Mohamad menjawab soalan kartunis Zunar dalam wawancaranya bersama saluran dalam talian Radio Bangsar Utama (RABU) di Kuala Lumpur malam tadi.

'Mengurus negara lebih penting'
Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque bertanya tentang kontroversi gesaan PAS meminta anggotanya yang terlibat langsung menangguhkan haji ekoran tarikh pilihan raya masih menjadi teka teki.
Mohamad yamg lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, "mengurus negara" melalui penglibatan dalam pilihan raya lebih penting daripada mengerjakan haji kerana ia boleh ditangguh.
Sebelum ini Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilapor meminta ahli PAS - khususnya calon, wakil calon atau agen parti - supaya menangguh ibadah itu jika pilihan raya berlangsung antara September hingga Oktober.
Mohamad juga mencabar Najib yang juga presiden Umno supaya mengumumkan tarikh pilihan raya umum sekarang jika tidak mahu menanggung dosa, sekalipun berkuasa mengadakannya pada masa lain.
"Perdana menteri tak takutkah memikul dosa ini? Jadi beliau mesti membuat penjelasan bila pilihan raya itu, supaya orang Islam yang hendak menunaikan haji, atau tahun ini (mereka yang) mendapat gilirannya, boleh bersedia bagi menunaikan fardu haji.
"Saya cabar (Najib) tentukan (tarikhnya). Kalau tidak, kamu memikul dosa umat Islam.
"Saya tak tahulah, kamu sekarang tak ada dosa, tapi nak memikul dosa lebih besar ini, sudah tentu lebih berat," katanya sinis.[MK]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan