18 Ogos 2010


1-Mengaku sajalah kita pun sama, selalu juga berbohong dalam percakapan.
2-Kita juga selalu melampau dalam pergaduhan, terutamanya dalam berpolitik.
3-Kita juga selalu memungkiri janji dengan pelbagai alasan, terutamanya janji kita sehidup semati dengan Allah SWT.
4-Kita juga selalu mengkhianati amanah Allah SWT untuk mengamal dan menyampaikan agamaNya.
5-Kita selalu hipokrit ,berlagak baik di hadapan manusia, tetapi bila bersendirian hanya kita dan Tuhan sahaja yang tahu apakah perkara mungkar yang biasa kita lakukan.
6-Kita juga selalu mempersenda kebaikan yang dilakukan oleh orang lain, terutamanya kebaikan yang telah dan sedang dilakukan oleh musuh politik kita. contoh: kita telah mempersendakan sekumpulan ulama muda yang menyertai umno.
7-Adakalanya kita pun sama "TALAM DUA MUKA".
8-Kita cakap agama berdentum berdentam bagaikan petir, tetapi bila diseru untuk berjihad di jalan Allah SWT kita menjadi lebih penakut daripada perempuan atau pondan.
9-Kita selalu tidak menghadiri solat isyak dan subuh berjemaah di masjid atau surau.
10-Kita selalu cakap amar makruf nahi mungkar, tetapi kita tidak mengamalkan amar makruf nahi mungkar dengan sebaik-baiknya, malah kita adakalanya marah dengan orang Tabligh yang datang mengajak kita untuk bersolat berjemaah di surau.

Banyak lagi sifat munafik yang tidak sempat untuk saya senaraikan di sini. rujuklah surah Taubat, bacalah dengan niat untuk membersihkan diri mu dari sifat-sifat munafik, semoga dengan itu kita tidak akan dicampak ke dalam neraka yang paling bawah oleh Allah SWT

0 Comments:

Post a Comment