02 Julai 2010

Berbaloi-baloi siri 2


Sepanjang tahun 2009 saya telah membayar bil api dan air surau taman saya,maka pada akhir tahun tersebut Allah SWT telah membalas perbuatan baik saya itu dengan menghantar seorang hamba Allah dari perak untuk membeli nombor motor lama saya MAT 2558 dengan harga RM 2000.00. Duit itu kemudiannya saya gunakan untuk membeli motor Modenas baru MBU 249 . Pada tahun 2010 sekali lagi saya menyagupi untuk membayar bil api dan air surau taman saya itu, lalu sekali lagi Allah SWT telah membalasnya di dunia ini lagi dengan memberikan saya sebuah kereta Perodua Alza Putih MBW 9644. Allahuakbar...Subhanallah..Astaghfirullah...Apakah di akhirat nanti masih ada pahala untuk amal jariah yang telah saya lakukan itu

01 Julai 2010

Sila rujuk hadis riwayat Tarmizi dalam Jamiul Ushul hadis nombor 7933
Imran bin Husain ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda :
"..Gerhana, al-Maskh, dan Qadzaf (tuduhan zina) akan terjadi pada umat ini. Seorang lelaki dari kaum muslimin bertanya, " Wahai Rasulullah saw , bilakah ia akan terjadi ?. Baginda menjawab: Jika sudah muncul budak laki-laki (Homo seks), alat-alat muzik dan arak diminum.."
( Buku: kiamat sudah dekat :muka surat 194)
 

30 Jun 2010


AL KHELAIW ALI ABDULLAH mencium lantai sebuah mahkamah selepas dibebaskan daripada dakwaan membiayai pengganas di Jakarta semalam.

Sujud Syukur

Sujud Syukur sunat dilakukan apabila seseorang itu mendapat sesuatu nikmat seperti lahir seorang anak, mendapat harta, terlepas dari bahaya dan lain-lain.Ia bertujuan melahirkan rasa terimakasih kepada Tuhan di atas nikmat tersebut.

Dalam hal ini, terdapat hadis Nabi s.a.w seperti berikut:

" Dari Abi Bakrah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w apabila telah datang kepadanya sesuatu urusan yang menyenangkannya, atau ia gembira kerana sesuatu, lalu ia sujud menekurkan ke tanah sebagai berterimakasih kepada Allah ta'ala".

Sujud syukur ini hanya dilakukan di luar sembahyang kerana ia tidak berhubungan dengan soal sembahyang. Syaratnya sama seperti sujud tilawah iaitu:
1. Suci dari segala najis di badan, pakaian dan tempat.
2. Menutup aurat
3. Menghadap kiblat

Rukunnya pula ialah :
1. Berniat untuk sujud syukur
2. Membaca takbiratul ihram, ketika sujud
3. Satu kali sujud
4. Memberi salam sesudah duduk

Sujud Sahwi
Sahwi bermaksud lupa sesuatu. Pengertian dari segi syarak adalah terlupa sesuatu di dalam solat. Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai bacaan Tahiyat akhir dan sebelum salam; ia dikerjakan untuk menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat kerana terlupa, dan hukumnya adalah sunat.
Doa sujud sahwi adalah seperti berikut:
Ertinya: "Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa."
Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga: kerana kelebihan, kerana kekurangan, dan kerana ragu-ragu.
  1. Sujud Sahwi Kerana Kelebihan
    1. Barangsiapa terlupa di dalam solatnya lalu tertambah rukuk, atau sujud, dan sebagainya, maka dia perlu sujud sahwi.
  2. Sujud Sahwi Kerana Kekurangan
    1. Barangsiapa, justeru terlupa, lalu meninggalkan salah satu sunat ab'adh, maka ia harus sujud sahwi sebelum salam. Misalnya, makmum terlupa tahiyyat awal dan hanya teringat setelah sempurna qiam (berdiri tegak), maka dia tidaklah perlu duduk kembali dan cukup baginya sujud sahwi. Namun, sekiranya dia teringat sebelum separuh bangkit untuk qiam, maka bolehlah dia kembali duduk dan menyempurnakan tahiyyat awal dan tidak perlu sujud sahwi.
  3. Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu
    1. Keragu-raguan di dalam solat adalah kerana tidak meyakini sama ada terlebih atau terkurang, umpamanya seseorang ragu sama ada dia di dalam rakaat ketiga atau keempat. Keraguan ada dua jenis:
      1. Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham, atau lebih 50% pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat, maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.
      2. Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak condong pada salah satunya (dzan, atau hanya 50-50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam.

Hal-hal Penting Berkenaan Dengan Sujud Sahwi

  1. Apabila seseorang meninggalkan salah satu rukun solat secara tidak sengaja, dan ia belum sampai pada rukun yang sama di rakaat berikutnya, maka ia wajib kembali kepada rukun yang tertinggal itu, dan kembali meneruskan solat dari situ. Sekiranya dia sudah berada pada rukun yang tertinggal itu pada rakaat berikutnya, maka rukun yang tertinggal itu dianggap terganti dengan rukun pada rakaat berikutnya itu. Pada kedua-dua hal ini, wajib dia melakukan sujud sahwi setelah salam atau sebelumnya.
  2. Apabila sujud sahwi dilakukan setelah salam, maka harus pula melakukan salam sekali lagi.
  3. Apabila seseorang yang melakukan solat meninggalkan sunat ab'adh secara sengaja, maka batallah solatnya.
    1. Jika ketinggalan kerana lupa, kemudian dia ingat sebelum beranjak dari sunat ab'adh tersebut, maka hendaklah dia melaksanakannya dan tidak perlu sujud sahwi.
    2. Jika ia teringat setelah melewatinya tapi belum sampai kepada rukun berikutnya, maka hendaklah dia kembali melaksanakan rukun tersebut, lalu sujud sahwi selepas salam.
    3. Jika ia teringat setelah sampai kepada rukun yang berikutnya, maka sunat ab'adh itu gugur, dan dia tidak perlu kembali kepadanya untuk melakukannya, akan tetapi perlu sujud sahwi sebelum salam.
  4. Sekiranya seseorang itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanya selepas memberi salam maka bolehlah ia sujud sahwi, dengan syarat ingatan itu timbul dalam masa yang tidak begitu lama.
  5. Sekiranya imam terlupa sujud sahwi, makmum bolehlah sujud sahwi setelah imam memberi salam.
  6.  
  7.       SUJUD TILAWAH DI LUAR SEMBAHYANG


    Sepertimana yang telah dijelaskan bahawa sujud tilawah itu sunat juga dilakukan di luar sembahyang iaitu setelah selesai menghabiskan bacaan ayat sajdah atau mendengarnya, jika hendak melakukan sujud tilawah hendaklah berniat sujud tilawah kemudian bertakbir iftitah seperti takbiratul ihram dalam sembahyang.
    Niat sujud tilawah ini adalah wajib bersandarkan kepada hadis Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam :
    Maksudnya: “Sesungguhnya amal perbuatan itu hanyalah dengan niat”



