03 September 2018

Badrul Tamam: Al-Hamdulillah, segala puji milik Allah, Rabb semesta alam. Selawat dan salam atas Rasulillah –Shallallahu 'Alaihi Wasallam-, keluarga dan para sahabatnya.

Suami isteri boleh atau bebas menikmati fizikal pasangannya dengan pandangan atau sentuhan. Kecuali mendatangi menggauli isteri di duburnya, menggauli isteri saat haid dan nifas. Inilah yang dikecualikan syariat dari bebasnya hubungan suami isteri. Selain itu dibolehkan; seperti memegang alat kelamin pasangan dan semisalnya.

Allah Subahanahu wa Ta'ala berfirman,

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ  إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ

“Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa.” (QS. Al-Mukminun: 5-6)

نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ وَقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ وَاتَّقُوا اللهَ وَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ مُلَاقُوهُ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

"Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok-tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah kabar gembira orang-orang yang beriman." (QS. Al-Baqarah: 223)

Adapun onani atau masturbasi yang dilarang adalah mengeluarkan mani tanpa sebab jima’; seperti menggunakan tangannya sendiri. Adapun memuaskan syahwat dengan tangan pasangannya maka itu mubah atau dibolehkan.

Ibnu Abidin al-Hanafi berkata dalam Radd al-Mukhtar:

سَأل أبو يوسف أبا حنيفة عن الرجل يمس فرْج امرأته، وهي تمس فرْجه ليَتَحَرَّك عليها، هل ترى بذلك بأسًا؟ قال: لا, وأرجو أن يعظم الأجْر

“Abu Yusuf pernah bertanya kepada Abu Hanifah tentang seorang laki-laki yang membelai faraj isterinya dan sang isteri membelai kemaluan suaminya untuk membangkitkan syahwatnya, apakah menurut Anda itu tidak boleh? Beliau menjawab, "Tidak, aku berharap itu pahalanya besar”."

Zakaria al-Anshari berkata dalam Asnaa al-Mathaalin : Dan ia boleh mangeluarkan mani (masturbasi) dengan tangan isterinya dan budak wanitanya sebagaimana ia boleh menikmati seluruh tubuh keduanya.”

Begitu pula bagi isteri, ia boleh memuaskan syahwatnya (masturbasi) dengan tangan suaminya. Ini bukan termasuk masturbasi yang diharamkan.

Ini boleh menjadi salusi bagi suami yang mengalami ejakulasi awal, klimak sebelum isterinya orgasme. Maka ia boleh memuaskan isterinya dengan jari tangannya sehingga isterinya mengalami klimaks seksual. Wallahu A’lam. [voi]

03 Ogos 2018

Ayat Untuk Yang Akan Mengundi

Surah Yasin ayat 65. 
Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (perbuatan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah lakukan.

BUATLAH PILIHAN YANG TERBAIK UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT KITA

29 Julai 2018

Rasulullah menjelaskan dalam banyak hadits tentang rumah-rumah tertentu yang tidak akan dimasuki Malaikat Rahmat.

Bagaimanakah rumah-rumah yang tidak akan dimasuki malaikat rahmat?

Di antaranya adalah hadis-hadis berikut ini:

Aku (Abu Thalhah) mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Malaikat (rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing dan (atau) gambar patung, (HR. Bukhari).

Dari Abu Thalhah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: “Sesungguhnya malaikat (rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing dan gambar,”(HR. Muslim).

Dari Ali bin Abu Thalib dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: “Malaikat (rahmat) tidak masuk rumah yang padanya terdapat gambar dan anjing serta orang yang junub,” (HR. An Nasa’i, dishahihkan Al Albani).

Dari Ali bin Abu Thalib dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar,” (HR. Ibnu Majah, dishahihkan Al Albani).

