20 November 2020

Doa Dan TasbihTambahan Dalam Solat


1. DOA SELEPAS DOA IFTITAH 


أَنْتَ الْمَلِكَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ. أَنْتَ رَبِّيْ وَأَنَاعَبْدُكَ

ظَلَمْتُ نَفْسِيْ وَاعْتَرَفْتُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ

جَمِيْعًا إِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ. وَاهْدِنِيْ لِأَحْسَنِ اْلأَخْلاَقِ

لاَ يَهْدِيْ لِأَحْسَنِهَا إِلاَّ أَنْتَ، وَاصْرِفْ عَنِّيْ سَيِّئَهَا

لاَيَصْرِفُ عَنِّيْ سَيِّئَهَا إِلاَّ أَنْتَ. لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ، وَالْخَيْرُ كُلُّهُ

بِيَدَيْكَ، وَالشَّرُّ لَيْسَ إِلَيْكَ. أَنَا بِكَ وَإِلَيْكَ، تَبَاركْتَ وَتَعَالَيْتَ

أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ


“Ya Allah, Engkau adalah Raja, tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Engkau. Engkau Tuhanku dan aku adalah hambaMu. Aku menganiaya diriku dan aku mengakui dosaku (yang telah ku lakukan). Oleh karena itu ampunilah segala dosa-dosaku. Sesungguhnya tidak akan ada yang mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau. Dan tunjukkan aku pada akhlak yang terbaik, tidak ada yang akan menunjukkan sebaik-baik akhlak kepadaku melainkan Engkau. Hindarkan dariku akhlak yang jahat, tidak akan ada yang boleh menjauhkan aku daripadanya, melainkan Engkau. Aku penuhi panggilanMu dengan kegembiraan, dan aku mohon pertolonganMu, segala kebaikan ditanganMu, sedang segala keburukan tidak datang dariMu. Hanya yang terpimpin adalah orang yang Engkau beri petunjuk. Aku berada dalam kekuasaanMu dan kepadaMu (aku kembali). Engkau Yang Maha Mulia dan Maha Tinggi, aku mohon ampun kepadaMu dan aku bertaubat kepadaMu.” [H/R Muslim dan Abu Daud]

Dalam pada itu kebanyakan Ahli Hadis memilih untuk membaca tasbih iftitah (sebelum membaca doa iftitah diatas) yang diriwayatkan dari Aishah (r.a.) seperti berikut:-

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، وَتَبَارَكَ اسْمُكَ، وَتَعَالَى جَدُّكَ، وَلاَ إِلَهَ غَيْرُكَ

“Maha Suci Engkau ya Allah, dan segala puji bagiMu, dan Maha Mulia (Berkat) nama-Mu, serta Maha Tinggi kekayaan dan kebesaranMu, dan (aku mengaku) tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau.” [H/R. Empat penyusun kitab Sunan, juga Abu Daud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah.]


2. TASBIH TAMBAHAN KETIKA RUKUK

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ

“Maha Suci Engkau, ya Allah! ya Tuhan kami, dan segala pujian bagiMu. Ya Allah! Ampunilah dosaku.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim]

سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ، رَبُّ الْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوْحِ

“Engkau, Tuhan Yang Maha Suci, Yang Maha Agung, Tuhan semua malaikat dan roh.” [HR. Muslim dan Abu Dawud]


3.DOA TAMBAHAN KETIKA BANGUN DARI RUKUK

اَللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ مِلْءَ السَّمَوَاتِ وَمِلْءَالاَرْضِ وَمِلْءُ مَاشِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ

“Ya Allah! Ya Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian yang sepenuh langit, dan sepenuh bumi dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki sesudah itu”.


4. DOA KETIKA SUJUD

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ

“Maha Suci Engkau. Ya Allah, Tuhan kami, dan aku memujiMu. Ya Allah, ampunilah dosaku.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim]

سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ رَبُّ الْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوْحِ

“Engkau Tuhan Yang Maha Suci, Maha Agung, Tuhan para malaikat dan roh.” [HR. Muslim dan Abu Daud]


5. DOA SETELAH TASYAHUD AKHIR SEBELUM SALAM

Setelah selesai bersalawat, mohonlah perlindungan atau membaca Ta’awwuz 

( أَعوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الْرَّجِيْمِ ). 

Sebahagian Ahli Hadis mewajibkan kita membaca do’a selepas Tasyahud Akhir sebelum Salam (sebagaimana yang diperintah oleh Rasulullah) iaitu memohonkan perlindungan dari empat perkara, yakni dari azab kubur, azab neraka, fitnah (ujian) hidup dan mati, dan dari fitnah (ujian) Dajjal, seperti berikut:-

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ

“Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal (perosak yang merosakkan segala kebajikan).” [HR. Al-Bukhari dan Muslim]

Setelah selesai memohon perlindungan dari empat perkara itu, kita dibolehkan membaca sesuatu doa yang kita hajati sendiri kerana doa dalam solat lebih diperkenankan oleh Allah daripada diluar solat.

