16 Mei 2012
Wabak Sarkozy akan merebak ke Malaysia selepas PRU 13 nanti
PARIS - Bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy keluar dari Istana Elysee semalam dengan tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Sarkozy menjadi penganggur selepas Francois Hollande mengangkat sumpah menjadi Presiden bagi menggantikannya. Hollande dipilih oleh rakyat bagi menggantikan Sarkozy dalam pilihan raya Presiden yang diadakan baru-baru ini. Sarkozy, 57, dilaporkan mahu menghabiskan masa bersama keluarga dan
isterinya yang ketiga, Carla Bruni yang juga seorang model dan penyanyi. Beberapa pembantu kanannya menyatakan beliau akan menjadi peguam semula selepas tidak lagi menjadi Presiden.Bag aimanapun, beliau akan berdepan dengan siasatan rasuah dan pelanggaran peraturan kewangan dalam kempen pilihan raya. Sarkozy akan turut disiasat berhubung peranannya dalam urus niaga senjata sama ada beliau menerima rasuah. - AFP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan