20 Oktober 2009

Kenapa ana amat memusuhinya .



Pertistiwa ni berlaku sekitar tahun 1985 yang lalu, iaitu semasa ana dan dua orang kawan ana disuruh menjaga surau yang telah ditinggalkan oleh guru al-quran ana, dia pergi ke Mekah untuk menunaikan haji

.Di bahagian belakang suraunya itu ada sebuah bilik kecil.Guru ana tinggal di dalam bilik kecil tu .Semasa guru ana masih di Mekah setiap malam kami bertiga minum teh campur susu pekat manis yang tinnya telak ditebuk 2 lubang oleh guru kami sebelum dia berangkat ke Mekah...setelah beberapa malam melantak susu tu,ia hampir habis,lalu kami terpaksa membuka habis penutup tin susu itu...tapi bila tin itu dibuka...uuweeeek..muntaaah..bangkai seekor cicak yang kulitnya dah tertanggal-tanggal ada di dalam tin susu tu.. eeeii geliii ..loya..sampai sekarang ana masih berdendam dengan sejenis makhluk Allah yang bernama cicak,termasuk juga cicakman. ana boikot filem cicakman tu,ana tak beli CD nya.tetapi semasa tayangan hari raya ada le ana tengok sikit-sikit je sehingga habis filem tu...itu je

[ Nilai moral : Jagalah amanah sebaik mungkin..alfatihah untuk salah seorang kawan ana yang sama-sama minum susu cicak tu dia dah meninggal dunia..dia jadi superman dengan motornya.lalu bertembung dengan kereta..berdeboom..kepalanya pecah berderai..motornya bengkang-bengkok]

0 Comments:

Post a Comment