    Begitu juga dengan takbir iftitah hukumnya adalah wajib kerana ia adalah merupakan syarat sujud tilawah itu menurut pendapat al-ashah.
    Di samping berniat di dalam hati ia juga disunatkan melafazkan niatnya itu, seperti:
    Ertinya:“Sahaja aku melakukan sujud tilawah kerana Allah Ta‘ala”
    Kemudian itu bertakbir sekali lagi untuk melakukan sujud tanpa mengangkat tangannya. Apabila hendak bangun dari sujud adalah disunatkan ketika mengangkat kepalanya dengan bertakbir.
    Adalah disunatkan menurut pendapat al- shahih memanjangkan bacaan takbir yang kedua ketika hendak sujud sehingga ia meletakkan dahinya ke tempat sujud, dan juga bagi takbir yang ke tiga ketika bangkit dari sujud sehingga duduk semula.(Al-Majmuk 3/561)
    Setelah ia bangun dari sujud maka disudahi dengan salam iaitu dalam keadaan dia duduk tanpa bertasyahhud. Salam menurut pendapat al-azhar adalah wajib kerana ia merupakan syarat sebagaimana di dalam kitab Syarah Al-Minhaj.
    Kesimpulannya perkara yang dituntut yang juga merupakan rukun sujud tilawah bagi yang melakukannya bukan di dalam sembahyang ialah niat sujud, takbir seperti yang dilakukan ketika hendak mengangkat takbir untuk menunaikan sembahyang, sujud dan juga salam.
    Perlu diingat bahawa untuk melakukan sujud tilawah di luar sembahyang ini tidak disunatkan bangun dari duduk untuk berdiri (qiam) kemudian melaksanakan sujud, bahkan memadailah hanya dalam keadaan duduk. Sementara itu jika dia dalam keadaan berdiri maka dilakukan takbiratul ihram dalam keadaan berdirinya itu kemudian membaca takbir dan sujud.(At-Tibyan Fi Adab Hamalatil Quran 118)


     

28 Jun 2010

        Cuba kalian perhatikan setiap kali tibanya hari-hari gaji, pasti orang-orang melayu akan beratur panjang di hadapan mesin ATM di mana-mana bank untuk mengeluarkan duit gaji mereka. Kemudian seminggu selepas itu cuba pula kalian masuk ke dalam bank dan lihatlah, pasti di situ akan dipenuhi oleh bangsa cina yang beratur panjang  untuk menyimpan  duit-duit yang telah mereka perolehi dari poket-poket orang melayu. 
         Sungguh mengecewakan...Melayu adalah bangsa pembeli dan pengguna dari dulu kini dan selama-lamanya. manakala Cina adalah bangsa peniaga  yang bijak dan komited .mereka sentiasa mendapat untung dari kebodohan dan keborosan orang-orang Melayu.....Bersambung esok

27 Jun 2010


Nik Aziz dan Kelantan
Setiap kali saya dan isteri balik bercuti di kampung saya dan isteri saya ( kampung telosan 16800 Pasir Puteh Kelantan), Perasaan kami cukup sedih dan kecewa dengan ketidak-bersihan negeri Kelantan. Di sepanjang jalan rayanya penuh dengan rumput dan semak samun. Di sekeling rumah sebahagian besar rakyat kelantan ( termasuklah rumah mak mertua saya) adalah penuh dengan sampah dan longgokkan barang-barang lama. Hidup mereka seolah-olah telah sebati dengan semak samun dan sampah sarap. Jiwa mereka telah bersatu dengan alam sekitar. ( Mereka mesra alam).Mereka senang dan tidak merasa apa-apa untuk terus hidup bersama rumput rampai dan pokok-pokok tanaman yang tidak terurus di sekeling rumah mereka.

Ali Rostam dan Melaka
   Pemimpin Melaka amat perihatin terhadap kebersihan dan keindahan alam sekitarnya. Penguatkuasa Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah serta syarikat pembersih sampah SCWM bertugas dengan cekap . Mereka amat peka terhadap kebersihan dan keindahan alam sekitar. Di sekeliling rumah rakyat Melaka selalunya dipenuhi dengan pokok bunga dan hiasan yang menarik. Dikatakan jika Ali Rostam lalu di sesuatu kawasan, jika didapatinya sepanjang jalan di situ keadaannya tidak bersih, maka dia akan bertanya " Siapakah yang mendapat tander membersih jalan di kawasan ini" lalu orang itu akan disenarai hitamkan.

Catatan : Saya bukan Kelantan murtad, tetapi itulah kebenarannya

25 Jun 2010

Menipu Allah dalam muamalat



Pinjaman Peribadi ( Bai al-inah)






Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a, ia berkata, "Rasulullah saw. bersabda, 'Jika kalian berdagang dengan sistem 'inah dan kalian telah disibukkan dengan mengikuti ekor sapi (membajak sawah) serta ridha dengan bercocok tanam, maka Allah timpakan kehinaan atas kalian dan tidak akan mencabut kehinaan tersebut hingga kalian kembali kepada agama kalian'," (Hasan, HR Abu Dawud [3462], Ahmad [II/28,42 dan 84]. Ad-Dulabi dalam al-Kunaa walAsmaa' [II/65], al-Baihaqi [V/136], Ibnu Adi dalam al-Kaamil [V/1998], Abu Umayyah ath-Thurthusi dalam Musnad Ibnu 'Umar [22], ath-Thabrani [13583 dan 13585], Abu Ya'la [5659] dan Abu Nu'aim dalam Hilyah [I/313-314]).

Kandungan Bab:
  1. Jual beli 'inah adalah si (A) menjual barang kepada si (B) dengan pembayaran bertempoh. Si (A) menyerahkan barang kepada si (B). Kemudian si (A) membeli kembali barang tersebut dari si (B) dengan harga yang lebih murah secara kontan. Tujuannya adalah untuk mendapat keuntungan, yaitu uang tunai.
  2. 'Inah adalah wasilah kepada riba bahkan termasuk wasilah (sarana) yang paling dekat kepadanya. Wasilah kepada perkara haram, maka hukum-nya adalah haram.
  3. 'Inah termasuk hiyal (siasat licik) terhadap hukum syari'at. Oleh karena itu, syari'at mengharamkan siasat licik yang dapat membolehkan sesuatu yang telah diharamkan Allah atau menggugurkan perkara yang telah diwajibkan Allah.
  4. Ibnu Qayyim al-Jauziyah rahimahullah berkata dalam kitab Tahdziib as-Sunan (V/109), "Ada bentuk keempat dari jual beli 'inah, -ini adalah bentuk 'inah yang paling ringan-, yaitu seorang memiliki barang dagangan yang hanya dijualnya dengan pembayaran bertempo. Imam Ahmad telah menegaskan makruhnya cara seperti ini. Beliau berkata, "Inah adalah seseorang memiliki barang dagangan yang hanya dijualnya dengan pembayaran bertempo. Jika ia menjualnya dengan pembayaran bertempo dan pembayaran kontan, maka tidaklah mengapa." Beliau juga berkata, "Aku benci orang yang tidak menjalankan perniagaannya kecuali dengan cara 'inah. Janganlah ia jual melainkan secara kontan."
    Ibnu 'Uqail berkata, 'Imam Ahmad membencinya karena kesamaan cara seperti itu dengan praktek riba. Karena penjual yang menjual barangnya dengan pembayaran bertempo pada umumnya tujuannya adalah tambahan harga.'
    Guru kami, yakni Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah, menyebutkan alasannya bahwa jual beli seperti ini mengandung unsur paksaan. Biasanya orang yang membeli dengan pembayaran bertempo (kredit) disebabkan tidak mampu membelinya secara kontan. Jika seorang penjual tidak menjual barangnya kecuali dengan pembayaran bertempo (kredit), maka jelas menguntungkan pihak pembeli yang sangat membutuhkan barang tersebut. Namun, jika ia menjualnya dengan dua pilihan, tunai dan kredit, maka akan menguntungkan pihak penjual.
    Ada bentuk kelima dari jual beli 'inah -ini merupakan bentuk yang paling buruk dan sangat diharamkan- yaitu dua orang (A dan B) bersepakat melakukan praktek riba, keduanya mendatangi seseorang yang memiliki barang (C). Lalu orang yang butuh barang si (A) membelinya dari si (C) untuk si (B) dengan harga kontan. Lalu (B) menjualnya kepada si (A) dengan pembayaran bertempo (kredit) dengan harga yang telah disepakati oleh keduanya. Kemudian si (A) mengembalikan barang tersebut kepada si (C) dengan memberikan sesuatu (upah) kepadanya. Ini disebut tsulatsiyah, karena melibatkan tiga orang. Jika barang itu berputar antara dua orang saja disebut tsuna-iyah. Dalam praktek tsulatsiyah dua belah pihak memasukkan orang ketiga dengan anggapan orang ketiga ini dapat menghalalkan bagi keduanya riba yang telah diharamkan oleh Allah. Kedudukannya sama seperti muhallil nikah, ia disebut muhallil riba. Sementara yang pertama tadi adalah muhallil kehormatan wanita. Tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi atas Allah, Dia Mahatahu pandangan yang khianat dan apa yang terselip dalam hati manusia."
    Ibnu Qayyim al-Jauziyah telah mengulas panjang lebar dalam kitab Tahdziib as-Sunan (V/100-109), beliau menjelaskan dalil-dalil haramnya praktek 'inah. Silahkan membacanya karena sangat berguna. Praktek tsulutsiyah dan tsuna-iyah yang beliau isyaratkan di atas justru banyak dipraktekkan oleh bank-bank yang berlabel Islam. Hanya kepada Allah saja kita mengadu.
Sumber: Diadaptasi dari Syaikh Salim bin 'Ied al-Hilali, Al-Manaahisy Syar'iyyah fii Shahiihis Sunnah an-Nabawiyyah, atau Ensiklopedi Larangan menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah, terj. Abu Ihsan al-Atsari (Pustaka Imam Syafi'i, 2006), hlm. 1/248-250

