22 September 2010

 Seorang Mahuguru saya semasa di Universiti Al-Azhar dahulu pernah mengatakan:  
" Usah kamu terpedaya dengan kebijaksanaan orang kafir mencipta itu dan ini, kerana sesiapa yang tidak beriman kepada Allah SWT adalah hamba dunia dan hamba kepada orang yang memperhambakan diri kepada Allah SWT (muslim), lihatlah betapa sukarnya mereka mencipta sebuah kereta, tetapi kita umat islam dengan hanya mengeluarkan sedikit wang sahaja, kita dah dapat menggunakan kereta tersebut untuk pergi menunaikan solat fardhu lima waktu di masjid atau surau...lihatlah siapa BIJAK dan siapakah yang BODOH."


Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of Sciences UIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendiakawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "Ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama diperhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!! Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, contohnya ketika bertasbih atau meratib. ini juga dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar muzik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg bodoh dan bebal dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negera Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bebal? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Klik sini : http://greensyndicate.blogspot.com/2010/09/kenapa-yahudi-bijak-satu-muhasabah.html

Klik juga di sini untuk melihat post berkenaan prinsip Hitler.. kenapa beliau membunuh Yahudi.. http://greensyndicate.blogspot.com/2010/07/prinsip-perjuangan-adolf-hitler.html

Sawan BABI atau Epilepsy

 Hadis muttafaqun alaih: Dari Ata bin Abi Ribah katanya: Berkata kepadaku Ibnu Abbas ra "Sukakah engkau ku beritahukan kepada mu seorang perempuan ahli syurga ?". kata ku 'ya'. Katanya : "Itulah dia perempuan hitam yang telah datang berkata kepada Nabi Muhammad saw : "Sesungguhnya saya kena penyakit sawan babi dan saya minta dipulihkan, doakanlah saya kehadrat Allah SWT ". jawab beliau : "Jika engkau mahu bersabarlah. dan untuk mu syurga, dan kalau tidak ku doakan kehadrat Allah SWT supaya penyakit engkau sembuh ". Kata perempuan itu : " Saya memilih untuk bersabar". kemudian katanya lagi :" Setiapa kali saya terkena sawan babi selalunya aurat saya terdedah, maka doakanlah kepada Allah supaya aurat saya tidak terdedah lagi selepas ini ". maka Rasulullah saw pun mendoakan baginya.


Prihatin Terhadap Pesakit Epilepsy...atau Sawan dalam Melayu 
Ramai rakyat Malaysia yang begitu takut pada mereka yang menghidap penyakit misteri ini.Epilepsi atau lebih dikenali dikalangan orang melayu sebagai sawan atau sawan babi bukanlah satu penyakit yang berbahaya..malah ia tidak akan berjangkit. Pengalaman menghadapi orang yang mempunyai epilepsi telah membuatkan persepsi saya terhadap pesakit ini berubah. Perasaan simpati dan sedih kerap melanda diri ini apabila mengenang individu yang menghadapi penyakit ini. Mereka secara zahir kelihatan seperti kita yang normal malah berpakaian seperti kita semua, namun apabila penyakit ini menyerang..mereka akan berada dalam keadaan yang tidak sedarkan diri. Ini diketahui berpunca daripada gangguan cetusan yang berlaku di dalam otak pesakit. Pesakit akan kembali normal setelah cetusan ini berakhir..dan ia akan tamat dalam masa yang amat singkat.Sawan babi pula adalah epilepsi yang mengeluarkan buih di mulut. Namun ia sebenarnya bukanlah buih yang yang disebabkan oleh epilepsi ini. Buih terjadi disebabkan saluran pernafasan pesakit tersumbat dengan air liur pesakit yang keluar disebabkan pesakit tidak sedarkan diri.( Jadi jangan anda geli untuk menolong pesakit..kerana air liur ini tidak membawa sebarang virus epilepsy ## ingat epilepsi bukan disebabkan virus!!). Di negara barat umumnya, dan khasnya Amerika Syarikat ..pesakit ini diberi sokongan kuat oleh masyarakat..dan mereka dianggap sebagai individu yang normal. Oleh itu kita sebagai warga Malaysia perlu mengubah mentaliti yang mengatakan pesakit epilepsi ini berbahaya dan memandang rendah terhadap pesakit2 epilepsi. Saya sebagai rakyat Malaysia ..ingin mengajak semua warga Malaya bayangkan pesakit misteri ini dihidapi oleh mereka yang kita sayangi..apa yang kita rasa?..Sedih bukan
(    http://taufico.fotopages.com/) 



21 September 2010

aksi membunuh diri....santai je

20 September 2010

Ust. Abdul Kadir


Kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.
Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.


مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ ‏ ‏تَحَسَّى ‏ ‏سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا

Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Thabit bin Dhohak R.A. (ثابت بن الضحاك), sabda Nabi S.A.W.:

مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَيْءٍ فِيْ الدُّنْيَا عُذِّبَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Jundub bin Abdillah R.A. (جندب بن عبد الله), katanya Nabi S.A.W. bersabda:

كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ بِهِ جُرْحٌ فَجَزِعَ فَأَخَذَ سِكِّينًا فَحَزَّ بِهَا يَدَهُ فَمَا ‏ ‏ رَقَأَ ‏ ‏ الدَّمُ حَتَّى مَاتَ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى ‏ ‏بَادَرَنِي عَبْدِي بِنَفْسِهِ حَرَّمْتُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
Maksudnya: “Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.” (al-Bukhari dan Muslim)

Hukum Orang Bunuh Diri
Perbuatan membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagai daripada kita, melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.
Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.
Daripada Jabir bin Samurah (جابر بن سمرة) R.A. katanya:

‏أُتِيَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ ‏ ‏بِمَشَاقِصَ ‏ ‏فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ

Maksudnya: “Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.” (Muslim)
Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim ketika mensyarahkan hadith ini menyebut:
“Hadith ini menjadi dalil bagi ulama yang berpendapat tidak disembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri disebabkan maksiat yang dia lakukan, inilah mazhab ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz dan al-Auza’ie. Manakal al-Hasan, al-Nakha’ie, Qatadah, Malik, Abu Hanifah, al-Syafi’ie dan kebanyakan ulama berpendapat: Disembahyangkan ke atas jenazah orang yang membunuh diri. (Jumhur) kebanyakan ulama ini menjawab tentang hadith ini yang baginda tidak menyembahyangkannya sebagai melarang manusia dari melakukan perbuatan yang sama (membunuh diri), namun jenazah itu disembahyangkan oleh para sahabat…”
Adapun mengenai teks hadith yang menyatakan orang yang membunuh diri itu kekal selama-lamanya di dalam neraka, para ulama menyatakan, ia ditujukan kepada orang yang menghalalkan perbuatan membunuh diri tersebut, atau maksudnya boleh difahami dengan memanjangkan tempoh azab ke atasnya di dalam neraka.
Wallahu a’lam.


