14 Mei 2010

Nabi saw bersabda kepada Ibnu Abbas:
" Wahai anak muda, aku akan mengajar kamu beberapa kalimat: 
"Jagalah Allah nescaya Dia akan menjagamu."
Jagalah Allah nescaya engkau mendapatkan Nya ada di hadapanmu . 
Jika engkau meminta, maka mintalah kepada Allah.
Jika engkau memohon pertolongan, maka mohonlah pertolongan kepada Allah.   
Ketahuilah, bahawa sekiranya umat ini bersatu untuk memberikan manfaat kepadamu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak akan mampu memberikan manfaat kepadamu kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan Allah bagimu, dan sekiranya mereka berkumpul untuk menimpakan mudarat kepadamu dengan sesuatu ,nescaya mereka tidak mampu menimpakan mudarat kepadamu kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan Allah bagimu. Al-Qalam telah diangkat dan lebaran-lebaran telah mengering."  ( Hadis riwayat al-Tarmizi)

12 Mei 2010


Kaedah penjagaan suara
1-Elakkan daripada memakan makanan seperti buah-buahan yang bergetah atau kelat, makanan berminyak, atau yang terlalu panas atau terlalu sejuk.
2-Elakkan daripada berpanas atau berhujan yang boleh menjejaskan suhu badan.
3- Mesti cukup tidur sekurang-kurangnya 5 jam.
4-Jaga kesihatan badan.

Petua penjagaan suara yang baik
1-Latihan tahan nafas dalam keadaan berbaring.
2-Latihan berenang untuk nafas yang lebih panjang.
3-Minum segelas air suam setiap pagi sebelum berkumur.
4-Mengikis lidah dengan daun pandan wangi untuk menghilangkan lendir. 
5-Tidur dengan tidak menggunakan bantal untuk merihatkan peti suara.

10 Mei 2010


            PERKARA SENANG DAN AMAT MENYERONOKKAN YANG SEDANG SAYA LAKUKAN SETIAP HARI DAN MALAM ADALAH MEMBACA AL-QURAN BESAR DI HADAPAN SEMASA SOLAT FARDU DAN SUNAT DI RUMAH
        . JIKA SEBELUM INI SAYA SELALU MEMBACANYA DI SURAU, TETAPI SEJAK MENDAPAT KOMEN YANG AGAK TIDAK MENYENANGKAN MAKA SAYA MEMBACANYA DI RUMAH PULA. JIKA TUAN PUAN MELAKUKAN APA YANG SEDANG SAYA LAKUKAN INI DENGAN IKHLAS DAN KHUSYUK KEPADA ALLAH SWT,  SAYA YAKIN TUAN-PUAN TIDAK AKAN SANGGUP UNTUK BERPISAH DENGANNYA WALAUPUN SESAAT ...SELAMAT MENCUBA.

08 Mei 2010

AKTIVITI HARI MINGGU YANG MENYERONOK DAN MEMENATKAN ADALAH  MEMANDU VAN SEJAUH 120 KM PERGI DAN BALIK UNTUK MENZIARAHI ANAK DI ASRAMA  SEKOLAH MENENGAH SAINS INTERGRASI SELANDAR DAN BERKELAH BERSAMA KELUARGA DI BAWAH POKOK ATAU DI BAWAH GARAJ KERETA. HANYA TUHAN YANG TAHU BETAPA SERONOKNYA MELAYAN ANAK-ANAK BILA BERJAUHAN.
Lawataan ke pekan Cowboy Batang Melaka. Hanya Batang Melaka inilah yang masih kekal sebagai hak milik dan kebanggaan orang melayu melaka.Bukit dan lubuk mereka telah diserahkan kepada cina, Tanjung pula telah dirampas oleh Keling.

07 Mei 2010

(eramuslim.com )Jumat, 07/05/2010



Taliban Pakistan benar-benar menepati janji mereka untuk menjalankan syariat Islam. Ditengah gencarnya operasi militer pemerintah di wilayah kesukuan yang menjadi basis mereka, Taliban telah memotong tangan tiga orang pencuri, setelah pengadilan Islam Taliban mendapatkan mereka terbukti bersalah.
Tiga orang yang telah diamputasi tangannya tersebut, segera dibawa ke rumah sakit di timur laut kota Kohat untuk mencegah terjadinya pendarahan yang berlebihan terhadap luka yang mereka derita.
Taliban dan kelompok Islam lainnya di provinsi Pakistan Khyber Pakhtoonkhwa telah berjuang untuk menegakkan hukum Syariah Islam selama beberapa dekade.
Kelompok Taliban di daerah kesukuan juga telah menyatakan pelarangan terhadap praktek-praktek sosial dan individu yang mereka anggap tidak Islami seperti mencukur jenggot, menyewakan CD musik dan film dan billboard dengan gambar-gambar perempuan.
Penegakan Syariah telah menjadi topik hangat perdebatan di kalangan politisi dan ulama Pakistan, sebagian ulama yang berpaham moderat menolak versi Syariah Islam Taliban dan mereka menyebutnya dengan istilah "ekstremisme."
Salah satu ulama terkemuka dan ketua komite Ruyet-e-Hilal, Mufti Munibur Rehman berpendapat bahwa hukum syariah Islam seperti pemotongan dan melempari dengan batu sampai mati hanya bisa diterapkan jika negara adalah benar-benar Darul Islam (negara Islam) di mana kesejahteraan rakyat merupakan prioritas dan kebutuhan mereka telah tersedia.
Ulama juga telah menyebutkan satu kasus dimana Khalifah Umar bin Khattab ra pernah menangguhkan hukuman potong tangan untuk kasus pencurian sewaktu kota Madinah dilanda kelaparan.(fq/aby)

05 Mei 2010

Ketawa dan menangis



Suatu hari al-Hasan al-Basri berjalan melewati seorang pemuda yang sedang ketawa terkial-kial. Maka dia berkata kepada pemuda itu:
al-Hasan: "Hai anak muda ,mengapa engkau tertawa terkial-kial seperti itu ?. Apakah engkau tahu akan engkau akan menerima kitab mu dari tangan kanan atau tangan kiri?.

"Tidak". jawab pemuda itu.

Al- Hasan bertanya :" Apakah engkau merasa yakin dapat menyeberangi titian sirat?.

"Tidak" Jawabnya.

Al-Hasan bertanya lagi: " Apakah engkau tahu akan terjerumus ke neraka atau selamat darinya?.

"Tidak" Jawabnya.

Al-Hasan: " Lalu mengapa engkau tertawa terkial-kial ?.

Pertanyaan al-Hasan itu membuatkan pemuda itu menyesali perbuatannya lalu menangis terisak-isak.

04 Mei 2010

Kerja Jama,i

Ringkasan Tazkirah Ustaz Abd Ghani Samsudin 
( Usrah Nuqaba' dan JKPN Koperasi Muslimin Malaysia Berhad di Regency Hotel KL 30 April hingga 1 Mei 2010)

Pembuka bicara : Dengan nada bergurau ustaz Ghani berkata : Politik adalah sebahagian daripada Islam, sesiapa yang tidak boleh menerima politik Islam maka bolehlah dia keluar daripada Islam"

1-Bertambah peluang untuk meraih matlamat dan objektif kerana amal jama'i dan kesepakatan dalam bertindak .

2-Memungkinkan tercetusnya idea baru, baik yang mudah mahupun kompleks.

3-Dapat memanfaatkan secara terbaik bakat dan keupayaan individu dalam pelbagai bentuk dan jenis.

4-Dapat mengembang dan menggunapakai nilai dan pendekatan baru sehingga menjadi budaya.

5-Dapat meningkatkan hubungan baik serta impak team dan institusi tempat bekerja kerana kerana keutuhan semangat kekitaan.

6-Mengukuhkan keyakinan,mempunyai sifat terbuka,sedia menghadapi segala kemungkinan berbahaya.

7-Meningkatkan kesediaan menerima arahan baru yang lebih sukar dan mencabar.

8-Memperkasa Kewajiban bersama demi merealisasi matlamat yang lebih besar di samping dapat mengatasi halangan yang lebih sukar dan sulit..

30 April 2010

Bagaimana menilai berita

Berita di bawah ini Mungkin:

1- Bohong 100%

2-Sihir dan Syaitan

3- Jin di dalam badannya

4-Merosakan akidah umat islam jika mempercayai perkara yang bukan-bukan

Tak makan, minum selama 70 tahun


PRAHLAD JANI

(kosmo 30.04-2010)
NEW DELHI - Sekumpulan doktor yang berkhidmat dengan tentera India kini melakukan kajian terhadap seorang lelaki, Prahlad Jani selepas dia mendakwa tidak pernah makan dan minum selama 70 tahun.
Jani, 83, dikaji oleh 30 doktor yang bermula pada 22 April lalu. Kajian itu bakal mengambil masa selama 15 hingga 20 hari di sebuah hospital di bandar Ahmedabad, Gujerat selama 24 jam sehari.
"Pemerhatian daripada kajian itu akan memberi harapan terhadap kehidupan tanpa makanan dan minuman," kata Pengarah Institut Pertahanan Fisiologi dan Sains Sokongan, Dr. G. Ilavazahagan.
Doktor-doktor itu percaya dia memiliki kualiti yang dapat membantu menyelamatkan nyawa manusia.
Setakat ini, dia tidak makan, minum atau membuang air selama enam hari tetapi beberapa doktor menyatakan, kesihatan Jani tidak terjejas akibat kekurangan zat.
Jani mendakwa dia meninggalkan rumah semasa berusia tujuh tahun sebelum mengabadikan dirinya pada Tuhan di negeri Rajasthan.
Lelaki misteri itu mendakwa dia diberi makan oleh seorang dewi yang memasukkan sejenis pati ke dalam lubang di lelangitnya.
Pasukan doktor itu menjangkakan lelaki itu akan mengalami masalah kekurangan air, penurunan berat badan, keletihan dan kegagalan fungsi beberapa organ dalam tempoh kajian. - Agensi

29 April 2010

Pahlawan Islam Kontemporari

Setelah membaca dan menghayati buku ini dengan sepenuh penghayatan, maka terasalah seolah-olah diri ini tidak menyumbang apa-apa pun untuk perkembangan Islam .Terasa juga diri ini terlalu bersalah terhadap Allah SWT kerana setiap hari merasai segala nikmat kurniaan Allah SWT tanpa sebarang bayaran,  tetapi sedikitpun tidak terlintas di dalam diri untuk menjadi seorang pejuang agama-Nya yang akan berjihad dengan sepenuh hati di jalan-Nya.
Ya Allah ampuni dosa hamba Mu  ini di atas segala kelalaian ini,
Ya Allah pilihlah hambamu ini untuk menjadi salah seorang Mujahidin
yang akan berjuang untuk menegakkan agama Mu di dunia ini... Amin

28 April 2010

Cara berjalan yang betul

Cara berjalan Rasulullah saw dan para sahabatnya
   

     Rasulullah saw dan para sahabatnya berjalan di muka bumi dalam keadaan rendah hati, tawaduk dan kemah kembut, mereka berjalan dengan penuh kewibawaan dan kehormatan. Tidak dengan sikap sombong dan semahunya sendiri, mereka tidak merasa lebih tinggi daripada sesiapapun, mereka dan tidak bongkak. Mereka berjalan sebagai seorang yang mengentahui bahawa mereka berasal dari tanah dan akan kembali ke tanah pula. Mereka menghayati peringatan Allah SWT semasa berjalan, iaitu:

" Dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi,dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang."
( Surah al-israa': 37)
 Mereka tahu bahawa mereka tidak mampu menembusi bumi sekalipun mereka memanjangkan kaki-kaki mereka. Mereka juga tahu bahawa mereka tidak mampu menyamai ketinggian gunung sekalipun mereka menjulurkan leher atau mendongakkan kepala mereka. Mereka juga selalu menghayati wasiat Luqmanul hakim kepada puteranya semasa berjalan, kata Luqmanul hakim: 
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu kerana memandang rendah kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong dan takabur, lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu semasa berkata-kata sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara kaldai"
( Surah Luqman. ayat 18-19)

Abu Hurairah ra berkata : "Aku tidak melihat sesuatu pun yang lebih bagus daripada diri Rasulullah saw seolah-olah aku melihat matahari berjalan di muka baginda, Aku juga tidak melihat seseorang yang berjalan lebih cepat jalannya daripada baginda, seakan-akan bumi menjadi turun di hadapan baginda. Kami sudah berusaha untuk menyeimbangi baginda, tapi baginda seperti tidak mempedulikan"
Rasulullah saw dan para sahabat terdekat baginda tidak berjalan seperti orang dalam kesakitan ataupun lambat. Maksud cepatnya cara berjalan mereka bukanlah bererti cara berjalan yang menghilangkan kewibawaan, iaitu berjalan terlalu cepat, tetapi sederhana antara keduanya.

Pernah suatu hari Umar melihat seorang pemuda yang berjalan perlaha-lahan, dia bertanya :
"Apakah engkau sakit?
Pemuda itu menjawab: " Aku tidak sakit." 
lalu Umar berkata: " Kalau begitu engkau jangan berjalan seperti itu".

Salah seorang sahabat wanita melihat sekumpulan anak muda berjalan perlahan-lahan. Lalu dia pun bertanya: " Siapakah mereka itu?"
Lalu dijawab: " Mereka adalah para pemuda ahli ibadah".
Sahabat wanita itu berkata: " Demi Allah, jika berjalan Umar adalah orang yang paling cepat. Jika berkata, suaranya paling lantang. Jika memukul, maka pukulannya menyakitkan. tapi dia juga seorang ahli ibadat yang sebenarnya."

Cara berjalan orang yang sombong
    " Ada seseorang di antara orang-orang sebelum kamu yang berjalan dengan sombong sambil mengenakan dua jubahnya dan takjub kepada diri sendiri, maka Allah membenamkannya ke dalam tanah, dan dia tenggelam di sana hingga hari kiamat" ( Riwayat Muslis) 

          Ingatlah kisah Qarun seorang jutawan dan hartawan yang keluar dari rumahnya dan berjalan dengan penuh sombong dan bergaya, lalu Allah SWT tenggelamkan dia ke dalam bumi bersama segala harta dan perhiasannya, maka segala harta dan kemewahannya tidak dapat menyelamatkan dirinya dari murka Allah SWT.( Surah al-qasas ayat 81)

26 April 2010

12 Pribadi Ibadurrahman


ANDA MASIH DALAM KEMPEN SAYA

" SETIAP BULAN SEBUAH BUKU ILMIAH ".
SELAMAT MEMBACA

12 Peribadi Ibadurrahman 
1 Tawaduk
2 Murah Hati
3 Mendirikan Solat Malam
4 Takutkan Neraka
5 Sederhana dalam membelanjakan harta
6 Bertauhid
7 Menjauhi melakukan  pembunuhan dan menghormati kehidupan
8 Menjauhi Zina
9 Taubat Nasuha
10 Tidak bersumpah palsu dan meninggalkan perbuatan yang tidak bermanfaat
11 Menyelami ayat ayat Allah
12 Memohon kebaikan bagi isteri dan keluarga.

       HURAIAN SETIAP PERIBADI IBADURRAHMAN OLEH DR YUSUF AL-QARDAWI AMAT MENARIK DAN MENYENTUH PERASAAN...SILA HAYATINYA DENGAN SEPENUH HATIMU.

24 April 2010

ISU WAHABI- sila rujuk (http://www.zaharuddin.net/)
Isu jenama dan label Wahabi adalah satu lagi jenis ilmu yang menurut penelitian saya, TIDAK MAMPU difahami secara adil dan betul oleh orang awam. Hatta sebahagian ilmuan Islam yang tidak specialize bidang tersebut juga kurang kemampuan. Sama seperti kesnya di dalam bidang Fiqh Kewangan yang sentiasa ketandusan pakar dari kalangan ulama Fiqh di seluruh dunia.
Namun apabila isu ini dibincangkan secara terpecah-pecah, akhirnya semua menjadi keliru dan timbul pihak awam yang menjadi pengikut serta begitu agresif menghentam di antara satu sama lain.
Manakan tidak, bagi memahami sebenar-benarnya isu wahabi sesat atau tidak, perbincangannya terlalu banyak kaitan dengan pelbagai displin ilmu dan topik yang sukar sekali mampu difahami oleh orang awam, sebagai  contoh :
  • Perlu faham istilah Wahabi asalnya dari mana, siapa menamakannya, apa motifnya.
  • Perlu punyai kefahamanlatara sejarah Islam di waktu kewujudannya,
  • Perlu fahami Fiqh Daʿwah dan Fiqh al-Waqiʿ serta perbezaaan cara gerakan dakwah di satu-satu tempat.
  • Perlu memahami latar belakang pergeseran pengikut mazhab yang telah wujud sejak kurun kedua hijrah yang menyumbang kepada tuduh menuduh, sesat menyesat, kutuk mengutuk.
  • Perlu mehami isu aqidah yang teknikal seperti sifat Allah, ayāt mutasyābiah dan hukum taʾwilannya, perbezaan taʾwil dan tafsir, Taʾwil bi al-Raʾyi dan Bi Al-Maʾthur, Allah bertempat atau tidak, status hadīth Ahād, Zonni al-Dalālah dalam dalil-dalil berkaitan ʿAqīdah,
  • Perlu memahami apa mazhab empat dan pegangan fiqh mereka agar tidak tersilap menggelar mazhab selain Syafiʿi sebagai Wahabi.
  • Perlu memahami adakah pandangan marjuh boleh dipakai oleh orang awam yang tiada asas.
  • Fahami ijtihad mazhab Syafiʿi dalam cabang Fiqh dan keharusan orang awam berpegang dengannya walau dilihat lemah oleh ulama muhaqiqin (penganalisa) moden.
  • Fahami pembahagian status orang awam kepada Muttabiʿ, Muāfiz, Muqallid, ʿAwwām (Mazhab al-Mufti) dan Jāhil. Agar kita tidak memberatkan mereka dengan perkara yang diluar kemampuan, mengajar mereka perkara yang boleh menambah keserabutan.
Itulah serba sedikit cabang ilmu yang mesti dikuasi oleh sesiapa sahaja yang ingin mencampuri perdebatan dan perbincangan berkenaan wahabi, Ahli sunnah wal Jamaʿah dan yang berkait dengannya.
Selagi orang awam itu zero ilmunya atau hampir zero berkenaan hal tersebut, selagi itulah perbincangan dan perdebatan itu hanya lebih menjurus kepada mudarat kepada orang awam berbanding manfaat.
Biarlah isu ini dibincang secara tertutup oleh para ilmuan yang berkelayakan demi menambahkan kemampuan ijtihad mereka, di samping bagi melahirkan pandangan terkuat dan meningkatkan kedalaman ilmu.
Namun bagi orang awam, janganlah lagi dilemparkan isu ini kepada mereka. Nanti ibarat si buta yang tidak pernah mengenal beza harimau dan kucing. Lalu apabila dilempar kepadanya seekor harimau, lalu dipeluknya atas sangkaan ianya kucing. Akhirnya lemparan itu hanya memudaratkannya.
Manakan tidak, akibat tidak faham letak duduk isu ini dengan baik, ada orang awam yang memulakan aktiviti perang mulut, tulisan. Gelaran kafir mengkafir kerap menjadi destinasinya, gelaran Wahabi, Ahbash menjadi penyedap jiwa amarah dan bukan lagi hasil hati yang tulus yang inginkan redha Allah.
Akhirnya kedua-duanya menerima mudarat menurut hukum Islam kerana menggelar sesat dan kafir seseorang tanpa hujjah yang putus akan memantulkan ‘sesat' dan ‘kafir' itu kepada diri penuduh.

23 April 2010


Mengemudi Bahtera Perubahan Minda- BUKU SESAT "BUKU YAHUDI"




BUKU YANG BERJUDUL 'MENGEMUDI BAHTERA PERUBAHAN MINDA' YANG DITULIS OLEH MOHD ASRI ADALAH BUKU YANG BAHAYA KERANA DIDALAMNYA BANYAK TERDAPAT UNSUR-UNSUR VIRUS PEROSAK PERPADUAN UMAT ISLAM DAN MENGKAFIRKAN ULAMA ISLAM JUGA UMAT ISLAM. DI DALAM BUKU TERSEBUT JUGA TERDAPAT UNSUR AMALAN MENGHORMATI YAHUDI YANG MATI KAFIR DAN MEMUSUHI ILMU ISLAM DAN ULAMA ISLAM.


UNSUR-UNSUR SESAT TERDAPAT DALAM BUKU MOHD ASRI:

- Menyandarkan Perbuatan Syirik Kepada Para Nabi.
- Menyamakan Wajah Islam Dengan Kristian.
- Berakidah Allah Duduk.
- Menghina Nabi Ibrahim Sebagai Watak Orang Jahil Tentang Tuhan.
- Mengkafirkan Umat Islam (Tawassul)
- Mempertahankan Orang Kafir Atheis Sebagai Beriman&Bertauhid Kepada Allah.
- Mendakwa Orang Kristian Bertauhid dan Beriman kepada Allah.
- Menghina Ilmu Aqidah Islam.
- Memperlekehkan Hukum Murtad.
- Mengkafirkan Ulama Islam Dengan Menyifatkan Sebagai Khawarij.
- Mendakwa Orang Buat Bid’ah Sesat Pun Dapat Pahala.
- Dakwa Pakai Serban Bukan Sunnah.
- Menghukum Sambutan Maulid Nabi Sebagai Sesat.
- Mengharamkan Sebutan Nama Nabi Atau Wali.
- Melakukan Perkara Yang Dirinya Sendiri Haramkan..
- Banyak lagi…



22 April 2010

3 Tahap CINTA

         Cinta adalah gelojak jiwa dan emosi yang terpancar daripada batin manusia yang menampilkan rasa bahagia dan damai dirinya. Perasaan ini mengeratkan seseorang kekasihnya dalam perasaan suka, serasi dan sesuai. Cinta adalah ikatan roh dan hubungan kejiwaan serta intuisi yang berkobar dalam diri. Ianya mengungkapkan diri dalam berbagai-bagai bentuk ekspresi seperti: memuji,mencium,menghormati,menjabat tangan, memberi nasihat,mendakap,menghindari bahaya,memberi hadiah,menemani dan lain-lain sehingga sampai ke tahap hidup bersama. (Ustaz Ghani Shamsudin)

i- Cinta tahap pertama " al-hubbul a'la"
iaitu cinta kepada Allah, rasul, agama dan jihad fi sabilillah, seseorang yang diresapi cinta ini akan menjadi segar dan kental sehingga amat sayang kepada Allah SWT dan mereka redha berbuat apa sahaja demi Allah SWT. cinta tahap pertama wajib berkekalan dan tidak boleh terputus buat selama-lamanya.

ii-Cinta tahap pertengahan" al hubbul al-ausat"
Cinta yang berkaitan dengan individu,keluarga,masyarakat dan sebagainya, Gerakan hati dan perasaan manusia yang merasakan dirinya terikat dengan orang lain dengan pertalian nasab,kekeluargaan,persahabatan dan sebagainya. Cinta tahap pertengahan ini walaupun amat diperlukan dalam hidup bermasyarakat tetapi ia ada had dan sempadannya. Ada kalanya ia wajib disambung dan adakalanya ia wajib diputuskan. kita mesti mencinta seseorang yang mencintai allah SWT dan kita tidak lagi boleh terus mencintai seseorang tidak mencintai Allah dan rasulNya.
iii-Cinta tahap rendah "al hubbul al-adna"
Cinta yang betaraf rendah,negetif dan boleh memusnahkan manusia seperti cinta dan kasih kepada seorang yang zalim,diktator atau seseorang yang menganggap dirinya sebagai tuhan. cinta tahap terendah ini wajib dijauhi dan dihaindari oleh seorang musli yang waras dan teguh imam dan taqwanya kepada Allah SWT.

21 April 2010

    Dalam mengharungi kehidupan seharian, ada orang yang cuba lari dari memegang sebarang tugas atau jawatan, tetapi ada juga segelintir manusia yang cuba mencari dan memburu apa sahaja jawatan walaupun dia sebenarnya tidak mampu untuk melakukannya.
           Selain dari menjawat jawatan wajib sebagai guru di sekolah , saya sekarang ini secara sukarela sedang memikul berbagai jawatan dan tugasan sampingan yang lain lagi dalam hidup ini. Walaupun dengan memikul semua tugasan tersebut menyebabkan saya kekurangan masa untuk bercuti dan rehat bersama keluarga tercinta, tetapi saya tetap seronok dan ikhlas memikul semua tugas dan kerja sampingan yang sedang saya lakukan ini ,kerana ia menambahkan lagi kematangan saya dalam berfikir dan bertindak serta ia juga menambahkan lagi ilmu pengentahuan serta wang kepada saya .
           Lihatlah beberapa contoh di bawah, jika apa yang sedang saya lakukan ini besesuaian dengan jiwa kalian, maka bolehlah kalian contohinya sekadar termampu, semoga ianya akan menambahkan lagi ilmu pengentahuan dan mungkin juga dapat menambah pendapatan  kepada kalian :
1-Ketua Naqib Koprasi Muslimin Malaysia(Melaka)
2-Penolong Ketua Daerah Alor Gajah Koprasi Muslimin Malaysia (Melaka)
3-Ejen Pru BSN Takaful
4-Berniaga secara kecil-kecilan sekadar menunaikan fardu kifayah
5-Imam dan Maulim

ustazcyber (kanan)sedang mencatat perjalanan mesyuarat Koprasi Muslimin Malaysia (Melaka) pada 18 April 2010 di Dewan SMK Sultan Muhammad Batu Berendam Melaka

17 April 2010

Mencari dunia dan akhirat

1-Firman Allah SWT dalam hadis Qudsi:
Wahai dunia jika sesiapa berkhidmat kepada Ku, maka kamu berkhidmatlah kepadanya, dan jika sesiapa berkhidmat kepadamu maka kamu perhambakanlah dia. 

2-Allah SWT berfirman kepada para malaikat yang diserahkan kepada mereka urusan razeki anak adam:
" Mana-mana hamba yang kamu dapati yang cita-citanya hanya satu( iaitu semata-mata untuk akhirat) , jaminlah razekinya di langit dan di bumi. Dan mana mana hamba yang kamu dapati mencari razekinya dengan jujur kerana berhati-hati mencari keadilan, berilah dia razeki yang baik dan mudahkan ia baginya. Dan jika ia telah melampaui batas kepada selain itu, biarkanlah dia sendiri mengusahakan apa yang dikehendakinya. Kemudian dia tidak akan mencapai lebih dari apa yang telah Aku tuliskan untuknya.
( Hadis Qudsi riwayat Abu Nuaim dari Abu Hurairah)

16 April 2010

anjing menyeret bangkai

Hadis Qudsi :
       Allah swt telah mewahyukan kepada Nabi Daud as dengan firmanNya : " Wahai Daud, Perumpamaan dunia iaitu laksanakan bangkai di mana anjing-anjing berkumpul mengelilinginya, menyeretnya ke sana ke mari . Apakah engkau suka menjadi seekor anjing,  lalu ikut bersama mereka menyeret bangkai itu ke sana ke mari?" Wahai Daud! Berlemah-lembutlah dalam perbicaraan dan sederhanalah dalam berpakaian, kemasyhuran namamu di khalayak ramai tidak akan serupa selama-lamanya dengan apa yang diperolehi di akhirat.( Riwayat Tabrani)

Sebahagian dari doa Nabi Daud:
   Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon agar dapat mencintai Mu, mencintai yang mencintaiMu, dan beramal dengan amalan yang membolehkan aku cinta kepadaMu. Ya Allah jadikan cintaku kepadaMu melebihi cintaku kepada diriku, kepada keluargaku dan kepada air yang sejuk di saat panas terik di padang pasir.

Siapakah nabi Daud a.s
* Beliau adalah manusia yang paling banyak beribadat kepada Allah SWT.
* Beliua berpuasa setengah tahun pada setiap tahun, iaitu beliau berpuasa satu hari dan berbuka satu, itulah yang dilakukan sepanjang hidupnya.
* Baginda tidur setengah malam dan kemudian bangun untuk beribadat selama satu pertiga darinya.
* Baginda tidak pernah undur walaupun setapak ketika bertemu dengan musuh.
* Apabila Nabi Daud bertasbih atau bertahmid memuji Allah SWT maka bukit-bukau dan gunung-ganang akan ikut sama memuji Allah SWT.
* Nabi Daud mempunyai suara yang amat merdu.
* Nabi Daud tidak makan kecuali hasil dari tangannya sendiri.
* Tangannya boleh melembutkan besi( bekerja sebagai tukang besi untuk menyara hidupnya)

14 April 2010

Hadis Nabi saw
Orang yang disebut Muflis dari golongan umatku, ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa amal ibadatnya berupa sembahyang,puasa dan zakat, tetapi di samping itu membawa dosa kerana pernah MEMAKI, MENUDUH, memakan harta orang tanpa hak, menumpah darah dan memukul. Orang yang pernah dianiaya diberi pahala kebaikannya kerana telah dianiaya. Demikian seterusnya. Apabila amalan kebaikannya telah habis, diambil dosa orang yang telah dianiaya itu dan dibebankan kepadanya sehingga ia berhak dimasukkan ke neraka dan kemudian dilaksanakan hukumannya.

13 April 2010

Ayam mendengar bacaan Al-Quran

            Beberapa tahun yang lalu semasa saya sedang menghafaz al-Quran di bawah pokok dekat dengan rumah saya, tiba-tiba saya dikelilingi oleh sekumpulan ayam kampung, mereka khusyuk mendengar saya menghafaz al-Quran tu, Suara saya taklah merdu pun, tapi itulah keajaiban al-quran.
(Peristiwa ini berlaku sebanyak dua kali dalam hidup saya)

12 April 2010


TERLALU BANYAK YANG MENARIK DI DALAM BUKU INI ANTARANYA:

BAB 16
Bolehkah seseorang itu bercinta


      Dalam satu ceramah agama di radio, salah seorang panel forum berkenaan menyebut bahawa "cinta adalah sesuatu yang suci, cinta juga adalah sesuatu yang agung". Beliau yang juga bekas pensyarah Universiti tempatan dan kini ahli politik mengatakan bahawa kita bercinta kerana hendak mencari titik persamaan, kita tidak mahu seorang itu berkata, aku suka singkong, kau suka keju. Maksudnya seorang itu suka masakan kampung dan seorang lagi suka masakan barat .
      Daripada apa yang diungkapkan oleh penceramah berkenaan , dapat dibuat kesimpulan bahawa kita digalakkan bercinta untuk mencari titik persamaan. Cakap-cakap beliau itu akan dipegang oleh sesiapa sahaja, kerana beliau bukan calang-calang orang, malah beliau berkelulusan PhD dalam bidang agama. Walau bagaimanapun , dahulunya beliau pernah mengeluarkan suatu kenyataan kontroversi: " Ibu tunggal yang kesempitan harus melacur jika darurat". mungkin orang-orang jahil dalam agama akan menerima pendapatnya.
       Apabila bercakap dalam bab cinta, tergambar pasangan lelaki dan perempuan duduk berduaan tidak kira di mana untuk mencari titik persamaan. Persoalannya, adakah Islam membenarkan penganutnya bercinta?. Adakah Rasulullah saw dan para sahabat juga bercinta dahulu demi mencari titik persamaan?

UNTUK MENDAPAT JAWAPAN SILA BELI BUKU TERSEBUT DAN BACALAH SENDIRI. JADIKAN AMALAN WAJIB ANDA SEKALI GAJI SEBUAH BUKU ILMIAH . INSYAALLAH ANDA AKAN BIJAK DAN TIDAK MUDAH NYANYOK.

;;