09 Disember 2010

 
Bimbang diroboh, 80 kariah bermalam di surau
Bimbang surau Madrasah Al Falah Kg Kerinchi di Kuala Lumpur yang berusia lebih 12 tahun akan dirobohkan, kira-kira 80 ahli kariah bermalam di sini sehingga pagi ini dan disertai beberapa kumpulan mahasiswa daripada universiti berdekatan.

surau madrasah al falah kg kerinchiSemuanya, gara-gara pihak pengurusan surau berkenaan dikeluarkan notis perobohan bertarikh 10 November lalu, yang berakhir hari ini oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tujuan pembangunan.

"Dua tiga hari sebelum ini, saya menghubungi bahagian penguatkuasaan DBKL memberikan jaminan mulut, bahawa mereka tidak akan merobohkan surau ini," kata pengerusi surau Jasni Abdullah.

"Mereka tidak memberi tempoh masa (penangguhan) dan tidak memberi (sebarang) alasan," katanya sambil menambah ia mula beroperasi sejak 1998.

jasni abdullah, surau madrasah al falah kg kerinchiMenurut Jasni berkata walaupun hanya jaminan mulut yang diberikan, 80 ahli kariah bermalam di surau itu, malam semalam.

Ini kerana, kata Jasni, pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga. Mereka turut menunai solat hajat supaya surau berkenaan tidak dirobohkan.......baca seterusnya di
( http://malaysiakini.com/news/150328)

0 Comments:

Post a Comment