10 Januari 2014

Alexandria, 2014-1-9 /PR Newswire/ -- Sebuah laporan yang dikeluarkan hari ini di Pertunjukan Elektronik Pengguna 2014 oleh Majlis Penglihatan mendapati bahawa hampir 70 peratus penduduk dewasa Amerika Syarikat mengalami ketegangan mata digital ketika menggunakan alat-alat digital termasuk komputer, tablet dan telefon pintar. Namun, lebih kurang separuh daripada penduduk dewasa tidak tahu bagaimana caranya atau tidak pernah mencuba untuk mengurangkan ketidakselesaan penglihatan yang dialami. Oleh kerana pasaran mengalami lonjakan dalam pembelian alat-alat digital berkaitan dengan teknologi yang tinggi, kaca komputer dan teknik “eyegonomic” yang lain adalah digalakkan untuk mengurangkan ketegangan mata tersebut......


Majlis Penglihatan menggambarkan ketegangan mata digital sebagai ketidakselesaan fizikal yang dialami selepas dua jam atau lebih di hadapan skrin digital. Simptom biasanya termasuk mata kering, merah atau gatal-gatal; penglihatan kabur; mata penat; kesakitan belakang, tengkuk atau bahu; dan/atau sakit kepada. Walaupun tidak kekal, ketegangan mata digital boleh menyakitkan dan menjengkelkan serta sering menjejaskan produktiviti kerja.

“Mata tidak dilengkapi untuk melihat skrin digital bagi tempoh masa yang lama,” kata Justin Bazan, OD, ahli optik dan penasihat perubatan Majlis Penglihatan. “Tumpuan terhadap objek pada jarak pertengahan seperti komputer atau telefon pintar akhirnya memenatkan sistem tumpuan mata dan menyebabkan ketegangan. Pengalaman ini mungkin biasa, tetapi ia tidak normal.”

Selain memenatkan sistem tumpuan mata, banyak alat-alat digital memancarkan tenaga tinggi yang boleh dilihat (HEV) atau cahaya biru yang mungkin memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan penglihatan. Kajian menunjukkan bahawa pendedahan yang terlalu lama kepada cahaya HEV boleh merosakkan retina dan meningkatkan kemungkinan dan keterukan gangguan mata seperti degenerasi makular berkaitan usia dan katarak. Walau bagaimanapun, Majlis Penglihatan mendapati bahawa enam daripada 10 individu dewasa tidak sedar akan akibat cahaya HEV yang berbahaya ini.

SUMBER The Vision Council TMI

0 Comments:

Post a Comment