21 Julai 2010

Kenapa semua ini terjadi kepada kita

Semasa saya sedang belajar di Mesir beberapa tahun yang lalu, Guru saya telah menjawab persoalan yang dikemukakan kepadanya mengenai : Kenapa orang kafir ada kalanya akhlak mereka lebih baik berbanding dengan umat islam . katanya: " Ini adalah kerana orang kafir bagaikan sebuah rumah yang telah roboh, maka tiada siapa yang akan memperdulikannya lagi. adapun kita umat islam adalah bagaikan sebuah rumah yang masih utuh, dengan itu ramai yang cuba untuk merobohkannya."..maksudnya apabila seseorang itu telah menjadi kafir, maka syaitan tidak akan mempedulikannya lagi. adapun seseorang yang masih beragama islam, maka syaitan dan kuncu-kuncunya akan berusaha sedaya-upaya mereka untuk menyesatkan mereka.

Melayu paling ramai tengok porno



FENOMENA ramai remaja Melayu mengunjungi kafe siber untuk mengakses laman web lucah begitu membimbangkan. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Satu kajian terbaru membuktikan remaja Melayu paling ramai melayari laman web lucah sekali gus mendorong mereka terjebak dengan gejala seks bebas berbanding kaum Cina dan India.
Kajian oleh sekumpulan penyelidik Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia itu mendapati 22 peratus remaja Melayu gemar melayari laman web lucah sama ada di rumah mahupun di kafe siber.
Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa 15 peratus remaja Melayu suka melepak, menghisap rokok (13.7 peratus) manakala ponteng sekolah dan memaki hamun orang masing-masing 11.5 peratus.
Pengarah IPSAS, Profesor Dr. Md. Salleh Hassan (gambar) yang mengetuai kajian itu berkata, bahan pornografi yang terlalu mudah dibeli dan diakses menerusi Internet menjadi punca utama remaja Melayu terjebak dengan gejala tersebut.
Beliau berkata, lebih mendukacitakan, ibu bapa yang ditemu bual tidak mengaku kesilapan anak masing-masing sedangkan si anak mengakui kesalahan salah laku yang dilakukan mereka ketika disoal selidik.
"Dulu, ponteng sekolah yang mendominasi salah laku pelajar tapi kini, mereka yang ditemu bual oleh kumpulan penyelidik kami mengaku lebih suka tengok pornografi dengan ke kafe siber,'' kata Md. Salleh ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.

0 Comments:

Post a Comment