terbunuh maka dengan itu bolehlah kamu sekelian memilih seorang ketua di kalangan kamu hendaknya."


Seorang Yahudi yang kebetulan mendengar sabdaan baginda Rasulullah saw lalu berkata,
    " Ketiga-tiga mereka pasti akan mati.Inilah caranya yang lumrah bagaimana para Nabi yang terdahulunya selalu meramalkan"

              Baginda Rasulullah saw memberi kepada zaid sehelai bendera putih yang telah dibuat oleh baginda sendiri.baginda Rasulullah saw telah menemani tentera-tentera Islam itu beberapa langkah jarak di luar kota Madinah seraya bagunda berdoa untuk pemergian mereka,

           " Semoga Allah SWT akan membawa kamu sekelian kembali selamat serta memperolehi kejayaan.Semoga dia memelihara kamu sekelian dari segala kejahatan."
           Pada ketika itu,Abdullah bin Rawahah ra yang dilantik bakal menjadi pemimpin tentera Islam itu telah mengalunkan tiga lingkaran syair yang bermaksud,
    " Daku hanya menginginkan keampunan terhadap segala debu dosa-dosaku dan sebilah pedang untuk menyebabkan darah-darah merahku terpancar mengalir umpama jernihan air yang mengali keluar dari mata air...
     Atau sebilah tombak untuk menembusi ke liang hatiku dan ke isi perutku....Dan tatkala insan-insan melalui di tepian kuburku,mereka akan berkata,
  'Semoga engkau yang telah gugur kerana Allah...berjaya dan makmur.Engkau sesungguhnya insan yang berjaya dan makmur"
               Tersebut pula kisah Shahjil,setelah menerima perkhabaran mengenai tentera-tentera Islam,beliau melengkapkan dirinya dengan alat-alat senjata serta 100,000 tentera-tenteranya untuk menentang tentera Islam.Apakala Sharjil dan tentera-tenteranya maju ke hadapan untuk menghadapi tentera-tentera Islam,beliau telah mendapat perkhabaran bahawa Qaisar sendiri sedang mara dengan satu gerumbulan tentera-tenteranya yang berjumlah 100,000 untuk menolong Sharjil.Para sahabat merasa ragu-ragu dan memikirkan samada terus atau tidak menghadapi musuh-musuh Islam yang begitu ramai jumlahnya ataupun harus mereka memberitahu baginda Rasulullah saw untuk mendapatkan arahan-arahan yang lebih lanjut dari baginda.Pada ketika itu Abdullah Bin Rawahah ra dengan penuh semangat lantas beliau berteriak dengan lantang suaranya.

   " Wahai para sahabatku sekelian!Apa yang sedang membimbangkan kamu itu? Apakah sebabnya kamu sekelian datang ke sini? Bukankah kamu semua datang bertujuan untuk mati syahid.Kita pejuang-pejuang Islam tidak pernah memperjuangkan tenaga kita dengan kekuatan senjata dan kekuatan kekuatan bilangan tentera.kita semata-mata berjuang kerana Islam yang mana telah dimuliakan oleh Allah SWT ke atas kita,pejuang-pejuang agamaNya.kita mesti memastikan salah satu daripada kedua-dua kejayaan itu;kemenangan ataupun mati syahid."
             Setelah mendengar kata-kata semangat dari Abdullah bin Rawahah ra itu maka para Sahabat berazam akan tetap dan terus mara sehingga mereka bertemu muka dengan tentera-tentera kristian di medan peperangan Mauta.Zaid r.a dengan menggenggamkan bendera di tangannya terus mengarakan tugas-tugas bagi menghadapi pertempuran di padang Mauta itu.Maka berlakulah satu pertempuran yang sengit di antara tentera-tentera islam dengan tentera kristian itu.Saudara lelaki Sharjil telah mati terbunuh dalam pertempuran sengit itu.Manakala Sharjil sendiri telah melarikan diri dari padang pertempuran itu lalu mencari perlindungan di dalam sebuah kubu.Sharjil telah mengirim berita kepada Qaisar lalu beliau telah menghantar tentera-tenteranya yang gagah berani seramai 200,000 orang untuk membantu Sharjil.Manakala tentera-tentera Islam tetap dengan semangat yang gigih bertempur dengan tentera-tentera kristian yang melebihi bilangannya.Panglima Zaid r.a telah terbunuh,manakala bendera yang dipegangnya telah diambil alih oleh jaafar r.a .Beliau dengan sengaja telah melumpuhkan kaki kuda yang ditungganginya itu supaya melenyapkan perasaan ingin tinggalkan medan peperangan itu yang sedang bermain-main likarannya dalam pemikiran beliau.Jaafar r.a kemudiannya telah membaca beberapa ungkapan syair yang bermaksud,
   " Wahai manusia! Betapakah indahnya syurga.Dan betapa gembira menghampirinya! Kecelakaan orang-orang Rom berada di dalam gengaman tangan,daku mesti menghapuskan mereka kesemuanya ."
            Dengan memegang bendera yang berkibaran di tangannya dan sebilah pedang di sebelah lagi tangannya,beliau terus meluru dan mara menghadapi tentera-tentera musuh itu.Tangan kanan beliau yang memegang bendera itu telah ditetak oleh musuh.Jaafar r.a dengan segera mencapai bendera tersebut dengan tangan kirinya.Apabila tangan kirinya juga ditetak,beliau tetap memegang kukuh bendera itu dengan gigi-giginya serta dibantu oleh kedua lengannya yang masih mengalir darah merah itu.Akhirnya badan Jaafar r.a telah ditetak sehingga terbelah dua oleh seorang musuh dari belakang dan beliau gugur menyembah bumi.ketika iatu Jaafar berumur kira-kira tiga pulu tiga tahun.
Abdullah bin umar r.a menceritakan,
  " Apabila kami mengankat keluar beliau dari padang pertempuran itu,kami telah mengira dan mendapati sebanyak sembilan puluh liang luka di badan beliau,semuanya di bahagian hadapan."

           Tatkala Jaafar r.a dibunuh Abdullah bin Rawahah yang sedang memakan daging di penjuru medan pertempuran itu.Beliau berada dalam kelaparan sudah tiga hari lamanya.Semasa mendengar perkhabaran tentang gugurnya Jaafar r.a di dalam pertempuran itu,beliau terus mencampakkan ketulan daging yang sedang dimakannya itu seraya berkata pada dirinya sendiri,
        " Abdullah! kamu asyik sibuk dengan makan sedangkan Jaafar telah sampai ke syurga"
         Abdullah r.a terus mencapai teraju bendera tersebut lalu terus berjuang.Anak-anak jari  beliau telah luka parah dan bergantungan hampir putus.beliau segera meletakkan anak-anak jarinya itu di bawah kaki lalu menarik kesemuanya sehingga tercerai dari tangannya.Beliau kemudiannya terus mara ke depan.terlintas di fikiran beliau ketika itu bahawa tentera-tentera Islam sedang asyik berjuang dengan sebilangan musuh yang melebihi bilangannya,ini telah membuntukan fikirannya serta menjadi satu halangan besar sehingga membuatkan Abdullah r.a terhenti sebentar.Dengan segera beliau tersentak dari lamunannya yang hampi-hampir beliau berputus asa seraya berkata di dalam hatinya,
        " Wahai hati Apa yang menyebabkan kamu memikirkan demikian? Adakah kerana cinta terhadap isteriku? Kalau begitu aku ceraikan dia di saat ini juga.Adakah kerana hamba-hamba? Oleh itu aku bebaskan mereka semua.Adakah pula kerana kebun? Daku akan berikannya sebagai sedekah."
Beliau kemudiannya membaca beberapa rangkai syair yang bermaksud.
   " Wahai Abdullah! Telah sememangnya kamu terpaksa gugur.Samada dikau lakukan secara kegigihan ataupun tidak.Dikaupun telah cukup mendapat keamanan.Ya,dikau yang hanya berasal dari setitik air yang kotor! Lihat bagaimana hebatnya orang-orang kafir menyerang tentera-tentera Islam! Mengapakan syurga tidak membujuk di hadapan matamu? Walaupun dikau tidak dibunuh di dalam pertempuran ini,ingatlah! Bahawa dikau akan menemui maut di suatu hari nanti." 
Beliau kemudian telah turun dari kudanya.Sementara itu sepupunya telah datang membawa sekeping daging kepadanya seraya berkata.
" Dikau tidak dapat tidur dan makan kerana kelaparanmu selama tiga hari."
Apabila beliau hendak mengambilnya,Abdullah telah terdengar jeritan laungan musuh di satu sudut pertempuran itu.Beliau dengan lantas melontar kepingan daging itu lalu beliau merempuh masuk ke sekumpulan musuh-musuh tersebut lalu berjuang dengan kesanggupan yang terdaya oleh beliau dan akhirnya belaiu mati dibunuh.

Sekadar catatan ( Jika hati anda tidak terasa apa-apa setelah menghayati kisah ini,maka ketahuilah bahawa hatimu telah keras kerana dosa-dosa lampau.Selalulah melafazkan zikir  ' Ya Latif  '  sebanyak-banyaknya dan carilah anak -anakyatim kemudian usaplah rambut mereka dengan seikhlas hatimu,semoga dengan dua perkara ini insyaalah hatimu akan lembut dan kemudianya kamu pasti mudah untuk menangis di hadapan Allah SWT)





0 Comments:

Post a Comment