Fatwa Qardhawi yang Bolehkan Perempuan Bernyanyi Tuai Kecaman(eramuslim.com)

 Sebuah fatwa agama yang dikeluarkan oleh presiden persatuan ulama Internasional, Dr. Yusuf al-Qardhawi, membolehkan perempuan untuk bernyanyi ditengah maraknya perdebatan di kalangan ulama Islam di mana bermain musik dan nyanyian itu dianggap haram dan melanggar hukum Syari'ah, lapor surat kabar Asharq al-Awsat yang berbasis di London.
Beberapa ulama Muslim mengkritik fatwa Dr. Qaradhawi, mereka mengatakan bahwa bernyanyi dilarang dan tidak hanya untuk wanita tapi untuk pria juga, mengutip pengaruh musik terhadap emosi dan potensinya yang cenderung mengarah dalam apa yang dianggap sebagai perbuatan dosa.
Dr. Abd al-Fatah Idris, seorang ulama Islam dari universitas Al-Azhar Mesir, mengatakan "Sebagai aturan umum, menyanyi untuk perempuan adalah dilarang, tetapi tidak ada bukti yang menunjukkan wanita tidak bisa membiarkan laki-laki mendengar suara mereka sambil bernyanyi."
Namun Idris mengakui bahwa pada era nabi ada riwayat yang menyatakan seorang wanita bernama Zainab bernyanyi untuk wanita lain dalam sebuah pernikahan.
Beberapa ulama lain mendukung fatwa al-Qardhawi khususnya dalam hal menyanyi untuk tujuan keagamaan seperti mempromosikan nilai-nilai Islam dan ajaran Nabi Muhammad.
Namun para ulama yang membolehkan perempuan bernyanyi, sepakat bahwa perempuan boleh bernyanyi dalam kondisi-kondisi tertentu untuk menahan dan menghindari terbangkitnya nafsu orang yang mendengarkannya.
Syaikh Al-Qaradawi, yang terkenal sebagai ulama Internasional secara luas dikenal karena pandangannya Islam moderat. Dalam pernyataannya ia mengatakan: "Tidak ada halangan terhadap perempuan menyanyi, dengan syarat menyanyi harus berada dalam kerangka hukum Islam yang menjamin bernyanyi tidak disertai dengan praktek-praktek yang dilarang seperti menari atau minum alkohol."
Dia juga menyarankan perempuan yang bernyanyi harus memperhatikan nilai dan tidak boleh bercampur dengan hal-hal yang "tidak senonoh," merujuk bagaimana Abu Nuwas, seorang penyair Arab terkenal yang sering puisi cintanya mencerminkan anggur dan hasrat seksual bagi laki-laki, yang dapat menyesatkan para pemuda.
Qaradhawi juga menyebutkan salah satu puisi yang terkenal dari Ahmad Syawqi yang merayakan akhir bulan Ramadan oleh seteguk alkohol. Syawqi meninggal pada tahun 1932, dan merupakan salah satu penyair Arab yang memelopori gerakan sastra modern Mesir dan memperkenalkan genre epos puitis dengan tradisi sastra Arab.
Dalam apa yang dianggap sebagai contoh yang baik dari bernyanyi yang dilakukan oleh perempuan, Qaradhawi mengutip penyanyi wanita Mesir Fayiza Ahmad yang mendedikasikan sebuah lagu untuk ibu.
Dr. Ibrahim Salah al-Dîn al-Houdhud, ulama Al-Azhar lainnya, sepakat dengan Qardhawi dengan berkata: "Ulama telah mengizinkan perempuan bernyanyi, namun dengan kondisi; pertama, kata-kata nyanyiannya tidak menarik atau melanggar norma agama: kedua, Bernyanyi seharusnya tidak terjadi ketika ada tarian dan alkohol, dan tidak boleh ada kamera video yang merekam. "
Seorang ulama ketiga di Al-Azhar yang lain mengatakan bahwa perempuan harus menyanyi dalam lingkungan gender non-campuran/ikhtilat tapi mencatat bahwa suara wanita adalah bukan lah aurat atau bisa membangkitkan nafsu dan menegaskan bahwa perempuan dapat bercampur dengan laki-laki hanya dalam pendidikan.
Dr. Adil abd Al-syakour, profesor bahasa Arab dan Syariah di sebuah institut untuk pengkhotbah di Departemen Awqaf Mesir, mengatakan bahwa pendapat ulama terhadap perempuan bernyanyi memiliki pandangan yang berbeda.
"Kelompok yang berpandangan keras menciptakan persepsi bahwa suara perempuan adalah "tidak senonoh"atau "aurat ", tetapi ada bukti yang membuktikan bahwa perempuan biasanya berbicara dengan nabi tentang setiap masalah termasuk masalah kehidupan sehari-hari."(fq/aby)

19 September 2010

Ibu muda disangka kakak


KATHLEEN bersama Georgia yang kini berusia 12 tahun.


LONDON - Ibu paling muda di Britain, Kahtleen Moss berharap anak perempuannya, Georgia Moss, 12, tidak mengulangi kesilapannya, lapor Daily Mail semalam.
Dia yang kini berusia 25 tahun, menggemparkan masyarakat Britain apabila melahirkan anaknya itu semasa baru berusia 12 tahun pada 1988 dan sehingga kini ramai menyangka mereka sebagai adik-beradik.
Kathleen hamil setelah kehilangan dara kepada seorang remaja lelaki yang ketika itu berumur 14 tahun di dalam sebuah karavan di Wales Utara dekat sini.
"Apabila Georgia berumur 12 tahun pada Jun lalu, ia mengembalikan banyak nostalgia. Sukar mempercayai saya menjadi ibu pada usia itu. Saya tidak mahu anak saya ada teman lelaki. Dia perlu memasuki universiti sebelum mahu bercinta atau berkeluarga," tambahnya. - Agensi

18 September 2010

JHEOA tolak pembinaan gereja Orang Asli

sumber (malaysiakini)
Sebuah lagi pembinaan gereja Orang Asli di Kelantan diarahkan dihentikan oleh pihak berkuasa, kali ini oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)

Arahan henti pembinaan itu dikeluarkan di kampung Temiar, Pos Pasik Kelantan kerana tiada kebenaran diberikan bagi membina gereja di situ.

Pada awal 2007, pihak berkuasa Gua Musang juga mengarahkan penutupan gereja Orang Asli di situ. Namun tindakan pihak berkuasa itu dicabar di mahkamah atas dakwaan merobohkan gereja mereka.

Dalam kes di perkampungan Temiar itu, ketua penolong pengarah jabatan itu, Nisra Nisran Asra Ramlan dalam sepucuk surat bertarikh 9 Ogos berkata permohonan membina sebuah gereja di lokasi berkenaan telah ditolak.

Sehubungan itu, arahan dikelaurkan supaya semua kerja-kerja binaan dihentikan segera.

Surat itu bagi menjawap surat ketua kampung Temiar, Setmen Belungei yang pada 20 Mei lalu menulis untuk memaklumkan kepada JHEOA mengenai hasrat Orang Asli bagi membina sebuah gereja untuk menggantikan gereja mereka sekarang yang diperbuat daripada buluh.

Hampir separuh daripada penduduk kampung itu telah menganut agama Kristian sejak beberapa tahun lalu.

Namun menurut penyelaras bagi Centre for Orang Asli Concerns, Colin Nicholas, kelulusan JHEOA tidak pernah dipohon dan surat sebelum itu adalah hanya surat makluman.

"Orang Asli tidak berpuas hati dengan jawapan itu kerana mereka tidak pernah meminta kebenaran JHEOA,” katanya .

Menurut beliau, Orang Asli Pos Pasik berpendapat adalah menjadi hak mereka bagi membina struktur berkenaan di tanah mereka seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan.

Colin (kiri) berkata peguam Lum Chee Seng yang mewakili ketua kampung Temiar itu kepada ketua pengarah JHEOA pada 13 September lalu untuk memaklumkan bahawa kebenaran jabatan itu tidak pernah dipohon.

"Beliau juga menuntut penjelasan berhubung penolakan pembinaan gereja itu,” katanya.

Betulkah kita seorang muslim ?

Betulkah kita seorang muslim yang sejati?.. sedangkan kita tidak merasa apa-apa terhadap pembunuhan dan penyeksaan yang sedang berlaku keatas saudara kita seislam di bumi Palaestin...INGATLAH: Nabi Muhammad saw tidak akan mengaku anda sebagai salah seorang daripada umatnya jika anda tidak memperdulikan saudara anda seislam yang lain walaupun di mana sahaja mereka berada....berilah sumbangan apa sahaja untuk rakyat dan pejuang islam di Palestin

Israel bunuh pejuang Hamas



SEJUMLAH penduduk Palestin mengusung jenazah Iyad Abu Shilbaya di kem pelarian Nur Shams dekat Tulkarem, Tebing Barat semalam.



BAITULMUQADDIS - Askar-askar Israel membunuh seorang pejuang kumpulan Hamas dalam satu serbuan di Tebing Barat semalam ketika keganasan meningkat sejak permulaan rundingan damai baru Asia Barat pada bulan ini.
Tentera Israel berkata, beberapa askarnya cuba menangkap pejuang tersebut, Iyad Abu Shilbaya, 37, awal pagi semalam di bandar Tulkarem apabila dia menyerbu ke arah mereka dan enggan berhenti.
Namun, saudara lelakinya, Moetasim Abu Shilbaya berkata, askar-askar Israel menyerbu masuk ke rumah Iyad sekitar pukul 3 pagi dan membunuh lelaki itu di dalam bilik tidurnya.
Abu Shilbaya menyifatkan kematian saudaranya sebagai satu pembunuhan terancang.
Jelasnya, Iyad adalah seorang aktivis politik Hamas dan bukan militan bersenjata seperti yang didakwa rejim Zionis. - AP

17 September 2010

16 September 2010


Bakar Al-Quran : Propaganda Illuminati Terhadap Islam

oleh Ibnuyaacob

ground_zero
Dalam keadaan yang sangat terdesak tetapi sangat terahsia perancangannya, Illuminati sekali lagi cuba menjalankan program teater desperado bagi merealisasikan matlamat ‘lain’.
Situasi isu Hari Membakar Al-Quran tidak lebih kepada suatu usaha terancang untuk mempromosikan bakat kepimpinan seorang pemimpin Islam tajaan Illuminati. Dalam erti kata lain, suasana tegang ini dicetuskan untuk memberi populariti kepada seorang hero palsu umat Islam.
Hero palsu ini sudah tentulah akan dinobatkan sebagai pembawa harapan-harapan pemimpin negara Islam lain untuk diketengahkan di tengah-tengah meja rundingan pemimpin dunia. Pemimpin-pemimpin negara Islam juga berharap negara-negara barat yang degil dapat mendengar kata hero palsu ini.
Individu yang dijangka menjadi sandaran besar Illuminati bagi menjalankan dasar-dasar New World Order akan datang ialah Imam Feisal bagi Masjid Ground Zero.
Lakonan ini dilihat terlalu mudah kerana umum mengetahui bahawa cadangan pembinaan Masjid Ground Zero sudah pasti akan mengundang kemarahan rakyat Amerika yang racist.
Bukti 1 : Promosi media anti-Islam terhadap Imam Feisal
Larry King yang terkenal sebagai rancangan anti-Arab dengan tiba-tiba menjemput Imam Feisal Abdul Rauf pada 8 September 2010 lepas bagi bersoal-jawab tentang pembinaan Masjid Ground Zero.
Selain itu, Imam Feisal adalah satu-satunya Imam yang mendapat publisiti meluas dari media-media massa Yahudi di Amerika seperti CNN, New York Times, Frontline dan lain-lain lagi.
Akhbar pro-zionis milik Yahudi, Washington Post juga melakukan sesuatu yang pelik iaitu memuji-muji Imam Feisal sebagai seorang pemimpin yang sangat toleran dan mementingkan perpaduan kaum. Ini berbeza dengan nada Washington Post sebelum ini yang selalu menyebarkan ideologi anti-Arab.
Pada 12 September 2010, Imam Feisal juga akan dijemput oleh ABC News bersama-sama dengan Austan Goolsbee, Pengerusi bagi White House Council of Economic Advisers.
Sebelum itu, pada 23 Ogos 2010, Imam Feisal pernah mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan kerajaan Amerika yang menceroboh negara-negara Islam Timur Tengah. Agak mencurigakan, kenyataan pedas ini dipromosikan media barat dengan luas malah tiada kecaman langsung dari mana-mana anggota ADL atau ahli-ahli kabinet Obama.
Ia tidak sama seperti Prof Ismail Faruqi yang tidak pernah mengecam melalui akhbar tetapi dibunuh bersama isterinya hanya kerana mengeluarkan idea ‘Gagasan PengIslaman Ilmu’.
Bukti 2 : Pembinaan masjid diluluskan tetapi dibiarkan menghadapi isu kemarahan rakyat
Seperkara yang membuktikan ia lakonan, Terry Jones sebagai revolusionist tidak pula mengutarakan bantahan ketika Islamic Centre of New York mengemukakan cadangan awal kepada majlis bandaraya New York dalam usaha membina masjid di Ground Zero.
Manakala Imam Feisal tiada langsung kelihatan berusaha untuk berjumpa Terry Jones sebaliknya peranan tersebut diambil sepenuhnya oleh Imam Muhammad Musri, Presiden Islamic Society of Central Florida.
Di dalam isu ini, Imam Feisal harus dipersalahkan 100 peratus kerana beliau sendiri mengetahui bahawa dengan cadangan membina masjid di kawasan Ground Zero, ia sudah pasti mengundang prasangka negatif masyarakat barat terhadap Islam.
Imam Feisal juga sudah sedia maklum bahawa masjid merupakan simbol tempat ibadat bagi umat Islam, jadi cadangan pembinaan tersebut akan membuatkan para racist barat lebih benci kepada umat Islam. Cadangan itu seolah-olah merendah-rendahkan reputasi agama Islam di mata barat.
Selain itu, Imam Feisal tidak mengendahkan tawaran Donald Trump, billionaire New York yang menawarkan untuk menanggung semua kos pembinaan masjid jika ia dipindahkan ke bahagian lain di New York. Trump cuba bersikap berkecuali dan percaya tawarannya itu boleh meredakan ketegangan kedua-dua belah pihak.
Namun, ia tetap tidak diendahkan oleh Imam Feisal.
Bukti 3 : Imam Feisal Abdul Rauf adalah sekutu Yahudi Elit
Kami bukanlah bertujuan memburuk-burukkan sesama umat Islam tetapi dewasa ini propaganda zionis dan sekutu-kutunya tidak lagi dipelopori oleh yahudi sahaja bahkan segelintir umat Islam turut bersekongkol dengan puak ini.
Terdapat seperkara yang mencurigakan tentang Imam Feisal Abdul Rauf. Pertama sekali cadangan untuk pembinaan masjid di Ground Zero adalah hasil idea beliau sendiri bukannya melalui suatu mesyuarat jawatankuasa atau mesyuarat khas bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin di New York Islamic Center.
Keduanya, Imam Feisal juga merupakan anggota rasmi bagi pertubuhan elit Yahudi Zionis iaitu Council on Foreign Relation (CFR atau disebut juga sebagai CAFFIR) yang mana organisasinya dikawal selia oleh David Rockefeller. Keanggotaan Imam Feisal di dalam CFR adalah sebagai Pengarah bagi Suruhanjaya Penasihat Agama di CFR dan Pengerusi Cordoba Initiative.
Menurut laporan Corbett Report, hasil perbualan mereka dengan Nancy Pelosi, mendedahkan bahawa dana pengurusan Cordoba Initiative bukan disumbangkan oleh umat Islam tetapi beberapa pertubuhan elit antarabangsa.
Manakala dalam Steve Watson (prisonplanet.com), Imam Feisal (yang juga boleh berbahasa Melayu) jelas seorang boneka bagi CFR dalam usaha mereka merencanakan perang akhir zaman antara Islam dan barat. Watson juga menegaskan bahawa kos pembinaan Masjid Ground Zero bernilai USD100 juta dibiayai American Society for Muslim Advancement (ASMA).
Manakala dana tabung ASMA pula adalah daripada Carnegie Corporation of New York, the Ford Foundation, Rockefeller Brothers, Rockefeller Philanthropy dan Rockefeller Brothers Fund. Kesemuanya organisasi milik Yahudi Elit Zionis.
Menurut Jerry Mazza, penulis buku State Of Shock: Poems from 9/11 on, Imam Feisal telah meletakkan umat Islam Amerika di dalam bahaya serta membuatkan mereka sentiasa dikelilingi oleh rakyat-rakyat Amerika yang marah.
Kesimpulan
Rentetan dari isu ini sejak ia digembar-gemburkan oleh media-media antarabangsa, jelas menunjukkan bahawa ‘Pesta Membakar Al-Quran’ adalah satu helah Zionis untuk menimbulkan kemarahan umat Islam serata dunia.
Bagi merangsang kemarahan masyarakat Amerika pula, Zionis melalui agen-agennya membuka ruang kelulusan mendirikan projek pembinaan Masjid Ground Zero di tempat punca tercetusnya istilah ‘pengganas’ terhadap agama Islam pada 2001 iaitu kawasan runtuhan World Trade Center.
Pertembungan kemarahan kedua-dua belah pihak ini merupakan objektif utama Illuminati. Dan selepas itu kita dapat melihat di celah-celah pertembungan dan kemarahan itu, seorang individu muslim di sebelah pihak Islam dan seorang individu non-muslim akan menjadi hero dalam meredakan ketegangan yang timbul.
Untuk semua isu di atas, ‘key person’ bagi propaganda Illuminati 11 September 2010 kali ini ialah Imam Feisal Bin Abdul Rauf.
Mudah-mudahan Allah melaknat tipu helah Illuminati yang sentiasa merancang menjatuhkan agama Islam sejak ratusan tahun dahulu

