22 November 2009

Jom kita berlumba


Umarbin Al-Khattab ra meriwayatkan :
Rasulullah saw pernah sekali meminta derma untuk digunakan di jalan Allah SWT pada masa itu daku memiliki sedikit harta kekayaan. Daku telah merenung di dalam fikiranku bahawa pada setiap masa Abu Bakar telah membelanjakan lebih dari apa yang daku telah belanjakan di jalan Allah SWT. Daku berharap dengan pengurniaan dari Allah SWT dapatlah daku membelanjakan lebih darinya buat kali ini, kerana pada ketika itu daku hanya mempunyai sebarang dua harta-benda kekayaanku untuk daku belanjakan . Dakupun pulanglah ke rumah dengan perasaan riang dan gembira serta terbayang-bayang akan buah fikiranku ini. Daku telah
membahagikan segala harta kekayaanku kepada dua bahagian. Sebahagian daripadanya daku tinggalkan untuk keperluan ahli keluargaku dan daku telah membawa yang sebahagiannya lagi untuk menemui Rasulullah saw. Beliau telah meneguri daku lalu berkata, Adakah kamu tinggalkan sesuatu untuk keluargamu wahai umar?
Jawab saya ,Ya, ada saya tinggalkan, wahai Rasulullah saw, maka tanya Rasulullah saw lagi, Berapa banyakkah yang telah ditinggalkan?
Jawab saya lagi, Saya telah tinggakan separuh.
Selepas itu Abu Bakar datang pula dengan membawa segala harta bendanya. Daku telah mendapat tahu bahawa beliau telah membawa segala harta yang dimilikinya.
Beginilah perbualan yang daku telah dengar di antara beliau dengan Rasulullah saw.
Apakah yang telah kamu tinggalkan untuk keluargamu, wahai Abu Bakar.
Jawab Abu Bakar, Saya telah meninggalkan Allah dan Rasulnya kepada mereka.
Umar berkata sejak hari itu saya yakin bahawa saya tidak boleh lagi berhasrat untuk membelanjakan harta lebih dari Abu Bakar.

0 Comments:

Post a Comment