22 Ogos 2010

Soal jawab ibadat puasa


1 Soalan: Apakah kita dibolehkan memberus gigi selepas
waktu subuh ketika berpuasa?

Jawapan: Sengaja bersugi atau memberus gigi dalam berpuasa dengan benda basah atau kering tidaklah membatalkan puasa. Tiada ada perselisihan para ulama dalam masalah ini. Namun menurut Imam Syafei memakruhkan memberus gigi setelah tergelincir matahari
dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut. 

2 Soalan: Bagaimana pula jika kita sudah terbiasa memasukkan air ke dalm hidung ketika mengambil air sembahyang? Begitu juga, ketika mandi wajib selepas masuk waktu subuh kerana berjimak di malam sebelumnya, kita dikehendakki meratakan air ke seluruh kulit.
Bagaimana kita hendak meratakan air ke dalam cuping telinga? Dikhuatiri air akan termasuk ke dalam telinga.?

Jawapan: Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk pada bulan Ramadhan tidaklah membatalkan puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah menyedutnya hingga ke dalam tetapi cukup saja dengan membersihkan rongga hidung tersebut. Begitu juga dengan membasuh telinga, cukup membasuh diluarnya saja tidaklah sampai memasukkan air ke dalam rongga telinga bagi menghilangkan
dahaga. 

 klik tajuk untuk soalan seterusnya

3 Soalan: Suami isteri berjimak semasa waktu azan subuh dibulan
puasa dan kemudian mandi wajib bolehkah mereka berpuasa, sedang apa yang saya tahu masa waktu imsak kita dikehendaki berhenti makan dan membuat perkara membatalkan puasa juga selepas azan subuh maksudnya puasa itu bermula?
Amat Unus, KL

Jawapan:
Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit lambat lagi, lalu bersetubuh. Kemudian dalam bersetubuh itu fajarpun keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta merta) tidak boleh diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu.

Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka hendaklah membayar kaffarah. Pertama memerdekakan
hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan
60 orang miskin.


4 Soalan: Apakah hukumnya sekiranya apabila di dalam bulan ramadhan, seseorang itu tidur di malam hari dan apabila terjaga di waktu pagi (dah terbit matahari) dan dah mula berpuasa, di dapati air mani terkeluar dari kemaluannya. Bolehkah dia meneruskan puasanya dan
sahkah puasanya itu?

Jawapan:
Jika kita bermimpi di malam bulan Ramadhan, dan baru tersedar ketika bangun pagi, maka segeralah mandi wajib, kemudian
teruskanlah berpuasa. Sebab berjimak ataupun bermimpi pada malam hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Bahkan setengah ulama berpendapat bermimpi pada siang Ramadhan pun tidak membatalkan puasa namun ia harus segera mandi wajib.


5. Soalan: Saya telah diserang penyakit gatal-gatal di badan.
Apabila ke kelinik untuk mendapatkan rawatan, doktor telah mengenakan suntikan kepada saya. Apakah puasa saya dikira batal kerana suntikan itu ?

Jawapan:
Sebahagian ulama mengatakan bahawa memasukkan ubat dengan suntikan ketika siang bulan Ramadhan tidak membatalkan
puasa. Diantara yang menyokong pendapat ini iaitu Ibn Hazm. Namun setengah ulama yang lain membatalkannya. Bagi kami hal ini
melihat keadaan, jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk dalam darurah dan tidak membatalkan puasa.

Dipetik dari laman Darul Nu’man
6 Soalan: Adakah puasa difardhukan ke atas umat yang dahulu. Kalau difardhukan ke atas mereka, pada bulan apakah diwajibkan berpuasa.

Jawapan: Puasa telah difardhukan ke atas umat dahulu dalam bulan Ramadhan sebagaimana difardhukan ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w.

7 Soalan: Bagaimana hendak diketahui awal Ramadhan ?
Jawapan: Diketahui Ramadhan dengan cukup Syaaban 30 hari atau dengan nampak anak bulan Ramadhan pada malam 30 syaaban atau dengan perisytiharan pihak Kerajaan.
8 Soalan: Bilakah yang dikatakan Hari Syak ?
Jawapan: Hari Syak ialah hari 30 syaaban dengan syarat: 1. Pada malam 30 Syaaban itu cuaca terang: 2. Orang fasik mengatakan dia nampak anak bulan.
9 Soalan: Adakah harus berpuasa di Hari Syak ?

Jawapan: Mengikut pendapat yang kuat tidak harus berpuasa di hari tersebut kecuali puasa qada' dan nazar. Bagi mereka yang sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis maka harus baginya berpuasa.

10 Soalan: Bagaimana hendak diketahui awal Syawal. ?

Jawapan: Untuk mengetahui awal Syawal sama seperti awal Ramadhan (sila rujuk soalan nombor 2).

11 Soalan: Bolehkah kita berpuasa dan berhari raya mengikut negeri Mekah dan negeri yang berdekatan, kerana mereka nampak anak bulan.

Jawapan: Tidak harus ikut berpuasa kecuali negeri-negeri itu berada dalam satu matla'

12 Soalan: Saya berpuasa di Mekah lebih awal satu hari dari mereka berpuasa di Malaysia. Apabila saya balik, puasa saya sudah cukup 30 hari dan orang Malaysia masih berpuasa lagi. Adakah boleh saya berbuka dan berhari raya.

Jawapan: Mengikut khaul yang lebih betul tidak boleh berbuka dan berhari raya, hendaklah tunggu bersama
berbuka dan berhari raya dengan penduduk Malaysia.

13 Soalan: Kalau kita ke tempat yang lebih awal berpuasa
mereka berhari raya kita belum cukup lagi puasa.
Adakah boleh berbuka.
Jawapan: Wajib berbuka puasa dan berhari raya mengikut
negeri berkenaan. Bagi mereka yang tidak cukup
puasanya sebanyak 29 hari maka wajib mengqada'kannya.

14 Soalan: Bagaimana cara sembahyang dan berpuasa bagi
negeri yang tidak ada siang dan malam.

Jawapan: Mereka hendaklah berpuasa dan bersembahyang
mengikut negeri yang berhampiran dengannya, yang mempunyai lima waktu sembahyang ataupun mengikut waktu Mekah.

15 Soalan: Apakah hukum orang tua yang tidak boleh berpuasa kerana tua atau orang tidak terdaya berpuasa kerana sakit berpanjangan.

Jawapan: Boleh berbuka puasa dan hendaklah memberi
fidyah secupak beras (675 gram); bagi setiap hari yang
ditinggalkan dan tidak dikena qada' ke atasnya.

16 Soalan: Adakah boleh berbuka puasa bagi mereka yang lapar dan dahaga kerana bekerja dan digantikan dengan beras sebagaimana dibenarkan kepada orang tua.

Jawapan: Tidak harus berbuka puasa bagi mereka yang
lapar dan dahaga kerana bekerja.

17 Soalan: Bagaimanakah lafaz niat puasa, adakah wajib berniat dengan fardhu Ramadhan atau puasa Ramadhan sahaja.

Jawapan: Sebaik-baik niat dengan mengingat "Aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardhu Ramadhan". Walau bagaimanapun sah dengan niat, aku puasa Ramadhan sahaja.

* Mengikut mazhab Maliki boleh berniat pada malam
pertama dengan berniat sebulan bulan Ramadhan, dan
harus bagi orang-orang yang bermazhab Syafie bertaqlid
kepada mazhab Maliki berniat pada malam pertama
sebulan Ramadhan. Bagi puasa sunat harus berniat pada
siang hari sebelum tergelincir matahari.

Soalan: Pada malam Hari Syak seseorang bemiat puasa
"sekiranya esok 1 Ramadhan aku berpuasa. Adakah sah
puasa tersebut,
sekiranya esok jatuh 1 Ramadhan".
Jawapan: Tidak sah puasa kerana di antara syarat sah
puasa ialah dengan niat yakin dan tepat.

Soalan: Adakah sah puasa seorang yang dalam haid dan
nifas berniat puasa Ramadhan pada malam hari pada
kebiasaannya haid dan nifasnya suci sebelum Subuh pada
hari tersebut.
Jawapan: Sah niatnya sekiranya suci/nifasnya sebelum
fajar.

Soalan: Adakah sah puasa seseorang yang syak niatnya
di waktu malam.
Jawapan: Tidak sah kecuali dia teringat yang dia
berniat puasa pada malam tersebut, sebelum maghrib.

Soalan: Adakah sah seorang yang syak niat puasanya
pada hari tersebut selepas berbuka.
Jawapan: Sah puasa tersebut.

Soalan: Seseorang yang berniat puasa pada malam hari
kemudian dia membatalkan niatnya sebelum fajar.
Adakah sah puasanya pada hari esok.
Jawapan: Tidak sah.

Soalan: Adakah sah puasa seseorang yang berbuka dengan
tidak yakin/berat sangka sudah masuk waktu
Jawapan: Tidak sah.

Soalan: Adakah sah puasa bagi orang yang tidak mandi
hadas besar.
Jawapan: Sah puasa.

Soalan: Adakah batal puasa bagi orang yang berpuasa
memasukkan ubat ke dalam matanya.
Jawapan: Sah puasanya kerana mata itu bukan anggota
rongga walaupun terasa di tekak.

Soalan: Adakah batal puasa seseorang yang berpuasa
menyuntik dengan ubat yang mengenyangkan.
Jawapan: Batal puasa.

Soalan: Adakah batal puasa apabila termasuk air ke
dalam rongga ketika berkumur-kumur di masa wuduk.
Jawapan: Tidak batal puasa kecuali melampaui batas
ataupun melebihi tiga kali (kali ke empat).

Soalan: Orang yang berpuasa merasai tersangat dahaga
kemudian memasukkan air batu ke dalam mulutnya untuk
mengurangkan dahaga lalu tertelan. Adakah batal
puasanya
Jawapan: Tidak batal puasa.

Soalan: Adakah batal puasa bagi orang gila sekejap.
Jawapan: Batal puasa.

Soalan: Adakah sah puasa bagi orang yang pitam
Jawapan: Sah puasa kecuali pitam yang sepanjang hari
iaitu terbit fajar hingga terbenam matahari.

Soalan: Adakah sah puasa bagi mereka yang tertidur
semasa sahur sehingga waktu maghrib
Jawapan: Sah puasa.

Soalan: Adakah wajib kifarat bagi orang bermukim
bersetubuh selepas membatalkan puasa atau orang
musafir berbuka puasa
dengan bersetubuh
Jawapan: Tidak wajib membayar kifarat bagi orang
bersetubuh begitu juga bagi orang musafir yang berbuka
puasa dengan bersetubuh.


Soalan: Apakah kifarat bersetubuh dengan sengaja pada
bulan puasa

Jawapan: Kifarat bersetubuh hendaklah memerdekakan
seorang hamba Islam yang sempurna dari kecacatan,
kalau tidak berkuasa hendaklah berpuasa 2 bulan
berturut-turut, jika tidak berkuasa hendaklah beri
makan kepada 60 orang miskin setiap seorang secupak.
Cara membayar kifarat ini hendaklah mengikut tertib
seperti di atas.

Soalan: Kalau seseorang membatalkan puasanya dengan
bersetubuh kemudian mati sebelum maghrib. Apakah
hukumnya
Jawapan: Hukumnya adalah berdosa dan tidak dikenakan
kifarat ke atasnya dan keluarganya.

Soalan: Kifarat bersetubuh dikenakan kepada siapa
(suamil isteri)
Jawapan: Kifarat bersetubuh dikenakan ke atas suami
sahaja.

Soalan: Adakah batal puasa seseorang yang terkeluar
mani dengan sebab khayalan
Jawapan: Sekiranya bila dia berkhayal biasa keluar
mani maka batal puasanya, kalau biasanya dia berkhayal
tidak keluar mani maka tidak batal puasanya.

Soalan: Adakah boleh diqada' sembahyang atau diberi
fidyah kepada si mati yang tak bersembahyang
Jawapan: Yang muktamad tidak boleh diqada' dan tidak
boleh diberi fidyah tetapi Imam Subki dari Ulama' yang
bermazhab dengan Mazhab Syafie mengatakan boleh
diqada' dan mengikut Mazhab Abu Hanifah boleh diberi
fidyah sebagaimana fidyah mereka yang meninggalkan
puasa, kita boleh bertaalik kepada dua pendapat tadi.

Soalan: Adakah wajib berimsak dari perkara-perkara
yang membatalkan puasa, beberapa minit sebelum subuh
Jawapan: Tidak wajib berimsak tetapi adalah sunat
menjauhi dari makan/minum dan lainnya sekadar baca
surah Mursolat sebelum Subuh lebih kurang dalam enam
minit.

Soalan: Orang yang tidak berpuasa kerana tidak berniat
malam dan orang yang membatalkan puasanya, adakah
boleh makan/minum dan lainnya
Jawapan: Wajib mereka berimsak iaitu menahan diri dari
makan minum dan perbuatan yang membatal puasa,
walaupun mereka tidak berpuasa.

Soalan: Apakah hukum yang dikenakan kerana berzina
atau wathisubhah pada bulan puasa
Jawapan: Hukumnya batal puasa dan dikenakan kifarat ke
atas kedua-duanya sekali (lelaki dan perempuan).

Soalan: Seorang perempuan putus haid di siang hari
adakah wajib dia berimsak
Jawapan: Sunat berimsak.

Soalan: Sekiranya seseorang yang membatalkan puasa
nazar/qada' adakah wajib dia berimsak
Jawapan: Tidak wajib berimsak.

Soalan: Adakah wajib imsak bagi orang musafir yang
berbuka puasa apabila sampai ke tempat tinggalnya
(bermastautin/bermukim)
Jawapan: Mengikut khaul yang lebih betul tidak wajib
berimsak.

Soalan: Adakah perempuan yang haid wajib berimsak
Jawapan: Perempuan yang haid haram berimsak
sebagaimana dia haram bersembahyang.

Soalan: Kanak-kanak yang tidak berpuasa dan baligh di
siang hari, adakah wajib berimsak dan qada' puasanya
Jawapan: Tidak wajib berimsak dan tidak wajib qada'.

Soalan: Seseorang yang keluar dari kampungnya setelah
fajar kerana musafir, adakah harus bagi mereka berbuka
puasa
Jawapan: Tidak harus berbuka bahkan wajib
disempurnakan puasanya.

Soalan: Adakah sunat berniat puasa beserta dengan
lafaz
Jawapan: Sunat.

Soalan: Seseorang yang telah menyediakan makanan untuk
makan sahur, kemudian dia terjaga selepas fajar, adakah sah puasanya pada hari itu
Jawapan: Sah puasa dengan penyediaan sahurnya kerana
penyediaan sahur itu dianggap sebagai telah berniat.

Soalan: Adakah sah puasa orang yang berbuka dengan syak masuk waktu maghrib
Jawapan: Tidak sah puasanya.

Soalan: Adakah sah puasa orang yang bersahur yang
berat sangkanya, masuk waktu Subuh
Jawapan: Sah puasanya selagi dia tidak yakin masuk
waktu Subuh dan sekiranya yakin, tidak sah puasanya
dan diwajibkan qada'.

Soalan: Adakah sah puasa seseorang yang biasanya
apabila melihat bangkai dia muntah, tetapi sengaja
dilihatnya
Jawapan: Tidak sah puasanya tetapi sekiranya tidak
sengaja maka tidak batal puasanya.

Soalan: Apakah hukum menggosok gigi di bulan puasa
Jawapan: Hukumnya sunat dia menggosok gigi sebelum
gelincir matahari dan makruh selepas gelincir
matahari.

Soalan: Adakah batal puasa termuntah dengan sebab
menggosok gigi
Jawapan: Tidak batal kecuali mereka yang biasanya
muntah apabila mengggosok gigi dan sengaja dia
meggosoknya.

Soalan: Apakah hukum cabut gigi, berbekam dan berpatik
semasa berpuasa
Jawapan: Hukumnya makruh.

Soalan: Apakah hukumnya seseorang yang tidak dapat
berpuasa pada bulan Ramadhan kerana sakit yang
berkekalan dan mati
selepasnya
Jawapan: Tidak ada apa hukum ke atasnya dan begitu
juga warisnya.

Soalan: Seseorang yang meningal dunia, puasanya sudah
diqada' tetapi fidyahnya belum dibayar lagi. Adakah
fidyahnya
bertambah
Jawapan: Fidyahnya tidak bertambah.

Soalan: Seseorang yang terdengar azan Subuh ketika dia
sedang bersahur, adakah sah puasanya
Jawapan: Sah puasanya dan hendaklah berhenti makan
serta merta dan terus buang makanan yang ada di dalam
mulutnya.

Soalan: Orang yang bersahur dengan niat untuk
menguatkan puasa, adakah sah niat tersebut?
Jawapan: Tidak sah.

Soalan: Seseorang yang syak masuk waktu Subuh kemudian
dia bersetubuh meninggalkan bersahur kerana bimbangkan
luput
waktunya, adakah sah puasanya
Jawapan: Sah puasanya kalau dia berniat puasa pada
malam itu.

Soalan: Seseorang yang terkeluar sesuatu dari tekaknya
kemudian dia menelannya, adakah batal puasanya
Jawapan: Batal puasanya.

Soalan: Air liur yang terkumpul di dalam mulutnya
kemudian ditelan, adakah batal puasanya
Jawapan: Tidak batal puasanya kerana air liur datang
dari mulut tidak datang dari rongganya.

Soalan: Air liur yang bercampur dengan sesuatu yang
lain seperti darah atau makanan kemudian ditelan,
adakah batal puasa
Jawapan: Batal puasanya.

Soalan: Apakah hukum orang yang berpuasa yang makan
dengan terlupa kemudian teringat kembali yang dia
berpuasa
Jawapan: Sah puasanya kerana itu adalah rezeki
daripada Allah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud
"Sesiapa yang makan atau minum dengan keadaan terlupa
maka jangan berbuka puasa maka sesungguhnya itu adalah
rezeki yang diberi oleh Allah s.w.t kepadanya".

Soalan: Adakah sah niat puasa di malam 30 Syaaban
sedangkan hatinya tidak berat sangka bahawa esoknya
masuk Ramadhan
Jawapan: Tidak sah niat tersebut.

Soalan: Adakah boleh orang yang berpuasa menggunakan
contact lens
Jawapan: Boleh.

Soalan: Adakah wajib berimsak ke atas kanak-kanak yang
baligh dan sedang berpuasa
Jawapan: Wajib berimsak ke atasnya.

Soalan: Orang yang berpuasa nazar kemudian dia berbuka
puasanya. Adakah wajib dia berimsak selepas dia
berbuka
Jawapan: Tidak wajib kecuali puasa pada bulan
Ramadhan.

Soalan: Orang yang berpuasa yang melakukan 2 kali
persetubuhan dalam satu hari. Adakah dikenakan 2
kifarat
Jawapan: Dikenakan satu kifarat sahaja.

Soalan: Apakah hukumnya bagi perempuan yang mengandung
atau perempuan yang menyusukan anak membatalkan
puasanya
Jawapan: Harus membatalkan puasa tersebut dengan dua
sebab:
a. Kerana keuzuran dirinya sendiri.
b. Kerana menjaga kesihatan anak.
Keterangan:
a. Kalau berbuka puasa kerana menjaga kesihatan
dirinya wajib qada' sahaja.
b. Kalau berbuka puasa kerana mahu menjaga kesihatan
anak bukan dirinya, wajib qada'dan fidyah sekadar 1
cupak beras untuk sehari.
c. Kalau berbuka puasa kerana menjaga diri dan anak
wajib qada' sahaja.

Soalan:Adakah wajib qada' puasa yang ditinggalkan
semasa dia gila
Jawapan: Tidak wajib qada' puasa tersebut.

Soalan: Seseorang yang mati dan meninggalkan puasa
tetapi walinya tidak membayarkan fidyah sehingga
Ramadhan yang
kedua. Adakah digandakan fidyahnya
Jawapan: Tidak digandakan fidyahnya. Ada pendapat
mengatakan dikenakan dua cupak bagi setiap hari, satu
cupak kerana tidak berpuasa dan satu cupak lagi kerana
menangguhkan fidyah.

Soalan: Apakah hukum seseorang yang mati yang belum
sempat menunaikan puasa nazar
Jawapan:
a. Mengikut Qaul Jadid hendaklah wali memberi secupak
beras sehari.
b. Mengikut Qaul Qadim wali boleh memberi secupak
beras sehari atau menggantikan puasa.

Soalan: Adakah harus qada' puasa kepada simati yang
meninggalkan puasanya sebulan dengan diqada'kan
puasanya oleh 30
orang selama satu hari
Jawapan: Harus dan Sah.

Soalan: Orang yang tidak berdaya puasa bolehkah
diqada'kan puasa untuknya
Jawapan: Tidak boleh diqada'kan puasa kepada orang
yang masih hidup.

Soalan: Bolehkan dibayar fidyah 10 cupak kepada 1
orang atau mesti diberi secupak seorang untuk 10 orang
Jawapan: Boleh diberi kepada satu orang atau sepuluh
orang.

Soalan: Adakah sah bernazar puasa selama 1 tahun
Jawapan: Sah nazar tersebut dan hendaklah berpuasa
selama tempoh tersebut termasuk dalamnya hari Tahrim
(2 hari raya), tiga hari tasyrik, lbulan puasa
Ramadhan dan puasa qada'.

Soalan: Apakah hukum seorang isteri bernazar untuk
puasa setahun dan dilarang oleh suami
Jawapan: Wajib berbuka dan tidak dikenakan fidyah dan
qada' kerana dikira uzur.

Soalan: Adakah sah puasa sunat seorang perempuan yang
dilarang oleh suaminya
Jawapan: Sah puasa tetapi berdosa.

Soalan: Adakah wajib qada' bagi seseorang yang
membatalkan puasa sunatnya
Jawapan: Tidak wajib qada' pada mazhab Abu Hanifah.

Soalan: Bolehkah membatalkan haji sunat atau umrah
sunat
Jawapan: Tidak boleh kalau terbatal wajib Qada'.
Catatan: Masalah ini berbeza dengan puasa sunat kerana
puasa sunat boleh dibatalkan tanpa qada'.

Soalan: Adakah sah berpuasa pada hari-hari Tahrim
Jawapan: Tidak sah dan haram berpuasa.

Soalan: Apakah hukum bersahur
Jawapan: Hukumnya sunat.

Soalan: Apakah hukum puasa sunat pada hari jumaat
sahaja
Jawapan: Makruh berpuasa kecuali pada hari jumaat itu
jatuh 10 Muharram.

Soalan: Apakah hukum meneruskan puasa 2 hari
berturut-turut atau lebih dengan tidak berbuka
Jawapan: Haram berpuasa dengan tidak berbuka.

Soalan: Adakah sah berpuasa dengan tidak berbuka
Jawapan: Sah puasa

Soalan: Seorang yang uzur tidak dapat berpuasa hingga
ke tahun berikutnya. Adakah wajib fidyah ke atasnya
kerana terlewat
qada'
Jawapan: Tidak wajib fidyah ke atasnya wajib qada'
sahaja ke atasnya.

Soalan: Adakah pahala membaca AI-Quran dan bersedekah
di bulan Ramadhan berganda dari bulan-bulan yang lain
Jawapan: Pahala membaca AI-Quran dan bersedekah
dibulan Ramadhan adalah berganda.

Soalan: Bolehkah isteri membayar fidyah puasa suami
yang telah meninggal dunia
Jawapan: Harus isteri membayar fidyah puasa suaminya
yang telah meninggal tetapi yang terutamanya ialah
anak-anaknya kerana anak-anaknya yang menerima asabah
daripada pusakanya. Ini berpandu kepada Imam as-Subki
yang telah memfidyahkan puasa keluarganya yang telah
meninggal dunia.

Soalan: Hukum puasa orang yang terkentut dalam air
Jawapan: Puasanya sah kerana terkentut dalam air tidak
membatalkan puasa.