Berdasarkan hadis-hadis tersebut, ada sejumlah rumah yang tidak dimasuki oleh malaikat yaitu:

Rumah yang di dalamnya ada gambar/lukisan makhluk bernyawa
Rumah yang di dalamnya ada anjing.
Rumah yang penghuninya junub alias biasa tidak mandi/bersuci dari junub.
Rumah yang di dalamnya ada patung.

Selain 4 rumah tersebut, dalam buku Rumah yang Tidak Dimasuki oleh Malaikat, Abu Hudzaifah Ibrahim bin Muhammad menambahkan rumah-rumah lainnya yang tidak dimasuki oleh Malaikat Rahmat yaitu:

Rumah orang yang memutuskan silaturahim
Rumah orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya
Rumah orang yang memakan harta anak yatim
Rumah orang yang memakan riba
Rumah yang di dalamnya tidak disebutkan Asma Allah
Rumah yang tidak ada shalawat di dalamnya dan lebih mementingkan hawa nafsu
Rumah yang di dalamnya banyak caci maki dan laknat
Rumah yang di dalamnya banyak alunan lagu selain dzikir
Rumah yang di dalamnya ada lonceng
Rumah yang digunakan minum khamr
Rumah yang ditempati perjudian dan sajian berhala
Rumah yang di dalamnya ada syirik dan mantra-mantra
Rumah yang di dalamnya ada bau tidak sedap atau penghuni laki-lakinya melumuri tubuh dengan kunyit
Rumah yang penghuninya hidup boros
Rumah yang penghuninya terus menerus melakukan kedurhakaan
Rumah yang digunakan untuk kekejian, atau dosa besar
Wallahu a’lam bish shawab. [Tarbiyah/ Ipos]

02 Julai 2018

Jom Sokong KMMB

ustazcyber [2 dari kiri ]menghadiri mesyuarat perwakilan KMMB di Regency Hotel Kuala Lumpur.

Jom sokong Koperasi Muslimn Malaysia Berhad dengan menjadi ahli dan memilih pelbagai produk yang kami sediakan..sila ke
untuk melihat pelbagai produk dan aktiviti yang KMMB adakan

21 Jun 2018

Pahala kebaikan adalah kebaikan (yang dilakukan) setelahnya. Siapa beramal kebaikan diikuti kebaikan berikutnya, itu sebagai tanda diterimanya amal kebaikan pertama

SELEPAS Idul Fitri, salah satu yang dicemaskan generasi salaf adalah bukan seberapa banyak yang telah diamalkan di bulan Ramadhan, tapi seberapa diterima oleh Allah Subhanahu wata’ala.  Ibnu Rajab Al-Hanbali Rahimahullah berkata: “Para (generasi) salaf, enam bulan pasca Ramadhan mereka gunakan untuk memohon -berdoa dan beramal- pada Allah agar seluruh amalan di bulan Ramadhan diterima oleh-Nya”.

Umar bin Abdul Aziz, Sang Khalifah kenamaan dinasti Umawi suatu saat berpidato di hadapan rakyatnya sehabis shalat `Idul Fitri: “Wahai rakyat sekalian! Kalian telah berpuasa selama 30 hari, dan telah shalat malam selama 30 hari. Sekarang (tiba saatnya) kalian keluar dari bulan Ramadhan untuk memohon pada Allah agar semuanya diterima”.

Untuk mengetahui amalan diterima atau tidak di bulan Ramadhan, ada 5 tanda –yang disarikan dari kitab “Lathaa`ifu al-Ma’aarif” (1999: 221, 222 dan 224) karya Ibnu Rajab Al-Hanbali Rahimahullah- yang menunjukkan bahawa amal atau ibadah mukmin diterima di bulan Ramadhan:

Pertama, Memiliki persepsi yang benar terkait amal yang dilakukan. Amal yang dilakukan di bulan

20 Jun 2018

ADA sebuah cerita mengenai Imam al-Ghazali bersama murid-muridnya, yang ketika itu mereka sedang berkumpul bersama. Dalam perkumpulan mereka, Imam al-Ghazali melontarkan beberapa teka teki kepada muridnya.

Imam Ghazali : “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid 1 : “Orangtua.”
Murid 2 : “Guru.”
Murid 3 : “Teman.”
Murid 4 : “Kaum kerabat.”
Imam Ghazali : “Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah ‘mati’. Sebab itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran: 185).

Imam Ghazali : “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”....

15 Mei 2018

Petang Jumaat 11 Mei 2018 yang lalu ketika sedang menonton siaran TV yang menceritakan rentetan peristiwa pasca PRU14. Semasa sedang asyik menonton rancangan tersebut tiba-tiba keluar iklan Planta yang mengisahkan seorang ibu yang telah disahkan menghidapi kanser tetapi sentiasa tabah dan bangun seawal jam 5,00 pagi untuk menyediakan sarapan dan mengurus anak-anaknya untuk ke sekolah. Ketika mendengar perkataan ibu itu: "SAYA BANGUN SEAWAL JAM 5,00 PAGI" saya tergelak dan mengejek ibu dalam iklan tersebut. ketika itu dalam hati saya terdetik sedikit perasaan riak kerana saya sentiasa bangun seawal jam 3,00 atau 4,00 pagi setiap hari.  saya berkata kepada isteri saya yang sedang menonton bersama. "Apa le bangun 5,00 pagipun dikatakan awal". sedangkan jam 5,00 pagi tu saya telah bersiap2 untuk ke surau dan ke sekolah.
           Allahu Akbar... Sejak saya mengejek ibu dalam iklan tersebut maka pada malam 12 dan 13 Mei 2018 saya tidak dapat lagi bangun malam kecuali tepat jam 5,00 pagi. Pada petang 13 Mei 2018 saya telah sedar di atas keceluparan mulut saya tersebut ,lalu saya bertaubat memohon keampunan daripada Allah SWT. Pada malam 14 Mei 2018 sebelum tidur saya berwuduk dan berpesan kepada Allah SWT agar Dia mengejutkan saya lebih awal sedikit untuk bangun malakukan tahajjud seperti biasa. Alhamdulillah ketika hampir jam 2,00 pagi malam tersebut Allah SWT telah mengejutkan saya dengan memberikan sebuah mimpi yang menarik. Dalam mimpi itu Allah SWT telah mempelihatkan kepada saya bagaimana seekor anjing yang besar sedang mengikut lafaz azan yang sedang dikumandangkan dari sebuah masjid. Dalam mimpi itu  juga saya menyahut seruan azan dengan segera pergi ke masjid. semasa dalam perjalanan ke masjid saya didatangi oleh sekumpulan anjing yang ganas. saya ketakutan, lalu saya melalunkan azan. Alhamdulullah anjing-anjing itupun ikut melafazkan suara azan dan tidak jadi mengusik saya.
Allahu Akbar semoga mimpi yang pelik ini menjadi pengajaran kepada kita semua.

12 Mei 2018

Imam tak boleh syok sendiri

Dalam solat berjamaah, penting sekali bagi kita untuk memiliki seorang imam sebagai pemimpin dalam solat. Imam ialah orang yang memiliki tanggung jawab besar mengarahkan makmum agar meraih solat yang sempurna, sesuai dengan apa yang diridhai oleh Allah SWT. Untuk itu, orang yang kita pilih menjadi seorang imam tak boleh sembarangan.

Ketika kita menemukan orang yang ingin sekali menjadi imam, sekali pun ia telah termasuk dalam kategori seorang imam yang sesuai dengan syariat, tapi banyak dari para jamaah yang tidak suka padanya, maka jangan jadikan ia sebagai imam. Mengapa?

Seorang dimakruhkan mengimami manusia sedang mereka tidak menyukainya. Hal ini berlaku jika ketidaksukaan mereka itu berdasarkan alasan agama.

Rasulullah SAW bersabda, “Tiga orang yang solatnya tidak diangkat dari atas kepala mereka sejengkal pun, orang yang mengimami manusia sedang mereka tidak menyukainya, wanita yang dimurkai suaminya semalam suntuk dan dua saudara yang saling bermusuhan,”

(Diriwayatkan Ibnu Majah dengan sanad yang baik)Islampos

02 Februari 2018

1- Kami mengadakan bacaan surah Yasin pada setiap pagi  dengan dipimpin oleh guru atau pelajar terpilih dan terlatih.
2-Kami mengadakan bacaan surah Al-Kahfi pada setiap pagi Jumaat.
3-Kami mengerjakan solat sunat Dhuha dan solat sunat Hajat sekerap yang mungkin dan kami amalkan doa dalam sujud yang lama.
Foto 1( Muhammad Zikri sedang membaca surah Al-Kahfi dengan dipimpin oleh ustazcyber)
Foto2 (Nursyazana dan Norasyiqin antara pelajar cemerlang PT3 2017 yang masing2 mendapat 10A)

11 Januari 2018

(Gambar arwah ayah saya)
Kata-kata hikmah ini telah disampaikan kepada saya oleh ayah saya melalui mimpi pada malam Jumaat 25 Jan 2001 Jam 4.00 pagi yang lalu. katanya:
Hai anakku
Sesungguhnya ketika seseorang sedang marah, maka mereka akan menjadi salah seorang daripada tiga jenis manusia berikut:
i-Ada orang yang dengan marahnya itu dia jadi MABUK tetapi tidak GILA.

ii-Ada orang yang dengan marahnya itu dia jadi MABUK dan juga GILA.


iii-Ada manusia walaupun sedang marah tetapi dia TIDAK mabuk dan TIDAK gila.

18 Disember 2017

Solusi jika anda lupa sesuatu


وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ 

Tadabbur ayat:

Jika kamu lupa akan sesuatu, hendaklah kamu mengingat Tuhanmu "(Al-Kahfi ayat 24).

Betapapun kuatnya ingatan seseorang, pasti dia pernah lupa. Dan kebanyakan manusia, bukan mengingat Allah di kala lupa, tapi sebaliknya lupa mengingat Allah. Bahkan tidak sedikit juga manusia yang lupa ingatan.

Lalu apakah maksud ayat ini, apabila kamu melupakan sesuatu Allah perintahkan untuk mengingat-Nya. Apakah mengingat Allah menjadi solusi terhadap problem lupa akan sesuatu?

Untuk memudahkan kita mentadabbur firman Allah di atas, ada baiknya kita menyertakan atsar seorang ulama shalih dari kalangan tabi’in. Dalam kitab Majmu’ah minal Qashash al-Qashirah (Kumpulan Cerita-cerita Pendek) terdapat kisah menarik berjudul Qisshatu al-Maal adh-Dha’i’ (Kisah Harta yang Hilang).

Pada suatu malam, seseorang mendatangi Imam Abu Hanifah, lalu berkata,

“Wahai Imam, sejak lama sekali saya mengubur sejumlah wang di suatu tempat, namun sekarang saya lupa dimana tempatnya. Dapatkah Anda menolong saya untuk memecahkan masalah ini?” Beliau berkata, “Sebenarnya pertanyaan Anda bukan urusan ahli fiqh. Tapi, tunggu sebentar sampai saya menemukan solusi untuk Anda!”

Sejenak beliau berfikir, lalu berkata, “Pergilah, lalu kerjakan solat sampai Subuh! Insya Allah nanti Anda akan teringat dimana tempat harta itu.”

Orang itu pun pergi dan mulai mengerjakan solat. Tidak lama setelah ia mengerjakan solat, belum tiba waktu Subuh, bahkan masih di tengah-tengah solat, ia teringat tempat dimana menguburkan wangnya. Ia pun bergegas pergi kesana dan mengambilnya.

Keesokan paginya, orang itu kembali mendatangi Imam Abu Hanifah. Ia mengabarkan bahawa wangnya sudah ditemukan, dan ia pun sangat berterima kasih kepada beliau. Kemudian bertanya, “Bagaimana Anda tahu bahawa saya akan teringat tempat menguburkannya?” Beliau menjawab, “Saya tahu bahawa syaitan tidak akan membiarkan Anda mengerjakan solat. Dia pasti menyibukkan Anda untuk mengingat-ingat harta itu, sehingga Anda lupa mengerjakan solat Anda.”

Sebagai orang awam, orang itu tidak bertanya kepada paranormal, dukun, ataupun jin, melainkan bertanya kepada ulama shalih dan alim sebagaimana firman Allah subhanahu wa ta’ala:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ …

“Maka tanyakanlah pada orang yang berilmu jikalau kamu tidak mengetahui…”

Dalam kaitan ini, Ibnu Taimiyah pernah berkata: Saat ada masalah yang amat pelik dan rumit, yang sampai membuatku merasa “buntu” dan seakan terkunci pemecahannya bagiku, maka akupun langsung beristighfar kepada Allah sebanyak 1000 kali atau lebih atau kurang, hingga Allah berkenan membukakan dan memecahkannya untukku.

Begitulah tadabbur terhadap ayat di atas. Apabila kita mengingat Allah, niscaya Allah akan membantu untuk mengingat apa yang kita lupa. Wallahu a’lam bis shawab.

Maka disarankan kepada kaum mukmin, terutama pemimpin dan para pejabat negara yang suka memberi janji manis kepada rakyat kemudian melupakannya, supaya banyak mengingat Allah dan mentaati peringatan-Nya. Semoga Allah subhanahu wa ta’ala berkenan menolong mereka mengingat janjinya dan mampu memenuhi janji dengan pertolongan Allah Rabbul ‘Alamin.
(arrahmah.com)

04 November 2017

Zikir Cinta Tiga Segi



1-Bukti Cinta kita kepada Allah SWT maka bacalah zikir ini (100 X pagi dan 100 X petang)

LA ILAHA ILLALLAH

2-Bukti Cinta kita kepada Rasulullah SAW maka bacalah zikir ini (100 X pagi dan 100 X petang)

ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD WA ALA ALI MUHAMMAD

3-Bukti Cinta kita kepada diri sendiri maka bacalah zikir ini (100 X pagi dan 100 X petang)

ASTAGHFIRULLAHULAZIM

26 Oktober 2017

1-Kami mengadakan bacaan Yasin pada setiap pagi di tapak perhimpunan bermula jam 7.15 hingga 7.30 pagi

2-Kami mengadakan bacaan Al-Kahfi pada setiap pagi Jum'at di tapak perhimpunan.bermula jam 7.15 hingga 7.30 pagi

3.Kami mengadakan Tazkirah 30 minit pada setiap pagi Jum'at bermula 7.30 hingga 8.00 pagi

.4.Kami melakukan solat Hajat dan solat Dhuha khusus untuk murid2 tingkatan 3 dan 5 pada setiap pagi Jum'at

25 Oktober 2017

Amali sembelih ayam

lihat lagi

21 Oktober 2017

1-Membaca dengan membunyikan suara
Teknik ini membantu menguatkan ingatan terhadap apa yang kita baca, ianya seolah-olah kita sedang menghafaz apa yang sedang kita bacakan.

2-Membaca Yasin pada setiap hari peperiksaan
Dalam Yasin ada “Salamun Qaulan min Rabbi Rahim” dan ada “Kun Fayakun”, ulangkan kedua-dua ayat itu dalam bilangan yang ganjil dan mintalah kepada Allah agar hajat kita ditunaikan.

3-Ulangkaji pantas sebelum peperiksaan bermula
Datang awal ke pusat peperiksaan,asingkan diri daripada rakan-rakan dan lakukan bacaan pantas terhadap tajuk-tajuk yang kita jangka ianya akan keluar dalam soalan sekejap lagi.

4-Ambil sarapan pagi dengan kadar dan menu yang sepatutnya kerana “ Al-aqlu salim fi jismi salim"

13 Oktober 2017


Anugrah sempena Hari Guru 2017 anugrah Guru Lelaki Terbaik "King Guru"
Anugrah Hari Quality 2017 anugrah "Tokoh Guru Komited dan Dedikasi"

11 Oktober 2017

Tidur telah menjadi keperluan bagi setiap manusia. Dengan tidur maka daya tahan tubuh manusia itu akan kembali segar. Sehingga, ia akan kembali bersedia untuk melakukan aktiviti seperti biasa. Selain itu, ternyata tidur juga memiliki mukjizat tersendiri. Yang mungkin kita tidak menyedari akan hal itu.

Dalam penyelidikan baru-baru ini (yang diterbitkan dalam jurnal Nature Neuroscience) para ilmuwan menemukan bahawa tidur pada malam hari tidak cukup untuk manusia, tetapi harus tidur siang hari untuk waktu singkat (satu setengah jam, misalnya). Para ilmuwan telah menemukan bahawa otak sebetulnya merasa lelah di siang hari akibat akumulasi informasi yang sampai kepadanya sehingga kinerjanya menjadi kurang efisyen dan dengan demikian memerlukan rehat sejenak. Rehat ini bagi otak merupakan penyusunan kembali informasi dan pengorganisasian gelombang-gelombang sel dan memantapkan informasi yang diperoleh di siang hari.

Oleh kerana itu, para ilmuwan menegaskan pentingnya tidur malam hari atau tidur sebentar siang hari dan bahawa pemberian rehat kepada otak ini memperkuat memori. Mereka menemukan bahawa orang yang biasa tidur sebentar di siang hari, kinerja ilmiahnya mereka lebih baik, dan kemampuan mengingat sesuatunya akan lebih cepat.

Para ilmuwan mengatakan: Fenomena tidur adalah satu mukjizat yang sepatutnya direnungkan dan dikaji lebih dalam kerana ia merupakan fenomena kompleks. Maha Suci Allah yang telah mengisyaratkan dalam kitab suci-Nya al-Quran tentang pentingnya tidur di malam dan siang dan menegaskan bahawa tidur adalah salah satu tanda kebesaran Allah dan mukjizat yang harus kita renungkan. Allah berfirman:

(وَمِنْ آَيَاتِهِ مَنَامُكُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ) [الروم: 23].

“dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan,” (Surah Al-Rum 23). 

07 Oktober 2017

Oleh: Badrul Tamam

Al-Hamdulillah, segala puji milik Allah, Rabb semesta alam. Shalawat dan salam atas Rasulillah –Shallallahu 'Alaihi Wasallam-, keluarga dan para sahabatnya.

Islam memerintahkan kepada umatnya agar menjadi orang bersyukur kepada orang yang telah berbuat baik kepada dirinya. Yaitu berterima kasih dan balas budi kepadanya. Sifat syukur ini menjadi tanda syukurnya seorang hamba kepada Al-Syakir, Allah yang Maha Syukur.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,

لا يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لا يَشْكُرُ النَّاسَ

 “Tidaklah bersyukur kepada Allah orang yang tidak mampu ber’syukur’ kepada manusia.” (HR. Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Hibban, dan Al-Bukhari dalam Al-Adab al-Mufrad. Hadits ini dishahihkan Syaikh Al-Albani dalam Al-Shahihah)

Dalam redaksi milik Imam Al-Tirmidzi,....

04 September 2017

EM Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wasallam adalah sosok yang sangat dicintai oleh umatnya, sehingga bagi orang yang mencintainya tentu akan ingin sekali bertemu dengan orang yang di cintai itu, meskipun kita tahu bahawa untuk saat ini tidak mungkin boleh kita bertemu Rasulullah, kerana kita hidup jauh sesudah beliau meninggal.

Namun tidak dipungkiri bahawa kita boleh bertemu dengan Rasulullah walaupun hanya sekedar melalui mimpi. Kerana hal ini telah beliau sabdakan dalam Hadisnya : Abu Hurairah Radhiyallahu anhu meriwayatkan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda: “ Barangsiapa melihatku dalam mimpi, maka sungguh ia telah melihatku secara benar. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupai bentukku. Barang siapa yang berdusta atasku secara sengaja maka ia telah mengambil tempat duduk dalam neraka”. [HR Bukhâri dan Muslim]

Dalam Hadis diatas dijelaskan bahawa benar adanya kita boleh bertemu dengan Rasulullah melalui mimpi dan dipastikan pula orang yang mimpi bertemu dengan Rasulullah itu adalah benar, kerana jika syaitan datang dalam mimpi kita, ia tidak mungkin boleh menyerupai wajah Rasulullah.

Namun dalam hal mengakui kita telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah adalah suatu hal kedustaan yang menyebabkan seseorang berdosa dan ancaman neraka seperti akhir hadis diatas ‘ Barang siapa yang berdusta atasku secara sengaja maka ia telah mengambil tempat duduk dalam neraka.

Lantas bagaimana kita mengetahui bahawa kita benar-benar mimpi bertemu Rasulullah, Al-Habib Mundzir al-Musawa seorang ulama besar menjelaskan tentang pertemuannya dengan Baginda Rasulullah Saw., maka beliau menjelaskan ciri-ciri Rasulullah itu adalah sebagai berikut :

  • Jambang dan janggut beliau sangat hitam gelap kebiru-biruan dari gelapnya.
  • Wajah beliau bagaikan mutiara yang bercahaya.
  • Senyumnya tak pernah sirna dari bibir indahnya.
  • Hati serasa linu dan seakan akan mencair kerana keindahan wajah Sang Nabi Saw.
  • keindahan luar biasa dalam memandang wajah beliau Saw.
  • Jari-jemari beliau lentik dan lembut dan sangat indah.
  • Tingginya sekitar 200 cm.
  • Imamahnya putih dan besar.
  • Kedua matanya sangat indah dan memancarkan kesejukan dan penuh kasih sayang.Membuat orang yang memandang matanya ingin luluh dan bersimpuh berlutut di kakinya dan menangis bagaikan bayi manja yang memeluk ibunya kerana tak melihat yang lebih mengasihinya selain ibunya.
  • Ucapannya dan suara beliau Saw. berwibawa, namun lembut dan perlahan hampir berbisik, namun jelas dan sangat merdu.

Sungguh benar ucapan Anas bin Malik Ra.: “Tidak pernah kami melihat pemandangan lebih menakjubkan dari wajah Rasulullah Saw.” (Shahih Bukhari).

Demikianlah Ciri-ciri Mimpi bertemu Rasulullah, namun perlu diingat bahawa tidak semua orang boleh mimpi bertemu Rasulullah, hanya orang-orang pilihan yang boleh mimpi bertemu dengan Rasulullah tersebut.(kl/mmb)

23 Ogos 2017

Berkat adalah sesuatu yang tumbuh dan makin bertambah kebaikannya, sedangkan tabarruk adalah do’a seorang manusia atau selainnya untuk memohon keberkatan.
Allah SWT menjadikan berkat ini hanya di berikan kepada  hamba-hamba- Nya yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh.
Firman Allah SWT dalam surat Al-A’raaf ayat  96 :

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُون.َ
Ertinya: "Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya".

Ada Beberapa faktor dicabutnya keberkatan manusia dalam menjalani kehidupan diantaranya adalah :
1. Tidak Adanya Iman dan Taqwa Serta Tidak Ada Perasaan Takut Kepada Allah SWT.
Jika anda tidak bertaqwa dan tidak takut kepada Allah SWT, maka tidak ada kebaikan dan berkah di dalam kehidupan anda, Anda tidaklah dinamakan sebagai orang yang benar-benar beriman.

2. Tidak Ikhlas Dalam Beramal Ibadah.
Allah SWT tidak memberikan berkah-Nya kepada kita apabila kita tidak menyiramkan air keikhlasan terhadap amal perbuatan kita.
....

;;