06 Oktober 2009


Peristiwa ini berlaku semasa ana di zaman kanak-kanak dahulu,zaman tu hiburan tak sehebat hari ini ,TV belum popular seperti sekarang,yang ada cuma wayang kulit,wayang gambar pacak,dikir barat. satu malam ketika persembahan wayang kulit diadakan di kampung bersebelahan dengan kampung ana,kami sekumpulan kanak-kanak telah pergi untuk menonton wayang kulit tu,masalahnya kita orang tak de duit,lalu kita orang meneyelinap masuk ke dalam panggung tu dengan pelbagai cara,semua yang lain lepas kecuali ana seorang je yang telah dikejar oleh penjaga pintu panggung tu sehingga ke depan pentas,ana telah ditangkap tetapi dilepaskan semula kerana pengjaga panggung tu adalah guru silat ana,abang man namanya...masa tu tak malupun..masih budak-budak

0 Comments:

Post a Comment