24 Jun 2010


Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.
Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot-otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan.
New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.

dvtDVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.

Mengapa pulmonari embolisme terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.

Simptom

  • Cepat penat
  • Mengah
  • Sakit dada
  • Denyutan nadi laju
  • Lemah di bahagian kaki
  • Kurang selera makan
  • Batuk
  • Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.
Cegahan

1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam

Rawatan
Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.

Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya)

 Diambil daripada ( http://zulkiplyharun.com/php/)

23 Jun 2010

Yakjuj dan Makjuj BODOH

Abu Hurairah ra berkata. Rasulullah saw bersabda:
" Yakjuj dan Makjuj menebuk tembok setiap hari sehingga mereka dapat melihat cahaya matahari. Lalu pemimpin mereka berkata. ' Baliklah dan sambunglah pada esok pagi'. Kemudian Allah mengembalikan tembok tersebut menjadi lebih keras sehingga sampai waktunya Allah akan mengirimkan mereka kepada manusia sehingga mereka boleh menebuknya.

Catatan: kalaulah ketua Yakjuj dan Makjuj itu cerdik dengan terus menebuk lubang tembok yang mengurung mereka ,maka sudah pasti mereka semua telah terlepas bebas di atas muka bumi ini dan kitapun dapat melihat dan mengenali mereka.

22 Jun 2010

Jom Masuk ke alam mimpi

Mimpi-1

Dengan terburu-buru dan perasaan cemas seorang lelaki datang kepada Ibnu Sirin dan berkata:

" Malam tadi aku bermimpi meletakkan kakiku di wajah Rasulullah saw".

" Apakah engkau tidur dengan memakai kasut ?"

"Ya , aku berkasut" jawabnya.

" Sila buka kedua-dua kasutmu dan tengok apa yang ada di dalamnya."

     Lelaki itu pun membuka kasutnya dan ternyata di bawah tapak kakinya ada wang dinar bertulis
" Muhammadurrasulullah"


Mimpi 2

Seorang lelaki datang dan berkata:

"Wahai Syeikh. Aku bermimpi seolah-olah janggutku menjadi panjang dan aku melihatnya.?"

" Apakah engkau tukang azan?" Tanya Ibnu Sirin.

"Ya" jawab lelaki itu.

" Bertakwalah kepada Allah. Jangan mengintai-intai jiranmu" kata Ibnu Sirin

21 Jun 2010

Saya selalu bertemu dan berada dalam pelbagai majlis bersama mereka, tetapi setiap kali merenung wajah mereka bertiga, terasa diri ini terlalu kerdil dan banyak dosa, malah dalam hati ini selalu berkata-kata: Ya Allah janganlah kau dedahkan segala dosa yang pernah aku lakukan di hadapan mereka.(Ahli Lajnah Syariah Koperasi Muslimin Malaysia Berhad)

19 Jun 2010

We Kill Jesus and PROUD OF IT

18 Jun 2010


          Masa terus berputar dan tidak pernah berhenti. Kita menjadi penghambat masa yang sering tercungap-cungap kepenatan. Hari terus berlalu namun kerja masih bertimbun. Hari ini tak selesai, bawa ke hari esok. Tapi jarum jam berputar terus.
     Masa kita di atas dunia semakin singkat. Semakin dekat kepada masa kematian kita. Entah berapa kali kita jenguk tempat kita nak balik Entah ada, entah tiada lansung. Kerana sibuk dengan urusan kerja, kadangkala kematian kawan atau keluarga, hanya kita jenguk di rumah si mati. tak turut ikut sampai ke kubur untuk tengok tempat kita nak balik tak lama lagi.
       Waktu untuk kita pulang sudah semakin hampir. Buktinya, dahulu semasa kita berumur dua puluhan dan tiga puluhan, jarang kita dengar berita kawan-kawan dan saudara-mara meninggal dunia. Tetapi apabila sudah masuk usia empat puluhan atau lima puluhan, boleh dikatakan setiap minggu ada saja berita kematian yang kita dengar.
       Kawan-kawan dan saudara-mara yang seangkatan dengan kita mula berangkat pergi, berpindah pergi, berpindah ke alam kubur, janji mereka sudah sampai. Jarum jam mereka sudah berhenti. Mereka tak perlu lagi mengejar masa semacam kita. Maka tamatlah sebuah hikayat hidup di atas muka bumi ini, dan mereka akan membuka sejarah baru di alam kubur sambil menunggu hari pengadilan yang tiada siapa yang tahu kecuali Allah Taala.
       Hari ketika mana seluruh manusia dari zaman Nabi Adam sehingga akhir zaman dikumpulkan di padang mahsyar untuk disoal siasat. Sesi post-mortem yang sungguh menakutkan. Ditelanjangkan segala keterlanjuran, keegoan dan kedurjanaan kita di atas muka bumi. Ketika itu kita akan berasa malu sehingga luruh daging-daging muka kita. Saat itu menangis keluar air mata darah pun, segala-galanya sudah terlambat. jarum jam taubat sudah berhenti.

Muhasabah diri
     Jarum jam di atas muka bumi berputar lagi, meninggalkan detik semalam, kelamarin dan hari-hari sebelumnya untuk melangkah ke hari, minggu ,bulan dan tahun yang menjadikan kita semakin berusia dan jadi orang tua. Walaupun kita pakai ilmu awet muda, tetapi usia tetap meningkat dan saat kematian semakin hampir. Saat untuk masuk ke rumah baru semakin dekat. Rumah tak berpintu, gelap, keseorangan jauh di perut bumi.
    Jadi menghitung baki jarum jam yang masih tinggal menjadi semakin penting mulai saat ini. Setiap saat usia kita cukup berharga dan bernilai. Tapi apa nilainya kalau rutin kerja kita seperti itu juga? Apa nilainya kalau cara bekerja dan berfikir seperti dahulu juga?
    Sepatutnya kita perlu fikirkan bagaimana hendak tambah nilai atas setiap kerja yang kita lakukan pada masa ini. Supaya jadi nilai emas dan intan berlian. Janganlah kita biarkan usia yang berbaki ini menjadi daki-daki kotor yang bersalut dosa dan kemungkaran.
     Muhasabah diri kita sentiasa. Apakah kita sudah bersedia atau belum untuk kembali bertemu Allah? Dan apakah usaha-usaha kita untuk memberi nilai tambah kepada setiap kerja yang kita lakukan? Apakah ia menjadi ibadah atau sebaliknya.
     Marilah kita perbaharui dan perbetulkan niat setiap hari sebelum melangkah memulakan tugas harian kita. Moga-moga setiap detik yang berlalu itu menjadi ibadah di sisi Allah SWT 
( Petikan dari buku Demi Masa Abu Hassan Morad m

16 Jun 2010

  Semenjak saya mendapat anak kedua ( Putri Balqis Bt Abdullah) beberapa tahun yang lalu, saya selalu diejek dan diketawakan oleh isteri dan keluarga setiap kali anak kedua saya tu menangis, mereka kata anak tu ikut perangai bapa dia, bapa dia semasa kecil dulu kuat menangis (Wallahu a,lam..cerita itu betul atau tidak) ibu saya kata:  Semasa kecil saya kuat menangis sehingga terkoyak mulut saya.
           Tetapi hari ini 15 /6/2010 semasa borak-borak pagi dengan mak mertua saya di kampung. "Terbongkar lagi satu rahsia besar"  iaitu isteri saya juga kuat menangis semasa kecilnya, kata mak mertua saya: Semasa isteri saya masih kecil dahulu, semua kerja yang sedang dia lakukan adalah dengan terpaksa mendokong isteri saya yang masih kecil dan kuat menagis tu..Subhanallah .Allah Maha mengentahui kerana menemukan saya dengan isteri saya yang 2x5 sahaja..kedua-duanya kuat menangis semasa kecil.
( kata orang : anak-anak yang kuat menangis semasa kecil, akan bijak bila dia besar...sekali lagi subhanallah...memang betul apa yang dikatakan itu..anak saya yang kuat menangis tu memang bijak orangnya .peperiksaan UPKK nya 8A dan UPSR nya 5A..dan sekarang dia sedang belajar dalam tingkatan 1 di Sek,Men, Sains  Intergrasi Selandar Melaka

14 Jun 2010

"Demi masa" merupakan catatan pengalaman dan luahan rasa penulis tentang masyarakat hari ini.berkisar terutamanya mengenai nasib orang melayu
islam di negara ini.penulis merasai sendiri realiti kehidupan masyarakat yang tidak seimbang disebabkan oleh sifat tamak, tidak bertanggungjawab,
 mementingkan diri sendiri, tidak prihatin, lemah,
penakut,ego dan gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka.
Antara isi kandungannya:
1-Berkawan biar betul-betul
2-Jangan sampai mereka bersuara.
3-Refomasi berhemah.
4-Sindrom Rumah Hantu.
5-Mengilap permata.
6- kembali ke pangkal jalan.
7-Jom Kita solat
30-Demi masa.
38-Syahadah.

10 Jun 2010

(eramuslim.com:Yahudi Dalam Media Amerika)


Siapa yang menguasai media, maka dia menguasai dunia. Itulah salah satu jargon yang lama beredar luas di bidang media. Bukan tanpa sebab, karena dengan menguasai media, maka siapapun akan bisa mengendalikan isyu dan pemberitaan......klik tajuk

09 Jun 2010

7 Kesukaran dan 7 Kelonggaran

Siri 2 : Qawa'id Fiqhiyyah

المشقّة تجلب التّيسير
"Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan"

 

7 Jenis kesukaran

1-kekurangan-Seperti orang gila,  kanak-kanak dan wanita yang tidak ditaklifkan dengan solat berjemaah..
2-Jahil atau tidak mengentahui:Membatalkan pernikahan setelah didapati salah seorang pasangan menyembunyikan kecacatan .
3-Sakit- Dibolehkan bertayamum bagi seseorang yang sakit yang tidak boleh terkena air.
4-Musafir- Dibolehkan solat Jamak atau Qasar bagi para musafir
5-Terlupa - Tidak perlu qadak puasa bagi seseorang makan siang hari kerana terlupa.
6-Paksaan-Tidak menjatuhkan aqidah seseorang yang dipaksa untuk melafazkan kalimah kufur.
7-Umum Balwa-Dimaafkan sedikit penipuan dalam urusan jual beli.

7 Jenis kelonggaran

1-Penguguran :Digugurkan hukum sembahyang jumaat, puasa dan haji kerana keuzuran tertentu.
2-Pengurangan: Dikurangkan sembahyang empat rakaat kepada dua rakaat kerana musafir.
3-Penggantian: Diganti wuduk dengan tayammum kerana sakit atau ketiadaan air.
4-Taqdim atau pendahuluan: Solat Jamak taqdim
5-Pengurangan atau Takhir : Solat jamak Takhir.
6-Kelonggaran: Diharuskan minum arak kerana tercekik kerongkong ketika ketiadaan air yang halal.
7-Perubahan: Perubahan cara solat semasa dalam peperangan.

07 Jun 2010

Kurang tidur boleh jadi Gila

" Kurang Tidur" Mereka yang sering berdepan masalah untuk tidur ataupun isomnia sebenarnya cenderung mempunyai gangguan kesihatan jiwa. Hal ini diungkapkan oleh para penyelidik daripada Universiti Harverd Amerika Syarikat. Ini kerana kurang tidur atau pun tidak boleh tidur malam mempengaruhi mental seseorang dan lebih teruk mengakibatkan depresi . Masa tidur yang tidak betul, bermakna hormon-hormon dalam badan kita pun mula terganggu.

06 Jun 2010

Mendalami ilmu Usul Fiqh

5-Qaedah Usul Fiqh 

العادة محكمة

( Adat dijadikan sebagai rujukan hukum)

Contoh:
 Larangan mengambil upah mengajar al-quran adalah Fatwa yang dikeluarkan oleh para ulamak Mutaqadimin, tetapi setelah berlaku perubahan uruf dan adat maka para ulamak mutaakhirin memberi fatwa harus mengambil upah mengajar al-quran agar pengajian al-quran tidak terhapus.
الأمور بمقاصدها
(Segala perkara bergantung kepada tujuan)

Contoh:
1-Berwuduk atau mandi adakalanya bertujuan untuk menyejukkan badan atau membersihkan anggota badan dan adakalanya untuk beribadat.  
2-Duduk dalam masjid kadang kala kerana beristirehat atau beriktiqaf.

اليقين لا يزال بالشكّ
(Yakin tidak boleh disingkir dengan semata-mata syak)

Contoh:
1-Sesiapa yang yakin taharahnya dan syak pada hadasnya, maka dianggap orang yang masih bersuci. Atau dia yakin berhadas dan syak pada taharah, maka dia dikira orang yang berhadas. 
2-Seseorang yang makan di akhir malam dan syak tentang naik fajar, maka puasanya sah kerana asalnya malam itu kekal.

المشقة تجلب التيسير
(Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan)
Contoh:
1-Kekurangan : Contohnya tidak dikenakan bebanan syarak keatas orang gila, kanak-kanak dan orang yang tidur.
2-Jahil: Contohnya harus difasakhkan perkahwinan kerana aib pada salah seorang suami isteri sedangkan aib itu disembunyikan oleh seorang dari mereka, maka yang seorang lagi tidak mengentahui kedudukan yang sebenar.
3-Sakit : Islam membenarkan tayamum ganti dari menggunakan air pada wuduk kerana sakit, begitu juga diharuskan doktor memandang aurat wanita kerana berubat.

الضّرر يزال
(Kemudharatan hendaklah dihilangkan)
Contoh:
1-Boleh dipulangkan barang yang dibeli kepada penjualnya kerana terdapat kecacatan padanya.
2-Ditahan sapih ( Bodoh) dari mengurus harta sendiri. Dilarang Mufti yang tidak bersopan dari mengeluarkan fatwa  dan dilarang Doktor yang jahil dari merawat orang sakit kerana mereka ini mendatangkan kemudharatan keatas diri mereka dan orang lain





04 Jun 2010

1-Ramalan Guru Mursyid Untuk Imam Nawawi
         Ketika kanak-kanak seusianya sibuk bermain, Imam Nawawi yang berusia 10 tahun ketika itu mengelak. Walaupun diajak oleh kawan-kawannya. Sebaliknya belaiau sibuk membaca al-Quran. jarang sekali budak lelaki seusia itu tidak berminat untuk bermain tetapi beliau berbeza. Walaupun dipaksa oleh kawan-kawannya, dia tetap tidak menunjukkan minat.
       Melihat tingkah-lakunya itu seorang alim, Syeikh Yasin Yusuf Marakashi memberitahu gurunya:
" Jagalah budak ini baik-baik kerana dia bakal menjadi seorang ulama besar dan ahli ibadah."

      Guru yang mendengar kata-kata syeikh Yasin itu bertanya : ' Adakah tuan seorang ahli nujum atau penilik nasib?." Jawab Syeikh Yasin : " Bukan..tetapi Allah menghendaki aku mengeluarkan kata-kata itu".

Guru tersebut kemudian menceritakan peristiwa itu kepada bapa beliau. Bapanya pula memang ingin beliau belajar dan mengabdikan dirinya kepada Islam.  Hasilnya Imam Nawawi telah menjadi seorang ulama besar seperti mana yang telah diramalkan si alim itu...Allahu Akbar

2-Ramalan Guru Mursyid untuk Saya 
         Semasa zaman kanak-kanak ketika saya sedang belajar di Tingkatan Peralihan Sekolah Menengah Agama(Arab) Ittifakiah kampung Telosan 16800 Pasir Puteh Kelantan beberapa tahun yang lalu. Mudir sekolah tersebut (Ustaz Ibrahim) telah datang menemui ayah saya di rumah dan berpesan kepada ayah saya, katanya :
" Jagalah budak ini dengan sebaik mungkin kerana suatu hari nanti dia pasti akan dapat menyambung pelajarannya sehingga ke Universiti Al-Azhar Mesir ".

Hasilnya apa yang telah diramalkan oleh Mudir saya itu betul-betul berlaku dalam hidup saya ini, walaupun kehidupan keluarga saya penuh dengan kemiskinan dan kesusahan, tetapi berkat ramalan dan doa ikhlas dari seorang guru mursyid ,maka Allah SWT telah mempermudahkan segala urusan saya untuk belajar di Mesir, dan Alhamdulillah berkat doa ibu-bapa dan guru yang ikhlas, maka saya telah mendapat segulong ijazah dalam tempoh yang singkat sahaja...Alhamdulillah

03 Jun 2010

Iklan yang bagus punya ???





Ardi girang ketika menghisap sebatang rokok.




PALEMBANG - Seorang ibu di Indonesia yang cuma mahu dikenali sebagai Diana mengakui dia sudah berputus asa bagi memaksa anaknya berusia dua tahun berhenti merokok 40 batang sehari, lapor sebuah akhbar semalam.
Anak wanita itu, Ardi mendapat perhatian penduduk dunia pada minggu lalu selepas imejnya menghisap rokok disiarkan di beberapa laman web.
Bapa budak itu dilaporkan memberikan anaknya itu sebatang rokok untuk dihisap semasa dia berumur 18 bulan.
"Saya merokok semasa hamil tetapi selepas saya melahirkan anak, saya berhenti merokok," kata ibu Ardi itu kepada stesen televisyen CNN.
"Saya tidak mengingati bila (anaknya mula menghisap rokok) tetapi kami pergi ke pasar dan tiba-tiba sebatang rokok berada dalam genggaman tangannya.
"Malah, semasa dia masih bayi, apabila menghidu bau rokok, dia akan berasa gembira," tambahnya.
Menurutnya, Ardi kerap muntah dan menghentak kepalanya ke dinding semasa marah kerana tidak diberikan rokok.
Ardi kini menjadi selebriti di negaranya apabila beberapa orang memberinya rokok apabila dia muncul di tempat awam.
Namun, Diana berazam untuk menggunakan pendekatan berlembut bagi memujuk anaknya itu berhenti merokok.
"Saya mengetahui bahawa saya tidak boleh menggunakan paksaan terhadapnya tetapi saya perlu berlembut dengannya," jelasnya. - Agensi

02 Jun 2010

Mavi Marmara

1-

2-

3-

01 Jun 2010

Makan Kurma Sehingga Mati


       Al-Khataib menceritakan sebab kematian Imam Muslim:
Suatu hari Imam Muslim menghadiri majlis muzakarah bersama para ilmuan yang terutamanya membahaskan ilmu hadis. Salah seorang di antara peserta muzakarah bertanya satu hadis kepada Imam Muslim, tetapi beliau tidak mengentahui akan hadis tersebut. beliau balik dengan tekad untuk membongkar lagi catatan-catatan hadisnya.  

         Sesampai di rumahnya, beliau terus masuk ke dalam biliknya dan menyalakan lampu, " Sesiapa pun tidak boleh masuk menemuiku pada malam ini". Kata Imam Muslim kepada keluarganya. Pada siang harinya, seseorang telah menghadiahkan sebakul kurma kepada beliau. Maka kurma itu pun dibawa masuk ke dalam biliknya.  

         Mulailah beliau menyemak catatan-catatan hadisnya. Apabila selesai membaca satu hadis beliau mencapai sebiji kurma lalu dimakannya. Kemudian membaca satu hadis lagi lalu mencapai sebijik kurma dan memakannya. Demikianlah seterusnya sehingga pagi tanpa disedarinya satu bakul kurma telah habis dimakannya. Akibatnya beliau mengalami sakit perut yang serius sehingga membawa kepada ajalnya. Maka pada hari Ahad malam Isnin 25 Rejab 261 hijrah 875 Masihi imam besar itu telah wafat dan dikebumikan pada esok harinya.

31 Mei 2010

SILA TURUN KE BAWAH - DI SEBELAH KIRI - DALAM KUMPULAN BLOG SANTAI - TEMUI AL-AQSA MOSQUE -KLIK DAN LIHAT DI SITU...aaaa canggihkan

30 Mei 2010

Hadis Rasulullah saw

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : انّ الله وملئكته واهل السّموات والأرض حتّى النّملة فى حجرها وحتّى الحوت ليصلّون عتى معلّم النّاس الخير
Ertinya  
"Sesungguhnya Allah SWT para malaikatNya serta penghuni langit dan bumi hinggakan semua yang berada di dalam lubangnya dan ikan yu yang berada di lautan , semuanya memohon rahmat untuk mereka yang mengajar manusia ramai kearah kebaikan". 
( Hadis Riwayat Tarmizi)  

Berhati-hatilah aduhai rakan bloggers dengan apa yang kita selalu sajikan kepada para pembaca di dalam blog yang kita sedang kendalikannya, kerana adalah berpahala dan berdosa, andainya yang baik-baik sahaja yang kita sajikan kepada pembaca maka seluruh isi langit dan bumi berdoa rahmat untuk kita, tetapi jika sebaliknya, maka seluruh isi langit dan bumi akan mendoakan laknat untuk kita.


Maksud Hadis Rasulullah saw : " Pemberi petunjuk ke arah kebaikan adalah sama dengan orang yang melakukannya dari segi ganjaran pahala"

Satu kebaikan yang kita sajikan di dalam blog kita jika ianya dibaca dan diamalkan oleh sepuluh orang, maka kita akan mendapat sepuluh pahala yang sempurna, begitulah jika satu keburukan yang kita sajikan di dalam blog kita lalu ia dibaca dan diamalkan oleh sepuluh orang, maka sepuluh dosa yang akan kita

27 Mei 2010

Diceritakan bahawa pada suatu hari, Imam Ahmad sedang duduk-duduk di dalam masjidnya. Tiba-tiba datang seorang seorang teman rapatnya yang diutuskan oleh Khalifah Al-Mutawakil.

" Wahai Imam! Di rumah amirul Mukminin ada seorang jariah baginda yang sedang dirasuk syaitan. Baginda mengutuskan saya untuk meminta tuan agar berdoa untuk kesihatannya" kata temannya itu.

Imam Ahmad memberikan sepasang terompah kayu kepada temannya sambil berkata:
" Pergi ke rumah Amirul Mukminin dan duduklah di sisi kepada jariah yang sedang sakit itu, kemudian katakan kepada jin : wahai jin Imam Ahmad berkata kepadamu, yang mana satu yang engkau suka, keluar dari tubuh jariah ini atau aku tampar engkau dengan terompah ini sebanyak 70 kali"
orang itu pergi ke rumah khalifah dengan membawa terompah kayu dari Imam Ahmad. kemudian dia duduk di sisi kepala jariah dan mengucapkan kata-kata seperti yang diucapkan oleh Imam Ahmad.

Maka berkatalah jin yang merasuk melalui lisan si jariah: " Aku mendengar dan taat kepada Imam Ahmad. Sekiranya beliau menyuruh aku keluar dari negeri raq inipun, nescaya aku keluar kerana beliau adalah seorang yang taat kepada Allah sedangkan sesiapa yang taat kepada Allah akan dipatuhi segala sesuatu".

Selepas berkata demikian, jin itu keluar dan jariah tersebut sembuh kembali dan melahirkan beberapa anak khalifah.

           Beberapa tahun kemudian, Imam Ahmad meninggal dunia. Tiba-tiba jin itu datang lagi dan merasuk tubuh jariah tersebut buat kali kedua. Kerana Imam Ahmad sudah tidak ada, khalifah menyuruh teman Imam Ahmad agar melakukan seperti ketika masih ada Imam Ahmad. Maka teman itu duduk di sisi kepala jariah yang sakit dengan memegang terompah kayu dari Imam Ahmad.
" Hai jin! keluarlah engkau, Kalau tidak,engkau ku pukul dengan terompah ini sebanyak 70 kali", kata orang itu.
          Tiba-tiba jin itu menjawab melalui mulut jariah yang dirasuk itu: "Aku tidak akan tunduk kepadamu dan tidak akan keluar dari sini. Adapun Imam Ahmad adalah seorang yang taat kepada Allah maka aku diperintahkan untuk tunduk kepadanya." 

       Maka tetaplah jin itu di tubuh si jariah kerana dia tahu yang menyuruh keluar bukan Imam Ahmad sebab beliau telah meninggal dunia.

26 Mei 2010

Imam Abu Hanifah memiliki bentuk tubuh yang sederhana, tidak tinggi dan tidak rendah. Warna kulitnya hitam kemerahan. Beliau sebaik-baik manusia dalam percakapan, bentuk badanya cantik dan pakaiannya selalu berbau harum sehingga beliau dikenali dengan harumannya setiap kali beliau keluar rumah. Beliau sangat suka menjaga pakaian sehinggakan dikatakan pada kasutnya tidak kelihatan sidikitpun kedut atau kotor. Beliau selalu memakai pakaian yang terbaik dan menggalakkan orang ramai untuk memakaikan sepertinya.

Imam Abu Hanifah seorang sangat warak. Contoh kewarakanya:
1- Beliau tidak memkan daging kambing selama 70 tahun kerana pada suatu hari beliau mendapat tahu bahawa seekor kambing telah hilang, berjaga-jaga takut termakan daging kambing yang telah hilang itu.

2-Semasa menunggu saat kewafatannya Imam Abu Hanifah berwasiat supaya jenazahnya dikebumikan di bumi yang bersih, iaitu bumi yang tidak dirampas oleh raja atau pembesar negeri.

( Bersambung.. di sini tengah hujan dan petir.)

25 Mei 2010


Maksud hadis Rasullullah saw
Apabila aku didatangi oleh suatu hari dan tidak bertambah ilmuku pada hari itu yang dapat mendekatkan diriku kepada Allah SWT, maka tidak ada keberkatan untukku pada hari itu.
[ Hadis riwayat Thabrani -Abu Nu im- dan Ibnu Abd Barr] diambil dari kitab Intipati Ihya Ulumuddin MS 4


Tuan Puan yang dimuliakan
Jangan biarkan setiap hari yang datang dalam hidup mu  berlalu dengan sia-sia sahaja, hiasilah hari-hari indah dalam hidupmu dengan menambahkan ilmu pengentahuan yang berguna. sesungguhynya ilmu Allah itu amat luas dan amat banyak, carilah ia di mana sahaja dengan pelbagai cara, carilah ia melalui pembacaan dari buku-buku ilmiah, melayari blog-blog ilmiah atau dengan menghadiri kuliah agama di masjid atau surau di sekitar tempat tinggalmu. Apa yang sedang saya lakukan hari ini ialah, saya berkuliah bersama ahli keluarga saya di rumah selepas solat fardhu sekali sehari pada hari-hari biasa dan dua hingga tiga kali sehari pada hari-hari cuti, saya juga berjanji pada diri saya sendiri untuk meletakkan tajuk-tajuk yang terbaik di dalam blog kendalian saya ini untuk bacaan kalian semua... Sekian  TQ

23 Mei 2010

Semacam TAHYUL tetapi BETUL


Cerita 1
       Semasa sedang belajar di tahun satu di Universiti al-AzharMesir  beberapa tahun yang lalu, saya dan beberapa orang pelajar Malaysia di sana pernah mengikut Jemaah Tabgligh keluar berdakwah di sebahagian besar negara Mesir. Suatu hari, ketika jemaah kami dalam perjalanan dari Cairo ke Nug Hamadi. Ada seorang alim di pekan Nug Hamadi  yang terletak lebih kurang 700 KM di selatan Mesir telah melihat kami di dalam mimpinya, keesokkan harinya ketika jemaah  kami sampai di kampungnya, maka dia datang ke masjid tempat kami berkumpul lalu memeluk kami seorang demi dengan penuh kasih sayang, dia tak habis-habis memuji Allah SWT kerana menzahirkan kebenaran apa yang telah dimimpikannya malam tadi kini betul-betul berlaku di hadapan matanya..subhanallah.

Cerita 2
Sambungan dari cerita 1-Pada suatu malam semasa jemaah kami sedang tidur di dalam sebuah Masjid yang berdekatan dengan sebuah gereja di pekan Nug Hamadi, ada seorang penduduk kampung melihat di dalam mimpinya bahawa jemaah kami yang sedang lena di dalam masjid itu sebenarnya sedang dikawal oleh sekumpulan lelaki berjubah putih yang mana saiz badan mereka hampir setinggi pokok kurma. Keesokan paginya dia menceritakan kepada kami apa yang dimimpikannya malam tadi...sekali lagi Subhanallah.

Cerita 3
Pada suatu malam ketika saya sedang bayan( Ceramah) di atas sebuah Masjid berdekatan dengan bandar Cairo, saya telah bayan dengan penuh bersemangat dan bergegar-gegar di hadapan hampir 200 orang ahli jemaah maghrib masjid tersebut. semasa saya sedang bayan, saya melihat mereka melopong dan terpaku mendengar apa yang sedang saya sampaikan itu. Setelah selesai saya bayan, maka ahli jemaah masjid telah begerak ke satu penjuru masjid dan bertanya kepada salah seorang kawan saya yang berada di situ, tanya mereka: Apakah yang telah saya sampaikan sebentar tadi?...Astaghfirullah hul azim..rupa-rupanya mereka tak faham sepatah haram pun apa yang telah saya sampaikan..sedangkan saya menyampaikannya dalam bahasa arab 100%.(Bahasa arab pelajar tahun 1..faham-faham je la)

Catatan
* Ada banyak lagi cerita menarik yang telah saya alami bersama kawan-kawan semasa belajar berdakwah dahulu, InsyaAllah lain kali saya akan ceritakan.
*Sejak pulang ke Malaysia saya tidak pernah lagi keluar berdakwah bersama jemaah Tabligh, saya telah menukarkan gaya berdakwah dengan menyertai kumpulan pejuang Islam yang terbesar di malaysia ini.
*Keberkatan daripada melakukan dakwah dengan ikhlas kepada Allah SWT, maka Allah telah membantu saya untuk mendapat kecemerlangan dalam pelajaran semasa di Universiti Al-Azhar dahulu..Alhamdulillah

21 Mei 2010

Dua Pandangan yang berbeza

Pandangan 1-GAMBAR ABUYA ASHAARI MURSYID AL ARQAM TERSENYUM DIKAPANKAN



UPDATE : GAMBAR ABUYA ASHAARI MURSYID AL ARQAM TERSENYUM DIKAPANKAN – AL FATIHAH

wajah orang Soleh ketika mati sangat tenang kerana gembira menemui kekasihnya selama lamanya….
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;
( سورة آل عمران , Aal-e-Imran, Chapter 
#3, Verse #169)

Subhanallah..

Pandangan 2-Ajalnya Si "Penangguh Ajal" ABUYA?

( http://abu-syafiq.blogspot.com/) 


Kita pernah mendengar satu ketika beberapa tahun sebelum kematian Ashaari Muhammad (ABUYA) Pengasas Al-Arqam dapat dan boleh menangguhkan ajal seseorang. Benarkah dakwaan ini? Sekirannya Abuya dapat menangguh ajal mati seseorang mengapa dia sendiri mati? Ada pula dakwaan mengatakan Abuya belum mati lagi. Saya meminta pihak Abuya agar menjelaskan perkara ini yang diperkatakan dalam satu rakaman dalam VCD berbunyi
:

2 Maksud ayat-ayat Allah



Pertama: Ayat-ayat takwiniyah- iaitu tanda-tanda kekuasaan Allah SWT di dalam alam ini, yang ada di dalam diri manusia, ufuk, yang dihamparkan di setiap tempat untuk membawa manusia kepada-Nya dan memberikan petunjuk kepada mereka tentang keberadaan-Nya.


Contoh1 : Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) surah Ali-Imran 190.


Contoh 2: Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan.(Dalil-dali dan bukti kekuasaan Allah SWT)
surah al-Dzariat 21 


Kedua: Ayat-ayat Tanziliah-Iaitu ayat-ayat yang diturunkan oleh Allah SWT kepada para rasulnya yang berupa wahyu yang disudahi dengan Al-Quran Al-Karim. 

20 Mei 2010

Merawat lelaki bermasalah


 Rawatan Air Kelapa Bakar
Kepada semua lelaki empat puluhan dan keatas yang sedang mengalami masalah lemah zakar atau lemah tenaga batin kerana kesan daripada pengambilan ubat darah tinggi atau kencing manis, maka bolehlah tuan-tuan mengamalkan teknik rawatan air kelapa bakar atau air kelapa rebus di bawah ini.


Bahan-bahan
1- 6 hingga 10 biji kelapa muda ( 2 biji sekali bakar untuk mendapatkan 5 gelas airnya)
2- 41 biji lada hitam.
3- Limau nipis ( 3 sudu air perahan limau nipis untuk sekali rawatan)
4- 2 sudu madu lebah asli ( untuk sekali rawatan)
5- 7 butir garam kasar(untuk sekali rawatan)

Cara-cara memprosesnya:
-2 biji kelapa muda dibakar atau direbus sehingga masak ( 2 jam),pastikan airnya bertukar kepada warna kemerah-merahan.
-sukatkan 5 cawan air kelapa yang telah dibakar, kemudian masukan 7 butir garam kasar, 41 butir lada hitam yang telah ditumbuk halus serta masukkan 2 sudu madu lebah asli.
-Minum semua bahan di atas setiap malam sebelum tidur, amalkan selama 3 hingga 5 hari.

( Tujuan rawatan adalah untuk menghilangkan kesan sampingan ubat-ubatan moden, setelah kesannya hilang maka tuan-tuan dipersilakan untuk mengambil pelbagai jenis ubat-ubatan herba yang ada di pasaran yang pastinya tidak akan menjejaskan kekuatan kejantanan anda...selamat mencuba. )

17 Mei 2010

Sihir dan rawatannya

Takrif Sihir 

Sihir ialah persepakatan erat antara tukang sihir dengan syaitan laknatullah yang mengsyaratkan tukang sihir agar melakukan perbuatan haram dan syirik supaya tukang sihir memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajati.

Amalan-amalan tukang sihir  
1- Mengikat mushaf al-Quran di kaki
2-Menulis ayat al-quran dengan najis
3-Menulis ayat al-quran terbalik  
4-Bersolat tanpa wuduk atau dalam keadaan berjunub.
5- Melakukan penyembelihan kerana syaitan dan meletakkan di tempat yang tertentu.
6-Menulis jampi serapah yang boleh membawa makna kufur dan syirik. 

Jenis-jenis sihir  
1- Sihir Pukauan
Simptomnya :
-Sesuatu objek yang tetap tiba-tiba bergerak.
-Objek yang kecil tiba-tiba menjadi besar dan sebaliknya.
-Diperlihatkan sesuatu yangt bukan hakikat yang sebenar, seperti tali yang boleh menjadi ular di zaman nabi Musa.

2-Sihir Pengasih

Simptom:
-Bertambah rasa cinta secara mendadak.
-Keinginan memuncak untuk melakukan persetubuhan.
-Akur pada pandangan dan permintaan pasangan.
-' Nasi tangas '

3- Sihir Kera Sumbang
Simptom:
-Suka menyendiri.
-Bersifat pendiam.
-Fikirannya selalu tidak menentu.
-Selalu mengalami pening kepala.









4- Sihir Gila 
Simptom:
-Mangsa jadi kebingungan, pelupa dan tidak sedarkan diri.
-Meracau-racau dan mata terbeliak.
-Mangsa berjalan tanpa arah tujuan.

5-Sihir Penderitaan sakit. 
Simptom
-Sakit yang berpanjangan pada salah satu anggota badan.
-Kerap diserang sakit sawan.
-Lumpuh pada anggota badan. 

6- Sihir jerut zakar. 
Simptom
-Keadaan alat kelamin lelaki yang tidak sepatutnya.

