26 Disember 2010

Hak asasi manusia dan Hak asasi Allah

Penolakkan kerajaan Barisan Nasional terhadap pelaksanaan syariah Islam dalam pentadbiran mereka serta larangan keras mereka terhadap pelaksanaan syariah islamiah di kelantan dan Trengganu sebelum ini tidakkah ia telah menunjukkan bahawa BN telah melanggar hak asasi Allah SWT.

Larang logo 1Malaysia nafi hak asasi manusia

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor melarang penggunaan logo 1Malaysia pada papan tanda dan iklan di negeri itu telah menafikan aspek hak asasi manusia.
Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Muhammed Sha'ani Abdullah (gambar) berkata, mana- mana pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak boleh melarang penggunaan logo 1Malaysia oleh orang ramai kerana adalah menjadi hak rakyat untuk menyokong konsep itu secara terbuka.
"Logo 1Malaysia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja kerana ia tidak melanggar undang-undang atau menyalahi moral jika digunakan pada papan tanda dan iklan.
"Tiada unsur propaganda atau paksaan untuk menggunakan logo tersebut dan adalah menjadi hak rakyat jika hendak gunakannya," katanya kepada Mingguan Malaysia, di sini hari ini. baca sepenuhnya di [ utusan]

0 Comments:

Post a Comment