24 Mac 2019

Apakah kita masih asyik membina tembok?

Renungan pendek
Diriwayatkan bahawa ada seorang sahabat rasulullah saw sedang membangunkan tembok. Pada waktu tersebut ,ada seorang sahabat melalui kawasan lelaki tersebut sedang membangunkan tembok . Sahabat yang sedang membina tembok itu bertanya kepada sahabat yang lalu berdekatannya, "Apakah ayat al-Quran yang turun pada hari ini?"
"Hari ini turun ayat
ٱقۡتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمۡ وَهُمۡ فِي غَفۡلَةٖ مُّعۡرِضُونَ 
Maksudnya : Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya,sedang mereka dalam kelalaian,tidak hiraukan persediaannya(al-Anbiya' ayat 21)
Mendengar jawapan tersebut,sahabat yang membina tembok itu memberhentikan pekerjaannya lantas berkata, " Sesungguhnya aku tidak akan membangunkan apa-apa lagi kerana hisab makin dekat"

0 Comments:

Post a Comment