Maka diantara doa-doa yang diucapkan oleh Rasulullah diakhir Tasyahud sebelum salam ialah:-

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّيْ. أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

“Ya Allah! Ampunilah aku akan (dosaku) yang aku terdahulu dan yang aku kemudiankan, apa yang aku rahasiakan dan yang zahirkan, yang aku lakukan secara berlebihan, serta apa yang Engkau lebih mengetahui dari pada aku, Engkau yang mendahulukan dan mengkemudiankan, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.” [HR. Muslim]

اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

“Ya Allah! Berilah pertolongan kepadaku untuk menyebut namaMu, dan syukur kepadaMu dan ibadah yang baik untukMu.” [HR. Abu Dawud dan An-Nasai]

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu, agar dimasukkan ke Surga dan aku berlindung denganMu dari Neraka.” [HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah]


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ ظَلَمْتُ نَفْسِيْ ظُلْمًا كَثِيْرًا، وَاِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِيْ مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِيْ إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ


“Ya Allah! Sesungguhnya aku telah menganiaya diriku dengan penganiayaan yang banyak, dan sesungguhnya tidak ada yang mampu mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Oleh itu, ampunilah dosa-dosaku dengan keampunan dari sisiMu, dan kasihanilah aku. Sesungguhnya Engkau, Engkaulah (Tuhan) Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim]

BACA SEMUANYA

Perhatian:

Setahu saya (setakat ilmu yang ada pada saya) tidak ada dijumpai mana-mana hadits yang menggalakkan berdoa secara berjemaah selepas solat, melainkan berdoa bersendirian seperti yang diamalkan oleh Rasulullah, para sahabat dan tabi’in. Bahkan berdoa bersendirian ini digalakkan pada bila-bila masa sahaja mengikut keperluan seseorang itu.


WAJIB MENGETAHUI APA YANG DIBACA DAN KHUSYUK (KEHADHIRAN HATI) DALAM SOLAT


Firman Allah Ta’ala dalam Surah طه Ayat 14 :


وَأَقِمِ الصَّلاَةَ لِذِكْرِي


Mafhumnya: Dirikanlah olehmu akan solat untuk mengingatkan aku.


Dengan dalil dan keterangan ini diperintahkan kita khusyuk dalam solat, kerana terINGAT itu berlawan dengan LALAI, dan orang yang lali menafikan khusyuk. Maka orang yang lalai disepanjang solatmya tentu tidak dapat dipandang bahawa ia menDIRIkan sembahyang kerana mengingat akan Allah.


Surah الأعراف Ayat 205 :


وَلاَ تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ


Mafhumnya: Dan janganlah engkau termasuk dari golongan orang-orang yang lalai.


Surah محمد Ayat 24 :


أَفَلاَ يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا


Mafhumnya: Mengapakah mereka tidak memahamkan Al-Quran, apakah hati-hati mereka berkunci.


Juga terdapat beberapa Sabda Rasulullah (SAW) berkaitan hal ini yang bermaksud:


“Sekiranya khusyuk hati dan jiwa orang itu, tentulah khusyuk segala anggota-anggotanya.”


“Hanya solat itu mesti dilakukan dengan tenang dan merendah diri.”


“Tiap-tiap solat yang tidak hadhir hati didalamnya, maka orang yang bersolat itu lebih cepat memperoleh seksa.”


“Seorang manusia mendapat pahala dari solatnya sekadar yang dapat ia fahamkan.”


Maksud dari perintah-perintah ini semestinya hendaklah kita pastikan berlakuya khusyuk dan kehadhiran hati sepertimana yang dinyatakan dalam Firman Allah Ta’ala Surah النساء Ayat 42 :


وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىَ تَغْتَسِلُواْ


Mafhumnya: “dan janganlah kamu menghampiri (mengerjakan) solat sedang kamu dalam keadaan mabuk, kecuali kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu ucapkan.”


Ayat ini menerangkan bahawa ditegah orang mabuk bersembahyang kerana mereka tidak mengetahui apa yang diucapkan. Tidak mengetahui apa yang diucapkan juga terdapat pada orang yang lalai, yang ingatan hatinya penuh dengan berbagai-bagai lintasan dan beranika rupa garisan.


Dikala membaca ayat-ayat Al-Quran dan dikala sembahyang hendaklah memahamkan bacaan-bacaan dan dzikir-dzikir yang dibaca, yakni dengan memerhatikan maknanya, kandungannya dan tujuan maksudnya.


Kita diperintahkan bersembahyang (bersolat 5 waktu sehari semalam) adalah untuk menghasilkan beberapa hikmat dan rahsia yang sangat perlu bagi kehidupan kita di alam dunia ini, diantaranya ialah:-


Bagi mengingatkan kita kepada Allah.

Bagi menghidupkan rasa takut kepadaNya.

Membangkitkan rasa tunduk dan khusyuk kepadaNya.

Menumbuhkan dalam lubuk jiwa rasa kebesaran dan ketinggian Allah.

Mendidik kita menjadi orang yang tenang, orang yang dapat menghadapi segala kesusahan dan kesukaran dengan hati yang cekal.

Menghilangkan sifat tamak dan haloba.

Menegah dan mendinding manusia dari perbuatan keji, jahat dan mungkar seumpama tembok yang kokoh kuat antara yang bersembahyang itu dengan maksiat dan kederhakaan.

0 Comments:

Post a Comment