23 Mei 2011

Ketua Hakim Negara Kritikal

Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi dipercayai berada dalam keadaan kritikal setelah terjatuh di Wad ED, Hospital Putrajaya pagi ini.

NONEBeliau dipercayai mengidap tekanan darah rendah dan komplikasi jantung, lapor Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, beliau kini dilaporkan dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan susulan.

Malaysiakini difaamkan, keluarganya kini mahukan privasi dan tidak mahu bercakap dengan pihak media buat masa ini.

Sebagai ketua hakim yang keenam, Zaki, 66, dilantik pada 21 Oktober 2008, menggantikan Abdul Hamid Mohamed.

Beliau juga berkhidmat sebagai hakim mahkamah persekutuan dan presiden mahkamah rayuan.[malaysiakini.]

0 Comments:

Post a Comment