26 September 2009

TOLONG SAHKAN IDENTITI BAPA SYAITAN NI


Cerita guru saya dalam kuliah maghribnya :
Ada seorang lelaki yang telah lama berkahwin tetapi belum mendapat zuriat.lalu dia bernazar kalau nanti dia mendapat zuriat maka anaknya akan diberikan kepada ‘BAPA SYAITAN’.tidak berapa lama selepas tu isterinyapun mengandung dan melahirkan anak.setelah anak tu lahir maka gembiralah lelaki tersebut,tapi selepas tu anak dia selalu menangis sepanjang masa.lalu dia teringatkan nazarnya sebelum ini untuk memberikan anak sulungnya itu kepada bapa syaitan…masalahnya dia tidak kenal siapakah bapa syaitan tu.lalu dia pergi bertanyakan(* Rasulullah saw..kalau tak silap ana dengar..ana tak pasti kitab apa yang guru ana baca tu )tentang identity bapa syaitan tu.lalu rasulullah saw memberitahu beliau bahawa bapa syaitan adalah seorang lelaki yang pertama keluar dari masjid setelah solat jum’at.apabila tiba hari jum’at lelaki tu pun tunggulah di depan pintu masjid dan jumpalah dia dengan bapa syaitan tu lalu diberi anaknya kepada bapa syaitan tersebut.
(( cerita ni telah ana ceritakan dalam siri tazkirah ana kat surau selepas maghrib…masalahnya ia telah menimbulkan kerisauan di kalangan ahli jamaah surau..betulke apa yang ana cerita tu..mereka telah bertanyakan ustaz lain tentang cerita ana tu..ustaz tu Tanya ana balik..ana jawab tak pasti cerita tu betul ke..tidak ke..tapi gitu le yang ana dengar…astaghfirullahhulazimmm..taubat..taubat mungkin ana telah ajau ilmu sesat kat surau tu))

0 Comments:

Post a Comment