25 Oktober 2009

Tregedi berdarah 23 Oktober




        Pada malam Jumaat yang lalu anak bongsu ana telah terlanggar pasu bunga dan sikunya telah luka berdarah,saiz lukanya hampir 1cm.sakitnya hanya dia yang rasa,tangisannya melalak-melolong hampir
setengah jam lamanya. Mulai jam 12.00 pagi denyutan bisa lukanya mula terasa,lalu dia sekali lagi menangis-nangis dengan syahdunya..umi..umi..umi.itulah bunyi tangisannya  hingga 3.00 pagi. Pada masa itu dalam hati ana hanya Tuhan yang tahu., ana rasakan kalau boleh ana nak ambil tukul besi kemudian ana akan pecah-pecahkan pasu bunga tu kemudian kepala pembeli dan pembuatnya eeiiii ..geram..geram
     Semasa darah sedang mengalir membuak-buak dari siku anak ana tu ,ana terlupa untuk membaca doa di bawah, sedangkan ana telah mempelajarinya tapi dalam keadaan panik cam tu ana terlupa segala-galanya.

Doa untuk memberhentikan pengaliran darah semasa luka,baca dan tekankan di tempat luka.
( Surah Yasin .Ayat.38   )
والشمس تجرى لمستقر لها ذلك تقدير العزيز العليم

Sekadar catatan tambahan:
Wahai anakku ,ketika manusia sedang marah,mereka terbahagi kepada tiga golongan,iaitu:
i-Ada manusia mabuk tetapi tidak gila.
ii-Ada manusia mabuk dan dia juga gila.
iii-Ada manusia tidak mabuk dan dia juga tidak gila.

0 Comments:

Post a Comment