Jawapan: Prof. Dr. Nazir Muhammad Ayyad Mufti Mesir
Tarikh Fatwa: 1 September 2025 M No. Fatwa: 8747 Kategori: Solat
Membaca surah al-Sajdah dalam solat Subuh setiap Jumaat adalah dianjurkan oleh syarak. Begitu juga dengan Surah al-Insan. Bacaan kedua-duanya secara tetap juga disyorkan. Adalah lebih baik dan lebih sempurna untuk membaca kedua-dua surah secara keseluruhan. Jika seseorang itu membatasi dirinya untuk membaca sebahagian daripadanya, walaupun hanya ayat Sajdah, untuk memudahkan manusia, maka ini adalah dibenarkan dan tidak ada salahnya melakukannya
Soalan
Assalamualaikum, saya ada soalan berkenaan sebahagian kedai emas yang menawarkan pembelian barang kemas secara pakai dulu, bayar kemudian secara ansuran. Adakah perkara ini diharuskan? Mohon pencerahan.
Ringkasan Jawapan
Hukum membeli emas perhiasan secara pakai dulu bayar kemudian secara ansuran daripada kedai emas adalah diharuskan berdasarkan pandangan sebahagian ulama yang mengatakan bahawa emas perhiasan tidak dikira sebagai item ribawi.
Namun, mereka yang ingin memilih pandangan jumhur yang berpendapat bahawa barang perhiasan emas termasuk dalam kategori item ribawi dan ingin keluar daripada khilaf untuk mengambil jalan berhati-hati dan selamat, maka boleh menggunakan alternatif berikut untuk membayar secara ansuran dan mendapatkan terus barang kemas:
1.Pembelian menggunakan kad kredit islamik kerana ia dianggap tunai.
2.Membuat pinjaman daripada pihak lain kemudian membeli emas secara tunai.
Jika pembelian emas perhiasan itu menggunakan kad kredit konvensional, pinjaman tidak patuh syariah atau mana-mana instrumen yang mengandungi unsur riba, maka hukumnya adalah haram.
Huraian Jawapan....
1 Dapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi.
2 Bergerak dengan tenang, tanpa tergesa-gesa.
3 Kurangkan saiz hidangan makanan.
4 Amalkan kepelbagaian dalam pemilihan makanan.
5 Utamakan makanan yang hangat, hindari ais.
6 Banyakkan minum air putih.
7 Kurangkan pengambilan garam.
8 Awalkan waktu makan malam.
9 Rajin bersenam dan kekalkan pergerakan tubuh.
10 Lapangkan dada, hindari cepat marah atau tersinggung.
11 Sentiasa menjaga kebersihan dan penampilan diri.
12 Taburkan senyuman setiap waktu.
13 Kenali dan terima diri seadanya.
14 Lupakan usia, raikan kehidupan.
15 Perluaskan jaringan pergaulan.
16 Suburkan rasa romantik dalam kehidupan.
17 Hiasi hidup dengan pelbagai hobi.
18 Elakkan terlalu mengejar nama atau keuntungan duniawi.
19 Rancakkan aktiviti melancong dan menjelajah.
20 Elakkan campur tangan dalam urusan orang lain tanpa keperluan.
21 Redha dan tenang menghadapi sebarang ujian.
22 Hayati dan nikmati kehidupan seadanya.
23 Banyakkan bersyukur atas segala nikmat.
24 Ringankan hati dengan gurauan.
25 Andai menjadi bahan gurauan, terimalah dengan senyuman dan keceriaan.
26 Mudah memaafkan, dan segera meminta maaf apabila bersalah.
27 Hindari sifat iri hati.
28 Bahagia di mana jua berada.
29 Nikmati setiap aktiviti dengan rasa syukur dan gembira.
30 Rajin beribadah dan beramal, serta ringan tangan membantu sesama.