20 Oktober 2009

15 maksiat yang menurunkan bala

Pembaca yang budiman,sama-samalah kita mencegah sekadar yang mampu dan menghindari diri dan keluarga kita daripada 15 Maksiat yang jika umat ini melakukannya maka ia akan menyegerakan turunnyan bala daripada Allah SWT.

1-Apabila harta Negara beredar di kalangan orang-orang tertentu sahaja.
2-Apabila amanah dijadikan satu sumber keuntungan.
3-Zakat dijadikan hutang.
4-Suami memperturut kehendak isteri.
5-Anak derhaka kepada ibunya.
6-Sedangkan ia berbaik dengan kawannya.
7-Suami menjauhkan diri daripada ayahnya.
8-Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9-Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10-Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11-Arak sudah diminum di merata tempat.
12-Kain sutera sudah banyak dipakai oleh orang lelaki.
13-Para artis disanjung.
14-Muzik banyak dimainkan.
15-Generasi akhir zaman(sekarang) melaknat generasi pertama(Para sahabat Nabi).Maka ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan diubah menjadi makhluk lain.
(Hadis riwayat Tarmizi)

0 Comments:

Post a Comment