14 Disember 2010

Hadis 1- Nabi S.a.w bersabda yang bermaksud , “Barang siapa di antara kalian melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak dapat melakukannya dengan tangannya, hendaklah ia mengubahnya dengan lisannya. Jika tidak dapat melakukannya dengan lisannya, hendaklah ia melakukan dengan hatinya. Itulah iman yang paling lemah.”  Hadith Riwayat Muslim

Hadis 2-“Kalian harus menyuruh kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran, atau (kalau tidak) Allah akan mengirim hukuman kepada kalian, kemudian kalian berdoa kepada-Nya. Namun Dia tidak mengabulkan doa kalian.” (Diriwayatkan dari At-Tirmidzi dan ia mengHasankannya).

 Pencuri dibelasah sampai mati


SEORANG pegawai polis menunjukkan lokasi seorang pemuda yang mati dibelasah sekumpulan 50 penduduk Kampung Slow Machang, Pasir Mas semalam.


PASIR MAS – Tindakan seorang penjenayah mencuri sebuah motosikal mengundang padah apabila dia dibelasah hingga mati oleh sekumpulan 50 penduduk dalam kejadian di Kampung Slow Machang dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 2 petang itu berlaku apabila tindakan suspek berusia 25 tahun yang cuba mencuri sebuah motosikal jenis Honda EX5 disedari pemiliknya.
Suspek yang dapat menghidupkan enjin motosikal kemudian melarikan diri sejauh tiga kilometer dari lokasi dia mencuri sebelum dihalang oleh penduduk.
Dia kemudian dibelasah hingga menyebabkan dia mengalami cedera parah di kepala dan badan. Suspek mati lima jam kemudian ketika menerima rawatan di Hospital Pasir Mas (HPM).
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, polis yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati suspek berada keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.
“Sebaik ditahan, suspek telah dibelasah teruk oleh sekumpulan penduduk. Beberapa anggota polis yang ternampak kejadian itu ketika meronda bergegas ke situ untuk meleraikan pergaduhan,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.( Kosmo)

0 Comments:

Post a Comment