16 Ogos 2010

Perkataan Qarin berasal daripada bahasa Arab yang bererti "teman", "pasangan" atau "pendamping". Istilah Qarin kemudian meluas yang memiliki erti roh-roh jahat, yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang sentiasa mendampingi manusia, sejak seseorang itu dilahirkan sehingga dia meninggal dunia.

Qarin dalam Al-Quran dan Hadis

Al-Quran telah menjelaskan tentang adanya Qarin dalam Surah Az Zukhruf
Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. (Az Zukhruf 43:36)
Hadis mengenai Qarin pun telah dicatat oleh Imam Ahmad dan Imam Muslim, Nabi Muhammad bersabda kepada Abdullah Mas'ud, "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa Malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga Ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."[1]
Dalam kisah yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah, bahawa ketika tiba giliran Iblis untuk meminta, ia pun berkata, “Ya Tuhanku, manusia (Adam) inilah yang telah Engkau muliakan atasku, kalau Engkau tidak memperhatikannya, aku tidak akan kuat menghadapinya.” Allah berfirman yang ertinya, “Tidak akan dilahirkan seorang anak darinya kecuali dilahirkan pula seorang anak dari bangsa kamu.” Iblis berkata lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku.” Allah S.W.T berfirman, “Kamu dapat berjalan-jalan ditubuh mereka seperti mengalirnya darah dan kamu dapat membuat hati mereka sebagai rumah-rumah untuk kamu.”

 Contoh gila: Empat sekeluarga disimbah asid



NURUL DAHYATUL yang melecur teruk dirawat di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu semalam.



KUALA TERENGGANU - Seorang wanita tidak menyangka suaminya sanggup membawa asid untuk mengugutnya mendapat wang sehingga menyebabkan dia tiga beranak dan ibunya melecur di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu semalam.
Dalam kejadian pada pukul 1.45 pagi itu, suspek dipercayai bertindak demikian kerana berang dengan keputusan mangsa yang telah berpindah pulang ke rumah ibunya dan dalam proses memohon penceraian dengan suspek.
Semasa kejadian suspek didakwa memecah masuk rumah ibu mangsa dengan membawa bersama sebungkus plastik mengandungi cecair asid.
Kehadiran suspek mencetuskan pertengkaran dengan mangsa sebelum mangsa cuba merebut bungkusan asid itu dan menyebabkan cecair itu terkena mangsa.
Tindakan suspek itu menyebabkan mangsa Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, cedera di muka dan kedua-dua belah tangan serta bahagian belakang badan.
Turut melecur dua orang anak mangsa, Nurul Dahyatul Fazlinda Khalid, 8, dan Mohd. Irfan Firdaus, 2, serta ibunya, Minah Omar, 56. Masing-masing melecur di beberapa anggota badan.
Paling teruk, Nurul Dahyatul yang mungkin hilang deria penglihatan apabila seluruh muka sehingga paras dada kanak-kanak itu terkena asid.

15 Ogos 2010

Meleleh air liur

Puasa dan kesihatan

Ramai juga orang di zaman moden ini yang berpuasa atas sebab-sebab kesihatan, sama ada untuk menjalani pemeriksaan/pembedahan atau untuk menyihatkan badan.
Satu contoh yang utama ialah apabila pesakit dikehendaki berpuasa selama beberapa jam sebelum menjalani pembedahan atau prosedur-prosedur yang memerlukan penggunaan ubat bius. Ini kerana makanan di dalam perut boleh mengurangkan keberkesanan ubat bius itu. Satu lagi contoh ialah apabila menjalani sesetengah pemeriksaan kesihatan, biasanya kita akan diminta berpuasa supaya garis dasar (baseline) dapat dikenal pasti.
Ada juga orang yang berpuasa sebagai salah satu cara berdiet. Biasanya mereka perlu berpuasa agak lama, sekurang-kurangnya seminggu sebelum ia berkesan. Namun, mereka mungkin masih mengambil makanan sihat, seperti jus buah-buahan ataupun sayur-sayuran.
Sebuah kajian yang agak baru ke atas tikus mendapati bahawa berpuasa selang sehari, dan memakan dua kali ganda lebih banyak pada hari-hari tidak berpuasa memberikan kawalan insulin yang lebih baik dan ketahanan neuron daripada kecederaan. Kesan-kesan ini hampir sama dengan tikus-tikus yang diberi diet kalori terhad. Ini mungkin bermakna berpuasa selang sehari merupakan satu alternatif kepada pengehadan kalori untuk hidup yang lebih sihat dan lama.
Ini adalah kerana badan manusia menggunakan lebih kurang satu pertiga keseluruhan tenaga semasa masa jaga. Apabila badan sentiasa menggunakan tenaga tetapi tiada makanan yang diambil, badan manusia akan mencari sumber tenaga yang lain, seperti glukosa daripada simpanan glikogen di dalam limpa, asid lemak daripada lapisan lemak yang disimpan, dan akhirnya daripada tisu-tisu protein yang penting. Badan manusia tidak mempunyai masalah untuk bergantung dengan asid lemak, tetapi otak dan sistem saraf bergantung kepada glukosa. Apabila simpanan glukosa ini telah hampir habis, badan manusia mula menghasilkan ketone bodies (acetoactate, hydroxy-butyrate, and acetone) daripada protein. Kehabisan sumber protein ini boleh menyebabkan kematian. Jadi, para doktor amat menggalakkan pemakanan yang berkhasiat sahaja apabila hendak berpuasa.
Selain itu, terdapat beberapa lagi kebaikan berpuasa untuk kesihatan, seperti:
  1. memberi kerehatan kepada perut untuk meningkatan kecekapan
  2. menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik di dalam darah manusia
  3. mengurangkan/menghapuskan ketagihan terhadap arak dan rokok
Hasilnya, kesihatan manusia akan bertambah baik. Berat badan dan risiko-risiko penyakit yang berkaitan dengan kegemukan dapat dikurangkan, dan umur seseorang itu boleh bertambah panjang.

Kenali Mat Rempit Yang Baik

14 Ogos 2010

( http://batuvskayu.blogspot.com/)

salam

Kawan saya ada mengutarakan soalan kpd saya & saya tidak pasti jawapannya. harap para Ustaz di dini dpt membantu.

Adakah kaffarah bagi org yg berbuka dahulu sblm berjimak di bln ramadhan sama dgn kaffarah org yg terus berjimak (tanpa berbuka dahulu)?


Jawapan:

Assalamualaikum

Jika seseorang yang ingin jimak isterinya, dia berbuka terlebih dahulu secara sengaja, maka ia telah melakukan maksiat yang sangat dahsyat. Ini kerana dia tidak menghormati kemuliaan bulan Ramadan dua kali. Pertama dia makan dengan sengaja, kedua dia jimak isterinya. Kaffarahnya adalah sama, cuma ia lebih dikuatkan ke atasnya, dia perlu segera bertaubat dah melaksanakan kaffarah.

Ibn Taimiah pernah ditanya tentang kes seperti ini adakah diwajibkan ke atasnya orang yang berbuka untuk jimak isterinya kafaarah atau tidak. Dalam Majmuk al-Fatawa [Majmuk al-Fatawa 6/88] beliau menjelaskan bahawa ada dua pandangan masyhur. Pertamanya ialah wajib kaffarah. Ini pendapat majoriti fuqaha’ kalangan Malik, Ahmad, Abi Hanifah. Pandangan kedua ialah tidak wajib kaffarah. Ini pendapat al-Shafie.

Sebab khilaf kembali kepada adakah sebab kaffarah itu berbuka daripada puasa atau berbuka daripada puasa yang sahih dengan jimak, atau dengan sebab jimak atau lainnya. Menurut Imam Ahmad, wajib kaffarah ke atas orang yang melakukan kes seperti ini. Ini kerana wajib ke atasnya menahan diri dari segala perkara yang membatalkan puasa dalam bulan ramadan. Kerana puasanya sudah menjadi fasid seperti hukum ihram fasid dalam haji.

Ini kerana ia telah mencarikkan kemuliaan bulan Ramadan. Bahkan ia lebih teruk kerana pertama ia menderhaka Allah dengan sebab berbuka sengaja, kedua dengan sebab jimak. Justeru, kewajipan kaffarah lebih dikuatkan ke atasnya. Jika tidak wajib, nescaya menjadi jalan (zari’ah) ke arah ia tidak mahu kaffarah dengan berbuka terlebih dahulu sebelum jimak.
Wallahualam.

Rujukan : Majmuk Fatawa li Ibn Taimiah

Belajar dan membaca al Quran

1) Sebaik-baik manusia ialah yang belajar dan mengajar Al-Quran.
2) Ahli Al-Quran adalah insan yang harus diperlumbai amalannya kerena tiada amalan yang lebih mulia dari membaca Al-Quran.
3) Yang mahir dengan Al-Quran akan bersama dengan para malaikat yang termulia dan para-para nabi ‘alaihimussalaam.

4) Pembaca Al-Quran diibaratkan seperti limau yang manis yang mempunyai bau dan rasa yang enak iaitu disukai ramai.
5) Darjat dan tingkatan syurga untuk ahli Al-Quran ialah sebanyak mana ayat yang dibaca sewaktu di dunia.
6) Pembaca Al-Quran yang terbaik ialah bacaannya menandakan yang ianya takutkan Allah.
7) Pendamping Al-Quran akan dipakaikan mahkota dan pakaian kemulian dan akan mendapat keredoan dari Allah Ta’ala.
Sebanyak mana seseorang itu menghafal Al-Quran sebanyak itulah ia telah menerima wahyu cuma bezanya ianya bukan
nabi.
9) Hafiz Al-Quran dapat memberi syafa’at untuk masuk syurga kepada 10 orang dari ahli keluarganya yang telah wajib masuk
neraka.
10) Barangsiapa yang beramal dengan Al-Quran maka akan terselamat dari kesesatan di dunia dan kesusahan di akhirat.
11) Pendengar kepada bacaan Al-Quran ialah orang yang paling cepat mendapat rahmat dari Allah.
12) Pembacanya tidak digolongkan dalam kalangan orang-orang yang lalai.
13) Pembaca yang bertajwid sempurna dapat 70 pahala bagi setiap huruf (70x340 740= 23 851 800) berbanding yang baca secara
biasa.
14) Pembaca yang ikut hukum tajwid dapat pahala syahid.
15) Allah berbual dengan pembaca Al-Quran.
16) Manusia yang paling dicintai Allah ialah mereka yang paling pandai dalam ilmu Al-Quran.
17) Pembaca yang tahu makna Al-Quran adalah lebih mulia dari yang tidak memahami kandungannya.
1 Pendamping Al-Quran akan menjadi orang yang cerdik lagi pintar.

Artikel Dari: Portal Komuniti :: http://www.ukhwah.com/

13 Ogos 2010

Musuh yang berpura-pura baik

BAGAIMANAKAH IBADAT PUASA ORANG-ORANG MENGAMALKAN MUAMALAH RIBA AKAN DITERIMA OLEH ALLAH SWT. KERANA MEREKA SEBENAR-BENARNYA SEDANG BERPERANG DENGAN ALLAH SWT.....YA ALLAH AMPUNILAH DOSA-DOSA KAMI JIKA SEBELUM INI KAMI PERNAH TERLIBAT DENGAN MUAMALAH RIBA. AMIN

12 Ogos 2010

 Ilmu ini saya perolehinya melalui kitab "ASBABUN NUZUL" IMAM JALALUDDIN AS SAYUTHI.  katanya : Dalam satu riwayat dikemukakan bahawa empat ayat pertama surah al-Baqarah iaitu ayat 2,3,4,5  membicara sifat orang-orang mukminin , dua ayat berikutnya iaitu ayat 6 dan 7 membicarakan sifat-sifat kaum kafirin, dan seterusnya ayat 8 hingga 20 membicarakan sifat-sifat orang munafiqin.  
     Wahai pembaca budiman, cuba kita lihat dan amati susunan terjemahan ayat-ayat daripada surah Al-Baqarah di bawah ini dan tanyalah diri kita sendiri dengan seikhlas-ikhlasnya: "Di nombor berapakah sifat-sifat kita yang sebenarnya".
 
a-Sifat-sifat mukminin
2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa;
3. Iaitu orang-orang Yang beriman kepada perkara-perkara Yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada mereka.
4. dan juga orang-orang Yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" Yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab Yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
5. mereka itulah Yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang Yang berjaya.


b-sifat-sifat orang kafir
6. Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada Engkau beri amaran kepadanya atau Engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
7. (dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa Yang amat besar.


c- Sifat-sifat orang munafiq
8. dan di antara manusia ada Yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
9. mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang Yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
10. Dalam hati mereka (golongan Yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya, Dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
11. dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya Kami orang-orang Yang hanya membuat kebaikan".
12. Ketahuilah! Bahawa Sesungguhnya mereka itulah orang-orang Yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
13. dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". mereka menjawab: "Patutkah Kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang Yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).
14. dan apabila mereka bertemu Dengan orang-orang Yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya Kami tetap bersama kamu, sebenarnya Kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang Yang beriman)".
15. Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba Dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).
16. mereka itulah orang-orang Yang membeli kesesatan Dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.
17. Perbandingan hal mereka (golongan Yang munafik itu) samalah seperti orang Yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka Dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).
18. mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; Dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).
19. atau (bandingannya) seperti (orang-orang Yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama Dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke Dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang Yang kafir itu.
20. Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali Kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan Dalam cahayanya. dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu Dengan bingungnya). dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

11 Ogos 2010

Misi ramadhan


Apa yang terdapat dalam buku catatan peribadi saya:

1-Fokus utama dalam seluruh kehidupan kita seharian adalah untuk mencapai keredhaan Allah SWT dalam semua tindak-tanduk yang telah sedang dan akan kita lakukan.

2-Makna Iblis : Seseorang yang kurang kebaikannya atau tiada lansung kebaikan padanya.

3-Setiap umat Islam mesti boleh menjawab tiga soalan ini:
i-Dari mana kamu datang?
ii-Kenapa kamu datang ?
iii-Dan kemanakah kamu hendak pergi?

4-Merasa diri alim dalam agama adakalanya menjadi sebab yang paling besar kenapa seseorang itu tidak mahu berjuang di jalan Allah SWT.
Bersambung...

10 Ogos 2010

 Ramadhan adalah bulan ibadat, bulan barakah, bulan maghfirah, bulan rahmat, bulan yang dibuka padanya pintu-pintu syurga dengan seluas-luasnya untuk dimasuki oleh sesiapa sahaja yang betul-betul ingin memasukinya, ditutup padanya pimtu-pintu neraka supaya kita tidak tercampak ke dalamnya. tapi sayang seribu kali sayang, kita sebenarnya tidak gembira dengan ketibaan ramadhan, kita tidak menunggu kedatangannya, kita tidak membuat persediaan untuk menyambutnya, kita merasa resah, penat, letih dan sebagainya dengan kehadiran ramadhan.
       Ingat...jika sesiapa yang dari sekarang telah berkira-kira untuk membuat pesiapan bagi menyambut hari raya, maka dia sebenarnya betul-betul biadab dengan ramadhan yang mulia. orang seperti ini adalah seperti seorang anak yang menyambut kedatangan ibu-bapa ke rumahnya, tetapi sebaik sahaja ibu-bapanya sampai di rumahnya, maka dia telah membuat persiapan untuk menghalau ayahnya pulang...Astaghfirullahhulazim.

MULAI HARI INI BERGEMBIRALAH KITA DENGAN KEHADIRAN RAMADHAN YANG MULIA DAN BERSEDIHLAH KITA BILA IA PERGI MENINGGALKAN KITA BUAT SELAMA-LAMANYA, KERANA DI TAHUN HADAPAN BELUM TENTU KITA AKAN DAPAT BERSAMANYA LAGI....YA ALLAH BERILAH KAMI KESIHATAN YANG BAIK SEPANJANG BULAN RAMADHAN TAHUN INI SUPAYA KAMI DAPAT BERIBADAT KEPADA MU DENGAN SEBANYAK-BANYAKNYA.  AMIN

09 Ogos 2010

        Abu Buraidah ra meriwayatkan. Ketika Rasulullah saw baru tiba di Madinah, Salman al-Farisi mendatangi beliau dengan membawa meja makan yang berisi kurma seraya meletakkannya di hadapan beliau. Rasulullah saw bertanya, Wahai Salman, Apa ini? Salman menjawab, " Ini... 
kilik tajuk untuk membaca seterusnya

08 Ogos 2010



anak orang PAS YB ustaz Nasaruddin Daud


anak orang MELAYU PEJUANG SEKULAR

07 Ogos 2010



Tazkirah pagi sabtu..Khalifah Umar Bin Abdul Aziz dan lampunya

Diceritakan bahawa pada suatu malam datanglah seorang tetamu kepada khalifah Umar bin Abdul Aziz. waktu itu beliau sedang menulis. Lampunya hampir sahaja terpadam. tetamu itu kemudian berkata : " Biarlah saya yang memperbaiki lampu itu, ya amirul mukminin". Beliau menjawab : "Ah, jangan, tidak baik seseorang menganggap tetamunya itu sebagai pelayannya".
Itu bukan termasuk suatu sifat yang mulia.". Tatemu itu berkata lagi: "Kalau begitu ,biarlah saya bangunkan pelayan sahaja?". Beliau menjawab pula: "Ah ,Jangan ia baru sahaja tidur, agaknya sejak tadi belum merasakan nikmat bantalnya". Selanjutnya tetamu itu menceritakan bahawa beliau sendiri mengisikan minyak dalam lampunya itu. Ia berkata: "Wahai apakah tuan sendiri yang membetulkan lampu itu, ya Amirul mukminin" .
Beliau lalu menjawab: "Mengapa tidak, kalau saya pergi, saya pun tetap Umar, kalau saya kembali, saya pun tetap Umar juga. Tidak akan berkurangan sesuatu pun dari diriku dengan apa yang aku lakukan tadi, bukan. Selamanya pun saya tetap Umar". Memang, sebaik-baik manusia ialah orang yang tawaduk di sisi Allah SWT.

06 Ogos 2010

05 Ogos 2010

Mengenai BABI.....rasuldahri

03 Ogos 2010


Insyaallah jika diizinkan Tuhan kita semua pasti akan menyambut bulan ramadhan dan melakukan ibadah puasa beberapa hari sahaja lagi. Dalam kesempatan ini, marilah sama-sama kita memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap kita kepada semua yang mengenali diri kita, sama ada secara langsung atau tidak, sengaja atau tidak.

Do’a Malaikat Jibril:
Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
  • Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
  • Tidak bermaaf-maafan terlebih dahulu antara suami istri;
  • Tidak bermaaf-maafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullahpun mengatakan amin sebanyak 3 kali.
Dapat kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
Tanpa Disedari:
  • 11 bulan, banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan tak semua menyejukkan.
  • 11 bulan, banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan tak semua menyenangkan,
  • 11 bulan, banyak keluhan, kebencian, kebohongan menjadi bahagian dari diri,
Inilah saatnya kita:
  • beristirehat dalam “perjalanan dunia”
  • membersihkan jiwa yang berjelaga,
  • menikmati indahnya kemurahan-Nya
  • memahami makna pensucian diri
Selamat menunaikan ibadah puasa, bersama kita leburkan kekhilafan.
Semoga dengan puasa mempertemukan kita dengan keagungan Lailatul Qadar dan kita semua menjadi pilihan-Nya untuk dikabulkan doa-doa dan kembali menjadi fitrah.
“Selamat Berpuasa kepada semua”…

diambil dari(http://soleh.net/)

02 Ogos 2010

Bulu Biri-Biri dan Bulu Babi

HATI - HATI, INGAT BULU KAMBING, TAPI BULU BABI RUPANYA.  Keliru nih..  kalau ada produk bulu babi gini, macamana nak tahu? JAKIM kena keluarkan garis panduan cepat.Babi Mangalitsa yang aslinya berasal dari Austria dan Hungaria (muslimconsumer)






















01 Ogos 2010

Adalah Abdullah bin Mas’ud , salah seorang sahabat dekat Rasul SAW. Di masa Khalifah Usman bin Affan, dia menderita sakit dan terbaring di atas tempat tidurnya, Khalifah usman menjenguknya dan menyaksikan Abdullah bin Mas’ud dalam keadaan sedih.
Usman : “Apa yang membuatmu sedih?”
Abdullah : “Dosa dosaku”
Usman : “Apa yang engkau inginkan dariku, aku akan penuhi?”
Abdullah : “Saya merindukan rahmat Allah”
Usman : “Jika engkau setuju, aku akan memanggilkan tabib”
Abdullah : “Tabib hanya membuatku sakit”
Usman : “Jika engkau tak keberatan, aku akan perintahkan bendaharaku untuk memberimu harta dari baitul mal”
Abdullah : “Ketika aku amat membutuhkannya, engkau tak memberiku sesuatu, dan sekarang tatkala aku sama sekali tak membutuhkannya, engkau hendak memberikan sesuatu!”
Usman : “Pemberian itu juga hadiah untuk putri putrimu”
Abdullah : “Mereka juga tak membutuhkan sesuatu, karena aku telah berwasiat kepada mereka untuk membaca surat Al Waqi’ah setiap malam, aku mendengar Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang membaca surat Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan tertimpa kefakiran”
Nah, saudara muslimku, informasi ini sudah sampai kepada anda semua, jangan di sia-siakan , mari kita lakukan amalan ini, Insha Allah, kita mampu untuk tetap tegar dalam menghadapi ujian kehidupan ini dan niscaya Insha Allah, kefakiran pun tak akan hadir di hadapan kita semua. Dan berilah wasiat yang sama kepada orang orang yang anda cintai, agar mereka bisa seberuntung seperti yang di sabdakan Rasul SAW di atas. Amin.

31 Julai 2010

30 Julai 2010


Yahudi pun Memfatwakan Pakaian Wanita Yahudi Harus 'Tertutup' (eramuslim.com) 

 Kelompok ultra-Ortodoks Yahudi di Yerusalem mengeluarkan 'fatwa' keagamaan yang menyerukan kepada perempuan yahudi untuk menutup tubuh dan rambut mereka agar dibersihkan dari dosa-dosa.
Poster yang mempromosikan model baju baru 'sopan' ala Yahudi itu terlihat di beberapa wilayah Yerusalem yang dominan dihuni oleh masyarakat Haredim, Yahudi ultra-konservatif yang dikenal karena pandangan-pandangan ekstremis mereka, harian Israel Maariv melaporkan hari Rabu lalu.
Isi poster menyerukan agar wanita yahudi harus memakai pakaian yang tidak ketat dan tidak transparan. Pakaian juga harus berwarna hitam dalam rangka melestarikan kesederhanaan perempuan dan memungkinkan mereka untuk dibersihkan dari dosa. Rambut harus ditutupi juga.
Melanggar perintah itu - poster-poster memperingatkan - wanita yang melanggar hal tersebut pasti akan memiliki konsekuensi serius karena ini berarti melanggar ajaran-ajaran Taurat.
Kelompok Yahudi ortodoks yang mengeluarkan 'fatwa' menyerukan toko-toko pakaian untuk berhenti menjual rok pendek, baju renang, dan pakaian berwarna-warni. Namun pemilik toko mengabaikan peringatan tersebut meskipun fakta menunjukkan bahwa mereka sebelumnya pernah diserang oleh kelompok ultra-Ortodoks Yahudi dan jendela-jendela toko mereka hancur.
Model pakaian yang dipromosikan oleh kelompok ini adalah bukan hal baru bagi komunitas Haredim, namun perempuan Yahudi sedikit yang benar-benar mematuhi instruksi tersebut.
Poster lainnya memperingatkan wanita yang menggunakan ponsel di tempat umum dan bersumpah untuk menghukum wanita yang melanggar aturan itu.
Undang-undang baru ini menuai protes oleh beberapa kelompok agama Yahudi lain yang menggambarkan mereka sebagai kelompok ekstremis dan berpendapat bahwa memaksakan model pakaian secara ketat ini bukan bagian dari Yudaisme. (fq/aby)

29 Julai 2010

Pengenalan ilmu akidah

  1. Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat
  2. Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya
  3. Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan

Pengertian Akidah

..klik tajuk...

28 Julai 2010



Rasulullah saw bersabda: Sesiapa yang diberikan oleh Allah kebolehan membaca Al-Quran, kemudian dia berpendapat ada orang lain yang memperolehi sesuatu yang lebih utama daripada apa yang telah dikurniakan kepadanya, maka dia adalah seorang yang benar-benar telah menanggap kecil akan sesuatu yang diagungkan oleh Allah SWT ( Diriwayatkan oleh Thubrani)

Rasulullah saw bersabda lagi:Seutama-utama ibadat umat ku adalah membaca al-Quran
( Diriwayatkan oleh Abu Na,im)

Tuan-tuan dan puan-puan pembaca yang budiman ( Orang awam sahaja) cubalah lakukan ini dalam hidupmu, pasti kamu akan merasa kelainan dan keseronokkan yang tak terkira.iaitu :

1- Belilah sebuah al-Quran yang besar dan sebuah meja yang kecil, letakkan al-Quran itu di atasnya, bacalah ia dengan suaramu yang paling merdu pada setiap hari dan malam di dalam solatmu yang fardu atau yang sunat. 
       Insyaallah dengan keberkatannya pasti hati mu akan merasa tanang, hidupmu akan lebih teratur dan sempurna, razekimu akan lebih berkat, mindamu akan lebih cerdas dan yang paling penting cintamu kepada Allah dan cinta Allah kepadamu akan bertambah.... cubalah.   

27 Julai 2010

Guru gred 41 hingga 48 dibenar terlibat dalam politik

27/07/2010 12:14pm

KUALA LUMPUR 27 Julai - Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.
"Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi tujuan itu, beliau berkata, pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Tindakan sedang diambil untuk mewartakawan pindaan peraturan tersebut, tambahnya.
Sebelum ini, Peraturan 21(2) tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.
Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.
"Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad,” kata Mohd Sidek.
Beliau berkata, syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik.
Katanya, mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik. - Bernama

26 Julai 2010

Mencari tuhan di bawah lautan

25 Julai 2010


          
Teori Perubahan Zat (Al-Istihalah) dari segi istilah fiqh ialah perubahan hakikat sesuatu dengan cara hilang sebahagian atau keseluruhan konsepnya.sesetengan ulama fiqh mendifinisikannya sebagai perubahan tabi'at sesuatu. Berdasarkan istilah saintifik pula ialah Tindakbalas kimia yang merubah sesuatu bahan menjadi bahan yang lain seperti perubahan minyak dan lemak yang diperolehi daripada pelbagai sumber kepada sabun.

Hukum-hukum yang perlu diperhalusi oleh semua umat Islam:Sila beli dan baca 2 buku di atas.
i-Halal Gelatin daripada babi.
ii-Halal mengguna bulu babi sebagai benang jahitan atau bulu berus gigi.
iii-Halal sabun yang diperbuat daripada lemak babi.
iv.Halal campuran Pepsin bangkai atau babi dalam keju
v-Halal menampal sementara kulit babi pada tempat kulit yang melecur terkena api.

Haram E-cod?!

List of Haram Emulsifiers
No. Ingredients Brief Description
1- E120 Cochineal. Fatty acids and egg yolks of dried female insect Dactilopius coccus & 10% of carminic acid.
2- E140 Fatty acids and phosphates
3- E141 Fatty acids
4 -E252 Waste animal and vegetable material
5- E422 Fatty acids, by-products in the manufacturing of soaps
6- E430 Fatty acids molecules
7- E431 Fatty acids
8- E470 Sodium, potassium and calcium of slats of fatty acids
9- E471 Glycerine and fatty acids
10- E472(a) Acetic acid esters of mono and di-glycerides of fatty acids
11- E472(b) Lactic acid ester of mono and di-glycerides of fatty acids
12- E472(c.) Citric acid ester of mono and di-glycerides of fatty acids
13- E472(d) Tartaric acid ester of mono and di-glycerides of fatty acids
14- E472(e) Mono-diaceryltartaric acid ester of mono and di-glycerides of fatty acids
15- E473 Sucrose esters of fatty acids
16- E474 Lard (pig fat), tallow (hard animals fat), palm-oil and etc
17- E475 Polyglycerol esters of fatty acids
18- E477 Proplylene glycol esters of fatty acids
19- E478 Lactylated acid esters of glycerol and propene 1, 2 diol
20- E481 Sodium Stearoyl-2 lactylate
21- E482 Calcium Steasroyl-2 lactylate
22- E483 Stearyl Tartarate
23 -E491 Sorbitan monostearate
24 -E492 Sorbitan tristearate (span 65)
25 -E494 Sorbitan mono oleate (span 80)

The following without 'E' prefixes are also Haram:-
26- 476 Polyglycerol esters of polycondensed acids of castor oil
27- 542 Edible bone phosphates
28- 570 Steearic acid
29- 572 Magnesium stearate
30- 631 Meat extracts, dried sardines and sodium 5-insosinate

Others to note as Haram too:-
120-141-160(A)-161-252 300-301 433-435-422-430-431 471-472(a.e)-436-441-470 476-477-473-474-475 491-492-481-482-483 570-572-494-542 631-635-920
diambil dari sini ( http://halal.startpagina.nl/prikbord/read.php)

23 Julai 2010

Pagi Jumaat ini 23 Julai 2010 telah ku capai sedikit kepuasan dalam hidup ini sebagai seorang ustaz apabila aku telah berjaya membawa naik ke pentas seorang murid ku untuk meminpin bacaan yasin di hadapan semua para guru dan pelajar. kepuasan ini amat terasa kerana murid ku ini (Mohd.Naim Bin Muhammad Tingkatan 3C) sebelum ini dikenali sebagai seorang murid nakal dan bermaslah disiplin. beliau pernah digantung sekolah, dibuang sekolah dan pernah dikenakan pelbagai tindakan disiplin oleh pihak sekolah keatasnya. Alhamdulillah dengan sedikit kesabaran telah kucurahkan semasa membinbing dan mendidiknya, maka hasilnya cukup membanggakan. 
Ya Allah... Terimalah apa yang ku lakukan ini dengan sebaik-baiknya.Amin

22 Julai 2010

Diabetes Boleh Tidak Puasa



Fatwa Mufti Saudi: Tahun Ini Penderita Diabetes Saudi Boleh Tidak Puasa 

Mufti Arab Saudi, Syaikh Abdul Aziz Al-Syaikh mengeluarkan fatwa yang mengizinkan pasien penderita penyakit diabetes untuk tidak berpuasa selama bulan Ramadhan tahun ini, dan menurutnya fatwa ini dapat diterapkan untuk jutaan umat Islam yang ada di Saudi, karena diabetes adalah penyakit umum di antara sekitar tiga puluh persen dari populasi penduduk Arab Saudi yang total jumlahnya 21 juta orang.Dalam fatwanya terkait orang yang menderita penyakit diabetes, Syaikh Abdul Aziz Al-Syaikh mengatakan: "Siapa yang tidak bisa puasa Ramadhan karena akan menyebabkan dirinya cepat haus, terlalu lelah akibat penyakit rendah atau tinggi kadar gula darahnya, maka mereka harus memberi makan satu orang miskin setiap hari, menurut laporan surat kabar An-Naba Kuwait Rabu (21/07).

Menurut statistik medis berdasarkan sensus terakhir, sekitar 30% warga Saudi terinfeksi penyakit diabetes ini.
Ramadhan tahun ini akan dimulai pada bulan Agustus yang memiliki suhu tinggi yang signifikan, dan suhu panas ini akan mengakibatkan kesulitan bagi pasien penderita penyakit diabetes.(fq/aby) 
(eramuslim.com Kamis, 22/07/2010 )
 

Seronoknya membaca surat kekasih

Kekasih ku kekasih mu jua , saya yakin kamu semua pasti mengenali kekasih ku ini kerana Dia amat terkenal dan kerana dia mempunya 99 nama .Dia Maha hebat. Maha perkasa. Maha pengasih, Maha penyayang dan Maha segala-galanya
setiap hari dan setiap malam saya mesti membaca surat cinta daripada Nya.
walaupun suratnya panjang berjela-jela tetapi hati ini tidak pernah jemu membacanya.
saya amat merindui Nya ,dan saya amat yakin bahawa Dia juga amat merindui saya kerana di dalam surat cinta Nya kepada saya dicatatNya nama saya dengan jelas( sila lihat surah Maryam ayat 30)
قال انّى عبدالله

21 Julai 2010

Semasa saya sedang belajar di Mesir beberapa tahun yang lalu, Guru saya telah menjawab persoalan yang dikemukakan kepadanya mengenai : Kenapa orang kafir ada kalanya akhlak mereka lebih baik berbanding dengan umat islam . katanya: " Ini adalah kerana orang kafir bagaikan sebuah rumah yang telah roboh, maka tiada siapa yang akan memperdulikannya lagi. adapun kita umat islam adalah bagaikan sebuah rumah yang masih utuh, dengan itu ramai yang cuba untuk merobohkannya."..maksudnya apabila seseorang itu telah menjadi kafir, maka syaitan tidak akan mempedulikannya lagi. adapun seseorang yang masih beragama islam, maka syaitan dan kuncu-kuncunya akan berusaha sedaya-upaya mereka untuk menyesatkan mereka.

Melayu paling ramai tengok porno



FENOMENA ramai remaja Melayu mengunjungi kafe siber untuk mengakses laman web lucah begitu membimbangkan. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Satu kajian terbaru membuktikan remaja Melayu paling ramai melayari laman web lucah sekali gus mendorong mereka terjebak dengan gejala seks bebas berbanding kaum Cina dan India.
Kajian oleh sekumpulan penyelidik Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia itu mendapati 22 peratus remaja Melayu gemar melayari laman web lucah sama ada di rumah mahupun di kafe siber.
Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa 15 peratus remaja Melayu suka melepak, menghisap rokok (13.7 peratus) manakala ponteng sekolah dan memaki hamun orang masing-masing 11.5 peratus.
Pengarah IPSAS, Profesor Dr. Md. Salleh Hassan (gambar) yang mengetuai kajian itu berkata, bahan pornografi yang terlalu mudah dibeli dan diakses menerusi Internet menjadi punca utama remaja Melayu terjebak dengan gejala tersebut.
Beliau berkata, lebih mendukacitakan, ibu bapa yang ditemu bual tidak mengaku kesilapan anak masing-masing sedangkan si anak mengakui kesalahan salah laku yang dilakukan mereka ketika disoal selidik.
"Dulu, ponteng sekolah yang mendominasi salah laku pelajar tapi kini, mereka yang ditemu bual oleh kumpulan penyelidik kami mengaku lebih suka tengok pornografi dengan ke kafe siber,'' kata Md. Salleh ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.

20 Julai 2010

Nasihat bagi yang ingin sihat

 "Janganlah engkau mengahwini wanita, melainkan yang masih dara. dan janganlah engkau makan daging melainkan yang masih baru. Janganlah makan makanan yang dimasak, melainkan yang sudah benar-benar masak.Jangan makan ubat, melainkan kerana sakit. Jangan makan buah-buahan, melainkan yang masak. Jangan sekali-kali memasukkan makanan ke dalam perut mu melainkan setelah sempurna penghadamannya. Janganlah minum di atas makanan dan jangan pula menahan air besar atau kecil. Apabila engkau makan siang, maka setelah itu tidurlah dan apabila engkau makan malam, maka setelah itu hendaklah engkau berjalan sebelum tidur, sekalipun hanya seratus langkah."
( Nasihat Tabib: Ihya Ulumuddin ms 336-337)

19 Julai 2010

HIBURAN YANG DIANJURKAN ISLAM

Hiburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati. Ia boleh membawa hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati itu ialah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya :
“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.
(Surah Al-Ra‘ad: 28)
Oleh itu orang yang beriman akan mendapat hiburan dengan cara berhubung dengan Allah dengan melaksanakan perintah, kewajipan, melakukan perkara-perkara yang disunatkan seperti zikir, puasa, sedekah dan lain-lain seumpamanya, berinteraksi dengan alam ciptaan Allah, dan menerima segala ketentuan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Apabila melaksanakan perintah Allah, mereka terhibur kerana merasakan perintah itu datang daripada kekasihnya. Kalau yang menyuruh itu kekasih, tidak ada yang disusahkan bahkan kegembiraan yang akhirnya membawa ketenangan. Mereka rasa seronok dan terhibur dengan ibadah tersebut.
Orang mukmin juga rasa terhibur dengan warna kehidupan yang dicorakkan oleh Allah. Hatinya sentiasa bersangka baik dengan Allah, membuatkannya tidak pernah resah. Apabila diberi nikmat mereka rasa terhibur, lalu bersyukur. Diberi kesusahan, mereka terhibur, lalu bersabar. Mereka yakin dengan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :
“(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.
(Surah Al-Baqarah: 138)
Orang yang beriman juga akan terhibur apabila melihat alam ciptaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Mereka merasa tenang, bahagia dan gembira melihat pantai, bukit bukau, langit, laut dan sebagainya. Melihat, mendengar dan berfikir tentang keindahan itu sudah cukup bagi mereka merasai keindahan alam dan kebesaran penciptaNya. Sifat sedemikian merupakan sifat orang-orang yang bertaqwa iaitu orang yang berusaha memelihara dirinya daripada menyalahi hukum dan undang-undang Allah Ta‘ala. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala tafsirnya :
“Sesungguhnya pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa”.
(Surah Yunus: 6)

Selain itu mereka ini dapat menghayati maksud sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:
“Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka keindahan”.
(Hadis riwayat Muslim )
Islam tidak menolak hiburan dari luar selama hiburan luar itu boleh menyumbang dan menyuburkan lagi hiburan dalaman hati dengan syarat ia mematuhi syariat. Alunan ayat suci Al-Qur‘an, selawat yang memuji Nabi, lagu yang menyuburkan semangat jihad, puisi atau syair yang menghaluskan rasa kehambaan kepada Tuhan, pasti akan menyuburkan lagi iman mereka. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya:
“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Qur‘an yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah”.
(Surah Al-Zumar: 23)

FirmanNya lagi yang tafsirnya :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementerlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”.
(Surah Al-Anfaal: 2)
Dan firmanNya lagi yang tafsirnya :
“Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya”.
(Surah Al-Hajj: 35)

Semua ibadat jika dilaksanakan dengan penuh perhatian, pasti akan memberi ketenangan jiwa, lihat sahaja ibadat sembahyang, sekalipun merupakan suatu kewajipan orang Islam, ia juga suatu hiburan yang kekal yang menjadikan hati orang yang beriman dan bertaqwa itu terhibur dengan sembahyang kerana mereka terasa sedang berbisik-bisik, bermesra, mengadu dan merintih dengan kekasih hatinya iaitu Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa dengan sembahyang, hati orang beriman dan bertaqwa sudah terhibur, Baginda bersabda yang maksudnya :
"Di antara kesenangan dunia yang aku sukai ialah wanita, wangi-wangian dan penenang hatiku adalah sembahyang”.
(Hadis riwayat Al-Nasa‘ei)

18 Julai 2010

Mencari kebenaran

17 Julai 2010

Mari belajar mengenai hadis

15 Julai 2010

Contoh-contoh hadis Dhaif


1-Ad-Dailami meriwayatkan dari Aisyah ra bahawa Rasulullah saw bersabda:
شعبان شهرى ورمضان شهر الله 
Ertinya : Sya,ban bulanku dan ramadhan bulan Allah..(maudhuk)

2-Ad-Dailami meriwayatkan dari Abu Huraira ra bahawa Rasulullah saw bersabda:
الصّيائم فى عبادة ما لم يغتب مسلما او يؤذه 
Ertinya : orang yang berpuasa itu berada dalam ibadat selama ia tidak mengumpati atau menyakiti seorang muslim. ( Dhaif Jiddan)

3-Al-Baihaqi meriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda:
الصّيام لا رياء فيه قال الله تعالى : هو لى وأنا أجزى به يدع طعامه وشرابه من أجلى 
Ertinya : Puasa itu tiada riya padanya. Allah berfirman : Dia adalah untukku dan Aku lah yang memberikan ganjarannya, ia meninggalkan makanan dan minumannya kerana Ku.

Ingatan ikhlas Kepada semua para ustaz sila berhati-hati dalam menyampaikan hadis-hadis Rasulullah dalam tazkirah anda di bulan ramadhan nanti. rujuklah kita yang muktabar dan bertanyalah pada yang pakar supaya kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang membohongi Rasulullah saw.

Rahsia solat

Dengan selalu bersolat kita tidak memerlukan lagi aksi seperti di bawah ini

Aksi akrobatik latih otak





DAYA (kanan) dan Nasreen melakukan pergerakan asas kepada Alicia untuk perkembangan otak.




















13 Julai 2010

Solat dan sains





Solat sebenarnya mempunyai seninya yang tersendiri di samping 1001 rahsia yang belum dirungkai sepenuhnya, kecuali kita mengetahuinya sebagai ibadat diwajibkan ke atas setiap umat Islam.Rahsia ketenangan dapat dirasai apabila dapat mengerjakan solat dengan betul dan khusyuk.

Buku ini juga menyelidiki hikmah dan kesan terapeutik perubatan daripada pergerakan ibadat solat yang sempurna kepada kesihatan manusia. Solat sebagai suatu aktiviti fizikal unik yang ditunaikan secara berterusan memainkan peranan penting dalam memelihara keseinambungan sistem fisiologikal manusia yang meliputi kesihatan fizikal, mental, rohani dan emosi.

Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim telah menyiapkan empat modul antaranya adalah 'Komposisi Badan'. Komposisi badan ketika dalam keadaan rukuk, berdiri tegak, sujud, duduk antara dua sujud, duduk tahiyat dan salam dapat menghasilkan keputusan rawatan pada otot, pelancaran aliran darah, membantu proses pengepaman jantung dan melancarkan aliran darah ke otak.Solat umpama senaman ringan dan berpuasa juga umpama diet yang baik kerana aktiviti ini boleh meningkatkan kadar pembakaran badan dan menurunkan kolestrol badan serta dapat menghindar penyakit jantung dan kegemukan.

11 Julai 2010

membentuk huruf  H (help me)
 Sekiranya kapal terbang yang anda naiki jatuh terhempas di tengah lautan dan kumpulan anda sempat memakai jaket keselamatan,  maka lakukanlah begini "membentuk huruf H" dengan rantaian kawan-kawan untuk meminta pertolongan kepada kapal terbang lain yang mungkin lalu di atas awan sana. berdoalah semoga pilotnya nampak anda,



 membentuk tilam manusia untuk mengapungkan perempuan mengandung atau kanak-kanak atau orang sakit di tengah lautan.
(terima kasih  BOMBA Kuala Pilah)



 

10 Julai 2010

Aktiviti di Ulu Bendol

1-ustazcyber dan cikgu Halim 

2-Pasukan Bomba yang diundang khas dari kuala pilah
 
3- Latihan mengapungkan diri dan latihan menyelamat di dalam kolam
 
4-Tilam manusia untuk menyelamat mangsa yang tercedera di dalam air.
5-Sampan manusia

6-Perkara menarik yang sempat saya temui antaranya:
1-Pasir emas dan batu emas
2-ikan kaloi

3- rama-rama yang baik


4- cendawan merah keemasan yang berharga

08 Julai 2010

Sila rujuk ( http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php)


Zaman sekarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan…..

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.
Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasti:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba
jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun
mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau
kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang
namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu
kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat pemakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk
merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan
sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy
creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala
yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam

07 Julai 2010

juara tinju dunia Mike Tyson menangis di Raudah.......



MADINAH: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.

TYSON dengan pakaian ihram bersiap untuk ke Makkah bagi menunaikan umrah, semalam. Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.

Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya, semalam.

Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.

Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat.

Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya.

Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.

Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya.

Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.

“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.

06 Julai 2010

Tengok jap





05 Julai 2010

Motivasi kerjaya


Menghadiri seminar PRUBSN TAKAFUL bersama Dr Rizal Naidu " MEMBER MILION DOLLAR ROUND TABLE USA " di Dewan Kuliah Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur.Ahad 4 Julai 2010

Antara dapatan daripada seminar bersama Dr Rizal Naidu
1- " Buka mulut wang masuk, tutup mulut habuk pun tadak "

2-" Orang beli kita untung, orang tidak beli kita tidak rugi"

3-" Kita membeli sesuatu biarlah orang lain yang membayarnya untuk kita "

4-" Di Malaysia 85% orang melayu belum memiliki polisi insuran atau takaful, sedangkan di Singapura seorang rakyatnya memiliki 4 polisi"

5-" Berlagak semacam jutawan" Jangan kedekut, tunjukkan wang anda yang banyak kepada pelangan.

6-Jangan kedekut dengan duit, nanti duit kedekut dengan kita.

7-Bergurulah dengan orang yang telah berjaya.

8-Angkat tangan pada semua orang.

9-Siapa penjaga kamu.?.....(polisi insuran /takaful)

10-Dengan mengambil polisi takaful anda akan sihat dan panjang umur , ini kerana syarikat takaful akan selalu mendoakan supaya anda sentiasa sihat dan tidak mati kerana seboleh-boleh mereka mahu mengelak daripada kena membayar pampasan..

03 Julai 2010



BEBERAPA penduduk berebutkan air dari makam Al-Habib Abdurrahman
Abdullah di Jakarta semalam.


Berebut air di makam keramat

JAKARTA - Ribuan penduduk Indonesia berebut-rebut mengambil air yang keluar dengan tiba-tiba semasa kerja-kerja pemindahan makam seorang pendakwah terkenal, Al-Habib Abdurrahman Abdullah Al-Habsyi dilakukan di sini, lapor akhbar Kompas.com semalam.
Kejadian itu bermula sejak Isnin lalu sehingga sekarang menyebabkan usaha memindahkan makam tersebut bagi projek pembinaan sebuah apartmen di Jalan Cikini Raya, Jakarta Pusat terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.
Ramai penduduk termasuk dari luar Jakarta datang dengan membawa bekas air dan botol minuman untuk mengambil air tersebut yang dipercayai boleh membawa keberkatan selain mampu menyembuhkan penyakit. - Agensi

;;