23 Mei 2010

Semacam TAHYUL tetapi BETUL


Cerita 1
       Semasa sedang belajar di tahun satu di Universiti al-AzharMesir  beberapa tahun yang lalu, saya dan beberapa orang pelajar Malaysia di sana pernah mengikut Jemaah Tabgligh keluar berdakwah di sebahagian besar negara Mesir. Suatu hari, ketika jemaah kami dalam perjalanan dari Cairo ke Nug Hamadi. Ada seorang alim di pekan Nug Hamadi  yang terletak lebih kurang 700 KM di selatan Mesir telah melihat kami di dalam mimpinya, keesokkan harinya ketika jemaah  kami sampai di kampungnya, maka dia datang ke masjid tempat kami berkumpul lalu memeluk kami seorang demi dengan penuh kasih sayang, dia tak habis-habis memuji Allah SWT kerana menzahirkan kebenaran apa yang telah dimimpikannya malam tadi kini betul-betul berlaku di hadapan matanya..subhanallah.

Cerita 2
Sambungan dari cerita 1-Pada suatu malam semasa jemaah kami sedang tidur di dalam sebuah Masjid yang berdekatan dengan sebuah gereja di pekan Nug Hamadi, ada seorang penduduk kampung melihat di dalam mimpinya bahawa jemaah kami yang sedang lena di dalam masjid itu sebenarnya sedang dikawal oleh sekumpulan lelaki berjubah putih yang mana saiz badan mereka hampir setinggi pokok kurma. Keesokan paginya dia menceritakan kepada kami apa yang dimimpikannya malam tadi...sekali lagi Subhanallah.

Cerita 3
Pada suatu malam ketika saya sedang bayan( Ceramah) di atas sebuah Masjid berdekatan dengan bandar Cairo, saya telah bayan dengan penuh bersemangat dan bergegar-gegar di hadapan hampir 200 orang ahli jemaah maghrib masjid tersebut. semasa saya sedang bayan, saya melihat mereka melopong dan terpaku mendengar apa yang sedang saya sampaikan itu. Setelah selesai saya bayan, maka ahli jemaah masjid telah begerak ke satu penjuru masjid dan bertanya kepada salah seorang kawan saya yang berada di situ, tanya mereka: Apakah yang telah saya sampaikan sebentar tadi?...Astaghfirullah hul azim..rupa-rupanya mereka tak faham sepatah haram pun apa yang telah saya sampaikan..sedangkan saya menyampaikannya dalam bahasa arab 100%.(Bahasa arab pelajar tahun 1..faham-faham je la)

Catatan
* Ada banyak lagi cerita menarik yang telah saya alami bersama kawan-kawan semasa belajar berdakwah dahulu, InsyaAllah lain kali saya akan ceritakan.
*Sejak pulang ke Malaysia saya tidak pernah lagi keluar berdakwah bersama jemaah Tabligh, saya telah menukarkan gaya berdakwah dengan menyertai kumpulan pejuang Islam yang terbesar di malaysia ini.
*Keberkatan daripada melakukan dakwah dengan ikhlas kepada Allah SWT, maka Allah telah membantu saya untuk mendapat kecemerlangan dalam pelajaran semasa di Universiti Al-Azhar dahulu..Alhamdulillah

0 Comments:

Post a Comment