12 Jun 2012

KUALA LUMPUR, 12 Jun [TMI]– Datuk Seri Nizar Jamaluddin memohon maaf kepada Sultan Johor hari ini sambil menambah beliau akan memohon untuk menghadap baginda Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk menjelaskan kenyataan Twitternyau pada 28 Mei lalu berhubung bidaan no pendaftaran kereta WWW 1 yang bernilai RM520,000. Namun, bekas menteri besar Perak yang sedang disiasat di bawah Akta Hasutan itu menyalahkan akhbar Kosmo, yang mana banyak mempengaruhi laporan mereka berhubung bidaan Sultan itu sejak April.....

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut menegaskan beliau akan mengemukakan saman terhadap Utusan Malaysia dan TV3 atas “kenyataan palsu yang menuduh saya mengatakan Sultan menggunakan dana rakyat.”
“Saya tidak pernah berkata sedemikian. Saya hanya memberikan pendapat saya selaku orang awam, ahli Parlimen, dan bekas menteri besar. Saya mohon ampun kepada Tuanku dan akan berjumpa baginda untuk membuat penjelasan.
“Kosmo melaporkan pada 25 Mei bahawa RM520,000 boleh digunakan untuk membeli rumah, kedai, BMW, atau 2.777kg emas. Sebagai bekas menteri besar saya hanya menyebut ia juga boleh digunakan untuk membeli 20 unit rumah kos rendah,” katanya kepada pemberita.
“RM520k bolih dibelanjakan membantu rakyat melayu Johor yg masih ramai miskin serta memerlukan bantuan utk kprluan hidup, bina 20 rumah PPRT!” kenyataan Nizar dalam tweetnya yang mencetuskan kontroversi.
Sementara itu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut membalas kenyataan Nizar melalui laman Twitter miliknya bahawa kerabat diraja Johor tidak menggunakan wang daripada kerajaan.
“Duit yang diperuntukkan untuk ayahanda saya dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota diletakkan di dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim. Tujuan yayasan ini adalah untuk membantu rakyat dan kerajaan negeri,” kata Nizar dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini.
Tunku Ismail menegaskan beliau juga tidak pernah mengambil sesen pun daripada dana kerajaan itu, malah memberi amaran dengan berkata melalui satu kenyataan Twitter, “sila buat kajian sebelum membuka mulut.”
Sultan Johor telah memenangi bidaan no plat WWW 1 dengan nilai RM520,000 menewaskan 9,998 bidaan yang lain, seperti yang dipaparkan di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di www.jpj.gov.my.

0 Comments:

Post a Comment