01 April 2012

Jom semak gaji di sini

Silakan [ SEMAK ]
PUTRAJAYA 31 Mac - Hampir 1.4 juta kakitangan awam seluruh negara boleh menyemak gaji terbaru masing-masing di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di http://www. jpa.gov.my/ hari ini.
Laman web jabatan itu telah menyediakan cara pengiraan pemindahan gaji kakitangan beserta pekeliling baru mengenai kenaikan gaji pegawai perkhidmatan awam tersebut semalam.
Pengunjung hanya perlu memilih kumpulan perkhidmatan dan mengisi ruang gaji pada aplikasi pengiraan tersebut bagi membolehkan perhitungan pemindahan gaji baru dibuat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac lalu, telah mengumumkan pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Minimum-Maksimum SSM berikutan pemansuhan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).[sumber]

0 Comments:

Post a Comment