Sekadar info untuk kesihatan

Sos punca penyakit kronik


PENGGUNAAN sos secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit kronik kepada pengguna. - Gambar hiasan


GEORGE TOWN - Memasak tanpa menggunakan sos perasa untuk menyedapkan masakan seolah-olah tidak lengkap bagi manusia zaman ini.
Sos tiram, kicap manis atau masin, sos tomato dan sos cili, misalnya, bukan sahaja menambah perasa tetapi juga membangkitkan selera penggemarnya.
Namun begitu, percaya atau tidak penggunaan penambah rasa seperti sos ke dalam masakan harian didakwa menjadi punca kepada 146 penyakit kronik.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa, kandungan gula yang terlalu tinggi di dalam kandungan setiap botol sos itu bertindak sebagai 'pembunuh senyap'.
Kajian CAP pada tahun lalu mendapati sebotol sos cili dan tomato daripada pelbagai jenama mengandungi sebanyak 25.9 sudu teh hingga 37.1 sudu teh gula.
Pegawai Pendidikan Pengguna CAP, N.V. Subbarow berkata, penggunaan tanpa kawalan bahan-bahan itu dengan mudah boleh menyebabkan penyakit diabetes, obesiti dan mempercepatkan proses penuaan.

14 September 2010


mgz_conspiracy1


Sesungguhnya tiadalah yang paling benar melainkan lisan Rasulullah SAW yang menuturkan wahyu Allah yang pada akhirnya terhimpun dalam kalam yang sangat indah lagi besar rahmat-Nya.

Kami amat meyakini bahawasanya Masjid Ground Zero merupakan masjid yang dibina atas dasar penuh konspirasi di belakangnya. Ia bukanlah salah umat-umat Islam di sana dan seluruh dunia tetapi salah segelintir umat Islam yang sanggup bersekongkol dengan Yahudi laknatullah dan menurut segala arahan yang diberikan.

(Ground Zero – nama yang diberikan kepada tapak runtuhan World Trade Center pada 11/9/2001)

Keyakinan ini berdasarkan berita dari Al-Quran yang dengan jelas menyebut tentang pembinaan masjid dhirar di zaman Rasulullah. Dan firman berkenaan masjid dhirar (di Quba) tidaklah terhenti maksudnya di zaman itu sahaja. Sudah tentu ia difirmankan untuk mentakrifkan kejadian-kejadian yang bakal berlaku di akhir zaman yakni zaman sekarang ini.

Dua bukti pada Surah At-Taubah

Kami ingin nyatakan di sini bahawa pembinaan masjid kontroversi ini (Masjid Ground Zero) telah pun diisyaratkan dalam Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu. Isyarat akan kewujudan masjid ini dinyatakan dalam surah At-Taubah, ayat 107 dan 109 secara tepat dan tiada perumpamaan.

Pertama : Surah At-Taubah, ayat 107;





taubah_107


Maksudnya;

“Dan (di antara orang-orang munafiq juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri), serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: “Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata”. Padahal Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.”

Keseragaman Peristiwa dengan Ayat 107

1. “….membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam)”

Di Kabul, Afghanistan dua orang Islam telah mati dan empat lagi cedera dalam satu demonstrasi menentang kempen membakar Al-Quran. Dua lelaki tersebut mati ditembak askar Jerman yang berkawal di Kabul.

Semenjak Cordoba Initiative mencadangkan untuk membina masjid berhampiran Ground Zero, umat Islam sentiasa dipandang hina malah simbol keganasan mula kembali diapi-apikan di internet, media Israel, masyarakat non-muslim untuk menggambarkan imej umat Islam khususnya di Amerika.

Dr. Zuhdi Jasser dari American Islamic Forum for Democracy of Phoenix Arizona tidak bersetuju dengan cadangan Cordoba Initiative menurutnya, Ground Zero sangat tidak sesuai kerana Ground Zero adalah lokasi di mana Amerika menggunakannya untuk membina alasan agar umat Islam Iraq diserang dan Ground Zero.

Kenyataan Dr. Zuhdi sangat tepat kerana Ground Zero juga adalah tempat pertama yang menyebabkan Islam dilabel sebagai pengganas. Ia juga punca kepada umat Islam Amerika berada dalam bahaya dan ancaman semenjak September 2001.

Selain Dr. Zuhdi, terdapat pertubuhan-pertubuhan lain yang tidak bersetuju dengan Cordoba Initiative antaranya ialah Ahmadiyya Muslim Community (London), Center for Islamic Plurasim (Amerika), Pengarah Televisyen Al-Arabiya dan lain-lain lagi.

Kesemuanya bersetuju bahawa mereka sangsi mengapa Cordoba Initiative memilih lokasi terbabit yang sudah pasti bakal mencetuskan kemarahan masyarakat bukan Islam Amerika.

2. “….dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri)”.

Multi-billionaire terkenal Amerika, Donald Trump secara peribadi menawarkan kawasan lain di sekitar New York untuk pembinaan masjid baru manakala semua kos akan ditanggung oleh beliau. Malangnya, Cordoba Initiative enggan menerima tawaran tersebut, mereka menguatkan keingkaran mereka dengan hujah kononnya masjid sangat diperlukan di Ground Zero.

Pada 9 Sept 2010, jurucakap Cordoba Initiative memberitahu mereka tetap dengan pendirian mereka membina masjid di situ kerana mendapat sokongan White House. Keengganan mereka memindah masjid menjadi tanda tanya sebahagian pemerhati konspirasi kerana ia boleh mewujudkan rasa benci jangka panjang masyarakat bukan Islam seluruh dunia. Walaupun tujuan itu dilihat murni kerana membina tempat ibadat umat Islam New York tetapi sokongan padu White House yang diluar jangka sentiasa menjadi persoalan.

3. “…juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu.”

Ayat di atas jelas membuktikan bahawa Masjid Ground Zero boleh dijadikan tempat intipan oleh kelompok Yahudi Zionis mengenalpasti mana-mana individu muslim yang sangat produktif dalam menegakkan syariah islamiyah. Sekiranya masjid tersebut siap dan setelah ramai umat Islam bersolat dan beraktiviti di sana maka adalah mudah golongan Illuminati mengintip mana-mana umat Islam yang sangat tegas pendirian syariah Islamiyahnya.

Ayat tersebut dengan jelas memberitahu tujuan sebenar masjid itu adalah untuk tujuan mengintip. Ayat tersebut memang benar kerana dana membina bangunan 13 tingkat Cordoba House yang di dalamnya akan mempunyai masjid datang dari sumbangan organisasi-organisasi Yahudi elit seperti Rockefeller.

Adakah kelompok Yahudi elit ini sengaja menghabiskan duit beratus-ratus juta dollar untuk berbakti kepada umat Islam? Adakah mereka benar-benar untuk membantu?

4. “…dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara).

Maksud ‘ketara’ dalam ayat di atas ialah ‘terbongkar’ atau sudah kelihatan. Dengan pertolongan Allah Subhanawataala, sesungguhnya tidak semua perancangan rahsia Yahudi sentiasa berjaya diselindung. Kini maklumat tentang penyumbang-penyumbang rahsia yang berada di belakang Cordoba Initiative sudah lebih sebulan terbongkar.

Kini, perkara yang terbongkar bukan sahaja setakat penyumbang-penyumbang ‘misteri’ seperti Rockefeller, malah pembinaa Masjid Ground Zero dipercayai didalangi oleh agen-agen CIA antaranya ialah R. Leslie Deak. Leslie terlibat dengan pengurusan Cordoba Initiative sejak 2004 lagi dan pernah menyumbang dana peribadi sebanyak USD98,000 kepada organisasi itu.

Leslie merupakan ahli lembaga penasihat rasmi bagi Cordoba Initiative di New York dan cawangannya di Kuala Lumpur, Malaysia. Syarikat utama Leslie iaitu Patriot Defense Group adalah kumpulan yang bertanggungjawab mengurus kos-kos semua operasi agen CIA di Timur Tengah. Leslie pernah berkahwin dengan wanita Yahudi, dan kini berkahwin pula dengan wanita Islam, Moshira Soliman.


leslie_rockefeller


(Kiri) Leslie Deak bersama isterinya, Moshira Soliman (Kanan) David Rockefeller, raja konspirasi Yahudi elit antarabangsa. Berumur 95 tahun dan masih kuat bergerak merata ke seluruh dunia.

5. “….mereka bersumpah dengan berkata: “Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata.”

Tetapi pada akhir ayat tersebut disertakan satu ‘ungkapan’ kata-kata golongan munafik iaitu mereka mendirikan untuk tujuan kebaikan semata-mata. Apakah ungkapan ini sengaja untuk mengindahkan ayat 107, tentunya tidak, ia adalah amaran nyata dari Allah.

Buktinya, di dalam semua temu ramah yang disertai Imam Feisal Abdul Rauf, beliau sering mengulang-ulang kenyataan pembinaa masjid dan Cordoba House adalah untuk ‘keamanan’ dan mengeratkan ‘perpaduan’ antara Islam dengan Kristian dan Yahudi.

Jelaslah bahawa keseluruhan intipati ayat 107 sangat tepat bunyinya dengan situasi sekarang ia seolah-olah mengisyaratkan berita masa depan untuk renungan umat Islam.

Surah At-Taubah, ayat 109;

taubah_109



Maksudnya;

“Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikan di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredhaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.”

Di bawah ini kami cerakinkan intipati ayat 109 dan membuat kesesuaian fakta dengan situasi-situasi yang berlaku sekarang ini. Lihatlah kebenaran ayat 109.

Keseragaman Peristiwa Dengan Ayat 109

1. “….ataukah orang yang membangunkan masjid ….”

Ayat di atas menunjukkan amaran Allah tentang perilaku seseorang yang melakusan sesuatu urusan kerja pembinaan masjid. ‘Orang’ yang dimaksudkan boleh jadi merujuk kepada pemimpin Cordoba Initiative, ASMA , pemaju dan individu lain yang terlibat.

Selain itu, syarikat yang bertanggungjawab untuk membina Cordoba House dan Masjid Ground Zero juga boleh dinisbahkan pada maksud ‘orang’ yang diterjemahkan itu. Ini kerana, pengarah Soho Properties, Sharif El-Gamal mempunyai identiti Islam yang meragukan walaupun baru memeluk Islam pada 2001.

Ia kerana walaupun Sharif El-Gamal (gambar) seorang Islam namun beliau juga adalah ahli pertubuhan Yahudi di Manhattan (Jewish Community Center of Manhattan) malah anak perempuannya juga didaftarkan sebagai ahli kelab renang di pusat tersebut. Sharif juga pernah disabitkan pelbagai kesalahan jenayah sejak 1990.

sharif_g



(atas) Sharif El-Gamal ditemu bual wartawan.

2. “….masjid yang didirikan di tepi jurang (hampir) runtuh, ….”

Intipati ayat ini sangat jelas kerana ia merujuk terus kepada bangunan masjid yang bakal dibina di tepi tapak runtuhan World Trade Center (WTC). Cordoba House dan Masjid Ground Zero s dalam kertas kerjanya menyebut akan dibina 600 kaki atau 2 blok daripada Ground Zero dengan setinggi 13 tingkat.

mgz_site


Gambar di atas menunjukkan blok bangunan (bulatan merah) yang bakal diubahsuai dan dijadikan Masjid Groud Zero. Imej runtuhan tersebut adalah Gorund Zero.

Mengapa di dalam ayat di atas disebut jurang? Sedangkan tiada ‘jurang’ yang kelihatan pada tapak Ground Zero melainkan saki baki runtuhan WTC.

Pada pandangan kami (ini bukan sejenis tafsiran ayat Al-Quran), jurang tersebut jelas merujuk kepada fizikal World Trade Center jika dilihat dari posisi atas atau ‘cloud view’. Kedudukan dua blok WTC yang tinggi menampakkan ia seakan-akan jurang yang mendalam. Lihat gambar bawah.

jurang


Allah Mencela Orang Yang Merendah-rendahkan Hikmah Ayat Al-Quran

Dalam surah At-Taubah, ayat 124;

taubah_124


Maksudnya;

“Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Quran) maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): “siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?” Dan adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya).”

