12 Oktober 2012

KUALA LUMPUR, 11 Okt[TMI] — Keputusan Mahkamah Tinggi ke atas transeksual Muslim di Negeri Sembilan semalam menimbulkan keraguan undang-undang Islam bakal menggantikan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di negara ini, kata pakar perundangan. Peguam kebebasan sivil, Syahredzan Johan dan pensyarah undang-undang, Dr Azmi Sharom memberitahu kebimbangan mereka kepada The Malaysian Insider dengan memberi contoh kes tersebut sebagai bukti Perlembagaan Persekutuan bukan lagi menjadi rujukan dan hal ini akan menyebabkan penghakiman mengutamakan undang-undang Islam daripada undang-undang lain dalam sistem dua mahkamah di Malaysia ini.
“Terdapat satu perkara membimbangkan apabila penghakiman meletakkan enakmen Islam lebih tinggi daripada Perlembagaan.
“Islam adalah agama Persekutuan, tetapi itu tidak bermakna bahawa 'Islam', atau tanggapan pihak berkuasa sebagai 'Islam' untuk menggantikan peruntukan Perlembagaan lain,” kata Syahredzan.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Siti Mariah Ahmad menolak cabaran oleh sekumpulan muslim transeksual terhadap peruntukan undang-undang Islam yang menyekat lelaki daripada memakai pakaian wanita atau berpakaian seperti wanita dengan alasan seorang muslim tidak dikecualikan daripada undang-undang Syariah.
Hakim juga memutuskan bahawa Bahagian II Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan asasi rakyat Malaysia seperti kesamarataan di sisi undang-undang, kebebasan beragama, dan melarang perhambaan dan lain-lain dikecualikan dibawah Seksyen 66, menurut wakil peguam Aston Paiva kepada transeksual tersebut.
Beliau berkata hakim hanya merujuk kepada pendapat agama daripada mufti Negri Sembilan untuk melakukan pengadilan ke atas Seksyen 66 bagi membuat ketetapan lisan.....klik tajuk

Beliau menambah penghakiman bertulis kes itu tidak lagi disediakan dan berkata hakim tidak memberi petanda bila ia akan dikeluarkan.
Seksyen 66 dibawah kod jenayah negeri Islam menyatakan bahawa “mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian wanita di mana-mana tempat awam atau perlakuan seperti seorang wanita adalah didapati melakukan kesalahan dan hendaklah disabitkan dengan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”
Syahredzan berkata keputusan Mahkamah Tinggi Seremban adalah sama dengan keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini di mana ia telah menetapkan bahawa Islam mesti dilindungi dengan “apa cara sekalipun”.
“Mahkamah Agung dalam kes Che Omar Che Soh menjelaskan mengenai perkara ini; peruntukan yang berhubungan dengan Islam mesti menerima perintah sekular untuk digubal undang-undang,” katanya, sambil menambah ia bermakna undang-undang tersebut mesti diluluskan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
“Ia juga bermakna bahawa undang-undang yang digubal, tanpa mengira sama ada tertakluk dibawah enakmen Syariah atau keputusan parlimen mestilah selaras dan sama dengan Perlembagaan,” katanya.
Azmi, seorang profesor madya di fakulti undang-undang Universiti Malaya (UM) memberikan penerangan lebih mendalam.
“Ia akan memberikan kebebasan atas kebijaksaan sendiri kepada dewan undangan negeri, jabatan agama Islam dan mufti untuk memperkenalkan sebarang undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan dengan mengatakan ia adalah Islamik dan mengikut Perlembagaan.
“Jika anda tidak menghormati peraturan asas ini, maka apa apakah jaminan yang kita miliki sebagai seorang warganegara?” soalnya.
Empat individu transeksual yang dikenal pasti menerusi nama mereka iala Muhamad Juzaili Mohd Khamis, Shukor Jani, Wan Farol Wan Ismail dan Adam Shazrul Mohd Yusoff.
Mereka telah ditangkap dan disabitkan di bawah undang-undang jenayah Islam kemudiaannya telah mengemukakan saman tersebut pada tahun lepas kepada Negri kerajaan Sembilan dan jabatan hal ehwal Islam negeri untuk menamatkan “penganiayaan”, yang didakwa mereka telah melanggar hak dalam perlembagaan.
Paiva memberitahu The Malaysian Insider bahawa anak guamnya yang disahkan melalui kaedah perubatan mempunyai permasalahan identiti jantina hanya mahukan mahkamah mengisytiharkan Seksyen 66 “tidak terpakai kepada mana-mana individu yang mempunyai permasalahan identiti jantina”.
Beliau berkata, mereka kini tertekan dan mempertimbangkan untuk melakukan rayuan ke atas keputusan itu.

0 Comments:

Post a Comment