Sila tuan-tuan layari beberapa blog penyokong syiah samada di dalam dan di luar negara, kebanyakkan mereka menampal kekalkan kenyataan Syaikhul Azhar dan Dr Yusuf Al Qardawi di dalam blog-blog mereka dengan tujuan untuk menguatkan lagi hujah-hujah mereka dalam berhadapan dengan ahli sunnah wal jamaah. Di sini saya bawakan kepada anda beberapa contoh kenyataan ulama sunni mengenai syiah yang kemudianya telah diambil kesempatan oleh penganut syiah sebagai modal kempen mereka di kalangan ahli sunnah wal jamaah.
1-Kenyataan Syaikhul Azhar

Pernyataan Syaikhul Azhar Beri Angin Syi'ah Mesir untuk 'Taqrib' Sunni-Syi'ah
Aktivis Syi'ah Mesir berencana untuk melakukan dialog dengan Syaikhul Azhar Dr. Ahmad Al-Thayyib, untuk membahas apa yang digambarkan mereka sebagai sebuah cara untuk mencapai pemulihan hubungan antara Sunni dan Syi'ah.
Dewan pimpinan tertinggi pecinta Ahlul Bait (kelompok Syi'ah Mesir),menyatakan mereka secara resmi telah meminta kepada Al-Azhar pada hari Selasa pagi untuk membuat janji dengan Imam besar Al-Azhar, namun sampai sejauh ini belum mendapatkan kepastian untuk bertemu.
Media mencatat bahwa sejumlah kelompok Syi'ah di Mesir ingin mengucapkan terima kasih kepada Syaikhul Azhar atas sebuah laporan baru-baru ini atas pernyataannya yang ia buat untuk sebuah surat kabar Lebanon, yang menegaskan bahwa dirinya tidak menolak mengatakan kaum Syi'ah telah kafir, karena dirinya yang Sunni pun mau bermakmum di belakang mereka, katanya.
Sebelumnya Dr. Al-Thayyib dalam kunjungannya ke Libanon menyatakan bahwa ia menolak tegas pernyataan-pernyataan dari para ulama yang banyak muncul di beberapa saluran televisi satelit yang menyatakan bahwa kaum Syi'ah telah kafir. Dan menegaskan bahwa sikap tersebut "ditolak dalam Islam dan tidak dapat diterima".
Dia menambahkan: "Tidak ada perbedaan pendapat antara Sunni dan Syi'ah yang signifikan, perbedaan antara Sunni dan Syiah sebenarnya hanya pada level ikhtilaf far'iyyah (perbedaan cabangan), bukan ikhtilaf ushuliyyah (perbedaan pokok), suatu hal yang lumrah dalam Islam, seperti perbedaan madzhab fikih. Bahkan, dalam masalah fikih, antara madzhab Sunni dan Syiah tidak banyak terdapat perbedaan.
Sejumlah besar ulama telah sepakat akan kafirnya Syi'ah atas hinaan mereka terhadap ummul mukminin Aisyah, Ra dengan menyatakan ummul mukminin seorang pezina dan pelacur dan masuk neraka, termasuk hinaan terhadap para sahabat nabi.
Dan Syaikhul Azhar sebelumnya yang telah almarhum, Syaikh Dr. Muhamamd Sayyid Tantawi menyatakan bahwa dirinya sangat meyakini bahwa menghina dan mencela salah seorang sahabat nabi Muhammad SAW secara sengaja adalah bukan Islam. Bahkan baru-baru ini dewan ulama Saudi telah mengeluarkan fatwa terbaru mereka yang menyepakati bahwa Kafir bagi orang yang berani menghina istri dalam hal ini ummul mukminin Aisyah dan sahabat-sahabat utama Nabi SAW lainnya.(fq/imo)[ Di sini]
2-Kenyataan Dr Yusuf Al Qardawi
Qardawi menyeru Syiah dan Sunni hentikan perseteruan
|
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ulama Ahlusunnah Syaikh Yusuf al-Qardawi dalam satu ceramahnya dalam saluran televisyen al-Jazeera berkata golongan Syiah lebih mementingkan aspek logika dan sangat menghormati ulama mereka".Sambil menyatakan kekesalan atas musibah yang melanda Sunni-Syiah di Iraq dan Lubnan, beliau berkata, "Umat Islam siap untuk berkorban demi Allah namun mereka tidak seharusnya saling berperang".
"Dunia Islam telah berpecah kepada beberapa mazhab dan saling berselisih, namun kita belum bersiap sedia menghadapi musuh jikalau kita tidak mahu bermasyarakat".[ baca di sini]
3-KenyataanHanipa Maiden
Ahli Jawatankuasa Parti Islam Semalaysia (PAS);
Mohamed Hanipa Maidin: Berdialog dengan pengikut Syiah, bukan tangkap dan aibkan merekaBeliau selaku Ahli Jawatankuasa Parti Islam Semalaysia (PAS) dan seorang peguam menyifatkan tangkapan pengikut Syiah Imamiyah di Hawzah Imam Ridha (as) oleh Jabatan Agama Islam selangor (JAIS) tidak adil dan tidak 'Islamic' kerana mereka tidak diberi peluang membela diri apabila dituduh sesat. |
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Mohamed Hanipa Maidin mengeluarkan kenyataan dalam blognya bahawa hampir seluruh media cetak di Malaysia menyiarkan fitnah terhadap Syiah di Malaysia termasuklah tuduhan kononnya tarikan seks menjadi faktor utama pengikut syiah.Beliau selaku Ahli Jawatankuasa Parti Islam Semalaysia (PAS) dan seorang peguam menyifatkan tangkapan pengikut Syiah Imamiyah di Hawzah Imam Ridha (as) oleh Jabatan Agama Islam selangor (JAIS) tidak adil dan tidak 'Islamic' kerana mereka tidak diberi peluang membela diri apabila dituduh sesat.
Hanipa mengatakan sepatutnya JAIS memilih jalan dialog dengan pengikut Syiah, bukan menyerbu, menangkap dan mengaibkan mereka.[ baca di sini]
4-Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Menteri Malaysia keliru;
Syiah mengancam keselamatan negara?Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Menurut laporan Berita Harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Malaysia tetap menghormati dan mengiktiraf ajaran Syiah yang diamalkan di negara lain. Meskipun begitu beliau berkata kerajaan Malaysia mengharamkan fahaman Syiah diamalkan di negara ini kerana bertentangan dengan ajaran Ahlusunnah Wal Jamaah.
Datuk Seri Jamil berkata, "Jika ada dua mazhab di negara ini mungkin akan berlaku pertumpahan darah kerana masyarakat Islam berbeza pendapat seperti yang berlaku terhadap masyarakat Islam Pakistan dan Iraq".[ di sini]
Datuk Seri Jamil berkata, "Jika ada dua mazhab di negara ini mungkin akan berlaku pertumpahan darah kerana masyarakat Islam berbeza pendapat seperti yang berlaku terhadap masyarakat Islam Pakistan dan Iraq".[ di sini]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan