KUALA LUMPUR, 10 Jan[
TMI] — PAS menegaskan pemecatan keanggotaan Datuk Dr Hasan Ali sebagai ahli parti itu bukan berpunca daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi kerana kesalahan sendiri.
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
(gambar) berkata Anwar tiada kaitan dengan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat kelmarin.
“Banyak sebab lain dan untuk memecat keanggotaan ahli ia melibatkan barisan kepimpinan parti dan langkah ini diambil disebabkan tindakan-tindakan yang dianggap merugikan parti.