Soalan: Apakah hukum perempuan hamil berbuka puasa
kerana takut menjejaskan kesihatan kandungannya
Jawapan : Hukumnya harus

Soalan: Hukum mencantumkan puasa qadha' dengan puasa
sunat
Jawapan: Hukumnya harus bahkan setengah ulama'
mengatakan sunat.

Soalan: Hukum berniat puasa qadha' pada waktu pagi
siang hari dan bagaimana niatnya
Jawapan : Hukumnya tidak sah kecuali puasa sunat.

Soalan: Apakah hukum meninggalkan puasa kerana
bersalin
Jawapan: Hukumnya wajib, jika perempuan yang bersalin
itu ada darah nifas dan wajib qadha' pada bulan-bulan
yang lain tetapi sekiranya perempuan yang bersalin itu
tiada darah nifas maka harus dia meninggalkan puasa
kerana menjaga kesihatannya dan wajib qadha' pada
bulan-bulan yang lain.

Soalan: Bolehkah fidyah puasa dibuat jamuan kepada
fakir miskin?
Jawapan: Tak boleh fidyah puasa dengan duit. Mengikut
Mazhab Shafie fidyah puasa hendaklah dengan
dikeluarkan beras secupak pada satu puasa dan tidak
boleh ditukarkan kepada yang lain. Oleh itu hendaklah
diberi beras, jangan ditukar kepada yang lain atau
makanan supaya hak orang miskin ini tidak dapat diguna
oleh orang-orang yang tidak berhak.

Soalan: Bolehkah berpuasa pada hari Arafah yang jatuh
di hari Jumaat?
Jawapan: Sunat berpuasa di hari arafah walaupun
berlaku hari Jumaat. Yang makruh berpuasa di hari
Jumaat ialah semata-mata melakukan puasa sunat.

Soalan: Saya mahu qada' puasa di hari ini tetapi saya
tertidur semalaman. Adakah boleh saya berniat di
siang hari?
Jawapan: Tidak boleh, kerana niat puasa qada' dan
nazar itu wajib dan niat puasa qada' dan nazar adalah
di malam hari. Tidak sah selepas Subuh dan boleh
berniat di siang hari hanya untuk puasa sunat sahaja.

Soalan: Apabila seseorang qadal puasa kemudian dia
membatalkan puasanya dengan sebab kawan mengajak
makan. Adakah
dengan sebab yang demikian digandakan dua hari untuk
puasa qadalnya?
Jawapan: Wajib dia puasa yang dibatalkan itu sahaja
dan haram membatalkan puasanya.

Soalan: Adakah boleh qada' puasa pada 13 Zulhijjah?
Jawapan: Tidak boleh kerana 13 Zulhijjah dilarang
berpuasa.

Soalan: Saya mahu Puasa qada's elama 10 hari. Adakah
boleh saya berniat puasa di malam pertama puasa?
Jawapan: Tidak harus kerana sepuluh puasa qada' itu
adalah puasa yang berlainan seperti orang tinggal
sepuluh kali pada sembahyang Subuh. Maka sepuluh
Subuh itu adalah lain di antara satu sama lain. Maka
hendaklah berniat pada membuat tiap-tiap sembahyang
yang sepuluh itu. Begitu juga dengan puasanya.

Soalan: Adakah boleh saya bagi fidyah puasa kepada
satu orang?
Jawapan: Boleh.

Soalan: Ibu saya meninggal dunia pada hari yang ke
sepuluh Ramadhan kerana sakit dan tidak dapat puasa.
Apakah hukumnya?
Jawapan: Tidak dikenakan apa-apa fidyah kerana dengan
sebab tidak ada masa untuk dirinya mengqada'kan
puasanya.

Soalan: Apakah pada bulan Muharram itu ada hari
diharamkan berpuasa?
Jawapan: Tidak ada, harus berpuasa sepanjang bulan.

Soalan: Adakah fidyah puasa boleh diberi kepada anak
yatim?
Jawapan: Tidak boleh diberi kepada anak yatim. Yang
berhak menerima fidyah puasa ialah kepada fakir
miskin.

Soalan: Bolehkah puasa sepanjang tahun selain dari 2
hariraya dan hari-hari tasyrik?
Jawapan: Boleh berpuasa bahkan sunat berpuasa
sekiranya kuasa dan tidak terjejas tanggungjawab yang
diwajibkan ke atasnya.

Soalan: Kenapakah awal puasa dan hari raya tidak sama
di antara negara-negara Islam di dunia.
Jawapan: Awal puasa dan hari raya tidak sama kerana
tidak sama matlaknya , tidak boleh disamakan waktu
seperti waktu sembahyang contohnya di negara kita
sudah masuk waktu Isyak tetapi di Mekah belum Maghrib
lagi.

Soalan: Adakah boleh berpuasa sunat di hari Jumaat?
Jawapan: Boleh tetapi makruh puasa hari Jumaat sahaja
kecuali dihubungkan dengan hari sebelum atau hari
selepas. Sekiranya hari itu jatuh hari sunat berpuasa
seperti sepuluh Muharram maka disunat berpuasa.

Soalan: Apakah hukum orang yang berpuasa dan makan
kerana terlupa?
Jawapan: Sah puasanya kerana makan dengan tidak
sengaja.

Dipetik Dari
http://www.islam.gov.my/soal/puasa.html#17

Soalan :
Assalammualaikum..
disini saya ada kemusykilan berkenaan dengan org yg
telah
menninggal dunia. contohnya jikalau seorg bapa telah
meninggal dunia bolehlah
anaknya menggantikan puasanya, haji dan umrah bagi
pihaknya.
Jawab:
Menurut Qaul Jadid Asy-Syafi'ie, tidak dibolehkan
menggantikan (qadha) puasa
orang mati secara mutlaq (baik ia mempunyai kesempatan
masa hidup atau
tidak) tetapi memadai dikeluarkan (fidyah) dari harta
peninggalannya satu
cupak sehari mengikut jumlah hari puasa yang
ditinggalkan.

An-Nawawi menyatakan dibolehkan warisnya mengggantikan
puasa si mati. Tetapi
jika dia meninggalkan harta wajib salah satunya (qadha
atau fidyah)

Sah menghajikan orang yang sudah mukhallaf apabila dia
tidak mampu
menunaikan haji kerana tua, sakit (yang tidak ada
harapan sembuh) atau
meninggal dunia. Hadis di bawah dijadikan qias.

" Dari Ibnu Abbas r.a: Pernah Al Fadlu bin Abbas duduk
di belakang
Rasulullah saw. Lalu datang seorang wanita dari
"Khats'ama". Mulailah Al
Fadhlu memandang kepadanya dan wanita itu memandang
kepadanya. Lalu Nabi saw
memalingkan muka Al Fadhlu ke arah lain. Lalu wanita
itu berkata: Ya
Rasulullah sesungguhnya kewajiban Ibadah haji dari
Allah itu, atas semua
hambaNya. Sedangkan aku mendapatkan masa hidup ayahku
dalam keadaan terlalu
bangka, tidak kuat lagi naik kenderaan. Apakah saya
boleh hajikan dia.
Baginda menjawab: Ya. Dan peristiwa itu pada waktu
Haji Wada'
(Muttafaqun Alaihi)

-----------------------
Soalan :
Seseorang yang ingin membuat sesuatu ibadat kada'
sebagai denda (kifarah) kerana melanggar larangan
ketika mengerjakan ibadah puasa. Dia tidak mampu
hendak berpuasa berturut-turut, tiada hamba sahaya
untuk dimerdekakan dan hanya mungkin mampu padanya
untuk memberi makan pada 60 fakir miskin. Masalahnya
sekarang susah untuk mendapatkan fakir miskin. Jika
dia hanya dapat seorang sahaja fakir miskin. Bolehkah
dia memberi makan pada seorang fakir miskin itu
sebanyak 60 kali/hari?
Jawapan:
Tatacara membayar kafarat bulan Ramadhan.
Kafarat ialah sesuatu yang mesti ditutup atau dibayar
kerana melanggar syariat; cth di atas ialah bersetubuh
disiang hari di bulan Ramadhan; di mana kafaratnya
ialah samada membebaskan
seorang hamba abdi, puasa dua bulan berturut-turut,
atau memberi makan org miskin seramai 60 orang satu
mud beras atau
bijirin. Hikmah kafarat: untuk menjaga syari'at supaya
tidak dipermainkan.

Beberapa perbahasan dalam bab kafarat jima' di bulan
puasa.

1. Tidak wajib kafarat bagi muslim yang lupa, terpaksa
atau yang jahil akan hukumnya (jumhur ulama)

2. Jika isteri dipaksa oleh suami, kafarat itu hanya
untuk suami (bagi madzhab Syafi'iy, kafarat itu hanya
untuk suami baik terpaksa atau
sengaja; ini diperkuat oleh Imam Nawawi); bagi isteri
hanya dikehendaki mengkadha puasa hari itu sahaja.

3. Kafarat itu hanya untuk kesalahan bersetubuh
sahaja, jika mereka makan atau minum dulu sebelum
jima' tidak dikenakan kafarat (ini
pandangan Imam Syafi'iy)

4. Jika seorang itu jima' (setubuh) berulang kali di
bulan Ramadhan, menurut Syafi'iy, Maliki dan Hanbali
kafarat itu mengikut jumlah
persetubuhan;manakala madzhab Hanafi cukup satu
kafarat sahaja.

5. Tambahan kepada kafarat, pelakunya hendaklah
dikenakan hukum takzir oleh pemerintah dan
dikehendakki menghabiskan puasanya
pada hari itu (ini pandangan Syafi'iy) 6. Persetubuhan
itu hendaklah sempurna bukan separuh jalan.

Cara melakukan kafarat: Jumhur ulama menggariskan
tatacara melaksanakan kafarat adalah sebagaimana
maksud hadis Muslim HR Abu
Hurairah yakni mengikut kemampuan: pertama
memerdekakan hamba abdi; jika tidak kuasa, berpuasa
dua bulan berturut-turut, dan jika
tidak mampu memberi makan 60 fakir miskin.

Menurut saudara penanya masalah di sini ialah susah
hendak berjumpa dengan orang miskin. Ini kena
berhubung dengan projek PPRT
(projek pembasmian rakyat termiskin) yang telah
menakrifkan pendapatan bulanan bagi rakyat termiskin
dan terdapat senarai lengkap
mengikut daerah atau berhubung dengan pejabat kadhi
untuk mengetahui kadar sukatan beras bagi kafarat
(satu mud beras berbeza
mengikut negeri-negeri persekutuan) juga senarai
rakyat termiskin, juga boleh menghubungi jabatan
kebajikan masyarakat untuk
mendapat senarai rakyat miskin;

Rujukan: Fiqhu sunnah: Sayyid Sabiq vol bab siyyam,
Syaikh Jabir al Jazairy Minhaj al Muslim; al Umm
asSyafi'iy..

--------------------
Soalan :
Bagaimanakah caranya untuk kita mengira beberapa hari
yang tertinggal untuk menggantikan (kada') ibadah
puasa atau solah yang tertinggal pada zaman remaja,
yang tidak dapat dikira kerana terlalu banyak
(kadang-kadang buat, kadang-kadang tinggal).
Jawapan:
Amalan fiqh Syafi'iy di Malaysia dan Hanbali di Saudi,
wajib diganti puasa yang terdahulu dan dikenakan
kafarat satu mud makanan asasi
sehari kepada seorang miskin (di Malaysia: 1 cupak==0.6
kg beras) mengikut jumlah hari yang di yakini telah
ditinggalkan.

Fatwa Qardhawi: amalan tersebut tidak ada sandaran
dalil yang kuat, yang lebih kuat ialah hanya
mengkadha' puasa sahaja tak perlu
membayar kafarat; namun jika membayar kafarat atau
mengeluarkan fidyah adalah lebih baik.

Jika berlaku syak tentang jumlah hari yang
ditinggalkan; gunakan kaedah feqah: dzan ghalib (apa
yang diyakini); jika kita berpuasa terlebih
dari apa yang disyakki itu adalah lebih baik.

-----------------------
Soalan :
Ada sedikit kemusykilan: Kita maklum bahawa Arab Saudi
memulakan puasa sehari lebih awal dari negara kita.
Bagi sesiapa yang mengerjakan umrah ketika itu
bermakna telah memulakan puasa sehari lebih awal. Jika
mereka kembali ke tanahair, dan menyambut Syawal
(berdasarkan hisab) mengikut ketetapan negara kita,
bermakna mereka telah berpuasa 31 hari sedangkan tidak
pernah rasulullah berpuasa selama itu dan dalam
kalender Islampun sebulan hanya antara 29 dan 30 hari.
Persoalannya perlukah mereka berpuasa 31 hari kerana
mengikut pemerintah disesuatu tempat itu atau berhari
raya mengikut Arab Saudi supaya berpuasa selam 30 hari
sahaja
Jawapan:
Jumhur fuqaha' tidak membolehkan kita berpuasa
melebihi 30 hari. Dalam kes saudara, apabila saudara
berpindah dari tempat asal bermula puasa, maka
hendaklah menghormati tempat anda bermastautin
(Malaysia).
Saudara hendaklah berbuka pada hari ke 31 secara sirri
dan mengikuti upacara solat idilfitri untuk mengelak
fitnah. Inilah pandangan jumhur fuqaha'.
Ruj: Abu Bakar Jabi al Jazairy (minhaj al muslim)

-----------------------
Soalan :
Batalkah puasa air masuk ke dalam hidung semasa
berwudhu'. Seseorang yang berpuasa, apabila ia
mengambil wuduk
dengan membasuh muka, air wuduk tadi termasuk dalam
hidung terus ke tekaknya. Adakah batal puasanya?
Jawapan:
Ibn Qudamah al Hambali (al Mughni bab wudhu): jika ia
berkomor atau istinsyaq dan air termasuk kedalam
rongga hidung terus ketekaknya--tidak batal puasa.
Ini juga pandangan Syafi'iy, Awza'iy dan Ibn Abbas.
Syaikh Qardhawi (Fatawa Mu'asirat, vol 1 bab Siyyam):
yang membatalkan puasa ialah bila kita memasukkan
sesuatu melalui jalan yang tabi'iy untuk makan dan
minum dengan ssengaja; maka jika air itu masuk melalui
cara yang tidak tabi'iy dan niat kita bukan bertujuan
membatalkan puasa, maka puasa itu tidak akan batal.

-----------------------
Soalan :
1) Bolehkah isteri meminta izin dari suami secara
blanket approval' sahaja iaitu, meminta izin secara
keseluruhan baginya
melaksanakan ibadat khusus yang sunat ini atau
adakah setiap kali si isteri hendak melaksanakan
ibadah-ibadah sunat seperti ini,
maka setiap kali pula ia dikehendakki meminta izin
suaminya? bagaimana kalau pada ketika ia berhajat
untuk laksanakan ibadat sunat
itu suaminya tiada atau susah dihubungi, adakah si
isteri perlu menunggu hingga suaminya pulang untuk
meminta izin tersebut?
Jawab:
Hukum berpuasa sunat bagi para isteri.
Dua hadis sahih sebagai nas:
1. HR Bukhari, Muslim dan Abu Daud:
Seorang isteri tidak boleh berpuasa selagi suaminya
ada di rumah, kecuali atas keizinannya.
2. HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah:
Janganlah seorang wanita itu berpuasa walau satu
haripun jika suaminya berada di rumah tanpa izinnya,
kecuali puasa Ramadhan.

Di sini ada khilaf ulamak.
Pertama: Kebanyakan ulamak berpendapat keizinan suami
hanya terbatas kepada puasa sunat, manakala puasa
nazar, puasa qadha' dan
puasa Ramadhan tidak perlu izin suami. Imam Nawawi
menjelaskan dalam kitabnya Syarah Sahih Muslim Jld 7
pg 115.

Kedua: Sebahagian ulamak berpendapat wanita perlu
meminta izin utk berpuasa selain puasa ramadhan. Ini
bermakna jika puasa itu
selain puasa Ramadhan, dia perlu mendapat izin suami.
Sayyid Sabiq berpendapat demikian.

Ketiga: Isteri tidak perlu mendapat keizinan suaminya
utk berpuasa apabila suaminya musafir, atau sakit atau
uzur yang mana dia tidak
mampu mengadakan hubungan seks. Ini adalah pandangan
majoriti ulamak berdasarkan hadis dalil di atas. Ini
juga pandangan Sayyid
Sabiq (Fiqh Sunnah)

Rasional kenapa perlu mendapat keizinan suami sebelum
berpuasa.

Imam Nawawi menjelaskan: suami berhak mengajak
isterinya jima' bila-bila masa dan pada hari apa
sahaja, dan haknya itu wajib
dipenuhi oleh isterinya ketika itu juga, dan tidak
boleh ditangguhkan oleh kerana amalan sunat.

al Imam al Hafidz dalam kitab al Fath: hak suami ke
atas isterinya lebih kuat daripada amalan sunat dan
kebajikan yang lain. Kerana itu hak
suami wajib dipenuhi, maka kewajipan harus didahulukan
daripada hal-hal sunat.

Komentar Syaikh Muhammad Ali Qutb (Tuhfatul 'Aris wal
'Arus):
Islam memberi perhatian yang serius terhadap hubungan
seks antara suami-isteri, lantas Islam melarang isteri
menentukan sendiri
kegiatan yang dapat menghalang keinginan seksual
suaminya sekalipun kegiatan itu berupa ibadah sunat.
Maka Islam mewajibkan para
isteri mendahului hubungan sek yang diminta suami
daripada ibadat sunat.

Sebagai balasan atas hak yang diberikan kepada suami,
Islam memberi hak kepada isteri yang wajib dipenuhi
oleh suaminya, iaitu suami
tidak boleh melakukan kegiatan yang sangat meletihkan
atau menyebabkan kelemahan pada jasmaninya kerana
dengan keletihan itu
siisteri telah kehilangan hak untuk menikmati hubungan
seks dengan suaminya.

-----------------------
Soalan :
Ada yang mengatakan wanita hamil atau menyusui anak
yang meninggalkan puasa,
tidak perlu qada puasa tapi cuma bayar fidyah. Tetapi
ada yang mengatakan qada puasa & bayar fidyah.
"Dari Ibnu Abbas : wanita yang hamil dan wanita yang
menyusui apabila
khawatir atas kesehatan anak-anak mereka, maka boleh
tidak puasa dan cukup
membayar fidyah memberi makan orang miskin " ( Riwayat
Abu Dawud ). Shahih
"Diriwayatkan dari Nafi' dari Ibnu Umar: Bahwa
sesungguhnya istrinya bertanya
kepadanya ( tentang puasa Ramadhan ), sedang ia dalam
keadaan hamil. Maka ia
menjawab : Berbukalah dan berilah makan sehari seorang
miskin dan tidak usah
mengqadha puasa ." ( Riwayat Baihaqi) Shahih.
Jwb:
Dr Qardhawi telah membuat kajian dalam nas yang
bersimpang siur ini dan dalam
kitab feqahnya (fatawa mu'asirat), Qardhawi
berpendapat fidyah sahaja.
Madzhab Syafi'iy antaranya yang menetapkan qadha dan
fidyah.
Ini adalah khilafiah dan keduanya harus utk diamalkan.
thtl

-----------------------
Soalan :
Ada hamba Allah yang bertanyakan Jika kita sedang
bersahur, tiba-tiba kedengaran
azan terdapat dua hadis: HR Bukhari yang menyuruh kita
mengeluarkan makanan dalam
mulut dan berhenti makan dan minum. Ada juga hadis
versi Abu Daud yang meriwayatkan,
apa yang sudah berada dalam mulut hendaklah ditelan
sahaja.
Penjelasan: Jumhur (majoriti) ulama' berpendapat jika
kedengaran azan subuh,
maka hendaklah dikeluarkan segala makanan yang ada
dalam mulut berpandukan hadis Bukhari.
Madzhab Syafi'iy juga berpegang dengan hadis ini.
Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah)
juga menyokong pendapat majoriti. Atas alasan inilah
setengah ulama' menyarankan
penggunaan jadual waktu imsak (10 minit buffer sebelum
azan subuh). thtl

-----------------------
Soalan:
Bagaiman pula bagi orang yg memakai contact lense yg
memasukkan cecair ke dalam matanya
utk membasahkan mata. Adakah itu juga boleh
membatalkan puasa?
Jawab:
Tidak batal kerana tiga alasan (illat):
a. tujuan utk perubatan atau suatu keperluan harian yg
dharuri
b. niat menitiskan cecair itu bukan menghilangkan haus
(dahaga)
c. ia bukanlah jalan yg tabi'iy (normal) bagi
kemasukan cecair itu.
(Prof Qardhawi, Fatawa Mu'asirat, Syaikhul Islam Ibn
Taymiyah, Majmu'
Fatawa lil Syaikhul Islam; Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah,
Jld 3)
thtl

-----------------------
Soal :
Sahkah puasa bagi pesakit asma yang perlu menggunakan
alat bantuan (saya kurang pasti namanya) yang perlu
dimasukkan ke dalam mulut?
Jawab:
Penggunaan Inhaler bagi Pesakit Athma
Bagi pesakit athma atau lelah. Amalan penggunaan
inhaler tidak membatalkan puasa kerana yang disedut
itu ialah gas dan untuk tujuan perubatan. Ini
adalah fatwa Syaikh Ben Baz dalam koleksi fatwanya
(Fataawa adDa'awah Syaikh Abdul Aziz ben Baz, Grand
Mufti of Saudi Arabia, Fatwa No 979)

Keharusan penggunaan inhaler bagi pesakit athma juga
harus berdasarkan Fatwa umum dalam masalah ini oleh
Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmu'
Fatawa Ibn Taymiyah, Jld 25, ms 248) Keharusan ini
meliputi teknik perubatan yang tidak menggunakan
makanan atau minuman. Jika dari jenis debu maka ia
diharuskan

Imam Ibn Hazm al Andalusi (al Muhalla, Jld 6, ms 203)
tidak batal puasa dalam urusan perubatan termasuk
suntikan atau menghirup serbuk..

Kita terpaksa menggunakan dalil fatwa dalam masalah
ini kerana ini adalah masalah baru yang tidak ujud
semasa Imam-Imam besar Fiqh dahulu.

-----------------------
Soal:
Semasa saya kecil, saya pernah mendengar pendapat yang
mengatakan antara perkara perkara yang membatalkan
puasa termasuklah memasukkan sesuatu kedalam rongga,
contohnya seperti berikut
1. mengorek lubang hidung dengan jari
2. mengorek telinga dengan pengorek telinga
3. menuang ubat mata (eyemore) kedalam mata
boleh kah saudara dapat membetulkan was was ini dengan
mengemukkan dalil dalil yang sahih.
Jwb:
1. Tidak batal puasa dengan mengorek lubang hidung
atau mengorek telinga dengan pengorek telinga.
Ini adalah pendapat Ibn Taymiyah dalam majmu' Fatawa.
menurut Ibn Taymiyah, maksud batal puasa jika
memasukkan sesuatu dalam rongga terbuka bermaksud
memasukkan makanan atau minuman untuk menghilangkan
rasa lapar atau dahaga. Sedangkan seseorang mengorek
hidung atau telinga bertujuan membuat kotoran di
dalamnya. namun tidak digalakan kerana boleh dilakukan
waktu malam.
2. menitiskan eye-mo atau seumpamanya ke dalam mata.
Juga tidak batal puasa menurut pendapat Ibn Taymiyah
dalam Majmu' Fatawa. Kerana tujuan penitisan air ubat
tadi bukan berniat utk menghilangkn haus dahaga.
(lihat penjelasan Sayyid Sabiq dalam Fiqh Sunnah serta
Qardhawi dalam Fatwa Mu'asirat)
thtl TuanHassan Tn-Lah

(http://agamaku.tripod.com/soaljawabpuasa.html)
 


0 Comments:

Post a Comment