16 Oktober 2009

Tiga jenis manusia ketika marah

Kata-kata Hikmah.
Kata-kata hikmah ini disampaikan oleh ayah ana kepada ana melalui mimpi ana pada malam jumaat 25/01/2001 ,jam 4.30 pagi.katanya:
Wahai anakku Abdullah,ketika manusia sedang marah,mereka terbahagi kepada tiga golongan,iaitu:
i-Ada manusia mabuk tetapi tidak gila.
ii-Ada manusia mabuk dan dia juga gila.
iii-Ada manusia tidak mabuk dan dia juga tidak gila.
Pilihlah salah satu daripada tiga golongan manusia itu untuk kamu jadikan diri kamu ketika kamu sedang marah.
(Sekadar catatan: Ayah ana orang kampung biasa sahaja.pendidikan awalnya sekolah pondok,pendidikan tingginya belajar daripada anak-anak.tahap matematiknya mampu mengalahkan kalkulator.kerjayanya pelbagai:peniaga-pesawah-petani-kontraktor-pilot lori dll..sekarang ni dia lumpuh diserang syaitan merah )

0 Comments:

Post a Comment