09 September 2018

3 ilmu untuk menjaga kesihatan mata

Alhamdulillah semasa balik ke kampung Darul Hidayah Dusun Tua Hulu Langat Selangor pada 8.9.2018 saya sempat berguru dengan seorang ustaz(besan ibu saya) tentang petua islami untuk menjaga kesihatan mata. Sungguh luar biasa ilmunya kerana ustaz tersebut telah berusia 87 tahun tetapi matanya tetap sihat, terang dan jelas serta tidak perlu memakai kaca mata. Allahu Akbar jom belajar 3 ilmunya:

1: Amalkan ketika berwuduk
Semasa sedang berwuduk ketika anda sedang membasuh muka,simbahkan air ke mata anda beberapa kali sambil berselawat dan mohonlah semoga Allah memberi kesihatan kepada mata anda.

2:Amalkan ketika Bulan Terang
Lihatlah bulan terang di waktu malam sambil berselawat kepada Rasulullah SAW dan mohonlah kepada Allah agar disihatkan mata anda.

3:Amalkan di waktu pagi ketika bangun tidur:
Bacakan Selawat dan ayat ini [surah Qaf ayat 22] di atas tapak tangan sambil menggosokkan kedua belah tapak tangan sehingga terasa panas dan kemudian sapukan ke mata.

video untuk tambahan ilmu.

0 Comments:

Post a Comment