11 Mac 2022


 Alat komunikasi seperti telefon genggam, sebaiknya dinonaktifkan atau di-silent-kan saat hendak melaksanakan solat. Namun terkadang, seorang Muslim lupa dan membiarkan telefonlnya tetap dalam keadaan “berbunyi” ketika solat. Sehingga terkadang suara bunyi panggilan telefon tidak terhindarkan. Lantas apa yang sebaiknya kita lakukan jika ada telefon saat solat?

Sederhananya, bolehkah kita menghenti atau menangguh solat ketika ada telefon masuk saat solat berjamaah?

Penasihat Ilmiah Mufti Mesir Syekh Majdi Ashour menjelaskan tentang keadaan ketika ada telepon saat solat. Beliau mengatakan, jika seorang Muslim sedang menjadi jamaah solat wajib, maka diharamkan baginya untuk menghenti atau memotong solat kecuali dalam keadaan mendesak.

Apa yang dimaksud mendesak di sini? “Seperti menjaga jiwa dari kerusakan atau bahaya. Atau untuk menjaga harta yang dikhawatirkan hilang, dan kebutuhan-kebutuhan darurat lainnya,” kata dia, seperti disiar Elbalad.

Kerana itu, Syekh Majdi kembali menekankan, tidak dibenarkan ketika ada jamaah yang memotong solat selain untuk keperluan darurat. Dia juga menjelaskan, menjawab panggilan, ketika ada telefon saat solat, bukanlah sesuatu yang darurat atau mendesak.

Jika alasan memotong solat itu kerana untuk membuka pintu lalu dia kembali pada solatnya, maka hal ini juga tidak termasuk sesuatu yang mendesak.

“Akan tetapi jamaah boleh mengambil langkah untuk membuka pintu selama dia tidak memalingkan tubuhnya dari kiblat. Jadi, tidak dibenarkan memotong solat kecuali dalam keadaan darurat kerana solat mengandung kesucian,” paparnya.

Rasulullah ﷺ juga menyampaikan di dalam solat itu terdapat kesibukan. Abdullah bin Masud RA berkata, “Dulu saya mengucapkan salam pada Nabi ﷺ dalam keadaan beliau solat, lalu beliau menjawab salam saya. Ketika kami pulang (dari Habasyah), saya mengucapkan salam pada beliau, tapi beliau tidak menjawab salam saya. Lalu beliau ﷺ bersabda, “Sesungguhnya di dalam solat itu benar-benar ada kesibukan.” (HR Bukhari). [SUMBER]

BACA JUGA:membatalkan solat untuk jawab panggilan penting https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3796-irsyad-al-fatwa-siri-ke-332-hukum-menghentikan-solat-untuk-menjawab-panggilan-penting

0 Comments:

Post a Comment