Allah Maha Bijaksana dalam urusan wahyuNya, lihatlah sahaja pada surah At-Taubah, ayat 124

Ayat di atas sudah cukup untuk membalas ejekan sesetengah golongan Islam yang selalu memandang rendah akan hikmah ayat-ayat Al-Quran. Ia juga menjadi peluru hidup kepada sesetengah golongan Islam sendiri yang selalu menganggap setiap kejadian di dunia hanyalah ‘kebetulan’ sahaja dengan apa yang difirmankan dalam Al-Quran.

Rahsia Lain Surah At-Taubah

Di sini kami akan tunjukkan betapa hebatnya firman-firman Allah dalam Al-Quran dan mukjizat terselindung di sebalik ayat-ayat tersebut.

Pertama : Lokasi Masjid Ground Zero

Beza antara ayat 107 dan 109 (At-Taubah) adalah 2 iaitu (109 -107 = 2), maka dapat dilihat bahawa lokasi bangunan yang digunakan untuk membina Masjid Ground Zero ialah 2 blok daripada tapak runtuhan WTC.

Kedua : Tarikh kejadian 11.09.2001 atau 911

Ayat 107 dan 109 ini terkandung dalam surah At-Taubah. Seperti yang kita sedia maklum bahawa surah At-Taubah berada pada surah ke-9 dan juz ke-11.

Hikmah di sebalik Isu Pembakaran Al-Quran

Sesuatu yang ditakdirkan Allah sudah pasti membawa hikmah, ia bukan persoalan nasib tetapi pengajaran serta amaran yang cuba dilemparkan Allah ke atas hati-hati umat Islam.

Disebalik isu ini dan pembongkaran Al-Quran tentang Masjid Ground Zero, ia sedikit sebanyak boleh menyedarkan umat Islam bahawasanya umat Islam perlu lebih berhati-hati dalam setiap isu sensitif yang cuba dibangkitkan oleh puak kuffar.

Umat Islam juga harus lebih sedar bahawasanya perancangan sulit Yahudi bukan setakat menceroboh negara-negara Islam melalui peperangan-peperangan yang dicetuskan tetapi perancangan itu boleh berupa sebuah pertubuhan Islam, gerakan Islam, persidangan hatta mungkin orang Islam sendiri sebagai tali barut zionis.

Na’uzubillahiminzaalik …

[Sumber-http://ibnuyaacob.com/]

13 September 2010

(eramuslim.com)Haniyya : 40.000 Penghafal Qur'an, Menjawab Pembakaran Qur'an

Di Gaza segala telah berubah. Kehidupan ikut berubah. Sejak Hamas mengambil alih kekuasaan di Gaza tahun 2007, yang sebelum di pegang oleh Otoritas Palestina (PA) yang dipimpin Presiden Mahmud Abbas.
Kehidupan nampak lebih Islami, dan segala berjalan dengan tertib. Blokade Israel dan Barat terasa pahit. Tetapi, tidak membuat Hamas menyerah dan mengakui Israel. Hamas tetap menegaskan bahwa Israel sebagai penjajah dan illegal.
Selama kekuasaan di bawah Otoritas Palestina (PA), kehidupan sangat sekuler, dan jauh dari pengaruh agama. Berbagai kekerasan diantara penduduk Gaza berlangsung, khususnya tindakan sewenang-wenang dari aparat keamanan Otoritas Palestina (PA), sampai seluruh Gaza di ambil alih oleh Hamas.
Perubahan yang paling mendasar kehidupan sehari-hari dikalangan rakyat Gaza, yang mulai nampak terlihat nilai-nilai Islam dalam segala kehidupan. Perlahan-lahan mereka dapat mengurai krisis akibat blokade Israel dan sekutunya. Mereka dapat mencukupkan kebutuhan mereka tanpa harus bergantung terhadap Israel.
Tentu, yang paling menarik, bagaimana pemerintahan Hamas membangun masa depan kehidupan rakyat Gaza, yang lebih bersumber dari nilai-nilai Islam, di mana anak-anak sejak dini sudah dididik untuk dapat membaca Al-Qur'an, memahaminya, dan menghafalnya. Setiap tahun pemerintah Hamas mewisuda anak-anak yang sudah selesai menghafal Al-Qur'an. "Kami akan menjadi Al-Qur'an sebagai hidu kami", ucap Ismail Haniyya. Perlahan-lahan dan sangat nyata, anak-anak di Gaza mereka telah menjadi penghafal Al-Qur'an yang baik.
Selama Ramadhan rumah-rumah dan masjid-masjid di seluruh Gaza menjadi tempat, yang paling ramai, suara orang membaca Al-Qur'an. Ini buah dari apa yang dilakukan oleh pemerintahan Hamas, yang mempunyai perhatian yang demikian besar terhadap anak-anak untuk dapat menghafal Al-Qur'an. Setiap sekolah hampir dapat meluluskan lebih dari 200 anak yang hafal Al-Qur'an.
Maka, Perdana Menteri Palestina di Gaza, Ismail Haneyya, selain mengutuk Pastor Terry Jones, yang menyerukan membakar Quran di Negara Bagian Florida, Amerika. Tetapi, Haniyya memberikan respon dengan mempersiapkan 40.000 penghafal Quran setiap tahunnya. Haniyya telah menjadikan kebijakan pemerintahannya untuk menghafal Al-Qur'an.
Selanjutnya, Haniyya mengatakan dalam khotbah Idul Fitri-nya bahwa proyek Zionis terus mengalami kemunduran, dan kemenangan rakyat Palestina semakin dekat daripada yang mereka pikirkan.
Haniyya menambahkan bahwa Otoritas Palestina di Ramallah telah melakukan tiga dosa selama bulan Ramadhan. Pertama, negosiasi langsung dengan penjajah Israel, dan a negosiasi itu ditolak dan tidak mendapatkan amanat dari rakyat Palestina sama sekali untuk bernegosiasi atas nama Yahudi.
Hanniya menyebutkan dosa kedua Otoritas Palestina adalah perang mereka terhadap agama dan masjid-masjid yang dianggap telah menjadi alat perlawanan terhadap penjajah Israel. Haniyya menegaskan kebijakan lyang memerangi masjid-masjid dan agama merupakan kebijakan seperti itu secara luas ditolak oleh rakyat Palestina.
Dosa yang ketiga, Haniyya mengatakan, adalah Otoritas Palestina (PA) yang bekerjasama dengan Israel telah memburu para pejuang di Tepi Barat. Tindkan ini bertentangan dengan keinginan   rakyat Palestina, dan Haniyya  menolak kebijakan tersebut dan bahwa pemerintahnya menolak koordinasi keamanan antara Otoritas Palestina dan penjajah Israel.
Dalam kesempatan ini, Hanniya mengucapkan selamat Idul Fitri kepada orang-orang Arab dan umat Islam umumnya. "Salam khusus kepada keluarga syuhada, tawanan dan mereka terluka, serta mereka yang rumahnya hancur oleh Israel."
Haniyya menyerukan kunjungan ke keluarga syuhada, tawanan yang terluka karena itu akan meningkatkan solidaritas dan memperkuat ketabahan keluarga-keluarga tersebut.
Haniyya menyerukan agar menghadapi kampanye Pendeta Terry Jones itu, hanya dengna memperbanyak kaum muslimin menghafal Al-Qur'an, yang akan menjadi perisai menghadapi Yahudi dan Nashrani, yang sangat memusuhi umat Islam.
+++
Dengan ini rubrik dialog sebelum kami tutup, dan kami mennyampaikan terima kasih atas partisipasinya.

Buku yang menarik..tetapi awas

Saya tengah membaca dan menghadamkan buku ini. tetapi bagi sesiapa yang kurang  ilmu agamanya saya secara peribadi tidak menggalakkan anda membacanya, kerana di dalamnya terdapat banyak israiliyat dan penambahan yang melampau terhadap hadis dan sirah rasulullah saw. contoh :
1-kisah bulan terbelah dua masuk ke dalam tangan baju rasulullah dan keluar semula.
2- malaikat Jibrail datang kepada nabi dalam rupa Aisyah

09 September 2010

SAYA BERADA DI HADAPAN MASJID BESAR PASIR PUTEH KELANTAN

SEMPADAN KAMPUNG ISTERI SAYA

DI KAKI BUKIT ITULAH TERLETAKNYA KAMPUNG ISTERI SAYA DAN DI SITU JUGA TERLETAKNYA AIR TERJUN JERAM LINANG

BUKIT PETALANG BATU, DI BAWAHNYA TERDAPAT AIR TERJUN JERAM PASU JARAK NYA 5 KM DARI RUMAH KAMI

BUAH SALAK YANG DI TANAM OLEH MAK MERTUA SAYA DI TEPI RUMAHNYA

BUAH MANGGIS
  
BUAH LANDSAT
  
BERBUKA PUASA DENGAN AIR TUAK, HANYA TUHAN YANG TAHU BETAPA NIKMATNYA AIR TU.

05 September 2010

1-Oral seks dan Hukumnya


Oleh : Zaharuddin Abd Rahman
Soalan
Ustaz, apakah hukum ‘oral sex’ ? atau dalam kata lainnya seks menggunakan mulut iaitu dengan menghisap atau menjilat kemaluan isteri atau mengulum kemaluan suami. Bagaimana pula jika ia dilakukan oleh pasangan kekasih yang belum berkahwin, adakah ia zina? Jika tertelan air mani suami pula ustaz, bagaimana ye?..Terima kasih atas jawapan ustaz.
- Anak Empat –
Jawapan
Allah s.w.t menciptakan tubuh manusia dengan fungsi  masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks’ tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.
Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks’, adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.
Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-
Yang mengharuskan :
Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net)  berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.
Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex’ atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks’ tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.
Pandangan ‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri `Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.
Perbincangan ringkas
Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.
Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang ceceair dikeluarkan semasa aktivti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.
Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.
Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.
Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.
Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.
“Oral seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.
Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.
Ulama Yang Mengharamkan
Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut [1] :-
Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,
“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.
Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.
Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex’ dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.
Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-
“Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu `alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim – dan keadaannya seperti ini – merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan”
Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.
Tindakan men‘generalize’ semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks’?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan?  Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.?  Sudah tentu tidak.
KESIMPULAN
Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-
1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perklara khilaf.
2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.
3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia)
4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.
5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, “Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua”
Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.
Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Laynlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak Fikirkan…
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman

1-Dr Ismail Thamby : Air mani Bukan bantu awet muda

Soalan:
SAYA baru berumah tangga dan ingin bertanyakan mengenai hubungan kelamin. Kami merancang untuk tidak mendapat zuriat dalam waktu terdekat ini. Biasanya ketika kami bersama, apabila saya klimaks, isteri kerap meminta untuk melepaskan ke dalam mulutnya sebelum dia menelannya.
Soalan saya, adakah kebaikan atau khasiat menelan air mani? Adakah benar dakwaan ia dapat mencantikkan kulit muka dan awet muda, tidakkah ia kotor atau beracun?

SUAMI SAYANG ISTERI
Kuala Lumpur



Pada pandangan Islam, air mani itu suci dan bukan najis. Pakaian yang terkena air mani boleh dipakai untuk sembahyang apabila air mani itu sudah kering.

Sememangnya air mani itu penuh khasiat kerana ia menampung benih untuk disalurkan ke dalam alat sulit wanita.

Sebanyak 70 peratus kandungannya terdiri daripada cecair yang dihasilkan oleh pundi prostat, 25 peratus lagi dari pundi seminal dan yang selebihnya datang dari pundi epididimis, pundi Cowpers, pepundi dari salur kencing dan testis.

Cecair dari prostat mengandungi asid Phosphatase yang mempengaruhi tahap kecairan air mani dan memberi perlindungan kepada sperma lelaki daripada asid yang terdapat dalam alat sulit perempuan.

Selain itu, cecair dari pundi prostat juga mengandungi zat galian zinc, kalsium, albumin, asid citrik dan prostate specific antigen. Cecair dari pundi prostat yang memberi warna kelabu kepada air mani.

Cecair dari pundi seminal mengandungi fruktos yang memberi tenaga kepada sperma selain mengandungi prostaglandins dan protein yang membuatkan air mani kelihatan pekat.

Walaupun air mani itu hanya berfungsi sebagai kenderaan untuk sperma lelaki, ia juga mengandungi banyak lagi khasiat yang terselindung untuk perempuan.

Kajian yang pernah dijalankan di Carolina Utara menunjukkan yang perempuan yang bersetubuh tanpa menggunakan perlindungan kondom, iaitu air mani masuk dalam alat sulit wanita, terhindar daripada kemurungan berbanding wanita yang menggunakan perlindungan seperti kondom ketika bersetubuh.

Mungkin banyak lagi khasiat yang dihasilkan sperma, hanya Allah saja yang tahu. Jadi tidak hairan jika terdapat banyak kepercayaan mengenai hikmah unik air mani lelaki jika ia tersalur ke dalam alat sulit wanita itu kerana itulah saluran yang sesuai untuknya.

Air mani bukan makanan dan bukan untuk diminum. Mengikut pendapat sesetengah ahli ulama, air mani jika terminum tidak menjadi masalah tetapi jika diminum kerana kepercayaan yang ia memberi nikmat luar biasa seperti awet muda dan pelbagai, ia adalah perbuatan bidaah.

Air mani yang mengandungi kuman dan virus akan menjangkiti pasangan yang ‘terminumnya’ walaupun kemungkinan ia berlaku amat tipis jika hubungan seksual itu hanya dalam konteks hubungan seksual dalam perkahwinan, yang mana pasangan itu tidak berlaku curang.

Ia juga tidak sesuai dijadikan topeng muka untuk tegangkan kulit muka kerana ketegangan yang berlaku hanya sekejap saja. Selepas protin dalamnya hancur kerana tindak balas asid phosphatase, fungsi ketegangan hilang.

04 September 2010

Cinta Dan Khusyuk

khusyuk-sendiri_572_l
Kita tidak pernah mencipta rasa cinta,
tetapi kita hanya menerima rasa cinta tersebut.

Kerana itu kita disarankan untuk selalu berdoa agar Allah berikan kepada kita rasa cinta padaNya. Kita tidak mampu menciptakan rasa cinta itu tetapi ia adalah kurniaan Allah SWT lalu kita memohon untuk mendapatkannya.
Begitulah dengan khusyuk di dalam solat.
Kita tidak menciptakan rasa khusyuk solat,
tetapi kita memasuki dan menerima rasa khusyuk tersebut.

Kita hanya mendapatkannya,
bukan menciptakan rasa khusyuk itu.
Perasaan khusyuk tidak mungkin mampu kita perolehi jika kita tidak memiliki KESEDARAN dan KEPERCAYAAN bahawa sebenarnya ketika solat, kita sedang berhadapan dengan Allah SWT.
(Fahami, hayati dan rasai makna Ihsan).

Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku.
(QS: Thaha 20:14)
Khusyuk di dalam solat itu mudah.
Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu
(QS: Al-Baqarah 2:185)
Kesedaran dan kepercayaan itu datangnya dari Allah. Allah mengilhamkan kita samada taqwa atau fujur (kefasikan/keburukan).
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (fujur) dan jalan ketaqwaannya.
(QS Asy Syams 91:8).
Lalu bagaimana untuk memiliki KESEDARAN dan KEPERCAYAAN itu? Bagaimana mengharapkan agar Allah mengilhamkan kepada kita taqwa dan bukannya fujur? Kita mestilah ingat Allah agar Allah ilhamkan ketaqwaan dan bukannya menjadikan jiwa kita tertutup rapat, keras membatu dan gelap gelita (fujur).
Mintalah pada Allah, komunikasilah denganNya di dalam setiap apa yang kita lakukan, fikirkan, rasakan dan semuanya agar kita sentiasa ingat Allah.
Kita tidak pernah menyedari untuk memanfaatkan solat sebagai alat penolong, sumber hidup, penerang jiwa dan tempat kita bertanya Allah SWT tentang persoalan yang sukar diselesaikan.
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
(QS: Al-Baqarah 2:45)
Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya.
(QS: Al-Insyiqaaq 84:6)
Kita bersolat setiap hari 5 waktu, tetapi kita masih memiliki masalah jiwa (penyakit a’in). Kita masih berasa hebat dan merasakan orang lain tidak hebat. Kita sentiasa berasa taksub, dengki, megah, sombong, riak, ego, takabur dan lain-lain sifat mazmummah.
Bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.
(QS: Al-Ankabuut 29:45)
Berapa ramai orang yang solat namun hanya mendapat letih dan penat.
(Hadith Riwayat Abu Daud)
********
Adakah solat itu suatu keperluan atau kewajipan?
Siapa sebenarnya yang memerlukan solat? Allah atau kita?
Jangan jadikan solat itu semata-mata hanya kewajipan.
Jadikanlah solat itu satu keperluan (di dalam solat itu ada hikmah untuk di miliki) untuk diri kita disamping
ia merupakan satu kewajipan yang perlu kita lakukan.
Maka yang memerlukan solat itu sebenarnya adalah kita. Jika kita melakukan solat kerana kewajipan semata-mata, ia seolah-olah seperti Allah yang memerlukan solat. Sesungguhnya Allah itu Maha Hebat. Jika manusia tidak memuji Allah sekalipun, Allah tetap Maha Hebat dan Maha Berkuasa. Tidak sedikit pun menjejaskan pujian ke atas Allah.
Masalah utama kenapa kita solat 5 waktu sehari semalam, namun kita masih berasa solat itu sangatlah berat. Ini kerana kita tidak pernah atau jarang sekali mengecapi nikmat solat.
Solat itu lebih baik daripada tidur.
Ini menunjukkan bahawa solat itu merupakan istirehat untuk umat islam di mana ia lebih baik daripada istirehat tidur. Tetapi mengapa masih tidak kita kecapi? Mengapa terasa penat dan letih ketika melakukan solat? Ini kerana kita gagal mendapatkan rasa khusyuk di dalam solat.
*******
Sesungguhnya khusyuk di dalam solat itu sangat mudah. Tidak seperti yang telah banyak diperkatakan di mana khusyuk di dalam solat mesti dicapai dengan pelbagai syarat yang awalnya sudah menjadikan solat itu berat.
*********
Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang Yang beriman. Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) Segala binatang Yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang Yang meyakininya. dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki Yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum Yang mahu menggunakan akal fikiran. itulah ayat-ayat penerangan Allah Yang Kami bacakan kepadamu (Wahai Muhammad) kerana menegakkan kebenaran; maka Dengan perkataan Yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaannya (Mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)?
(QS: Al Jaatsiyah 45:3-6)
artikel asal: http://www.fuadlatip.com

02 September 2010

Menarik juga..jom lihat

9 mimpi Rasulullah

Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT" Jangan terlalu fikirkan esok hari yang kita sendiri tak pasti samaada kita masih bernafas lagi atau tidak. Jangan difikirkan peristiwa lampau yg takkan dapat mengubah apa2 keadaan pun. Fikirlah apa yg kita hendak buat sekarang. Dan pasti kan apa yg kita buat utk hari ini adalah yg terbaik. Kerana perkara yg terbaik kita buat hari ini akan menghasilkan keputusan yg baik utk esok. Yang seterusnya menjadi kenangan manis untuk kita pada masa akan datang."

( http://himpunan-tazkirah.blogspot.com)

01 September 2010

Kehidupan nelayan Gaza

Perangi Hawa Nafsu mu

Perangi Hawa Nafsu
www.iluvislam.com
Oleh: akmaljun
Editor: NuurZaffan

Setiap orang memilliki keinginan untuk membuat kejahatan atau lebih dikenali sebagai hawa nafsu. Ini merupakan musuh utama anak adam dari syaitan. Dengan ini kekuatan syaitan terletak pada hawa nafsu. Hawa nafsu selalu mengajak manusia kepada kemungkaran dan jika kita menuruti bisikannya, maka pasti akan binasa. 

"Kemudian menggantilah selepas mereka pengganti-pengganti yang mensia-siakan solat, dan mengikuti hawa nafsu (syahwat); maka mereka akan menemui kesalahan," 19:59. 

Sebagian orang bijak berkata, “Barang siapa menyirami anggota badannya dengan hawa nafsu, maka ia menanam pohon penyesalan dalam hatinya” [Imam Al-Ghazali, Mukâsyafah al-Qulûb, h. 17] 

Terdapat tiga perkara yang menyelamatkan dan tiga perkara yang membinasakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tiga perkara yang menyelamatkan , iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.” 

Hawa nafsu musuh utama manusia perlu dilawan tetapi melawannya bukan perkara yang mudah. Maka jihad melawan hawa nafsu lebih utama daripada jihad lain. 

Dalam menghadapi pertarungan jiwa ini manusia terbahagi kepada tiga golongan: 1: Golongan yang dapat ditewaskan oleh hawa nafsu mereka. Inilah golongan orang kafir dan orang yang menuruti cara mereka, iaitu orang yang melupakan Allah, lantas Allah melupakan mereka. 2-Golongan yang berjihad melawan dirinya iaitu bertarung memerangi hawa nafsunya. Kadangkala mereka menang dan kadangkala mereka kalah. Apabila mereka tersalah mereka bertaubat dan apabila mereka melakukan dosa mereka menyesal dan memohon ampun daripada Allah. 3-Golongan maksum (terpelihara dari dosa) iaitu para nabi dan rasul. Nabi dan rasul adalah mereka yang dikurniakan keistimewaan oleh Allah sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka sebagai penyampai risalah Allah kepada seluruh manusia. 
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ”Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya. ” 


Para sahabat nabi ketika pulang dari berperang dengan orang-orang kafir sering berkata, "kami telah kembali dari jihad terkecil menuju ke jihad terbesar!". 
Demikian ini disebabkan melawan hawa nafsu dan syaitan berlaku pada setiap masa, sementara berperang dengan orang kafir jarang sekali. Dengan demikian, upaya melawan hawa nafsu adalah sangat mulia bahkan melebihi jihad berperang. Beratnya melawan hawa nafsu itu sendiri diakui oleh para sahabat nabi. 


Bahkan Nabi Sulaiman a.s. pun pernah bersabda : "Sungguh, upaya mengalahkan hawa nafsu lebih berat ketimbang menaklukkan sebuah kota!" [Al-Ghazali, Mukasyah al-Qulub, h.15]
 


Semoga latihan memerangi nafsu pada bulan Ramadhan diteruskan untuk bulan-bulan seterusnya. InsyaAllah

;;