28 September 2010


Maklumat berikut adalah berkenaan penternakan ikan keli organik dan kebaikannya untuk pengetahuan mereka-mereka yang berminat.

Untuk ikan keli kadarnya adalah (2000 ekor untuk 1 beg B1) hanya sekali sahaja beri makan tahan sehingga 3 bulan iaitu sehingga boleh jual.Kaedah yang amat menjimatkan, menggantikan palet dan perut ayam.

Makanan Organik di atas dijual dengan harga RM 75.00/ 5 kg (1 Beg = 5 Kg).

* 5 kg Makanan Organik = 2000 ekor Keli

* Makanan Organik B1 tahan untuk 3 bulan utk Ternakan Keli

KEBAIKAN MENGGUNAKAN MAKANAN ORGANIK UNTUK TERNAKAN
  1. Jimat kos, tenaga dan masa.
  2. Sudah mencukupi dengan hanya sekali memberi makanan organic B1 untuk ternakan keli sehingga tuai hasil.
  3. Tidak perlu salin air tetapi perlu ditambah jika berkurangan.
  4. Tidak perlu mesin oksigen.
  5. Menghasilkan keli yang bersih dan berkualiti.
  6. Menghasilkan keli yang halal.
  7. Air bersih dan tidak berbau.
  8. Tiada proses grading (kerana tumbesaran sekata).
  9. Keuntungan yang tinggi.
  10. Mengurang penggunaan makanan yang mempunyai bahan kimia.


Ikan keli yang diternak di Laman Agro SMK Muhibbah

Ikan keli diternak di dalam tangki air secara organik. Bermula dengan benih ikan sebanyak 250 ekor dengan saiz lebih kurang 2-3 inci bagi setiap ekor. Ikan-ikan ikan diberi plankton yang hidup pada akar-akar pokok keladi bunting. Baja yang dimasukkan ke dalam air digunakan untuk menyuburkan pokok keladi bunting dan plakton.

Tangki air yang menempatkan ikan keli


Keladi bunting yang di letakkan di dalam tangki
sumber dari ( http://lamanagro.blogspot.com)

0 Comments:

Post a Comment