17 Jun 2025

 حكم إطالة السجود في الفريضة لغرض الدعاء


السؤال:

هل يصح إطالة السجود في الصلاة المفروضة وغيرها ليتسنى لنا الدعاء؟ 

الجواب:

لا بأس، لكن إذا كان إمامًا لا يشق على الناس، يكون طولًا فيه مراعاة عدم المشقة، يتحرى فيه فعل النبي ﷺ في سجوده، من التسبيح سبحان ربي الأعلى مرات، والدعاء ما تيسر من غير إطالة تشق على الناس، أما إذا كان يصلي وحده فالأمر فيه واسع. نعم.

المقدم: جزاكم الله خيرًا، وأحسن إليكم

 https://binbaz.org.sa/fatwas/9877

Soalan: Adakah dibenarkan memanjangkan sujud dalam solat fardhu dan lain-lain untuk membolehkan kita berdoa?

Jawapan: Tidak mengapa, tetapi jika dia adalah seorang imam, dia tidak boleh menyusahkan orang lain, hendaklah panjangnya diambil kira agar tidak menyusahkan, dan mengikuti apa yang dilakukan oleh Nabi SAW dalam sujudnya, dengan melakukan tasbih Subhana Rabbi al-A'la beberapa kali, dan berdoa dengan apa yang mudah tanpa memanjangkan sehingga menyusahkan orang lain. Namun jika dia solat seorang diri, tidak mengapa.


14 Jun 2025

12 ORANG YANG DIDOAKAN MALAIKAT

Pada hari kiamat nanti, para malaikat akan memberikan syafaat, sebagaimana dijelaskan di dalam Sahih Muslim dan yang lainnya. Para malaikat juga akan memberikan syafaat di dunia, yang mana mereka akan memohonkan ampunan untuk semua orang mukmin. Di dalam Al-Quran dan As-Sunnah, telah dijelaskan tentang dua golongan iaitu:

Pertama; golongan orang yg berbahagia, yakni mereka yang didoakan oleh para malaikat, dan

Kedua; golongan orang yg sengsara, yakni mereka yg dilaknat oleh para malaikat.

Apakah ciri-ciri golongan yang didoakan oleh para malaikat?

1) Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa : “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dari Abdullah bin Umar r.a, hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhib wat Tarhib I/37

2) Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu solat, selama dia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya:

‘Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, sayangilah dia’.” (Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a., Sahih Muslim no. 469)

3) Orang-orang yang berada di saf barisan depan ketika solat berjamaah.

;;