03 Disember 2010

 

Pope Benedict benar guna kondom cegah HIV

PARIS 2 Dis. - Wanita pertama Perancis, Carla Bruni Sarkozy menyambut baik kenyataan terbaru Pope Benedict XVI tentang penggunaan kondom bagi mencegah jangkitan HIV, menggambarkan pendirian berlembut pihak gereja Katolik berhubung isu tersebut.
"Saya hairan, terkejut dan bersyukur," katanya dalam satu wawancara dengan sebuah stesen radio Perancis, RTL, berhubung Hari AIDS Sedunia, semalam.
"Beberapa negara Kristian di Afrika mengambil iktibar daripada kenyataan Pope itu," kata Bruni-Sarkozy, yang merupakan duta bagi Tabung Dunia Memerangi AIDS, Batuk Kering dan Malaria yang berpusat di Geneva.
Dalam kata-kata aluan dalam sebuah buku karya penulis Jerman, Peter Seewald berdasarkan wawancara panjang lebar dengan Pope Benedict, Pope itu menyatakan bahawa kondom boleh digunakan dalam keadaan tertentu bagi melindungi HIV, virus yang menyebabkan penyakit AIDS.
Ia mengambil contoh pelacur lelaki yang menggunakan kondom untuk mencegah jangkitan kepada pelanggannya.
Bruni Sarkozy, yang abangnya meninggal dunia akibat penyakit berkaitan AIDS pada 2006, sebelum ini mengkritik Pope yang membuat kenyataan ketika melawat Afrika tahun lalu bahawa kondom bukanlah penyelesaian bagi HIV/AIDS.
Penyanyi dan bekas model itu juga turut mengingatkan golongan muda supaya jangan terlalu mengambil ringan terhadap HIV dan AIDS memandangkan kini ubat dan rawatan mudah diperolehi. - DPA

0 Comments:

Post a Comment