15 Oktober 2009



Ini adalah cerita orang masjid yang ana selalu dengar di zaman kanak-kanak dahulu.kesahihan cerita ini tidak dapat dipastikan.Ceritanya bermula dengan seorang lelaki yang tinggal di seberang sungai berguru dengan guru yang berada di seberang sungai satu lagi.setiap petang dia akan naik sampan untuk belajar dengan gurunya di seberang sana,satu malam gurunya telah mengajar fadhilat Bismillah,antara fadhilatnya ialah kita boleh berjalan di atas air jika kita membacanya dengan penuh yakin.sejak hari tu lelaki itu tidak lagi bersampan untuk keseberang sana,baca bismillah,pejam mata,buka mata dah sampai di seberang sana.pada satu hari lelaki itu telah mengadakan kenduri kesyukuran di rumahnya,lalu dia menjemput gurunya untuk mengepalai majlis tersebut,semasa dia dan gurunya tiba di tepi sungai,gurunya bertanya,mana sampannya, bagaimana kita nak ke seberang sana ?.lalu lelaki tu menjawab. Eh eh tuan ni,buat-buat lupa pula,kan hari tu tuan guru telah mengajar kami fadhilat Bismillah.jadi dengan bismillah itulah saya menyeberang sungai ni setiap hari.. Tuan guru tu takut tengelam…dia tak mahu berjalan di atas air.
(Nilai moral:Buat sesuatu biar betul-betul...Ana selalu mengajar berbagai doa kepada masyarakat,pernah satu ketika mereka berkata,alhamdulillah menjadilah doa yang ustaz ajar tu…tapi yang peliknya bila ana sendiri membaca doa tu,ia tak menjadi…tawar… tak berkesan…..wallahula’lam)

0 Comments:

Post a Comment