7-Sihir jerut kelamin wanita:
Simptom
-Sihir jerut kapit
-Sihir jerut akal.
-Sihir jerut darah
-Sihir jerut longgar.

Proses Rawatan
1-Taa wuz
2-Surah al-Fatihah
3-Surah al-Baqarah ayat 1-4
4-Surah al-Baqarah ayat 163-164
5-Surah al-Baqarah ayat 255 
6-Surah al-Baqarah ayat 285-286 
7-Surah al-Imran ayat 18-19  
8-Surah al-A'raf ayat 54-56  
9-Surah al-A'raf ayat 117-122  
10 Surah Yunus ayat 81-82  
11-Surah Toha ayat 69
12- Surah Mukminun ayat 115-118  
13-Surah as-Soffat ayat 1-10
14-Surah al-Ahkaf ayat 29-32  
15-Surah ar-Rahman ayat 33-38  
16-Surah al-Hasyr 21-24  
17-Surah Jin ayat 1-10  
18- Surah al-Ikhlas
19-Surah al-Falak
20 Surah An-Nas



14 Mei 2010

Nabi saw bersabda kepada Ibnu Abbas:
" Wahai anak muda, aku akan mengajar kamu beberapa kalimat: 
"Jagalah Allah nescaya Dia akan menjagamu."
Jagalah Allah nescaya engkau mendapatkan Nya ada di hadapanmu . 
Jika engkau meminta, maka mintalah kepada Allah.
Jika engkau memohon pertolongan, maka mohonlah pertolongan kepada Allah.   
Ketahuilah, bahawa sekiranya umat ini bersatu untuk memberikan manfaat kepadamu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak akan mampu memberikan manfaat kepadamu kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan Allah bagimu, dan sekiranya mereka berkumpul untuk menimpakan mudarat kepadamu dengan sesuatu ,nescaya mereka tidak mampu menimpakan mudarat kepadamu kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan Allah bagimu. Al-Qalam telah diangkat dan lebaran-lebaran telah mengering."  ( Hadis riwayat al-Tarmizi)

12 Mei 2010


Kaedah penjagaan suara
1-Elakkan daripada memakan makanan seperti buah-buahan yang bergetah atau kelat, makanan berminyak, atau yang terlalu panas atau terlalu sejuk.
2-Elakkan daripada berpanas atau berhujan yang boleh menjejaskan suhu badan.
3- Mesti cukup tidur sekurang-kurangnya 5 jam.
4-Jaga kesihatan badan.

Petua penjagaan suara yang baik
1-Latihan tahan nafas dalam keadaan berbaring.
2-Latihan berenang untuk nafas yang lebih panjang.
3-Minum segelas air suam setiap pagi sebelum berkumur.
4-Mengikis lidah dengan daun pandan wangi untuk menghilangkan lendir. 
5-Tidur dengan tidak menggunakan bantal untuk merihatkan peti suara.

10 Mei 2010


            PERKARA SENANG DAN AMAT MENYERONOKKAN YANG SEDANG SAYA LAKUKAN SETIAP HARI DAN MALAM ADALAH MEMBACA AL-QURAN BESAR DI HADAPAN SEMASA SOLAT FARDU DAN SUNAT DI RUMAH
        . JIKA SEBELUM INI SAYA SELALU MEMBACANYA DI SURAU, TETAPI SEJAK MENDAPAT KOMEN YANG AGAK TIDAK MENYENANGKAN MAKA SAYA MEMBACANYA DI RUMAH PULA. JIKA TUAN PUAN MELAKUKAN APA YANG SEDANG SAYA LAKUKAN INI DENGAN IKHLAS DAN KHUSYUK KEPADA ALLAH SWT,  SAYA YAKIN TUAN-PUAN TIDAK AKAN SANGGUP UNTUK BERPISAH DENGANNYA WALAUPUN SESAAT ...SELAMAT MENCUBA.

08 Mei 2010

AKTIVITI HARI MINGGU YANG MENYERONOK DAN MEMENATKAN ADALAH  MEMANDU VAN SEJAUH 120 KM PERGI DAN BALIK UNTUK MENZIARAHI ANAK DI ASRAMA  SEKOLAH MENENGAH SAINS INTERGRASI SELANDAR DAN BERKELAH BERSAMA KELUARGA DI BAWAH POKOK ATAU DI BAWAH GARAJ KERETA. HANYA TUHAN YANG TAHU BETAPA SERONOKNYA MELAYAN ANAK-ANAK BILA BERJAUHAN.
Lawataan ke pekan Cowboy Batang Melaka. Hanya Batang Melaka inilah yang masih kekal sebagai hak milik dan kebanggaan orang melayu melaka.Bukit dan lubuk mereka telah diserahkan kepada cina, Tanjung pula telah dirampas oleh Keling.

07 Mei 2010

(eramuslim.com )Jumat, 07/05/2010



Taliban Pakistan benar-benar menepati janji mereka untuk menjalankan syariat Islam. Ditengah gencarnya operasi militer pemerintah di wilayah kesukuan yang menjadi basis mereka, Taliban telah memotong tangan tiga orang pencuri, setelah pengadilan Islam Taliban mendapatkan mereka terbukti bersalah.
Tiga orang yang telah diamputasi tangannya tersebut, segera dibawa ke rumah sakit di timur laut kota Kohat untuk mencegah terjadinya pendarahan yang berlebihan terhadap luka yang mereka derita.
Taliban dan kelompok Islam lainnya di provinsi Pakistan Khyber Pakhtoonkhwa telah berjuang untuk menegakkan hukum Syariah Islam selama beberapa dekade.
Kelompok Taliban di daerah kesukuan juga telah menyatakan pelarangan terhadap praktek-praktek sosial dan individu yang mereka anggap tidak Islami seperti mencukur jenggot, menyewakan CD musik dan film dan billboard dengan gambar-gambar perempuan.
Penegakan Syariah telah menjadi topik hangat perdebatan di kalangan politisi dan ulama Pakistan, sebagian ulama yang berpaham moderat menolak versi Syariah Islam Taliban dan mereka menyebutnya dengan istilah "ekstremisme."
Salah satu ulama terkemuka dan ketua komite Ruyet-e-Hilal, Mufti Munibur Rehman berpendapat bahwa hukum syariah Islam seperti pemotongan dan melempari dengan batu sampai mati hanya bisa diterapkan jika negara adalah benar-benar Darul Islam (negara Islam) di mana kesejahteraan rakyat merupakan prioritas dan kebutuhan mereka telah tersedia.
Ulama juga telah menyebutkan satu kasus dimana Khalifah Umar bin Khattab ra pernah menangguhkan hukuman potong tangan untuk kasus pencurian sewaktu kota Madinah dilanda kelaparan.(fq/aby)

05 Mei 2010

Ketawa dan menangis



Suatu hari al-Hasan al-Basri berjalan melewati seorang pemuda yang sedang ketawa terkial-kial. Maka dia berkata kepada pemuda itu:
al-Hasan: "Hai anak muda ,mengapa engkau tertawa terkial-kial seperti itu ?. Apakah engkau tahu akan engkau akan menerima kitab mu dari tangan kanan atau tangan kiri?.

"Tidak". jawab pemuda itu.

Al- Hasan bertanya :" Apakah engkau merasa yakin dapat menyeberangi titian sirat?.

"Tidak" Jawabnya.

Al-Hasan bertanya lagi: " Apakah engkau tahu akan terjerumus ke neraka atau selamat darinya?.

"Tidak" Jawabnya.

Al-Hasan: " Lalu mengapa engkau tertawa terkial-kial ?.

Pertanyaan al-Hasan itu membuatkan pemuda itu menyesali perbuatannya lalu menangis terisak-isak.

;;