15 September 2009

Pengalaman pertama kali menjadi pembunuh


ana mula menjadi pembunuh sejak di usia kanak-kanak lagi..mangsa pertama yang ana bunuh ialah mat kedidi..kemudian mek murai...selepas tu abang punai dan berbagai nama lagi sehinggakan tak terkira...ana masih ingat lagi sebaik sahaja tembakan pertama ana mengenai mat kedidi lalu ia jatuh terkulai...pada masa tu hati ana berdetup-detap..gembira..takut..suka..sedih..bercampur-campur..tak tahu nak cakap apa.. sejak berjaya membunuh mangsa pertama itu,maka selepas itu ana terus menjadi pembunuh yang hebat dan digeruni di kalangan kawan dan lawan...kehebatan ana dalam aktiviti pembunuhan ini sehinggakan ana boleh mumbunuh musuh dalam pelbagai keadaan..musuh sedang terbang di udara..musuh merayap dalam semak..bertenggek atas pokok..menyorok belakang rumah..semuanya sekali ana tembak terus terkulai..darah merah terus mengalir keluar melalui hidung dan telinga...itulah ana .LASTIKMAN..
Ana mula bersara dari aktiviti membunuh setelah ana kalah dalam pertandingan menembak yang telah diadakan di sekolah kebangsaan telosan pasir puteh kelantan sekitar tahun 1984 yang lalu.dalam pertadingan itu ana hanya berjaya menembak 2 tin susu daripada tiga tin susu yang digantung...kekalahan itu menjadikan ana kecewa dan malu lalu ana terus meninggalkan bidang pembunuhan.

[ Nilai Moral : Jangan jadi Penzalim...haiwan halal dibunuh jika utk dimakan]

0 Comments:

Post a Comment