11 Ogos 2010

Misi ramadhan


Apa yang terdapat dalam buku catatan peribadi saya:

1-Fokus utama dalam seluruh kehidupan kita seharian adalah untuk mencapai keredhaan Allah SWT dalam semua tindak-tanduk yang telah sedang dan akan kita lakukan.

2-Makna Iblis : Seseorang yang kurang kebaikannya atau tiada lansung kebaikan padanya.

3-Setiap umat Islam mesti boleh menjawab tiga soalan ini:
i-Dari mana kamu datang?
ii-Kenapa kamu datang ?
iii-Dan kemanakah kamu hendak pergi?

4-Merasa diri alim dalam agama adakalanya menjadi sebab yang paling besar kenapa seseorang itu tidak mahu berjuang di jalan Allah SWT.
Bersambung...

0 Comments:

Post a Comment