30 Mei 2021

TERDAPAT perbezaan pendapat ulama dalam hal ini. Yang saya ketahui ada dua pendapat, pendapat pertama haram, pendapat kedua mubah (dengan syarat untuk memudahkan membalik dan tidak maksud mengolok-olok atau menghina).

1-Haram

Pendapat pertama ini sebagaimana dikemukakan oleh Al-Hafizh ibnu Hajar Al-asqalani rahimahullah

الحواشي المدنية /خ الاول/ص ١١٦

وفى فتاوي الشارح (يعنى ابن حجر) يحرم مس المصحف باصبع عليه ريق اذ يحرم ايصال شئ من البصاق الى شئ من اجزا المصحف الى ان قل. والكلام حيث كان على الاصبع ريق يلوث الورقة اما اذا جف الريق بحيث لاينفصل منه شئ يلوث الورقة فلا حرمة الخ اھ .

Diharamkan menyentuh mushaf dengan tangan yang ada air liurnya. Kerana tidak diperbolehkan air liur mengenai dari bahagian-bahagian mushaf. Keharaman di atas apabila tangan tersebut masih basah dengan air liur hingga dapat membasahi mushaf.

Namun, jika air ludah tersebut sudah kering dan tidak membasahi mushaf, maka tidak diharamkan menyentuh mushaf dengan tangan tersebut. [ Al- Hawasyi Madaniyah/juz 1/hal 116 ].

Jadi imam Ibnu Hajar dalam perkara ini melarangnya, 

2.Harus

Menurut Imam Romli boleh membuka helaian al-Quran dengan jari yang dibasahkan dengan air liur asal bertujuan untuk mempermudah membukanya dan tidak ada maksud menghinanya.


وَفِي الْقَلْيُوبِيِّ عَلَى الْمَحَلِّيِّ يَجُوزُ مَا لَا يُشْعِرُ بِالْإِهَانَةِ كَالْبُصَاقِ عَلَى اللَّوْحِ لِمَحْوِهِ ؛ لِأَنَّهُ إعَانَةٌ ا هـ .

وَفِي فَتَاوَى الْجَمَالِ الرَّمْلِيِّ جَوَازُ ذَلِكَ حَيْثُ قُصِدَ بِهِ الْإِعَانَةُ عَلَى مَحْوِ الْكِتَابَةِ وَفِي فَتَاوَى الشَّارِحِ يَحْرُمُ مَسُّ الْمُصْحَفِ بِإِصْبَعٍ عَلَيْهِ رِيقٌ إذْ يَحْرُمُ إيصَالُ شَيْءٍ مِنْ الْبُصَاقِ إلَى شَيْءٍ مِنْ أَجْزَاءِ الْمُصْحَفِ


Dalam Kitab Qolyubi ala Almahalli dikatakan “Boleh membuka alQuran dengan jari yang diberi liur asalkan tidak menimbulkan penghinaan kerana dapat mempermudah, Sedang dalam Fatawy Aljamaal Arromli kebolehan tersebut bila bertujuan mempermudah membukanya.

Dalam Fataawa Assyaarih dijelaskan “Haram memegang mushaf dengan jemari yang dibasahi liur kerana HARAM hukumnya mendatangkan sesuatu dari ludah pada bahagian sekecil apapun dari mushaf. [ Tuhfah Al-Muhtaaj II/150 ].

Wallahu a’lam. [IP]



0 Comments:

Post a Comment