10 Ogos 2010

Bukti kita biadab dengan Allah SWT

 Ramadhan adalah bulan ibadat, bulan barakah, bulan maghfirah, bulan rahmat, bulan yang dibuka padanya pintu-pintu syurga dengan seluas-luasnya untuk dimasuki oleh sesiapa sahaja yang betul-betul ingin memasukinya, ditutup padanya pimtu-pintu neraka supaya kita tidak tercampak ke dalamnya. tapi sayang seribu kali sayang, kita sebenarnya tidak gembira dengan ketibaan ramadhan, kita tidak menunggu kedatangannya, kita tidak membuat persediaan untuk menyambutnya, kita merasa resah, penat, letih dan sebagainya dengan kehadiran ramadhan.
       Ingat...jika sesiapa yang dari sekarang telah berkira-kira untuk membuat pesiapan bagi menyambut hari raya, maka dia sebenarnya betul-betul biadab dengan ramadhan yang mulia. orang seperti ini adalah seperti seorang anak yang menyambut kedatangan ibu-bapa ke rumahnya, tetapi sebaik sahaja ibu-bapanya sampai di rumahnya, maka dia telah membuat persiapan untuk menghalau ayahnya pulang...Astaghfirullahhulazim.

MULAI HARI INI BERGEMBIRALAH KITA DENGAN KEHADIRAN RAMADHAN YANG MULIA DAN BERSEDIHLAH KITA BILA IA PERGI MENINGGALKAN KITA BUAT SELAMA-LAMANYA, KERANA DI TAHUN HADAPAN BELUM TENTU KITA AKAN DAPAT BERSAMANYA LAGI....YA ALLAH BERILAH KAMI KESIHATAN YANG BAIK SEPANJANG BULAN RAMADHAN TAHUN INI SUPAYA KAMI DAPAT BERIBADAT KEPADA MU DENGAN SEBANYAK-BANYAKNYA.  AMIN

0 Comments:

Post a Comment